Bahaya Guna Smart Control Countdown Timer Switch Pada Desktop

Tajuk mengundang kan sebab produk ni pun mengundang juga. Kalau ada yang bertanya Smart Control Countdown Timer Switch ni apa, Countdown Timer ni digunakan untuk kawal penggunaan alat elektronik and for my case, beli untuk kawal computer dekat office. 


Tujuan beli ni sebab sebelum ni most of us bekerja dari rumah saja sebab percentage pekerja yang boleh ada di pejabat pun 2 orang sahaja sehari. Bila ada yang bekerja dari rumah, computer utama tak boleh tutup sebab ada file sharing untuk semua dokumen. 

Untuk jimat elektrik, beli lah countdown timer ni supaya malam boleh shutdown sendiri sebab rata-rata yang bekerja dari rumah tu habis bekerja dalam pukul 9 atau 10 malam. Nak set memang senang, tak ada masalah pun sebab plug in dekat soket lepastu set tutup pukul berapa. 

Yang jadi masalahnya bila the next day turn on desktop, keluar beberapa error macamni. 


CMOS Setting Wrong selalu akan terjadi bila arus elektrik mati secara tiba-tiba and that's what countdown timer did. Tapi kalau ikutkan agak bodoh jugak lah keputusan untuk guna countdown timer sebab dia cut off terus bukan tutup secara normal. Daripada guna timer ni baik tutup je ye dak? Takde isu bazir elektrik dan bazir duit beli benda merepek. Dah pesan jangan guna timer ni pun degil jugak yihhh geram betul. Bila dah jadi masalah macam ni mula lah nak bising ugghhh 

5 Comments

  1. Sebenarnya sangat tak recommended untuk guna timer ni pada computer, laptop etc. Saya beli jugak benda alah ni tapi guna untuk cas phone je. Sebab risau overcharging.

    ReplyDelete
  2. Rumah saya guna ni as timer bila rumah takde orang semalaman. Takdelah risau rumah gelap je

    ReplyDelete
  3. tu lah risau dibuatnya kan bila jadi masalah macam2 :(

    ReplyDelete
  4. jadi masalah pula bila guna benda ni kat komputer

    ReplyDelete
  5. aduh.. problem juga guna dekat komputer..
    Tapi tq tau Farhana.. baru tahu pasal timer ini..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.