Movie Review | Penunggang Agama 2 (2021)

Tuesday 23 November 2021

Pengarah :  Syafiq Yusof

Penulis Skrip : Nazri M. Annuar

Pelakon :  Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Puteri Nurqaseh, Johan As'ari, Rahim Razali, Anna Jobling, Burhan Sidqi, Nasir Bilal Khan

Syarikat Produksi : Skop Productions, Astro Shaw  

Pengedar : Astro First

Genre : Seram / Thriller

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan :  19 Oktober 2021

Trailer :


Movie Penunggang Agama yang berkisar tentang Amir (Zul Ariffin) dan isterinya Anna ( Azira Shafinaz) dikembangkan lagi dalam sekuel yang berjarak hanya selama 6 bulan. Tak pasti sama ada kerana sambutan yang menggalakkan ataupun sebab memang dah dibikin dua naskhah terus. Kalau syarikat produksi besar macam Skop Productions ni tak ada masalah lah nak buat banyak movie sekaligus tambah pula bila pengarah memang ada fanbase yang besar. 

Berbalik kepada kisah Amir dan Anna, kali ni Huda (Salina Saibi) datang untuk balas dendam menggunakan metod yang sama juga dengan suami dia, Tok Aji (Nasir Bilal Khan). Macam kelakar sebab dia pun nampak iblis penipu tapi dia nak jugak lah salahkan orang lain. Dia tak faham hukum perbuatan dan akibat ke? Tapi kalau dia faham, tak jadi cerita ye dak?

Kehidupan Amir dan Anna mula berubah sikit demi sedikit sebab dekat Cameron Highland tu ramai betul Dato’ kena kacau dengan hantu atau kena santau. Bak kata watak sampingan yang ambil komisen dari Tok Aji, usahawan macam mereka memang ramai yang dengki. Kalau jadi Amir memang resign terus kerja kerajaan yang tak pasti dia kerja apa tu sebab sekali berubat orang boleh dapat RM1,000.00 fuhhh masyuk! Kenapa Darussyifa’ tak pindah ke Cameron Highland je? 

Watak Amir ni dari previous installment memang kelakar orangnya. Anak Datuk tapi bila tengok duit seribu ringgit pun dah tergugat iman. Dapat cek RM10,000 apatah lagi  ye dak? Dia punya happy dapat Macbook tu macam dia kena buat laporan kajian setiap kali dapat ubatkan orang. Kalau setakat nak setup page facebook pasal rawatan ruqyah tu, guna smartphone pun boleh. Lepastu design poster atau banner guna Canva. Entah dia tahu ke tidak Canva tu apa. 

Macam mana lemahnya skrip movie Penunggang Agama, sama juga lah dengan sekuel sebab pengarah dan penulis masih lagi orang yang sama. Bezanya pada sinematografi yang okay sikit lah dari yang lepas walaupun kebanyakan babak guna tona suram je. Huda pakai baju hitam pegang ayam hitam, sembelih pun guna pisau hitam. Memang semua kena hitam ke? Pisau boleh je guna warna pelangi kan? Guna lah props kelam, suram, hitam macam mana pun tapi kalau skrip lemah tetap lah tak best nak layan. Sebagai entertainment gagal, sebagai pengajaran pun gagal. 

Memandangkan Amir dengan Anna dapat screentime lebih sebab parents diorang pergi buat umrah dan nak honeymoon dekat Morocco, jadi boleh tengok lebih sikit lah scene romantik suami isteri ni. Kelebihan Zul Ariffin lah boleh nampak semua pelakon wanita nampak padan dengan dia sebab tu chemistry diorang berdua nampak sweet je onscreen. Gamaknya kalau buat genre romantic thriller lagi menarik kot. Amir sweet dengan Anna tapi sugarcoats guna hadis dhaif untuk perdaya isteri dia. 

Hantu tak banyak muncul pun dalam sekuel ni terutamanya hantu bertanduk tu sebab kali ni lebih terarah pada watak Amir yang mula riak dan ego dia bila Father Michael (Tony Eusoff) muncul dan bantu orang di kawasan tu. Jumpscare dengan bantuan background music yang over masih lagi ada. 

Sekali lagi pujian perlu diberikan pada Azira sebab berjaya galas beban kelemahan naskhah ni di bahu dia. Kalau bukan sebab dia, mungkin Penunggang Agama 2 terasa lemau yang teramat sangat. Kesian Tony Eusoff sebab watak dia tak dikembangkan dengan baik sedangkan muka dia sama besar dengan hero dalam poster tu. Patutnya biar muka Azira je besar dalam poster tu. Kalau ada Penunggang Agama 3 biar dia je lah yang ubatkan orang. Asyik ustaz je yang ubatkan, tukar selera lah pulak guna ustazah. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 3.3/10

6 comments

  1. Ustazah tak kuat iman gituu..

    ReplyDelete
  2. terus tengok semula poster bila mention pasal muka tony besar hahahha

    ReplyDelete
  3. suka tengok dari yang pertama. banyak pengajaran. terbaik!

    ReplyDelete
  4. Apalah dosa orang duduk Cameron asyik kena rasuk je. Tau pulak hantu pilih orang kaya je ye. Hehe

    ReplyDelete
  5. Tengok sikit je , lepas tu give up.. hahaha.. tak boleh nak masuk..

    ReplyDelete
  6. tgk citer macam ni buat rasa geram aje kan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.