Movie Review | Tanhaji: The Unsung Warrior

Monday 15 November 2021

Director : Om Raut

Writer : Prakash Kapadia, Om Raut

Cast : Ajay Devgn, Saif Ali Khan, Kajol, Neha Sharma

Production Company : T-Series Films, Ajay Devgn FFilms

Distributor : AA Films

Genre : History / Drama

Running Time : 135 minutes

Release Date : 10 January 2020 (India)

Trailer :


Pada tahun 1665, Mughal Emperor Aurangzeb (Luke Kenny) berjaya tawan 26 buah kubu di empayar Maharashtra termasuklah Kondana. Kubu ni terpaling penting lah buat kerajaan Maharashtra sebab lokasi dia yang strategic. 5 tahun kemudian Aurangzeb tugaskan Jeneral Udaybhan Rathod (Saif Ali Khan) untuk ambil alih kubu tersebut dan luaskan empayar ke India Selatan. 

Tanhaji (Ajay Devgn) yang sibuk dengan perkahwinan anak lelaki tunggal dia terus minta kepada si Raja untuk ketuai misi mengambil semula kubu tersebut sebelum Rajgad pula yang ditawan. Tanhaji memang terkenal dengan sifat juang yang tinggi setelah diamanahkan oleh mendiang ayah dia supaya bebaskan tanah India dari penjajah. 

Banyak benda I tak suka dengan movie berdurasi 135 minit ni sebab bersifat Islamophobia. Bab percanggahan fakta yang paling ketara sekali sebab dalam movie ni watak Udaybhan Rathod digambarkan sebagai Muslim sebab dia pakai celak tebal dan berpakaian seperti pembesar Islam pada zaman tu. Lagipun dia bekerja dengan Raja Aurangzeb, anak kepada Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. For those yang tak tahu, Taj Mahal adalah kisah parents Raja Aurangzeb. 

Persona Raja Aurangzeb juga agak pelik sebab dilakonkan oleh orang putih sedangkan Raja Aurangzeb adalah orang Parsi yang fasih berbahasa Urdu dan boleh hafal Al-Quran. Tapi diction dia lebih kepada orang Barat. Kenapa? 

Sama juga dengan persona Udaybhan Rathod yang dipaparkan sebagai kejam, menyeringai seperti orang gilakan darah. Dalam lagu meraikan hari perkahwinan dia bersama Kamla Devi (Neha Sharma) pun Udaybhan menari macam orang mabuk. Bila tengok watak dia persis seprti watak Alauddin Khilji yang dipaparkan dalam movie Padmavaat (2018) sedangkan realitinya karakter pembesar tersebut jauh berbeza. 

Kenapa penulis dan pengarah Om Raut paparkan Udaybhan sebagai orang Islam sedangkan dia orang Rajashtan? Kalaupun dia Islam pada agamanya, kenapa movie ni dipaparkan sebagai peperangan agama sedangkan berebut kubu yang strategik? Kubu Kondhana terkenal dengan kedudukan dan ketinggian bukit yang boleh pantau India Utara. Kalau berjaya tawan kubu Kondhana, kira berjaya tawan satu India lah. 

Dalam movie ni bila narrator kata nama kubu Kondhana diubah kepada kubu Sinhagad sepertimana permintaan Tanhaji pun dah salah sebab nama tersebut dah wujud pada tahun 1648 lagi. Dalam movie ada scene Jijabai (Padmavati Rao) bersumpah tak akan pakai sepatu selagi askar Maratha tak berjaya ambil balik kubu tu tapi tu cuma elemen dramatik yang direka. 

Ikutkan kajian sejarah kubu Kondhana tu dah 8 kali bertukar milik antara Maratha dengan Mughal. Masa Tanhaji ditugaskan untuk ambil semula tu je jadi kecoh sebab dia sampai sanggup gadaikan nyawa dalam peperangan tersebut. Apa yang diceritakan dalam movie nib oleh kata banyak rekaan sebab tak banyak catatan sejarah yang dijumpai. 

Sinematografi Keiko Nakahara kebanyakannya bergantung dengan green screen dan vfx tapi tak pasti lah pengarah memang sengaja nak buat seolah-olah animasi ataupun tak ada bajet. Scene Udaybhan potong belalai gajah tu pun nampak sangat vfx. Sama juga dengan scene Raje tunggang kuda. Pendek kata, sedih. 

Boleh nampak lah movie Tanhaji ni mainan propaganda politik kerajaan India sebab music album dari komposer Ajay-Atul dan Sachet–Parampara sarat dengan lagu berunsurkan ketuhanan yang mengagungkan dewa-dewa mereka. Of course tak ada masalah sebab I tengok pun movie dari negara India kan tapi kenapa lagu Udaybhan dipaparkan sebagai pemimpin kejam? 

Kalau tengok pada senarai censor yang dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem ni, boleh nampak dialog Udaybhan berkenaan Rajput kena mute. Sebagai produser Ajay Devgn tak sentuh pun pasal ni dalam promo events tapi dia bagitahu dia buang logo Om pada bendera oren kerajaan Maharashtra sebab bercanggah dengan fakta. 

Habis scene yang lain kenapa tak diperbetulkan sekali? Persoalan utamanya kenapa buat movie sejarah yang tak ikut fakta sejarah yang betul pun? Sama macam movie Padmavaat, movie Tanhaji ni pun naskhah yang buang masa. Lakonan pun tak bagus mana padahal Kajol menyerlah dengan watak dia sebagai Savitri Bai. Tsskkkk sedih.

1. Team Production +0.2, 2. Visual +0.2, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 2.2/10

4 comments

  1. Mesti filem ni kontroversi jugak macam Padmavaat. Rendah betul rating. Ok skip. Hehe

    ReplyDelete
  2. Banyak betul movie masuk dalam list setiap kali singgah sini, tapi tak menyempat nak tengok. Sejak dah masuk kerja pejabat, masuk tidur awal, dulu, tahan aje mata ni tengok movie sampai 1 pagi 😆.

    ReplyDelete
  3. Ai tak pernah mengkaji kalau tengok movie hindustan ni. Nice sharing.

    ReplyDelete
  4. saya suka cerita2 macam ni. nanti nak tengok la

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.