Movie Review | Miracle : Letters to the President (2021)

Friday 5 November 2021

Director : Lee Jang-hoon

Writer : Lee Jang-hoon, Son Joo-yeon

Cast : Park Jeong-min, Im Yoon-ah, Lee Sung-min, Kim Kang-hoon, Ko Chang-seok, Choi Jong-Yoon

Production Company : Blossom Pictures

Distributor : Lotte Entertainment

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 117 minutes

Release Date : 15 September 2021

Trailer :


Diinspirasikan dari kisah benar, movie Miracle: Letters to the President berlatarkan tahun 1988 di mana Joon-Kyeong (Park Jung-Min) tinggal di wilayah Gyeongsang Utara yang tidak mempunyai jalan darat yang selamat untuk digunakan oleh penduduk di sana. Satu-satunya jalan ialah menggunakan laluan landasan kereta api. Laluan tersebut berbahaya kerana mempunyai 3 buah terowong gelap dan 3 buah jambatan. Untuk pergi ke sekolah sahaja ambil masa selama 2 jam. 

Sejak kecil lagi, Joon-kyeong (Kim Kang-hoon) tulis surat kepada Presiden Korea untuk membenarkan sebuah stesen dibina di kawasan tersebut. Selama bertahun dia menulis surat setiap hari namun masih belum dapat jawapan. Ra-Hee (Yoona), kawan sekelas yang juga merupakan anak kepada Congressman bantu Joon-kyeong perbaiki kesilapan tatabahasa dan ejaan supaya surat tersebut lebih bagus dibaca dan difahami. 

Malangnya hasil tetap sama, masih tiada jawapan dari Presiden berkenaan permintaan tersebut. Ra-Hee cadangkan supaya Joon-kyeong masuk pertandingan Matematik sebab Presiden sendiri yang akan bagi hadiah kepada pemenang. Sekali lagi mereka kecewa bila timbalan sahaja yang datang. 

Naskhah yang berkisar tentang kehidupan ni tak mempunyai watak antagonis tapi mereka semua berperang dengan takdir dan nasib. First half ada banyak momen kelakar dan romantik antara watak Joon-kyeong dengan Ra-Hee tapi bila masuk second half dah mula emosi sebab watak si ayah (Lee Sung-min) bagitahu hal sebenar kenapa dia selalu mengelak bila masuk hal anak-anak. Masa ni memang bergenang lah air mata sebab konflik diorang memang konflik tipikal keluarga Asia. Sama juga dengan watak Bo-kyung (Lee Soo-Kyung) yang sentiasa bagi sokongan penuh kepada adik dia. Dari Joon-kyeong kecil sampai besar dia jaga sementara ayah dia keluar bekerja. 

Bak kata pengarah dan juga penulis Lee Jang-hoon, naskhah yang bertemakan family drama ni mungkin nampak biasa tapi sepertimana makanan yang tampak biasa namun mempunyai rasa yang luar biasa dari kebiasaannya, begitu lah juga movie Miracle : Letters to the President yang mendapat jumlah kutipan lebih tinggi dari movie Marvel : Sang Chi. 

Walaupun Park Jeong-min nampak lebih tua dari watak budak sekolah yang dibawa tapi casting director pandai cari pelakon kanak-kanak yang seiras dengan dia. Awalnya dia pun tak yakin boleh lakonkan watak pelajar sekolah menengah tapi okay je bila dah tengok full movie. Chemistry dia dengan Yoona pun not bad lah sebab tak banyak pun scene diorang. 

Watak Yoona pun cuma penyeri dalam movie ni dengan watak yang ringan tapi comel. Untuk movie ni both of them kena guna accent di wilayah tu, tak pasti Yoona guna dubbing artist ataupun tu memang suara dia. Kalau memang dia, she’s improving a lot in acting sejak movie Exit (2019). Expression muka dia pun mainkan peranan especially masa scene dia tengok movie dengan Joon-kyeong atas katil tu. 

Sinematografi dari Kim Tae-Soo memaparkan keindahan wilayah Gyeongsang Utara dengan geografi yang terletak berdekatan kawasan pergunungan. Suka scene Joon-kyeong dengan Ra-Hee dekat landasan keretapi sebab ada kelip-kelip. Walaupun nampak penggunaan vfx tapi tetap cantik suntingannya. 

Selain dari mesej kekeluargaan, pengarah juga tekankan tentang impian anak muda melalui kisah Joon-kyeong dengan semangat dia untuk tambah baik kehidupan penduduk di kampung tersebut menggunakan skills dan ilmu dia. Tapi impian milik anak muda ni tak mungkin tercapai kalau orang sekeliling dia tak bagi sokongan dan bantu. 

Sama macam watak Joon-kyeong bila penduduk kampung datang bantu bina bersama stesen kereta api ataupun cikgu fizik sekolah Joon-kyeong yang sentiasa monitor dan cari peluang untuk anak murid dia capai cita-cita untuk belajar alam angkasa lepas. Pendek kata movie ni memang sesuai untuk tontonan keluarga terutamanya yang ada anak muda supaya dapat tiup semangat untuk pergi lebih jauh dalam kehidupan. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. done baca review fana.
    tick masuk list akak.
    akak ni a kind of suka kisah-kisah famili gini.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.