Lunch Di Eden Aroma Cafe Persatuan Alumni Universiti Malaya

Thursday 18 November 2021

 

Siang tadi diadakan majlis get together session di mana beberapa orang lawyer dijemput hadir untuk berbincang mengenai beberapa masalah berbangkit berkenaan bidang guaman. First time diberi tugas untuk organize event yang melibatkan peguam luar so ada sedikit tekanan sebab nak kena tinggalkan impression yang bagus di mata diorang. 

Sebenarnya tugas tu diberikan kepada Kak Nora, I just assist je sebab Kak Nora tak mampu nak buat seorang. Lagi cepat siap, lagi bagus. Sama-sama buat kerja, sama-sama belajar. Managing partner pilih Eden Cafe ni sebab terletak di tengah-tengah, antara Kuala Lumpur dengan Petaling Jaya. Nak parking pun senang sebab tak ramai yang datang sini. Kawasan pun tersorok sikit jadi boleh berbincang dengan selesa. 











Sebelum ni dah pernah juga buat small event dekat sini jadi tak ada masalah nak set up few things. Even manager cafe ni banyak membantu. Dah settle set up meja dengan tempat duduk semua tetamu, I dengan Kak Nora rehat kejap sementara tunggu semua orang datang. Dekat sini kopi dia sedap jugak. Layan je minum kopi sambil baca novel. Ambience dekat Eden Cafe ni tenang je, sesuai sangat lah sebagai tempat alumni berkumpul. Ada healing vibe jugak. 


can't choose which one is prettier so I put both pictures bcs why not?


Rasanya novel dekat sini diwakafkan oleh pelajar UM jugak sebab kebanyakan novel ada nama empunya. Macam novel ni, tahun 2005 dia dah habis belajar dekat universiti dah. I masa tu baru Form 2, tengah nak adapt dengan sekolah baru. Tengah nak faham subjek Sains dengan Matematik yang bukan kegemaran. 


Baru bukak muka surat pertama dah kena ambil gambar Kak Nora lepastu guests mula datang. Mampu ambil gambar je novel tu, tak mampu nak baca pun. Macam orang tak tahu novel tu untuk props je kan? 

Bila tetamu dah start datang, I minta manager cafe tu start prepare semua order yang kitorang bagi masa sampai tadi. Ada banyak menu dekat Eden Cafe ni tapi kitorang limitkan supaya senang tukang masak nak serve for large group. 


Ucapan pembukaan daripada managing partner, I take note je dekat belakang supaya boleh prepare minutes of meeting nanti. Kak Nora pula kena ambil gambar untuk session ni. 






Dah habis sesi brainstorm dan mengutarakan masalah juga pendapat, makanan pun dah siap dan hidangkan kepada semua. I pilih nasi goreng, Kak Nora pula Char Kuey Tiaw. Seronok kalau makan dengan Kak Nora ni sebab selalu makan sikit je. So boleh merasa nasi goreng dengan char kuey tiaw dia jugak. Dua-dua sedap tapi I lagi suka char kueytiaw sebab udang dia guna fresh. Air udang tu jadi pati untuk rencah char kuey tiaw. Makan pulak dengan cili potong, sedapppp. 






Nasi goreng Satay pun sedap, berbaloi jugak lah beli sebab ada banyak lauk. Satay pun sedap, perapan terasa. Next time datang sini nak order chicken chop dia sebab crispy and crunchy. Sebelum ni masa datang Eden Cafe suka makan mee rebus dia. Kuah pekat, kenyang makan. Berbaloi sangat dengan harga. 

7 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.