Hadiah Blogger Kak As Dah Sampai

Masa bulan 7 ada join Giveaway Aku Dan Kamu dari Blogger Kak As sebagai tanda support sebab ni pertama kali dia buat giveaway. Nama Giveaway tu sweet lah sebab Kak As nak celebrate anniversary dengan husband dia. 

Tu pertama kali jejak ke blog Kak As, terus join dan follow lepastu tinggalkan ucapan untuk anniversary diorang tapi ringkas je sebab tak reti bagi ucapan haha. Tak sangka pulak rezeki terpijak boleh menang giveaway tu. Dah siap bagi details semua, maka hari ni sampai lah hadiahnya. 


Kalau ikutkan hadiah ni sampai lebih awal lagi tapi Kak As terlupa nak hantar dan saya pun lupa nak follow up. Sejenis yang pelupa khen, jumpa pulak yang sama geng haaa memang kelaut lah cerita dia. Hadiah dia kecil je tapi Kak As balut tebal sebab ada barang mudah pecah dekat dalam tu. 


Barang mudah pecah tu perfume Clara - Love Story Edition dari Eszz Ibrahim. Bila spray fuhh kemain semerbak walaupun sikit je. Kak As bagi pen warna pink dengan notebook. Kak As ni macam tahu je pen warna pink saya rosak minggu lepas. Dapat yang baru, yang lagi mahal pulak tu. Sebagai tanda penghargaan haruslah pen pink tu digunakan dengan kerap. Terima kasih Kak As untuk hadiah ni! Semoga makin murah rezeki akak sekeluarga :)

12 Comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.