Movie Review | Sa Balik Baju (2021)

Saturday 30 October 2021


Pengarah : Junad Nor, Sarah Lois, Umie Omar, Afiza Asram
Penulis Skrip : Junad Nor, Sarah Lois, Rafidah Abdullah, Afiza Asram
Pelakon : Nadiya Nissa, Elena Laurel Moujing, Juliana Evans, Sarancak, Mira Filzah, Kaka Azraff,  Jo Kukathas, Chelsia Ng, Kahoe Hon, Jad Hidhir, Nicole Rinai Joachim, Alif Satar, Amirah Azmi, Lee Yvonne, Idris Khan, Haleeda, Azman Hassan, Joanne Kam
Syarikat Produksi : Red Communications Sdn Bhd
Pengedar : Netflix
Genre : Drama / Komedi
Durasi Tayangan : minit
Tarikh Tayangan : 21 Oktober 2021
Trailer :



Kisah 1: Hak Peribody - Junad Muhammad Nor

Mengisahkan tentang Dahlia (Nadiya Nisaa), seorang penulis di syarikat majalah perempuan Tinta Biru merasa tertekan apabila hilang punca pendapatan gara-gara media cetak makin dilupakan sejak meningkatnya penggunaan media sosial.  


Satu hari Dahlia terdengar pertengkaran di antara pasangan suami isteri mengenai pakaian dalam kemudiannya dia mendapat inspirasi untuk buat bisnes menjual pakaian dalam perempuan yang seksi supaya dapat menghangatkan perhubungan antara suami isteri. Dari perniagaan tersebut dia semakin rapat dengan Mia dan melihat kebaikan media sosial. 

Kisah 2: Love Clicks - Sarah Lois

Hannah (Elena Moujing) yang sentiasa gagal dalam percintaan menggunakan platform digital aplikasi mencari jodoh, “Love Clicks”. Di situ dia berkenalan dengan Pengguna Nombor 721 dan merasakan mereka berdua serasi Bersama. Uniknya applikasi ni bila semua pengguna tidak mempunyai profil sebaliknya menggunakan avatar.

 
Bagi Hannah features applikasi Love Clicks ni cool sebab dia boleh kenal seseorang bukan hanya bersandarkan pada rupa. Tapi bagi kawan-kawan dia, apa lah bezanya sebab semua orang boleh berlakon. 

Kisah 3: Bukan Salah Ibu Mengandung - Umie Salwana Omar

Sejak mengandung Myra Merlis (Juliana Evans) mempunyai alahan yang teruk dengan alat solek sampaikan punca pendapatan dia sebagai beauty blogger terjejas teruk. Ramai klien terpaksa tamatkan kontrak bila hasil kerja Myra tak memuaskan. Tambahan pula views dan komen tak memberansangkan seperti sebelumnya. 


Irfan (Aliff Satar) cuba pujuk Myra supaya lawan perasaan tu dari melarat sebab pendapatan mereka sekeluarga akan terjejas bila dia bekerja sebagai pengurus isterinya. Kesian dengan Didi juga, pembantu mereka berdua kalau gaji terpaksa dipotong. 

Kisah 4: Dalam Kain - Sarah Lois

Sierra (Sarancak) mempunyai pengikut media sosial yang ramai kerana dia adalah Relationship Coach di mana dia sentiasa memberikan nasihat-nasihat yang berkait dengan alam perkahwinan. Suaminya, Hanif berasa terkongkong dan hilang privasi bila semua momen mereka berdua diceritakan di media sosial. 


Kecoh di media sosial bila Hanif menggunakan aplikasi “Hunny Bunny” untuk bercinta dengan perempuan lain. Sierra bertambah curiga dengan Hanif sebab suami dia pernah curang sebelum mereka berkahwin. Tapi betul ke pengguna applikasi tersebut adalah Hanif ataupun lelaki yang curi profil bila maklumat tentang Hanif disebarkan oleh isterinya sendiri?

Kisah 5: Angkat Kaki - Afiza Asram


Mempunyai bapa yang konservatif membuatkan Aria (Mira Filzah) berasa lemas untuk tinggal serumah. Di pejabat dia dipuji oleh majikan dan rakan sekerja tapi di rumah Aria direndahkan hanya kerana dia seorang perempuan. Lagi bertambah stress bila bapanya nak jodohkan dengan Juan yang mempunyai karakter yang tak senonoh. 

Kisah 6: Aset - Afiza Asram

Pertemuan Salina (Kaka Azraff) dengan Sally (Joanne Kam) mengubah pandangan dan karakter dia yang sering berasa segan dengan payudaranya yang bersaiz DD. Bagi Sally bukan salah perempuan jika dia mempunyai aset yang besar tapi lelaki yang tak hormat dan menjaga pandangan. Dalam sehari banyak yang Salina belajar tentang payudara.


Kesemua kisah saling berkait antara satu sama lain dan mempunyai konflik yang selalu dihadapi oleh kaum wanita. Tengok pada barisan penulisnya ada nama Rafidah Abdullah dah boleh agak dah cerita tu mesti menarik sebab dia antara figura yang aktif dalam menyebarkan awareness. Cerita dia santai je tapi sarat dengan pengajaran. 

Kisah Dalam Kain tu not bad tapi disebabkan I tak minat dengan Sarancak, jadi tak enjoy dan menyampah dengan watak dia. Watak Hanif tu muncul sekejap je tapi dia bagi pertanyaan yang padu jugak lah kepada Sierra. Kisah Love Click pula terlalu ringkas dan kurang menarik berbanding 5 kisah yang lain. Kalau pengarah atau penulis kembangkan lagi watak Daniel Lee menjadi watak yang mengubah perspektif Hannah dan terangkan lebih mendalam lagi projek Sa Balik Baju dia mungkin lebih menarik dan mantap penceritaannya. 


Tak ada masalah pun dengan lakonan sebab genre movie ni santai dan semua watak tak mempunyai screentime yang panjang. Kalau tak pandai berlakon sangat pun tak la ketara sebab tak banyak watak yang ada solo screen macam Kisah Hak Peribody yang dijayakan oleh Nadiya Nissa. I just had one complaint lah dalam kisah tu, kenapa editor majalah Tinta Biru tak justify artikel Dahlia? Dah la majalah tak menarik, no wonder lah tutup. 


Good job untuk team production Sa Balik Baju yang berani terbitkan naskhah yang mengangkat kisah kaum wanita dengan skrip dan olahan yang bagus. Sinematografi yang dipaparkan menggunakan tone grading yang cantik menambahkan lagi kecantikan visual setiap babak dalam movie ni. 

Hopefully lebih banyak lagi movie women-centric dengan tema memperkasakan wanita yang boleh diterbitkan di streaming platform. Bukan setakat wanita dapat ambil pengajaran malah kaum lelaki juga boleh belajar banyak perkara berkenaan wanita memandangkan sekarang tengah hangat tentang period poverty. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.4/10

6 comments

  1. Tajuk dia kemain lagi
    Lama tak layan drama melayu

    ReplyDelete
  2. Tengok jugak, cuma part Love Clicks tu saya skip scene. Dah tua kot nak layan cite cinta remaja

    ReplyDelete
  3. part love click dan serancak tu yang i rasa bosan maybe tak minat sangat pelakon dia tapi yang lain memang best. mesej filem ni memang padu.

    ReplyDelete
  4. Hahaha part kenapa editor tak justify artikel dahlia. Tajam nau mata awak ye. Tp yelah.. Menjengkelkan je tgk page tu.

    Ammi fast forward kan part Aset tu sbb rasa geli pulak. Nak2 ammi tgk dgn anak2

    ReplyDelete
  5. Ok..baca sinopsis kat sini nampaklah sikit jalan ceritanya hehe. Nanti kita tengok sendiri pula camner

    ReplyDelete
  6. anak-anak akak da tonton dah movie ni, Fana.
    akak lom ada masa. komen diorang, "nice".
    next weekend la akak try free kan few hours to watch this movie.
    nampak menarik...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.