KOPTOWN EDC HOTEL - We’re Back To Serve You!

Monday 4 October 2021

Selepas episod duka yang melanda industri perhotelan negara dek kerana pandemik covid-19, Koptown EDC Hotel kembali dibuka secara rasmi kepada pengunjung dan pelanggan setia. Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur terletak dengan strategik di sepanjang Jalan Raja Laut. 

EDC  Hotel Kuala Lumpur menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang  bertaraf 3 bintang sesuai dengan tagline 'Everyone Deserves Comfort'. Hotel ini mempunyai 242 bilik termasuk 6 suite terdiri daripada kategori bilik Deluxe ‘A’ & ‘C’ Wings. Terdapat  beberapa  jenis  bilik  yang  hotel  tawarkan  seperti  Standard  Room,  Standard  Triple,  Deluxe Room, Deluxe Triple, Junior Suite, Ambassador Suite dan Presidential Suite. 

i. Standard  Room 

Standard Room mempunyai dua katil besar untuk memuatkan 2 orang dalam satu bilik di mana terdapat penghawa dingin, tempat membuat kopi dan teh, TV dan pemanas air.

ii. Ambassador Suite 

Ambassador Suite pula dilengkapi dengan pelbagai perabot tambahan seperti tub mandi, ruang makan, ruang tamu dan pelbagai lagi. 

iii. Presidential Suite 

Akhir sekali, Presidential Suite adalah bilik yang luas dan selesa, sesuai untuk orang yang berjawatan seperti Menteri-menteri, Presiden dan lain-lain lagi.

Junior Suite,  Ambassador Suite dan Presidential  Suite  terletak  di  tingkat paling atas  dan  kemudahan yang terdapat di tingkat paling atas adalah Sky Lounge, dihiasi pemandangan Chow Kit dan terdapat ruang bilik yang luas dilengkapi dengan ruang makan, ruang tetamu untuk mengadakan perbincangan.

Selain itu, Koptown EDC Hotel mempunyai beberapa outlet iaitu Sudirman Cafe, Restoran Sri Raja Laut dan juga Manager’s Coffee. Selain  memiliki  242  buah bilik  dengan  enam  daripadanya  terdiri  daripada  bilik  jenis  Suite,  hotel  ini  turut menawarkan  kemudahan  untuk  mesyuarat  dan  acara  meliputi  Ballroom  yang  boleh  memuatkan  500 orang, bilik seminar, Board Room. 

Antara majlis-majlis yang sesuai diadakan di Ballroom ini ialah majlis perkahwinan, seminar, mesyuarat, sidang media dan majlis-majlis keraian seperti sambutan hari lahir, majlis makan  malam  dan  majlis  perpisahan  syarikat.  Kesemua  bilik  mesyuarat  dilengkapi  dengan teknologi terkini.

Sembang pasal Sudirman Café, sempena meraikan berita gembira buat Koptown EDC Hotel dan juga bakal pengunjung, pihak hotel menyajikan beberapa hidangan istimewa untuk diperkenalkan secara rasmi. Antara menu yang disediakan adalah Nasi Lemak Basikal Tua, Mee Rebus Ketam Kulim, Ketam Berinti, Aglio Olio 1000 Million Smiles dan Serawa Durian with Hainanese Bread/ Pulut. Special drinks dari Sudirman Café ialah Sudi Selasih. 

My personal favorite, Mee Rebus Ketam Kulim sebab kuah dia ada rasa manis ketam dengan manis tulang daging. Walaupun kuah dia Nampak pekat tapi bila masuk dalam mulut dia melt tapi teraasa kaya dengan bahan utama. Dessert pula makan serawa durian dengan pulut lembut. Pendek kata, memang sedap jadi tak rugi kalau stay dekat Koptown EDC Hotel sambal menikmati suasana kehidupan di Chow Kit yang pernah diangkat dalam lagu penyanyi legenda. 

Bertambah meriah bila selebriti undangan, Apek Senario, Yassin Senario dan Ayahanda Rani Kulup turut hadir ke majlis perasmian pembukaan Koptown EDC Hotel. Dekat majlis ni juga Apek dengan Yassin bagitahu Senario akan buat reunion dan comeback dengan movie di bawah arahan Aziz M. Osman. 

Terdapat  pelbagai  kemudahan  pengangkutan  awam  berdekatan  dengan  hotel  ini  seperti  Stesen  KL Monorail Chow Kit (600m), Stesen LRT PWTC (500m), Stesen LRT Sultan Ismail (600m) dan juga Stesen KTM  Putra  (700m)  sahaja.  Terdapat  kemudahan  Free  Shuttle  Service  juga  disediakan  untuk  tetamu- tetamu yang hendak bersiar-siar atau membeli belah di SOGO, Sunway Putra Mall dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tempahan  bilik  secara  online  juga  dibuka  melalui  Agoda,  Booking.Com  dan  Expedia.  Koptown  EDC Hotel juga mempunyai pelbagai promosi makanan seperti ‘Ladies Lunch’ pada harga RM 18.80 nett untuk seorang dan caj servis penghantaran makanan bermula dari harga RM 10.90 nett. Untuk tempahan, anda boleh menghubungi di talian 03-4051 9191.

2 comments

  1. Sedap-sedap menu yang disediakan. Basikal tua tu unik ye diletakkan di situ. Agak-agak lenguh berjalan, boleh ke nak pinjam ahaha

    ReplyDelete
  2. Nama menu dia mengimbau kenangan.. nice.. bilik pun not bad..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.