Movie Review | Firegate - Piramid Gunung Padang (2016)

Saturday 26 December 2020

Pengarah :  Rizal Mantovani

Penulis Skrip :  Robert Ronny

Pelakon :  Reza Rahadian, Julie Estelle, Dwi Sasono, Ray Sahetapy, Puy Brahmanthya, Ayasha Puteri, Lukman Sardi, Ratu Anandita, Khiva Iskak, Otig Pakis, Saefullah Mahyuddin

Syarikat Produksi :  Legacy Pictures

Pengedar :  Legacy Pictures, Netflix

Genre :  Adventure / Horror / Mystery

Durasi Tayangan :  113 minit

Tarikh Tayangan : 3 November 2016

Trailer :

Kisah bermula pada zaman purba, 500 tahun masehi bilamana sekumpulan manusia zaman batu cuba untuk melakukan upacara tapi seekor makhluk keluar dan piramid mula bergegar dan menutup ruang masuk. Fast forward ke zaman millennial, Tomo Gunadi (Reza Rahadian) ialah wartawan untuk majalah Ghaib yang mengupas isu-isu supernatural. 

Tapi cara dan artikel dia tak lah disenangi oleh Guntur Samudra (Dwi Sasono) kerana Tomo hanya sekadar buat cerita dan dapat bayaran tinggi dari mana-mana orang yang sengaja berlakon sebagai bomoh untuk menghalau hantu. Sedangkan Guntur ada kuasa sakti hasil menuntut bersama guru dia dan dia gunakan untuk kebaikan dengan menghalau syaitan pulang ke neraka. 

Bila berita tentang sekumpulan arkeologi menemui artifak di Piramid Gunung Padang melalui wawancara bersama Arni Kumalasari (Julie Estelle), Tomo ditugaskan ke sana untuk artikel berkenaan penemuan bersejarah tu. Gundur bersama anak-anak murid dia juga pergi ke sana. 

‘Indonesia terletak di Lingkaran Api yang mana merupakan plat bumi aktif. Kita tak tahu berapa banyak bencana alam yang berlaku di Indonesia sejak zaman purba. Gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami. Kemungkinan semua bukti tamadun purba di Indonesia telah terkubur.’ 

Sejak kejadian aneh yang berlaku dan mengorbankan beberapa nyawa di tapak Piramid Gunung Padang, Tomo, Guntur dan Arni bekerjasama menggunakan ilmu mereka walaupun awalnya masing-masing memperlekehkan sesama sendiri. Kalau bukan nyawa mereka bertiga terancam, nyawa orang sekeliling terutamanya anak Tomo, Lila (Ayasha Puteri) dan generasi akan datang akan hidup dalam kehancuran. 

Konsep yang fresh dan unik dari penulis Robert Ronny bila menggabungkan ilmu sains, agama dan alam ghaib di dalam sesebuah cerita fiksyen. Banyak fakta-fakta tentang ilmu arkeologi yang dibincangkan dalam beberapa scene yang diambil dari fakta sebenar tentang Piramid Gunung Padang yang terletak di Cianjur, Jawa Barat dan merupakan binaan sejarah yang paling besar di Asia Tenggara. Mengagumkan bila piramid yang terawal dibina ialah di Indonesia tapi musnah kerana bencana alam.  And yes diorang shoot beberapa scene di tapak arkeologi sebenar. 

Untuk visual dari Faozan Rizal mungkin tak lah mantap lagi hasil VFX dia especially scene yang melibatkan piramid tapi not bad lah sebab ada kalanya scene tu nampak real. Music score dari Andi Rianto menambahkan impak pada scene seram dan menghidupkan elemen misteri bila munculnya jin Badurakh yang mencari sesuatu. 

Kekuatan lakonan baik pelakon utama mahupun pelakon pembantu membuatkan movie Firegate: Piramid Gunung Padang lebih menarik dengan pelbagai emosi yang dipamerkan sesuai dengan karakter dan situasi kehidupan masing-masing. 

Movie ni ditunda selama 2 tahun untuk ditayangkan sebab kekurangan dana untuk suntingan VFX but I guess dah balik modal sebab Netflix dah beli movie arahan Rizal Mantovani di bawah Legacy Pictures ni. Sesuatu yang patut dibanggakan sebab Indonesia menghasilkan movie berkualiti bukan sahaja dari segi lakonan, malah skrip, suntingan, dialog, make-up, music score dan visual. Pendek kata, cukup rencah untuk jadi sebuah naskhah yang bagus untuk tontonan semua. 

Kalau Hollywood ada karakter fiksyen, The Mummy yang wujud dari Piramid Giza, Mesir, Indonesia pula muncul dengan jin Badurakh dan ketuanya yang dikunci di dalam Piramid Gunung Padang. Kagum dengan negara Indonesia sebab pelihara artifak, bangunan bersejarah, kesenian dan peristiwa bersejarah kemudiannya menghidupkan semangatnya melalui industri perfileman. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.