Hi semua!
Sebelum ni dah pernah up tutorial untuk AR Post dari Pos Malaysia dengan function dan kelebihan dia. Kalau belum tahu, boleh baca dekat
SINI.
So kali ni nak update pasal Registered Post dari Pos Malaysia pula sebab muncul keywords beza registered post dengan AR post.
Jawapannya tak banyak beza pun. Sama juga macam AR Post, di envelope tu kena ada sticker khas berwarna hitam (dulu warna merah) yang perlu dilekat di bahagian kanan atas envelope. Dekat mana nak dapat sticker ni? Of course boleh dibeli di kaunter Pos Malaysia dengan harga RM3.80 seunit.
Berbeza dengan harga AR card dan sticker cuma RM2.80 dan kad kuning tersebut akan dipulangkan selepas dapat jawapan dari si penerima. Berbeza dengan Registered Post, kita boleh tahu status dengan masukkan tracking serial number di laman web Pos Malaysia.
Okay untuk isi form di sticker tu mudah sahaja dengan isi nama pengirim, no telefon pengirim, nama penerima dan juga nombor telefon penerima.
Kemudian tarik sticker serial number tu dan tampal salinan (Office use only) di borang Registered Post. Borang ni tak pasti boleh dapat dekat kaunter ataupun tak sebab I punya dapat dari HQ. But you can always DM me asking for this form.
Tampal sticker tu dekat dalam box 'Bayaran Pos Termasuk bayaran Pendaftaran' sebab sticker tu tanda kita dah bayar. Submit form ni dekat kaunter pejabat pos then staf akan cop tanda terima. Form yang dah kena cop tu nanti simpan la sebagai bukti kita dah hantar document tersebut. Sticker (Customer Copy) tu simpan la dalam file you guys.
Oh ya kalau berat envelope tu tak melebihi 20 gram, tak perlu letak setem. Cukup letak sticker registered post tu je. Kalau lebih, kena letak la setem ikut berat envelope atau parcel.
Boleh rujuk dekat gambar ni kalau tak tahu nak letak berapa setem.
So dah nampak ke perbezaan AR Post dengan Registered Post? Kalau I memang prefer AR Post sebab kita dapat bukti penerima terima surat tu sebab penerima akan sign dekat kad tu. Kalau dia reject ataupun tak sampai, posmen akan datang inform. Harga pun lebih murah dari Registered Post. Tapi bestnya Registered Post ni tak perlu isi banyak benda macam AR Post.
Semoga entry ni bermanfaat dan bantu yang clueless dekat luar sana. Anything just let me know dekat ruangan komen ataupun boleh contact I dekat semua medium yang ada dekat Blogger Profile tu okay? No worries and have a nice day ahead :)
i have few of my letter flew to oversea then hilang... registered post mmg penting... really...
ReplyDeletehai! boleh x dptkan salinan borang kiriman ni? thanks. emel me at aishah_8586@yahoo.com. tqqq
ReplyDelete