Movie Review | Game (2011)

Tuesday 25 August 2020


Director : Abhinay Deo
Writer : Althea Delmas Kaushal, Farhan Akhtar (dialogues)
Cast : Abhishek Bachchan, Kangana Ranaut, Sarah Jane-Dias, Jimmy Shergill, Boman Irani, Shahana Goswami, Anupam Kher, Gauhar Khan
Production Company : Excel Entertainment
Distributor : Excel Entertainment, Eros International Ltd.
Genre : Action / Crime
Running Time : 136 minutes
Release Date : 1 April, 2011 (India)
Trailer :


Kisah bermula bila Samara Shroff (Gauhar Khan) confirmkan kepada Kabir Malhotra (Anupam Kher) yang 4 orang tetamu dia dalam perjalanan ke pulau miliknya di Pulau Samos, Greece. Kabir Malhotra bukan calang-calang orang bila dia mempunyai perniagaan dalam banyak bidang. 


O.P.Ramsay (Boman Irani), seorang politician yang perlukan bantuan seseorang bila aktiviti jenayah dia dipersoalkan oleh pihak media. Vikram Kapoor (Jimmy Shergill), pelakon Bollywood yang baru sahaja membunuh hair stylist dia dan perlukan movie deal yang bermilai jutaan ringgit. Neil Menon (Abhishek Bachchan), casino owner yang terdesak mencari 20 juta dalam masa 4 hari dan crime journalist, Tisha Khanna (Shahana Goswami) dijemput untuk content terbaru beserta bukti jenayah. 

Tanpa tunggu lama, Kabir jemput 4 orang tetamu dia dan perkenalkan diri dengan jenayah-jenayah yang mereka buat selama ni sementara Tisha busy merakam dan catit segala main point dalam satu kes pembunuhan Maya (Sarah Jane-Dias). 


Bermula dengan O.P.Ramsay yang melacurkan Maya disebalik rumah anak yatim milik dia. Kemudian Maya larikan diri ke Turki dan bekerja sebagai penari di casino milik Neil dan menjadi pengedar dadah dalam casino tersebut. Bila Maya berjaya keluar dari casino Neil dan pindah ke Mumbai, Vikram Kapoor yang memandu dalam keadaan mabuk langgar Maya dan tanam dia hidup-hidup. 


Kabir bagitahu yang Maya ada kembar iaitu Tisha tapi Tisha tak mampu terima kenyataan yang dia sebenarnya anak angkat. Walaupun Kabir Malhotra kaya tapi dia tetap stranger di mata Tisha. Disebabkan Tisha tak nak terima Kabir sebagai ayah, keesokan paginya Kabir bunuh diri dalam bilik bacaan dan bakar wasiat dia. 

Pihak International Vigilance Squad - Sia Agnihotri (Kangana Ranaut) dan pembantu dia, Sunil Shrivastav (Akash Dhar) syak yang Kabir Malhotra tak bunuh diri tapi dibunuh. Sia perlu mencari siapa dan apa motif pembunuhan dalam masa yang singkat. 


Movie Game ni remake kepada movie Hollywood - The Bourne Identity dan And Then There Were None but I don’t know which is great or disaster since I haven’t watch any of those two. Cuma yang I nak highlight bila movie remake, sepatutnya movie Game ni menarik lah sebab most of the part boleh refer sahaja pada movie-movie sebelum ni. Tapi movie Game ni tak lah begitu suspense untuk genre thriller dan dialog pun average je. 


Kekuatan movie ni mungkin pada plot twist walaupun director Abhinay Deo dedahkan pertalian mereka berempat agak awal. Tapi rasanya masa tengok scene 4 orang tetamu tu dapat surat pun dah boleh agak yang diorang semua ada kaitan dengan kemalangan di awal movie. Masuk second half dah boleh agak siapa pembunuh dia tapi nak tahu apa bukti dan alibi Sia dan team dia jumpa. 

Visual dan sinematografi yang menarik dari Kartik Vijay yang memaparkan suasana Greece, Turki, Bangkok dan Mumbai dengan baik. Music score dari Ram Sampath pun masuk dengan vibe dan mood setiap scene cuma lagu dalam movie Game ni biasa je. 




Action scenes hasil buah tangan Allan Amin memuaskan. Mungkin lagi best kalau ada scene pergelutan masa Neil jumpa Samara. Dalam movie ni boleh nampak la yang team production malapkan watak-watak wanita. Even Sia yang lead case ni pun nampak lemah bila watak hero take over. 

Lakonan debutante Sarah Jane-Dias menyerlah walaupun movie ni multi-starrer dengan kehadiran pelakon-pelakon otai seperti Anupam Kher dan Boman Irani. Overall, one time watch. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 5.8/10

5 comments

  1. Jimmy Shergill, even now mcm ala2 macho sikit..tapi tetap i nmpk dia jambu hehehe

    ReplyDelete
  2. Cerita kalau ada plot twist ni, memang feel dia lain kalau tengok, jadi semangat

    ReplyDelete
  3. Ok..Hari ahad ni boleh layan filem ni pulak...

    ReplyDelete
  4. Admiring the time and effort you put into your blog and detailed information you offer!.. agen slot online

    ReplyDelete
  5. Kalau tengok gambar-gambar Farhana bubuh ini memang nampak cantik scene scene dia..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.