Lirik Lagu JBKT - Drama Band

Sunday 2 August 2020

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah, roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".


Admire betul kerja dari Drama Band sejak single Babak Pertama keluar sebab lirik lagu mesti ada relate dengan kehidupan tambah lately suka lontarkan mesej sosial yang sarat. Drama Band kata intro music ni ada persamaan dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi- Mulan Jameela. Tapi sikit je lah. 

Overall walaupun lagu ni pendek lirik dia tapi senang betul nak melekat dekat kepala which is great sebab kata nasihat ni memang susah nak melekat kan so konsep repetitive tu memang sesuai lah dengan tema nasihat yang dibawa biar tersemat terus di telinga dan kepala. Great job Drama Band!



Lirik Lagu JBKT (Jangan Bikin Kerja Tuhan)

Penyanyi : Drama Band
Lagu : Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir & Padel Lecki
Lirik : Aepul Roza
Studio : MVM Music

Yang kau sangka benar
Tak semestinya benar
Yang kau sangka salah
Tak selalunya salah

Kau tuai hasil benih tanaman akalmu
Sedangkan setitis yang dipinjamkan padamu

Jangan bikin kerja Tuhan
Jangan kata kau pusingkan
Jangan cuba kuasa Tuhan
Sedarlah diri wahai sang kuman
Ke tanah jua kau dipulangkan

Ada kata yang tak harus kita latahkan
Ada kerja yang tak harus kita sibukkan

Jangan bikin kerja Tuhan
Jangan kata kau pusingkan
Jangan cuba kuasa Tuhan
Sedarlah diri wahai sang kuman
Ke tanah jua kau dipulangkan

Benar dan salah bukan milik kita 2x

Jangan bikin kerja Tuhan
Jangan kata kau pusingkan
Jangan cuba kuasa Tuhan
Sedarlah diri wahai sang kuman

Jangan bikin kerja Tuhan
Jangan kata kau pusingkan
Jangan cuba kuasa Tuhan
Sedarlah diri wahai sang kuman
Ke tanah jua tempat yang engkau akan dipulangkan

Ke tanah jua kau dipulangkan


Btw, album Drama Band akan keluar Oktober tapi ikut gaya Aepul macam keluar Ogos je.

For Drama Band fans, please pray hard sikit keluar Ogos ye kekeke

7 comments

  1. betul lah lagu ni pun best..

    ReplyDelete
  2. Tadi bru tengok kat tv. Mencari apa maksud JBKT tu? Haha Rupa-rupanya itu. Nice lagu dia. ^^

    ReplyDelete
  3. bila tengok amaran suruh skip kalau cepat koyak tu, terus gelak..
    lagu diorang ini kalau tak unik, memang tak sah..
    sentiasa ada yang positif boleh diambil.. Nice..

    ReplyDelete
  4. first time dengar tapi macam biasa lagu diorang memang best.

    ReplyDelete
  5. Lagu ini best boleh pergi jauh & tidak mustahil dpt masuk pasaran Indonesia ... if x percaya ... tunggu & lihat ... tetapi x lupa perintah Tuhan ... Allah Azzawajallah ... jgn tinggal solat if mahu berjaya dunia & akhirat ...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.