‘Cinta Itu Fairy Tale’ Edisi Drama Terbaharu Iflix Akan Ditayangkan Eksklusif Dan Percuma Bermula 21 Mei 2020

Monday 18 May 2020


Sempena Syawal tahun ini, iflix sukacitanya membawakan sebuah drama komedi romantik berjudul Cinta Itu Fairy Tale secara EKSKLUSIF dan PERCUMA bermula 21 Mei 2020 di iflix.com. Drama 13 episod ini, mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut. 


Istimewa untuk para peminat drama Melayu drama siri Cinta Itu Fairy Tale arahan pengarah popular, Tam Suhaimi, dibarisi oleh pelakon muda yang dikenali ramai seperti  Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh (Pelakon Indonesia),  Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura dan ramai lagi. Ternyata, barisan pelakon mantap ini mampu memberikan impak positif yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.


Mengikut kajian, statistik pengguna sosial media berumur 18 hingga 34 tahun adalah lebih tiga kali ganda memilih platform pentsriman video setiap minggu. Peratusan yang dicatatkan untuk penstriman video adalah tertumpu kepada kandungan hiburan TV, drama dan filem yang mencatatkan 23 peratus secara global. Sekaligus menunjukkan, medium penstriman merupakan sesuatu yang trending pada masa kini dan menjadi platform pilihan masyarakat untuk menonton drama mahupun filem.  


Menurut Shoba Devi, selaku Ketua Kandungan iflix Malaysia, “Selaku platform penstriman tidak berbayar, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyusun strategi kandungan tempatan yang lebih menarik dan trendy untuk menarik minat para penonton. Dalam usaha bagi menjayakan objektif untuk memperbanyakkan lagi pengisian hiburan tempatan, kami turut menyajikan hiburan yang lebih seimbang dan sesuai buat santapan seisi keluarga. 


Pengarah drama Cinta Itu Fairy Tale, Tam Suhaimi turut berkata, “Saya adalah peminat tegar genre romantik komedi seperti filem Clueless, My Best Friend’s Wedding, 30 Hari Mencari Cinta dan Pisau Cukur. ‘Cinta Itu Fairy Tale’ adalah sebuah kisah percintaan era moden (A modern twist to a fairy tale) dengan menampilkan elemen percintaan, komedi dan kekeluargaan. Selain menampilkan barisan pelakon dari dalam dan luar negara, penceritaan yang moden, santai dan mudah diikuti adalah faktor yang menonjolkan keunikan drama ini. 


Jika sebelum ini karya saya menerima respon yang positif menerusi platform TV, saya mengorak langkah dengan melancarkan Cinta Itu Fairy Tale secara eksklusif dan percuma di iflix. Saya juga berharap, agar drama ini dapat memenuhi citarasa penonton. Sempena sambutan Syawal, saya dan iflix ingin menjemput para penggemar drama Melayu untuk beraya sambil berhibur dengan menyaksikan Cinta Itu Fairy Tale secara EKSKLUSIF dan PERCUMA di iflix bermula 21 Mei 2020”


Kata pelakon utama Cinta Itu Fairy Tale, Eyka Farhana pula, “Selebriti mahupun instafamous, sering menjadi tumpuan nitizen di laman sosial. Tidak dapat dinafikan, golongan ini juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan. Dalam Cinta Itu Fairy Tale, saya memainkan peranan sebagai Nina Suraya yang juga seorang ‘instafamous’. Nina mendapat kecaman hebat daripada para nitizen mengenai hubungan percintaannya yang gagal diselamatkan. Gadis bernama Nina ini mengalami tekanan perasaan kerana rata-rata nitizen tidak menyebelahinya, sebaliknya menghukum dan membuatkan beliau membawa dirinya ke sebuah percutian untuk mencari ketenangan diri. 


Secara peribadi, drama ini bukan sekadar drama kisah cinta romantik komedi semata- mata, malah mengandungi pelbagai unsur positif yang cuba disampaikan kepada masyarakat. Antaranya unsur positif yang ada pada Nina adalah beliau seorang yang kuat semangat dan tidak mudah putus asa jika gagal dalam sesuatu perkara. 


Sebagai contoh, Nina sentiasa sabar dalam mencari pasangan hidup dan tekad meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang penulis yang . Saya amat berterima kasih kepada pengarah drama Cinta Itu Fairy Tale, Tam Suhaimi kerana memberi peluang dan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk memikul watak ini dan bersama pelakon-pelakon hebat yang lain. Sebagai buah tangan baharu kepada peminat juga, saya berharap agar drama ini akan dapat memeriahkan raya anda nanti”


Saksikan drama siri Cinta Itu Fairy Tale yang mengetengahkan watak utama Eyka Farhana (Nina Suraya), Afifah Nasir (Niesa), Harris Baba (Zach), Ikhsan Saleh (Adam) secara EKSKLUSIF dan PERCUMA di iflix pada 21 Mei 2020. 

MENGENAI IFLIX

iflix adalah sebuah servis hiburan terkemuka Asia Tenggara dengan pilihan siri TV, filem, produksi Originals tempatan dan siaran berita terkini dari dalam dan luar negara. Anda juga boleh muat turun rancangan kegemaran anda dan tonton secara offline. Saksikan siri filem terbaru di iflix seperti: Daulat secara eksklusif di platform iflix tanpa perlu log masuk dan mendaftar secara PERCUMA! Bagi peluang pengiklanan layari advertising@iflix.com

5 comments

  1. epicnya ada Amy Mastura.. menten lawa je..

    ReplyDelete
  2. eyka farhana banyak berlakon di iflix pula sekarang. macam menarik juga drama dia, boleh layan nanti..hehe

    ReplyDelete

  3. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  4. Sinopsisnya agak menarik.. drama santai mavam nie sesekali layan, best juga..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.