Movie Review : Parasite

Sunday 29 September 2019


Director : Bong Joon-ho
Writer : Bong Joon-ho, Han Jin-won
Cast : Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Cho Yeo-jeong, Choi Woo-shik, Park So-dam, Lee Jung-eun, Lee Sun-kyun, Jung Ji-so, Jung Hyun-joon
Production Company : Barunson E&A Corp
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 132 minutes
Release Date : 21 May 2019 (Cannes), 30 May 2019 (South Korea)
Trailer :


Pemenang Palme D’or di Cannes Film Festival 2019 bila terpilih ditayangkan secara perdana pada Mei lepas dan terpilih dicalonkan dalam kategori Best International Feature Film di 92nd Academy Awards nanti, mengisahkan tentang survival sebuah keluarga kecil di Korea Selatan.


Bertemakan perbezaan kelas masyarakat di Korea, keluarga miskin yang hidup di tingkat bawah sebuah apartmen cuba cari kerja part-time yang boleh bawa makanan ke meja makan untuk satu keluarga. Hidup dengan menumpang free wifi dari kafe berdekatan ataupun buka tingkap untuk dapat free racun pembunuh nyamuk.


Satu hari Min-hyuk (Park Seo-joon) datang melawat kawan dia Kim Ki-woo (Choi Woo-shik) dan bawa batu azimat kononnya boleh tarik kekayaan. Min-hyuk minta bantuan Ki-woo untuk jadi tutor English kepada Park Da-hye (Jung Ji-so) sebab dia percaya kawan dia takkan sailang crush dia sementara dia pergi belajar di luar negara.


Hari pertama Ki-woo pergi ke rumah Mrs Park (Cho Yeo-jeong), dia nampak peluang untuk kakak dia, Ki-jung (Park So-dam) untuk menyelit masuk sebagai tutor subjek seni kepada Park Da-song (Jung Hyun-joon). Berbekalkan kepakaran dalam hasilkan sijil palsu dan Google, Ki-woo dengan Ki-jung tak ada masalah langsung nak make a great impression kepada keluarga Park.

Kemudian Ki-jung cari idea untuk replace Chauffeur Yoon (Park Geun-Rok ) driver  Mr Park (Lee Sun-kyun) kepada ayah dia, Kim Ki-taek (Song Kang-ho) dan juga maid lama (Lee Jung-eun) dengan mak dia (Jang Hye-jin). Plan satu family untuk masuk ke rumah tu berjaya walaupun Da-song rasa pelik sebab diorang berempat ada bau yang sama.


Jadi masalah bila maid lama rupanya ada rahsia besar tersimpan di bilik kebal rumah keluarga Park ni disebabkan pereka rumah tu sengaja cipta bilik kebal tapi rahsia tu cuma maid lama je yang tahu. Disebabkan rahsia maid lama tu, plan keluarga Kim ni hampir rosak untuk berpaut pada kekayaan keluarga Park. Apa rahsia tu kena tengok sendiri dalam movie ni.


Jalan cerita movie ni memang laju, momentum dari awal sampai ke habis movie tak jatuh langsung dengan kelicikan keluarga Kim, kenaifan keluarga Park, rahsia dan beberapa plot twist and yes ending pun you guys tak expect akan jadi macam tu.


Lakonan dari semua star memang terbaik, dari segi dinamik antara semua pelakon dan serlahkan watak masing-masing, tak ada isu pun nampak tenggelam sebab well delivered. ditambah dengan skrip yang bagus especially dialog Mrs Kim bila dia cakap duit akan buat manusia jadi baik. Untuk situasi dalam movie ni, ye betul duit akan ubah status dan perilaku manusia.


Visual and soundtrack dari movie ni semuanya nicely put dalam movie ni. I don’t think there’s any flaw to point out and the team really deserves all the accolade. Movie cukup rencah, sesuai dengan genre, sesuai dengan tema. Korea berjaya pecahkan stereotype slow pace movie rencah utama untuk tawan hati critics dan menang award Best Movie. A brilliant work from Bong Joon-ho, congrats! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

5 comments

  1. Alaaa bestnyaaa. cri dekat telegram belum keluaq lagi cerita ni. nak tgok jugaaakk sbb tgok twitter depa rekemen cerita ni

    ReplyDelete
  2. Thanks Farhana.. Kak Sha memang tunggu review Farhana.. hehehe.. buat kak sha teruja nak tengok..

    ReplyDelete
  3. wahh seriously 10/10??? nak kena tengok ni!

    ReplyDelete
  4. for such high rating, hukumnya kena tengok !

    ReplyDelete
  5. Infinitesimal parasites can stow away in organs, for example, the liver and the mind and no realized clinical tests yet can distinguish them. It is 123movies substantially more hard to dispose of parasites.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.