Movie Review : Article 15

Monday 16 September 2019


Director : Anubhav Sinha
Writer : Gaurav Solanki, Anubhav Sinha
Cast : Ayushmann Khurrana, Isha Talwar, Sayani Gupta, Kumud Mishra, Manoj Pahwa
Production Company : Benaras Media Works, Zee Studios
Distributor : Zee Studios
Genre : Crime/Drama/Mystery
Running Time : 130 minutes
Release Date : 28 Jun 2019
Trailer :


Movie yang bersandarkan pada Article 15 dalam Constitution India di mana tiada sebarang penindasan terhadap sesuatu individu disebabkan agama, kaum, bangsa, kasta atau tempat kelahiran di negara tu. Movie Article 15 ni menggabungkan dua insiden negara India iaitu 2014 Badaun gang rape dan 2016 Una flogging incident.


Ayan Ranjan (Ayushmann Khurrana) ditugaskan untuk berkhidmat sebagai ketua polis di daerah Laalgaon, sebuah kawasan kampung yang terpencil dan masih membezakan layanan mengikut kasta. Kasta paling bawah, kasta Dalit dikerah untuk bekerja siang malam dengan bayaran tak setimpal.


Masa Ayan sampai di kampung tersebut, beberapa orang penduduk kampung merayu pihak polis untuk mencari 3 orang gadis remaja yang hilang. Pegawai Brahmadutt Singh (Manoj Pahwa) bagitahu Ayan yang perkara ni biasa di kampung tersebut, katanya dua orang gadis tu lesbian dan dibunuh oleh keluarga sendiri sebab malu.


Tapi bila Gaura (Sayani Gupta) datang jumpa Ayan personally bagitahu yang adik dia Pooja dan dua orang lagi gadis tu hilang bukan sebab dibunuh keluarga tapi diculik lepas mereka bertiga minta kenaikan gaji sebanyak Rs3 rupees.


Ayan asalnya taknak masuk campur walaupun dia menyampah dengan adat kampung bila layanan diberikan mengikut kasta. Tapi bila Aditi (Isha Talwar) kata sampai bila nak tunggu hero datang selamatkan keadaan sedangkan Ayan sendiri mampu ubah keadaan tu.


Ayan mula perasan ada perkara pelik yang jadi bermula dengan kehilangan misteri kawan kolej dia, Satyendra Rai (Akash Dabhade) dan beberapa persoalan dari Gaura mengenai adik dia dan permainan politik geng Anshu Naharia (Veen) dan pihak atasan polis sendiri.


130 minit rasanya tak puas dengan olahan cantik dari segi jalan cerita dan plot dibantu dengan skrip bagus dan performance terbaik Ayushmann dan pelakon lain. Walaupun movie ni banyak digalas oleh Ayushmann tapi pelakon sampingan lain pun sama menyerlah especially Zeeshan Ayyub yang muncul sebagai ketua parti, Nishad tapi mampu bagi impak besar pada jalan cerita. Leave quite a remarkable impression lah untuk movie ni.


Kalau sebelum ni director Anubhav Sinha olah tragedi letupan berani mati dan kes sebenar bila keluarga taknak tuntut mayat anak yang berubah menjadi terrorist, kali ni Anubhav hasilkan movie yang menyentuh isu diskriminasi terhadap kasta berbeza.


Walaupun movie ni diadaptasikan dari kes sebenar tapi hakikatnya kita dah boleh nampak sisi fiksyen dalam movie ni bila Ayan bertukar mode penyelamat Pooja sebab kalau ikutkan kekejaman terhadap kasta Dalit ni bila Ayan mula masuk campur, dia dah boleh dipindahkan ke tempat lain dan keganasan terhadap kasta Dalit ni lagi teruk yang digambarkan dalam movie Artcile 15.


But a small change is better than doing nothing, which another mesej tersirat dalam movie ni. Daripada diamkan lebih baik tonjolkan supaya menjadi medium kesedaran dan pengajaran. Mungkin tak dapat hapuskan 65% kes jenayah terhadap kasta Dalit tapi 1% is better than nothing and hopefully lebih ramai production house and directors yang akan tampil dengan isu yang sama sebagai kempen kesedaran dan bawa perubahan.


Bukan setakat hit di box office India, dapat pujian dari pengkritik film tapi dipilih untuk dapat tayangan perdana di London Indian Film Festival pada Jun 2019. Sekarang ni dah mula ditayangkan di Netflix.

Dalam movie ni tak ada lagu pun except soundtrack bergerak seiring dengan jalan cerita untuk tambah intensity jalan cerita. Personally I suka lagu Naina Yeh yang released masa promotion events berlangsung untuk movie ni cuma geram lah kenapa bukan Ayushmann yang nyanyi.


Anyway, do watch this movie kalau suka genre crime drama dan movie jenis real macam ni. Oh ya, jangan tengok movie ni masa makan.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

19 comments

  1. Skrg dah makin banyak movie bermutu dgn mesej2 yg mendalam kan. Menarik gak jalan cerita ni. Harap dpt tengok gak nanti.

    ReplyDelete
  2. uih, thnakyou review cerita ni. memang banyak list nak menonton ni. lagi lagi hindustan and tamil. memang kena tengok lah.

    ReplyDelete
  3. Macam pernah la tengok cerita ni. Pihak atasan polis pun terlibat sama. Menarik juga.

    ReplyDelete
  4. farhan suka betul review cerita hindustan.. bila la tv3 nak tayang cerita best sikit..balik-balik movie sama je. padahal banyak je kan cerita best lain. tengok trailer pun dah excited & jalan cerita menarik

    ReplyDelete
  5. best ni ni..dah ada kat Netflix memang boleh tengok nanti dengan en suami yang memang peminat cerita Hindi dan Tamil sebab dia suka tengok sinematografi selain jalan cerita yang menarik

    ReplyDelete
  6. Jalan cerita yang menarik. Nak nak di adaptasi dari kisah benar. Dah ada Netflix kan. Boleh la tonton nanti.

    ReplyDelete
  7. Kurang masa nak layan movie online ni. Kalau layan movie kat panggung pon bawak anak-anak sekali. Biasa citer tamil/hindustan layan cd atau kat tv je.hihi

    ReplyDelete
  8. Tengok trailer macam menarik je. Biasa movie tamil/hindustan tengok online je. Nan cari lah nanti. Tq review.

    ReplyDelete
  9. Hebat jugak ya cerita ni sampai di bawa ke London dlm Indian filem festival. Ok next cerita sis akan tengok cerita ni..tq tau

    ReplyDelete
  10. Yeay. Tq share. Boleh ajak cousin tengok Article 15 ni sama2. Sebab dia pun peminat cerita tamil/hindi lagi2 genre macam ni.

    ReplyDelete
  11. tak tau kenapa tapi tiap kali Iza baca review awak mesti terasa nak tengok filem hindi. padahal Iza bukan peminat pun. Cerita ni unik and macam menarik untuk ditengok.

    ReplyDelete
  12. Menarik ni. Nettflix dh keluar ke eh?

    ReplyDelete
  13. Jgn tgok masa makan? Kenapalah tu. Haha btw suka dgn filem bergenre mcm ni. In shaa Allah aka tnton. Teriima kasih atas revieew ya.

    ReplyDelete
  14. Menariknya. Ada tambahan sikit tu normal. Tapi bila berdasarkan kes sebenar dan ada mesej yang bagus, tak rugi tengok. Thanks share. Boleh masuk list movie. Hehe

    ReplyDelete
  15. wow mcm menarik baca review movies, boleh tonton nnti ni, thank youu

    ReplyDelete
  16. Intense betul bila baca review Farhana.. Walaupun 1% tapi sekurang-kurangnya ada yang ambil peduli.. Harapnya macam Farhana cakaplah, akan ada yang buat juga filem lain untuk isu ini..

    ReplyDelete
  17. Fuhh akak memang suka tengok cerita tamil. Walaupun nampak berat tapi realiti kehidupan kita begitulah kan. Korupsi ada dimana-mana sahaja. Boleh ambil pengajaran dan jangan sesekali kita buat kejahatan ok. hehe.

    ReplyDelete
  18. wah plot cite yang menarik.boleh ambil iktibar dan pengajaran yang baik

    ReplyDelete
  19. Ok. Rawlins akan tonton cerita ini next. Mau Rawlins jadi sedih bila menonton movie ini kelak.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.