Gambar Dicuri Scammer

Thursday 26 September 2019

Terkejut bila pagi tadi adik whatsapp bagitahu gambar novel kena curi dengan scammer di page FB. Kisahnya bila ada yang post dekat group kaki novel bila ada user account Nur Nur ni kutip gambar novel lepas tu buat post dia jual novel. 



Tak tahu berapa ramai yang dah jadi mangsa scam dia disebabkan tertipu dengan gambar novel ni. Tak tahu sejak bila dia buat kerja jahat macam ni. 

Masa post dekat Twitter dengan Whatsapp, ada jugak yang tegur muka nak dekat sama dengan profile picture account user tu, sudahnya buat official post dekat FB pasal gambar ni takut ada yang guna lagi. Gambar orang lain pun ada jugak yang dia curi lepastu claim dia punya.



Sekarang ni nampak isu gambar kena curi je, tak lama nanti kalau ada yang buat report atas nama kita sebagai scammer, tak ke naya jadinya. 

Gambar tu dah lama satu hal, separuh dari novel tu pun dah kena jual, susun atur novel tu pun dah berubah banyak sangat dah. I feel sorry kepada sesiapa yang dah terlebur duitnya. Jahat sangat buat aniaya curi duit orang dengan cara macam tu. 


Pengajaran untuk diri sendiri jugak untuk rajinkan diri letak watermark dekat gambar sendiri walaupun renyah dan memenatkan. Tskkkk

6 comments

  1. bila orang salah guna gambar kita ni yg tak best

    ReplyDelete
  2. macam-macam jenis scammer sekarang ni..

    ReplyDelete
  3. Senang nya kerja dia...tapi saya akui...kdg2 rasa rasas dan renyahkan nak letak watermark

    ReplyDelete
  4. Adehhh mcm2 la org nk kerja senang skrg. ana kena buat jugak watermark. Biar susah jnji selamat masa akan dtg

    ReplyDelete
  5. kalau kene kat saya ,report je terus user tu..

    ReplyDelete
  6. bermacam jenis scammer ada sekarang ni. gambar tu lepas ni kena rajin letak watermark

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.