Drama Review | The Silent Sea (2021)

Monday 3 January 2022

 

Director : Choi Hang-yong

Writer : Park Eun-kyo

Cast : Bae Doona, Gong Yoo, Lee Joon, Kim Sun-young, Lee Moo-Saeng, Kim Si-A, Lee Moo-saeng, Lee Sung-Wook, Choi Yong-Woo, Jung Soon-Won, Heo Sung-tae, Gil Hae-yeon

Production Company : Artist Company

Distributors : Netflix

Genre : Science Fiction / Mystery / Thriller

Episodes : 8 episodes (39 -51 minutes per episode)

Release Date : 24 December 2021

Trailer : 


Berlatarbelakangkan kehidupan di masa hadapan di mana manusia kekurangan bekalan air dan mempunyai access card untuk beberapa percentage kandungan air. Kalau gold card unlimited access manakala B40 cuma dapat bekalan satu tong sahaja sehari. 

Pihak saintis di Korea menghantar sepasukan angkasawan yang diketuai oleh Kapten Han Yoon-jae (Gong Yoo) di mana mereka perlu mengambil sample di Balhae Station untuk bawa pulang ke Bumi. Doktor Song Ji-an (Bae Doona), ahli astrobiologis pula akan mengetuai untuk perkara yang melibatkan medik dan sampel. Lieutenant Ryoo Tae-seok (Lee Joon) pula untuk bahagian kejuruteraan. 

Episod pertama pun dah ada cabaran yang besar buat pasukan ni bila kapal angkasa mereka terhempas dan terpaksa berjalan sejauh 7.6km ke Balhae Station. Sesampainya di sana mereka berpecah kepada 3 kumpulan untuk mencari sampel yang terletak di 3 stor utama. Sampel apa yang dicari pun tak ada siapa yang tahu. 

Mereka mula jumpa mayat yang mati akibat lemas tapi bukan kerana radiasi tinggi seperti yang dilaporkan. Dalam pencarian sampel tersebut salah seorang terkena jangkitan dari mayat tersebut. Anehnya dia berterusan muntahkan air yang banyak sehingga paru-paru membengkak dan meninggal dunia. Ngeri dan aneh kejadian tersebut tapi masing-masing terpaksa teruskan pencarian sampailah mereka terjumpa dengan Luna 073 (Kim Si-A). 

Jarang nak layan cerita bertemakan angkasa tapi sebab tengok trailer macam menarik so layan je lah weekend lepas. Episod pertama agak slow sebab pengarah nak kenalkan keadaan di Bumi pada ketika itu dan kenalkan juga watak-watak dalam ekspedisi. Bila masuk episode dua sampai lapan memang tak boleh berhenti tengok sebab curious nak tahu apa misteri yang ada di Balhae Station tu. Kalau nak layan series ni elok ubah speed kepada 1.5x sebab perlahan benar pace dia. 

Kreatif lah bila pengarah bagitahu apa sebenarnya sampel yang perlu dicari dan kenapa tajuk series ni The Silent Sea. Siapa Luna 073 dan kenapa badan dia boleh adapt dengan sampel dan juga environtment di angkasa lepas tu akan dijawab pada episod-episod belakang. Dalam drama terbitan Netflix ni boleh nampak yang kepintaran manusia tak ada batasnya. Tengok Balhae Station tu pun dah kagum sebab dibina besar dan lengkap dengan sistem sekuriti yang tinggi. 

Bab sinematografi memang diapaparkan dengan cantik walaupun bergantung sepenuhnya pada green screen untuk scene di angkasa lepas. Penggunaan lighting yang menambahkan impak pada situasi genting. Sama juga dengan tona warna kuning untuk menggambarkan distopia yang gersang akibat kekurangan air. Music score je lah tak ada yang menarik sebab guna musik seram tipikal tapi blend elok je lah dengan cerita. 

Dekat hujung cerita tu ada lah beberapa watak yang dibunuh oleh penulis tapi kalau ikutkan macam tak perlu pun ataupun perkara tu boleh dielak. Macam scene ketua tu kena tembak padahal dia boleh je buat head shot supaya anggota lain selamat tapi dia pulak pergi tadah badan dekat depan watak antagonis. Scene Kapten Han keluar dari pod tu pun macam sengaja nak wujudkan elemen melankolik padahal sempat je nak masuk balik. Patutnya biar Luna je lah yang buat. Tu lah buat benda tak nak bincang dengan orang yihhhh ego melangit!

Personally for me this series deserves a sequel and we need to know how Luna will survive. Macam mana pula Bumi akan manfaatkan sampel dari Bulan ni untuk manfaat manusia sejagat. Betul ke sampel dari Bulan akan works wonder di Bumi? 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 7.3/10

Blog Performance Disember 2021

Sunday 2 January 2022


Selamat tahun baru semua! 

Permulaan tahun baru yang so so je tahun ni sebab hujan setiap hari dekat sini. Kalau tak hujan pun mendung je. Tak ada plan pun weekend ni cuma layan movie atau series dekat Netflix. Masa blogwalking semalam nampak lah kawan-kawan blogger ke sana ke sini sambut tahun baru dengan family. Azam tahun baru je tak jumpa lagi. Dah ramai yang malas nak berazam kot sebab asyik ke laut haha

Sepanjang tahun 2021 macam excited lah nak tunggu bulan Disember sebab nak tengok blog ni boleh cecah 2 juta PV ke tidak. Jom tengok report card bulan lepas. 

1. PV 


Jawapannya tidak, okay tidak mencecah 2 juta sebab utama haruslah kerana template lama dah tak sesuai untuk Blogger. Boleh je nak guna tapi dia loading kemain lama sampai I pun give up kadang tu. Dari bulan November sampai sekarang masih lagi mencari template yang sesuai. Dah nak masuk 100 lebih dah habis untuk cari template yang sesuai.

I suka template yang ada blog archive macam sekarang ni tapi kebanyakan template yang free mahupun berbayar tak ada blog archive dan tak boleh adjust ikut tekak kita. Warna pun satu hal jugak. Nak habiskan masa dekat coding tu memang tak lah. Bila cari blogger yang pandai buat coding memasing refuse pulak. 

Template yang sekarang memang tak ada masalah pada loading, ada blog archive tapi PV merudum. Elok boleh dapat 4,000 sehari sekarang dah jatuh jadi 2000 je. Dah lah blog ni terkesan teruk dari bulan Ogos sampai Oktober sebab Google buat hal. Makin lama makin banyak features tak sesuai dengan Blogger. Macam ada bau yang Blogger akan pergi je atau mungkin yang percuma ni akan ditamatkan sebab social media lain pun dah mula berbayar. Jam tu mungkin stop jadi blogger lah, baik fokus dekat kerja hakiki je. 

Disebabkan masalah ni I dah mula malas nak ambik port dengan PV tapi Adsense tengah berjalan lagi even international client mula mintak PV. Ugghhh! 

2. Posts


Bulan ni happy sangat tengok Popular Post meriah dengan newcomers. Berbeza habis dengan popular post bulan-bulan sebelumnya. Movie Spiderman tu memang expected lah sebab bulan ni meriah dengan naskhah terbaru Marvel. Sugarbomb tu paling tak sangka ramai rupanya yang mencari. 

Paling tinggi bulan ni, entri senarai movie Bollywood bertemakan keluarga. Perasan jugak kalau buat senarai macam ni mesti naik melonjak sebab ramai yang mencari senarai instead of review. Tahun ni akan diusahakan perbanyakkan lagi senarai movie atau series. 

3. Keywords

Bila popular post meriah dengan entry baru, keywords pun sama lah penuh dengan keywords berbeza. Ada yang cari lirik lagu, ada yang cari movie, pasal makanan pun ada, jalan-jalan pun ada walhal nak keluar rumah kemain susah. Dah mula la tu musim vacation sebelum lockdown dek Omicron. Hajat I nak playing tourist di Kuala Lumpur part 2 tak tercapai lagi. 

Nak tunaikan masa Krismas haritu tapi hmm rezeki dah habis. Sudahnya burn cenggitu je lah tiket hotel. Kalau tak dah boleh tengok Christmas decoration dekat KL dah. 

4. Audience

Walaupun pembaca bulan ni meningkat dari bulan November , tapi pembaca dekat Malaysia jatuh sikit. Bulan ni bertambah kunjungan dari negara lain macam Russi dengan Jepun. Singapore pun jatuh jugak padahal dia top 3 untuk bulan November. 

5. Bilangan Entri


Masa awal tahun 2021 dah set target untuk achieve 60 entri setiap bulan tapi berjaya cecah pada bulan Januari bila azam masih hangat membara, bulan Jun bila PKP ketiga di Selangor dan Julai pun sebab PKP tapi dah berkurang banyak dari bulan sebelumnya. 3 bulan je dapat cecah target tu itupun I rasa ada satu bulan tu I gigih join segmen, contest dengan giveaway je. 

Tapi target untuk pecahkan jumlah entri tahun 2021 tu berjaya lah bila tahun 2020 ada 607 entry sementara tahun lepas dapat pulun sampai 653 entry. Untuk review pun meningkat jugak bila berjaya hasilkan 383 movie dan drama review. Peningkatan 100% lah kan sebab tahun 2020 ada 280 review. Yeayy to myself lah sebab berjaya pulun walaupun sibuk dengan kerja hakiki. 

Memandangkan tahun 2022 ni I akan berpindah ke department baru, kemungkinan besar akan sibuk dan tak sempat nak layan movie atau series. Mungkin tak sempat juga nak update blog selalu so I letak target entry setiap bulan sebanyak 40 entry sahaja. 

Alang-alang dah sembang pasal performance blog tahun 2021 ni, I happy sebab blog Farhanajafri.com dah mula dapat kerjasama dari production house tempatan dan yang terpaling happy haruslah bila Astro contact I untuk movie review. Bila ada jenama terkenal datang offer job yang relate dengan niche kita memang sesuatu yang bermakna lah. 


Terima kasih juga kepada Ace Entertainments dengan Awesome TV yang datang hulur press release. Tak lupa juga kepada The Audition yang berlangsung pada penghujung bulan Disember. Bulan lepas Viu Indonesia ada datang jengah ke sini. Brand international yang relate dengan niche datang jengah pun dah happy sangat walaupun tak berjaya masuk dalam senarai tskkk. Mungkin sebab PV rendah gara-gara baru nak sembuh. But that's okay, at least I boleh nampak blog ni dah ke mana. 

Kepada yang sentiasa datang baca dan beri sokongan moral, terima kasih kerana mencorakkan tahun 2021 saya. Kecil bagi tuan puan, besar maknanya buat saya. Tak mampu nak balas usaha dan kasih sayang semua orang melainkan dengan ucapan terima kasih dan doa supaya semuanya sihat dan dilindungiNYA. Happy new year everyone, stay safe and be strong :)

Movie Review | Atrangi Re

Friday 31 December 2021


 Director : Aanand L. Rai

Writer : Himanshu Sharma

Cast : Dhanush, Sara Ali Khan, Akshay Kumar, Seema Biswas, Dimple Hayathi, Ashish Verma

Production Company : T-Series, Colour Yellow Productions, Cape of Good Films

Distributor : Disney+ Hotstar

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 137 minutes

Release Date : 24 December 2021

Trailer :


Naskhah terbaru arahan Aanand L. Rai mengisahkan tentang Rinku Sooryavanshi Shetty (Sara Ali Khan) yang dipaksa berkahwin dengan S. Venkatesh Vishwanath a.k.a Vishu (Dhanush) supaya nenek dia, Rajjo Devi Chauhan (Seema Biswas) tak perlu sakit kepala lagi hadap perangai dia. 

Vishu sebenarnya mangsa keadaan dalam drama cucu dan nenek ni sebab dia diculik dalam gelap kemudiannya dikahwinkan dalam keadaan dia tak waras. Rajjo bijak jugak lah siap ambil cap ibu jari Vishu untuk temeteraikan borang kahwin jadi tak ada isu kahwin paksa sampai naik court lah. Rinku cuba pujuk Vishu yang bersedih dengan keadaan tu sebab dalam masa dua hari lagi Vishu nak bertunang dengan Mandy (Dimple Hayathi). 

Sementara nak tunggu dokumen cerai siap, Rinku dengan Vishu akan tinggal bersama di Delhi. Lepas tu Vishu akan kahwin dengan Mandy dan Rinku pula akan hidup Bahagia dengan Sajjad Ali Khan (Akshay Kumar), ahli sihir terkenal di India. 

Awalnya Vishu setuju dengan rancangan Rinku tapi tanpa dia sedar dia dah jatuh cinta. Kawan baik Vishu, MS (Ashish Verma) banyak membantu supaya rahsia besar ni tak terbongkar tapi kalau dah namanya zaman digital, sekejap je dah dapat berita walaupun merepek je ritual perkahwinan Rinku dengan Vishu ada dekat Youtube. Selalunya orang share dekat IG ataupun Facebook. 

Awalnya macam tak berapa nak ambik port sangat dengan movie ni lepas Zero (2018) hancur teruk jalan cerita dia ditambah pula heroinnya Sara yang over bila berlakon. Tapi lepas tengok positive reviews dari critics, try lah spend time layan movie ni. Baru tengok 10 minit awal dah melekat sebab chemistry Dhanush dengan Sara kuat sangat. Dah la diorang first time bekerja sekali tapi dah boleh cipta dinamik macam tu. 

Dhanush kata tak ambil masa yang lama pun untuk dia setuju nak berlakon dalam movie ni lepas baca skrip sebab Himanshu Sharma yang karang. Lagi satu hal, Dhanush debut dekat Bollywood dalam movie Ranjhanaa (2013) arahan Aanand L. Rai jadi tak ada masalah untuk bekerja dengan orang yang memang tahu nak serlahkan bakat dia. Watak Vishu pun tak berat mana sebab diolah mengikut perwatakan Dhanush dan juga background yang sama bila Vishu berasal dari Chennai. Kebanyakan babak pun dia guna Bahasa Tamil sbab watak dia datang ke Delhi untuk belajar dalam bidang perubatan. 

Pujian patut diberikan pada Sara sebab watak dia berlatarkan Bihar bila ada dialek tersendiri dan agak berbeza dari slang di Mumbai. Lakonan Sara pun mengikut watak Rinku sepertimana yang dibentuk oleh penulis. Setiap kali watak emosi muncul, Sara boleh lakonkan secara natural sampai rasa terbawa sekali dengan perasaan sedih tu. Backstory Rinku sedih sangat sebab percintaan berlainan agama. Boleh lah disimpulkan yang Sara kena berlakon dengan pengarah bagus supaya dia boleh belajar untuk deliver mengikut watak acuan penulis. 

Walaupun Sara dengan Akshay ada age gap yang agak besar tapi dalam movie ni tak nampak canggung pun walhal masa video diorang leak sampai Aanand kena kecam teruk ramai yang dah cringe dan bagi persepsi negative pada movie ni. It turns out good lah dalam movie ni. 

Penggunaan VFX dalam Atrangi Re banyak juga sebab watak Sajjad sebagai ahli silap mata terkenal. Kalau ada yang nampak macam kartun sikit tub oleh pejam mata je sebab tak banyak sangat pun scene dia. Jatuh cinta dengan hasil kerja sinematografi Pankaj Kumar sbab dia pandai cari shot aesthetic dengan penggunaan lighting supaya kisah cinta Rinku dan Vishu mengikut konsep little little pyaar seperti yang Vishu idamkan. 

Music album Atrangi Re antara kekuatan naskhah romantik ni bila music maestro, A.R. Rahman yang jadi music composer. Fav song dari Atrangi Re haruslah lagu Chaka Chak sebab melodi yang rancak, lirik nakal dan koreografi menarik dalam suasana meriah sarat dengan budaya India Selatan. 


Happy dapat merasa pengalaman kisah cinta rinku dan Vishu ni lepas Bollywood dah mula kekurangan stok romantic drama. Terima kasih Akshay Kumar sebab tak kacau karya Aanand L. Rai macam superstar yang lain walaupun pelakon asal untuk watak Sajjad tu Hrithik Roshan. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Drama Review | The Mysterious Class (2021)


Director : Ha Han Me
Writer : N/A
Cast : Choi Hyun Suk, Park Ji Hoon, Yoshi, Kim Jun Kyu, Mashiho, Asahi, Haruto, Bang Ye Dam, Yoon Jae Hyuk, Kim Do Young, So Jung Hwan, Park Jeong Woo, Jang Tae Hoon
Production Company : YG Entertainment
Distributors : YG Entertainment
Genre : Teen / Mystery / Horror 
Episodes :  8 episodes (20 minutes per episode)
Release Date : 12 November 2021 – 31 December 2021
Trailer :


Drama The Mysterious Class yang berlatarkan kehidupan pelajar sekolah menengah berasrama mengisahkan tentang para pelajar Kelas 4 di Treasure High yang mula menyedari kewujudan makhluk halus selepas guru kelas mereka, Ha Dong Min (Jang Tae Hoon) dimasukkan ke hospital akibat diganggu kemudiannya terjatuh di tangga sekolah. 

Cikgu Ha Dong Min menyerahkan tugas menjaga pelajar lain kepada ketua kelas, Kim Do Young sepanjang 15 hari ketiadaan dia di sekolah. Nak cari guru ganti pun tak lepas sebab setengah bulan je dia ambil cuti. Jadi semua murid dalam kelas tu kena lah belajar sendiri. Best lah diorang satu kelas tak payah belajar tapi stress lah dekat ketua kelas sebab kalau dia gagal walau hanya sekali atau sebab perkara kecil pun, dia tak boleh dapat recommendation letter untuk masuk ke universiti yang bagus. 


Boleh nampak lah kenapa Do Young stress setiap kali ada benda pelik ataupun muncul gangguan dalam kelas tu. Awalnya gangguan tu biasa je tapi makin lama makin teruk sampai Yoon Jae Hyuk minta tolong Yoshi untuk dapatkan kertas azimat nak tampal dekat katil supaya dia boleh focus study. Ye Dam pula dah panas hati bila demo lagu debut dia kena kacau dengan hantu. 

Sepanjang 5 episod The Mysterious Class ditayangkan ni memang tak boleh nak agak langsung siapa hantu dalam kelas tu. Dah lah tak kenal langsung semua ahli kumpulan Treasure ni walaupun junior kepada iKON dekat YG Entertainment tu. Lama jugak lah nak ambil masa untuk kenal itupun ada lagi watak yang tak cam. Nasib baik lah semua nama watak dalam drama ni guna nama sebenar. 


Tak banyak details yang boleh korek dari drama ni so I assume YG Entertainment je lah yang buat cerita ni since YGE pun ada acting department dengan label YG Stage. Mungkin sebab tu lah jalan cerita untuk web drama ni bagus, ada elemen seram, komedi dan drama yang dimasukkan secara seimbang. Bab seram tu ada part yang seram tapi masa diorang buat rumah hantu tu alahaiii comelnya semua dress up jadi hantu. Memang patut lah senior diorang gelakkan je. Paling comel haruslah Haruto dengan Yoshi. Mak I join tengok pun puji diorang semua comel-comel haha


Pujian harus diberikan kepada YG Entertainment sebab kreatif dalam mempromosikan group Treasure memandangkan diorang tak boleh aktif promote dekat luar disebabkan pandemik Covid-19. Sama juga dengan pengarah yang kenal dengan semua ahli Treasure sebelum olah cerita tersebut. Dia tahu ahli mana yang tak pandai berlakon dan ahli mana yang tak fasih dengan Hangeul sebab Treasure ada beberapa ahli yang datang dari Jepun macam Asahi, Yoshi, Haruto dan Mashiho. Dialog diorang tak sebanyak watak lain walaupun screentime lebih kurang sama. 

Haruto yang rapat dengan Junkyu pun berlakon jadi watak kawan baik dalam kelas tu. Senang lah diorang nak hidupkan watak tu sebab bonding memang dah kuat. Tak lah nampak kekok sangat. Kalau perasan dalam web drama ni ada banyak emoticon smiley sebab tu kira maskot Treasure lah. 


Dalam web drama ni nampak lah YG Entertainment nak tarik iKONIC untuk support drama ni sebab banyak sangat reference dari iKON yang dimasukkan dalam drama ni. Contohnya macam scene So Jung Hwan cakap ‘Let’s Get It’, tagline yang sama dengan Songchelin Guide, Youtube channel Yunhyeong ataupun scene diorang kacau Jeongwoo mandi sambil nyanyi lagu Love Scenario. Sebagai iKONIC, I approved this stunt lol! 


Sinematografi dan visual effects web drama The Mysterious Class dipaparkan dengan cantik dah level drama yang diterbitkan oleh production house terkenal. Memang puas hati lah layan walaupun pendek je durasinya setiap episod. Music score pun menggunakan lagu-lagu Treasure lah sebab nak promote kan. 


Of course drama ni ada part yang tak logik macam pakaian diorang ke sekolah ataupun watak Park Jeong Woo yang dibenarkan pakai subang walaupun admit wad. Tapi disebabkan genre dan target audience dia remaja so kita tengok secara santai je lah. 

All in all, congrats Treasure for giving their best for this web drama! For those yang nak tengok web drama ni boleh tengok dekat SINI! And please tengok dekat link tu je sebagai tanda support okies :)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Last Day Lunch, Original Kayu CITTA Mall


Dah macam annual event pulak bila last day tahun tu pergi lunch dekat luar. Tahun lepas kitorang lunch dekat Deli Wau Citta Mall. Tahun ni pergi ke Original Kayu Penang Nasi Kandar pulak sebab Kak Nora teringin sangat nak tengok robot hantar makanan tu. Yang tak syoknya tahun ni kitorang bertiga je sebab Ain ambil cuti untuk pindah rumah. 

Dari luar dah panjang beratur depan kaunter lauk untuk nasi kandar tu tapi tak lah penat nak menunggu pun sebab bhaiya tu buat kerja laju. Dekat sini ada pilihan nasi putih, nasi minyak (ghee) ataupun nasi beriani. Kalau ambik nasi beriani, confirm petang tu sedap tidur dekat surau, eh!


Sebab hujung tahun kan, kita makan berlagak kaya sikit la sebab ambik sotong celup tepung. Sebenarnya nak ambik udang tapi tak ada pulekkkkk. Dah bosan makan kari kambing sebab dah selalu sangat makan dekat Restoran Arafah belakang rumah. Kari dia sedap weiii. 


Done nasi kandar separuh, bendi goreng, telur dadar dengan sotong celup tepung. Harga semua ni RM22. Ms Fisah pulak nasi kandar dengan kari kambing. Kak Nora nak makan maggi goreng ayam. Kak Nora kalau pergi mamak ni memang menu wajib order. Nasib baik Kapitan depan office tu dah tukar tukang masak. 

Mamak : Order order mau minum apa? 
Ms Fisah : Teh tarik kurang masin satu


Ni lah rupa teh tarik kurang masin tu hshshs

Punya la excited nak makan sampai tersasul buat order haaaa. Dah settle order air memasing excited pegang phone sebab nak record ketibaan robot. 


'Nora, robot datang nanti jangan tunggu dia letak atas meja pulak. Robot tu tak ada tangan tau. Dia hantar je tapi you kena ambik sendiri makanan tu. My parents masa datang sini dok excited tengok sampai tak perasan robot tu dah nak blah.' - Ms Fisah


'Bestnya hajat Kak Nora nak jumpa robot ni dah tertunai.' 

Kak Nora kata robot ni ada lagu Hindustan tapi tak tahu lah ye ke tidak sebab dekat restoran Kayu tu pun dah kuat dengan lagu Hindustan. Masa Kayu baru bukak dulu robot ni ada satu unit je tapi sekarang dah beranak sampai 3 dah. Mungkin tarikan utama Kayu ni robot comel tu lah kot sebab tu diorang tambah. 

Berbaloi jugak lah sebab tarik customer macam Kak Nora yang happy dapat jumpa robot ni. Kak Nora kata Kayu kena buat robot yang boleh terima payment atau order terus. Tapi kalau teknologi macam tu confirm lah mahal harganya. 


Macam biasa lah gagal ambik gambar bersama padahal boleh mintak tolong waiter tu masa dia ambik order. Banyak lah kitorang sembang masa lunch ni nak pulak dapat makan makanan sedap, memang berat masing-masing nak bangun balik office. Mentang-mentang boss pergi bercuti pakat jadi baloq nak buat kerja haha

First Time Buat Gift Exchange!

Thursday 30 December 2021

Biasanya hujung tahun ni ramai yang buat exchange gift atau manito game kan? Selama bekerja dekat Ram Reza & Muhammad ni, first time lah ada aktiviti macam ni. Tujuan buat ni sebab semua orang dah dapat duit bonus lepastu hujung tahun kan ada Year End Sale, mudah lah nak berbelanja kan sebab barang yang mahal selama ni dah turun harga. 

Tahun 2021 ni agak memenatkan juga untuk kitorang semua sebab di kala semua orang boleh work from home dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat, kitorang kena masuk office dan jumpa banyak pihak. So untuk menghargai usaha keras semua orang, buat la aktiviti macam ni untuk eratkan lagi bonding dekat office. 
 

Sebelum nak buat ni pun kena minta persetujuan dari semua termasuklah runner sekali sebab dia baru bekerja so takut pula kalau aktiviti ni membebankan dia. Bila semua setuju nak join baru lah decide tarikh dan masa nak buat. Harga maksimum yang ditetapkan RM100 untuk setiap hadiah. Memandangkan branch Oasis ada managing partner, jadi kitorang collect duit untuk bagi hadiah jugak untuk dia. Dalam paper bag Hip Hip Horay tu hadiahnya lah. Cuba teka kitorang bagi apa?!! :P


Ni semua hadiah yang dikumpulkan untuk aktiviti Exchange Gift ni. Jangan terpedaya dengan paper bag letops memasing sebab isi dekat dalam tu tak sama pun dengan luaran. Terutamanya hadiah yang dekat bawah ni. Paling tak boleh blah seal dengan paper clipper. 


I excited nak join aktiviti ni sebab boleh pergi shopping haha sebab ada plan yang kena cancel so cuti I terasa amatlah bosan selama 4 hari tak buat apa dekat rumah. Bila ada peluang pergi shopping mesti lah happy. Shopping dekat OU pulak tu dengan decoration Krismas meriah sana sini. Jenuh jugak lah nak cari hadiah apa sebab penerima hadiah I orang lelaki. Kalau perempuan sekejap je dah dapat idea nak beli apa. 

Siap Google lagi nak beli hadiah apa untuk lelaki since penerima ni kira dah cukup lengkap serba-serbi barang dia. Nak beli barang yang berkaitan dengan fitness rasanya semua dia dah ada. Nak beli kasut pulak tak tahu saiz. Nak beli pen, lebih dari maximum price. Sudahnya beli baju kemeja dengan tie sebab kebetulan kemeja dekat Parkson cantik design dia. 


Memandangkan buat aktiviti ni jam 4 petang jadi kitorang order lah Krispy Kreme, sandwich Garsa dengan Dimsum Dollu untuk santapan semua. Nampak macam sikit tapi semua ni pun dah buat perut kenyang teruk sampai esok paginya. 

Paling happy bila tengok donut Krispy Kreme tu ada corak Krismas, cantik betul gabungan warna krim merah dengan hijau siap ada sparkle warna emas sebagai topping. Even krim meriah macam tu pun tak manis teruk sangat macam donut yang dip dalam coklat. Donut pulak gebu, memang in love sangat. Rasa macam nak order lagi je nanti. 


Aktiviti exchange ni start dengan ucapan, bacaan doa, sesi penyampaian hadiah, makan then unboxing. Formal bukan? :') Sebab aktiviti ni ada managing partner, bukannya boleh berhuha sangat. Tapi masa unboxing tu meriah lah sebab managing partner on call dengan client. 

Meriah sebab dapat hadiah satu hal, ada yang kena prank satu hal jugak. Penerima hadiah I masa tu Danial tapi dia tak datang pulakkkk. Tapi tapi tapi Ms Fisah buat video call supaya dia boleh join sekali unboxing hadiah dia. 

I pulak dapat hadiah perfume Elianto dari Abang Daus tapi sesi unboxing I kejap je lah sebab box dia transparent. Dari luar pun dah boleh nampak apa hadiah dekat dalam. Perfume Elianto ni tak kena dengan bau yang disukai jadi perfume tu I bagi adik I pakai sebab kebetulan dia memang perlukan perfume dan bau perfume tu pun strong. Thanks Abang Daus! 


Hadiah Ray pulak kelakar jugak lah sebab kena prank satu hal, hadiah dapat half je sebab Mai tak sempat nak pergi beli. Dia siap bagi pantun istimewa untuk Ray supaya tak sedih. Kitorang macam terkejut jugak penerima hadiah Mai ialah Ray sebab Kak Nora dah beria mengaku dia penerima hadiah tu sampai bagi hint apa hajat dia untuk exchange gift nanti. Nak barang makeup katanya rupanya bukan dia penerimanya. Hadiah Kak Nora sebenarnya yang dalam bag Steve Madden tu. 

MC Ray masuk air untuk aktiviti exchange gift



All in all first time kitorang buat exchange gift ni not bad lah walaupun 4/10 tak reti rules aktiviti ni macam mana. Siap pergi tanya pulak penerima nak hadiah apa nanti padahal benda tu sepatutnya rahsia. Punya lah syok buat unboxing sampai lupa nak ambil gambar ramai-ramai untuk simpan buat kenangan. Makanya tak adalah gambar untuk aktiviti ni :(

GrabFood Year in Cravings 2021

Tengah belek IGstory weekend lepas ternampak pulak story Ms Fisah update pasal GrabFood Year on Cravings 2021 ni. Rasanya sebelum ni tak pernah wujud lagi rumusan ni. Ikut style Spotify Wrapped lettew. 


Daah tengok orang lain buat, kita pun nak jugak lah walaupun selalu tumpang FoodPanda orang lain bila nak order makanan haha. Tak susah pun nak cari sebab rumusan ni dekat bahagian home apps Grab. 


So according to GrabFood I akan menggedik craving pada hari Rabu petang. I assume petang lah sebabnya Ram Reza Muhammad Oasis kan ada free lunch every Monday until Thursday. Takkan lah dah dapat makan free, nak craving lagi kan. Haaa gitu kau promote firm sendiri. 

Berbalik kepada hari mengidam tu entahlah kenapa jatuh pada hari Rabu, nak kata ada promosi pun tak jugak. Misteri betul. Kalau bab ambil masa sampai 22 minit tu tak payah cerita lah konflik dalaman antara perut dan otak. Perkara biasa dah tu. 


Tak tahu lah kenapa KFC paling atas sekali sebab rasa macam takde lah selalu sangat order KFC tahun ni hahaha. Mungkin sebab setiap kali nak order lunch untuk hari Jumaat, tumpang GrabFood orang lain kot. 


Restoran Ali, Muthu dan Ah Hock nombor dua tapi makanan terpaling banyak order dapat dekat Nasi Goreng Ali pulak. Surprisingly satu office team Nasi Goreng Ali hahaha memang yang ni je menu yang dijamin sedap dan tak berubah rasa dia. Tak pasti lah dekat franchise lain tapi dekat Ali, Muthu dan Ah Hock, Oasis Square Ara Damansara memang rasa dia sedap. 

Setiap kali buntu nak makan apa dan nak makan yang sedap mesti pilih Nasi Goreng Ali. Terima kasih Nasi Goreng Ali sebab selalu menggembirakan perut kami satu office :)


Dan berdasarkan rumusan ni juga dapatlah disimpulkan bahawa seketul Pana tergolong dalam skuad pencinta daging. Konon je azam 2021 nak berjinak dengan makanan vegan sudahnya kelaut bersama diet yang tak pernah berjaya tu. Takpe takpe, azam tahun 2022 ada ruang kosong lagi haha

Korang dah try ke tengok rumusan GrabFood ni? Share lah kat sini korang skuad apa :P

Movie Review | 420 IPC (2021)

Tuesday 28 December 2021

Director : Manish Gupta

Writer : Manish Gupta

Cast : Vinay Pathak, Ranvir Shorey, Rohan Mehra, Arif Zakaria, Gul Panag

Production Company : Kyoorius digital

Distributor : Zee Studios

Genre : Crime / Drama

Running Time : 98 minutes

Release Date : 17 December 2021

Trailer :


Projek kedua Manish Gupta yang berkisarkan dunia perundangan mengisahkan tentang akauntan Bansi Keswani (Vinay Pathak) disiasat oleh pihak CBI selepas salah seorang kliennya didakwa untuk kesalahan penggubalan wang haram. 

Walaupun pihak CBI tak jumpa sebarang bukti tapi Bansi masih dalam pemantauan mereka. 5 bulan kemudian Bansi digeledah sekali lagi kerana Mr. Sinha (Arif Zakaria) dakwa 3 keping cek miliknya dicuri. Pihak polis jumpa cek tersebut di pejabat Bansi dan kes dibawa ke mahkamah dengan Balbir Chaudhary (Rohan Mehra) menjadi peguam kepada Bansi manakala Sewak Jamshedji (Ranvir Shorey) peguam plaintif. 

Sama macam naskhah sebelumnya, Section 375 (2019) bila kes mempunyai bukti yang kuat untuk dakwa defendan dan hakim jatuhkan hukuman. Memang susah untuk Balbir nak buktikan Bansi tak bersalah melainkan kesan lipatan pada 3 keping cek tersebut. Kalau betul Bansi yang curi, kenapa kesan lipatan terlampau dalam? 

Kalau ikutkan masa hujah Balbir dengan pihak forensik pun dah boleh nampak yang defendan tak bersalah sebab pihak bank sahkan mereka tak akan terima 3 keping cek tersebut sekiranya dibawa untuk proses pengeluaran wang sebab tandatangan tak sama. Dekat situ pun dah boleh nampak yang tuduhan mencuri dan pemalsuan tu tak berasas. 

Kemudian pengarah masukkan karakter hakim yang bias terhadap senior lawyer bila Sewak sama kaum dengan dia. For me this is so realistic. Baru je bulan lepas my managing partner bagitahu sebelum pergi court kenal dulu siapa hakim untuk kes tu. Lain hakim lain prinsip dan pegangan dia. Ada hakim yang bias kepada feminism atau activist, ada pula yang boomers dan orthodox, ada yang tak suka hujahan panjang. Kira macam zaman sekolah lah, ada cikgu bagi markah extra kalau tulisan kemas, ada pula tolak markah kalau eja nama dia salah. 

Kelemahan pada movie 420 IPC bila tak ada intensity atau elemen saspen pada penceritaan sampai momentum tu mendatar. Patutnya Balbir deliver dialog yang dia akan ringankan hukuman anak guam bila partner dia tanya kalau betul klien mereka bersalah. Bila dia diam nampak watak dia goyah padahal reputation penting bagi dia. Kalau soalan macamtu dah goyah baik dia join in house je lah. Stay sampai habis pun sebab watak Balbir yang licik menggunakan resources dia untuk peroleh maklumat.

Berbeza lah situasi tu dengan Section 375 bila ada loopholes pada seksyen tersebut sampai peguam defendan terpaksa bergadai nyawa untuk berpegang pada ilmu dan prinsip dia. Kita nak berpihak pada plaintif pun jadi ragu-ragu sebab confident level dia power betul. 

Penulis pun tak tekankan pada Seksyen 420 dalam Indian Penal Code untuk terangkan kepada audience dengan lebih jelas dan mendalam. Ada lah sekali dua peguam mention dalam dialog mereka sedangkan ada beza menipu dalam seksyen ni dengan breach of contract. 

Seksyen 420 adalah akta di mana individu menipu yang melibatkan property terhadap pihak lain sama ada meminda, mengubah atau musnahkan mana-mana bahagian sekuriti atau yang lainnya, sama ada ditandatangani atau dimeteraikan, dan sekuriti tersebut boleh ditukar kepada barangan berharga. 

Bila dah tengok definisi seskyen 420 baru faham kenapa ada plot twist pada pertengahan cerita dan kenapa watak Pooja beria nak minta tukar peguam baru. Tapi masih lagi tak faham kenapa hakim buat keputusan macam tu sedangkan patutnya counterback dekat opponent lah. Macam Balbir kata beberapa persoalan lain tu akan dijawab dalam perbicaraan lain tapi selesaikan dulu apa yang patut untuk perbicaraan kes sekarang. 

Kelemahan pada penceritaan dan olahan buatkan naskhah 420 IPC kelihatan hambar sedangkan movie ni boleh jadi movie yang sarat dengan pelajaran dan pengajaran kepada orang awam sebab ditayangkan di Zee TV. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10