Movie Review | Deep (2021)
Wednesday, 21 July 2021
Director : Sita Likitvanichkul, Jetarin Ratanaserikiat, Apirak Samudkidpisan
Writer : Sita Likitvanichkul, Jetarin Ratanaserikiat, Krit Jeerapattananuwong
Cast : Panisara Rikulsurakan, Kay Lertsittichai, Supanaree Sutavijitvong, Warisara Jitpreedasakul
Production Company : Transformation Films
Distributor : Netflix
Genre : Drama / Mystery / Sci-Fi / Thriller
Running Time : 101 minutes
Release Date : 16 July 2021
Trailer :
Movie fiksyen yang mengangkat tema psikologi mengisahkan tentang Jane (Panisara Rikulsurakan) yang terdesak mencari duit untuk bayar sewa rumah kedai. Buntu dengan masalah kewangan, dia join program Deep di mana dia menjadi sukarelawan untuk ujikaji mengaktifkan sel kimia “Qratonin” yang terdapat pada bahagian otak. Syaratnya mudah, cuma perlu berjaga selama 3 hari tapi kalau tertidur lebih dari 60 saat, dia akan mati. Ganjarannya, 100,000 baht.
‘Berjaga lebih dari 3 malam akan menjejaskan keupayaan mental. Ia dipanggil penyimpangan emosi di mana menyebabkan seseorang amat keliru dan mula meracau kemudiannya hilang akal.’
Projek Deep adalah projek rahsia dan tak semua pelajar didedahkan tentang program tersebut melainkan yang datang ke sesi interview bersama Profesor Nichcha (Dujdao Vadhanapakorn). Dekat kantin Jane disapa oleh (Win (Kay Lertsittichai) yang aktif dalam sukan dan enjoy life di kelab malam. Tak ada masalah untuk dia berjaga selama 3 malam berturut dan aktifkan Qratonin sebab tu dia join Deep untuk kumpul duit beli motorsikal idaman.
Win bagitahu Jane yang influencer Cin (Supanaree Sutavijitvong) dan gamer Peach (Krit Jeerapattananuwong) pun sukarelawan Deep. Dari situ mereka berempat mula berkawan. Masing-masing puas hati dengan ganjaran yang diorang dapat dan setuju untuk teruskan Level 2 dengan jumlah ganjaran 500,000 baht. Makin naik level mestilah makin mencabar jadi kewarasan mereka berempat diuji di peringkat ni bila emosi mula terganggu dan penat.
Penceritaan pada first half agak menarik dengan keterujaan peserta Deep tapi program yang dijalankan macam tak konsisten sebab Level 1 berterusan ke Level 2 tapi Level 3 bermula selepas peserta tidur beberapa hari.
Karakter Professor Nichcha pun mengelirukan juga bila Jane boleh termakan dengan kata-kata dia untuk join program Deep sedangkan boleh je professor tu tolong Jane dengan bayarkan sewa rumah dia kalau betul dia sayangkan pelajar dia. Sama la juga dengan June (Warisara Jitpreedasakul) yang meradang nak tolong Jane dengan join program Deep walhal dia boleh je tolong dengan cara lain. Tolong Jane meniaga misalnya daripada melepak dengan kawan-kawan sampai lewat malam.
Elemen drama yang dimasukkan cuma untuk mengembalikan 4 watak utama kepada program Deep tanpa alasan yang kuat. Mungkin kuat pada Win sebab dia suka dengan Jane tapi apa alasan Peach dan Cin sedangkan nyawa menjadi taruhan? Nak kata curious pun tak juga sebab masing-masing dah sedia maklum tentang bahaya program Deep ni.
Masa scene Win ajak Jane pergi konsert Ed Sheeran tu agak merepek lah sebab terganggu latar masa yang dipaparkan dalam penceritaan sebab dalam scene Cin menyembang dengan Peach tu diorang dah mention pasal Covid-19. Bila masukkan pandemik global macam ni memang senang lah audience nak nampak yang penulis tak beri perhatian pada details penceritaan. Sengaja dipetik untuk menghidupkan elemen komedi tapi gagal.
Watak sampingan yang wujud dalam movie ni pun agak lemah pada lakonan terutamanya watak Dr. Hans Miller, ketua program Deep. Ironi lah bila dia pergi audition lakonan tapi dia yang paling kaku dengan emosi yang tak disalurkan dengan baik mengikut kesesuaian senario dan mood dalam babak tu. Ada part bila dia nak wujudkan suasana yang seram dan mengerikan pada watak Jane juga June tapi kedengaran kartun.
Kekuatan movie Deep terbitan Transformation Films ni mungkin terletak pada visual dan lakonan Kay Lertsittichai yang mempunyai lengkungan emosi dan perkembangan watak yang berbeza pada first dan second half. Konflik keluarga yang dialami pun menguatkan lagi karakter Win cuma sayangnya emosi tu tak digunakan pada klimaks ataupun sub-plot yang lain.
Movie Deep ni lebih kurang sama lah feels dia dengan Ghost Lab (2021) bila projek fiksyen yang tak membantu umat manusia pun bila kita dah sedia maklum tentang akibat dan tahap bahayanya. Mungkin menarik kalau 4 sekawan ni ada cheat code untuk elakkan Delirium.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0 = 5.6/10
Director : Kim Tae-hyoung
Writer : Kim Tae-hyoung
Cast : Lee Sung-min, Park Hae-joon, Kim Yoo-jung, Nam Da-reum, Park Se-hyun
Production Company : Gom Pictures, Gogo Studio
Distributor : Netflix, Little Big Pictures
Genre : Mystery / Horror
Running Time : 115 minutes
Release Date : 2 July 2 2021
Trailer :
“2,500 years ago, a monster started opening the door that bridges the human realm to Hell, in order to make humans suffer.”
Berlatarkan kisah silam purba yang hampir mencecah 2000 tahun lamanya, The 8th Night mengisahkan mengenai peti Sarira yang mengaktifkan segala kejahatan. Professor Kim Joon-cheol (Choi Jin-ho) jumpa kembali artifak tersebut di sempadan India-Pakistan selepas sekian lama membuat kajian. Penemuan tersebut dikatakan palsu sehingga memalukan nama dia. Terkesan dengan situasi tersebut, dia masukkan semua darah yang dia ambil dari beberapa volunteer yang pernah cuba untuk bunuh diri.
Peti Sarira mempunyai dua mata di mana satu mata menjadi simbolik kepada kerisauan dan satu lagi simbolik kepada ketakutan. Bila dua mata ni bergabung, ia akan membentuk kehidupan seolah di neraka dan berkemungkinan dunia ni akan musnah. Sami baru, Chung-seok (Nam Da-reum) diarahkan pergi mencari bekas sami Park Jin-soo (Lee Sung-min) supaya dapat bunuh Virgin Shaman untuk menghalang aktiviti jahat ni tersebar sebelum malam ke-8.
Dalam masa yang sama Detektif Kim Ho-tae (Park Hae-joon) menyiasat beberapa kematian yang pelik dan mengerikan bila mayat mangsa mereput walhal baru beberapa jam meninggal. Bila dia ternampak Jin-soo di beberapa tempat kejadian dengan kapak, dia mula syak lelaki tersebut adalah pembunuh bersiri untuk kes ni.
Masa tengok trailer movie The 8th Night karya Kim Tae-hyoung ni macam menarik sebab idea yang fresh dan unik tapi bila tengok full movie memang kecewa habis. Pace perlahan tu satu hal, kenapa professor tu beria habiskan seluruh hidup dia untuk musnahkan dunia pun tak faham sedangkan dia tubuhkan komuniti untuk halang orang dari bunuh diri.
Watak Detektif Kim Ho-tae paling merepek sekali dalam cerita ni sebab tak membantu apa-apa langsung pada penyiasatan ataupun misi Jin-soo musnahkan peti Sarira. Watak dia ada sebab penulis nak dia ada untuk tambah halangan pada watak Jin-soo. Nasib baik lah dialog yang dia lontarkan menarik bila anak buah dia cakap pasal psikik buatkan tangkal untuk lindungi dia. Savage!
“Then why do detectives exist? Shamans could catch the bad guys.” - Detektif Kim Ho-tae
Kenapa watak Chung-seok beria nak defend Ae-ran (Kim Yoo-jung) pun jadi persoalan juga sedangkan dia dah tahu betapa pentingnya misi untuk musnahkan peti Sarira. Kita nampak watak dia patuh pada arahan sami tua tapi senang betul dia berubah hati pada second half.
Kekuatan pada movie The 8th Night ni mungkin pada idea yang menarik dan vfx yang bagus dari Choo Kyeong-yeob. Makeup untuk watak yang dirasuk nampak mengerikan. Effect pada muka pun menjadi tanpa nampak seperti kartun. Lakonan beberapa watak bagus dan beberapa watak lagi agak kaku. Seram tengok pelajar sekolah perempuan tu senyum dengan pipi terbelah bila dia nampak mangsa.
Nak kata movie ni seram pun tak jugak sebab elemen seram tu langsung tak ada. Pengarah tak tunjuk sangat pun momen seram. Ada tapi tak banyak untuk meletakkan movie ni sebagai movie seram standing dengan The Conjuring 3 (2021). Jump scare dan plot twist yang predictable dengan music score yang lemah menambahkan lagi rasa menyampah.
Masa tengok Profesor tu kutip artifak merepek pun dah mula menyampah dah lagipun tak boleh nak connect atau relate dengan movie ni sebab bendanya tak wujud pun, konflik yang ada pun tak membantu menambahkan rencah. Layan movie ni sebab dah tertengok sambil habiskan lunch je lah. Esok lusa lupa la movie ni pernah wujud.
1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10
Movie Review | J2 : J Retribusi (2021)
Tuesday, 20 July 2021
Pengarah : Nazrul Asraff Mahzan, Nazim Shah
Penulis Skrip : Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam, Anwari Ashraf
Pelakon : Zul Ariffin, Ashraf Sinclair, Yiming Chen, Ainin Batrisya, Amelia Henderson, Rosyam Nor, Theeban G., Eric Chang
Syarikat Produksi : Primeworks Studios, Infinitus Films, Sunstrong Entertainment, TGV Pictures
Pengedar : Disney Hotstar
Genre : Aksi / Drama
Durasi Tayangan : 95 minit
Tarikh Tayangan : 1 Jun 2021 (Malaysia), 25 Jun 2021 (Brunei)
Trailer :
Lepas tragedi yang berlaku dalam Unit Tindakan Khas (UTK), Jay berhenti dan menjadi bodyguard kepada Nadi (Ainin Batrisya), anak perempuan tunggal Dato’ Hashim (Rosyam Nor). Hari yang penting buat Dato’ Hashim bila dia akan mengumumkan persaraan dia dan menyerahkan bisnes kepada Liu Kang (Eric Chang), businessman dari China yang ditemani oleh bodyguard dia, Chang (Yiming Chen).
Business deal tersebut diadakan di Berjaya Hotel dengan kehadiran para media dan tetamu jemputan lain. Nadi dan Jay juga berada di sana untuk meraikan hari tersebut. Jay perasan ada sesuatu yang tak kena di ruang lobi dan bertambah pelik bila staff hotel datang hantar kek secara tiba-tiba. Tekaan dia tepat bila tak lama kemudian hotel tersebut diserang pengganas yang diketuai oleh Taufik (Ashraf Sinclair).
Tujuan serangan tersebut kerana Taufik perlukan plat duit yang digunakan oleh Dato’ Hashim dan Liu Kang untuk mencetak duit secara haram. Plat dan semua harta mereka disimpan di dalam peti besi yang terletak di bahagian basement. Taufik perlukan Nadi sebagai umpan supaya Dato’ Hashim berlembut hati untuk serahkan passcode.
Sekuel kepada J Revolusi (2017) yang diterbitkan di bawah syarikat produksi kepunyaan pelakon terkenal negara China, Andy Lau ni tidak lagi berlatarkan skuad Unit Tindakan Khas (UTK) bila watak Jay bergerak solo. Bukan sahaja pelakon sampingan sudah bertukar orang, tugas pengarah juga digalas oleh duo Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah.
Walaupun penulis masih lagi dari karya Alfie Palermo yang dibantu oleh Azhar Amirulhisyam dan Anwari Ashraf tapi jalan cerita ketara benar dicedok dari filem luar negara. Tapi kalau genre aksi ni penceritaan tak lah begitu dititikberatkan.
Sama seperti previous installment, J2 : J Retribusi tak mengembangkan watak wanita dengan begitu mendalam dan kali ni lebih tepat lagi, tak diberikan perhatian langsung sebab watak Amy (Amelia Henderson) cuma bergantung harap pada Chang dan Jay. Lagi best kalau Amy ada kekuatan sendiri sebab pangkat dia adalah manager yang menguruskan Berjaya Hotel. Tengok dari landskap bangunan, bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan oleh seorang yang dipaparkan sebagai loser. Excited masa nampak Niezam Zaidi tapi sayang betul watak dia muncul sekejap je. Selalu macam tu kan, kalau dapat berlakon movie bagus, watak dia pulak yang problem.
Movie J2 : J Retribusi adalah movie terakhir dalam karier arwah Ashraf Sinclair di mana dia memegang watak antagonis yang menggerunkan. Dia ada karismanya tersendiri, tak perlu guna kata-kata kesat pun untuk show off his bad character. Cukup dia mencerlung pada mangsa pun dah rasa seram.
Tak pasti apa kaitan dia dengan watak Andra sebab tak dijelaskan langsung sedangkan Taufik berulang kali bagitahu anak buah dia Jay orang yang sama bunuh Andra. Kalau penulis buat mereka ada pertalian mungkin dendam dan amarah tu lebih bersifat personal dan scene pertarungan mereka berdua nampak lebih tegang. Elemen drama tak diadun dengan baik dalam sekuel kecuali scene Dato’ Hashim menangis dalam tandas. Nasib baik ada Rosyam Nor yang memang handal bermain emosi.
Sinematografi dan visual dari Teck Zee Tan agak jauh berbeza dengan hasil kerja Haris Hue Abdullah bila dia banyak bermain dengan transition dan close up shots. Ada scene yang nampak cantik bila dibuat gegar seolah kita melihat melalui lensa mata Jay tapi ada scene yang lebih baik kalau dibuat secara panorama sebab tak puas tengok stunt action Jay hasil koreografi Keung Kam-Kui. Aksi Taekwondo dari Cheng pun cantik tapi nampak sangat sengaja nak show off martial art skills dia bila hallway tu penuh dengan meja yang jatuh dan terletak elok sebagai penghadang.
Watak Jay kali ni cuma berinteraksi dengan kanak-kanak je tapi dia punya sweet tu manis leting. Karakter dia tough tapi dalam masa yang sama sweet jugak sampai tenggelam relationship Nadi dengan ayah dia. Tak pasti kalau watak Cheng akan join Jay dalam installment ketiga tapi dinamik mereka berdua sama bagus pada second half. Dalam sekuel ni tak ada watak yang kelakar tapi ada momen antara Jay dengan Chang yang menghiburkan.
Sama macam J Revolusi, lagu latar Ralit – Tuju ft Malik Abdullah kurang menyengat dan tak memberikan impak pada penceritaan. Sebagai sekuel, J Retribusi sarat dengan aksi yang mendebarkan dan persembahan beberapa watak yang cemerlang dan tak melebih kalau kata J Retribusi adalah movie aksi terbaik untuk tahun 2021. Tahniah kepada team production yang berjaya tembus ke pasaran Brunei.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10


























