Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 10 : Pomcom Kampong Pisang

Saturday, 20 March 2021

 

Pengarah : Mamat Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Genre : Komedi / Seram

Jumlah Episod : 13 Episod

Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020

Syarikat Produksi : Astro

Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand

Trailer :

Lepas berpatah balik ke zaman 50-an dalam Episod 9 : Lailasari, kali ni balik semula kepada latar masa sekarang dengan masalah yang baru bila penduduk Kampong Pisang diganggu oleh pocong. Bermula dengan kehadiran dua ekor pocong di Warung Pak Jabit sampaikan Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) demam walhal dia buta, bukan nampak pun kengerian pocong tu. 

Kehadiran Cik Chom Bagan (Ozlynn) pun agak aneh juga sebab suka berjalan berseorangan dan tiba-tiba datang, tiba-tiba muncul. Nasib baik lah beberapa minit kemudia dia jelaskan yang dia adalah project manager di tapak pembinaan di tepi jalan sana. Masa dia perkenalkan diri tu pun, pekerja-pekerja dia ditemui meninggal di tapak pembinaan tanpa tahu punca. Gaya macam mati mengejut dengan mata terbeliak macam tu. 

Sebagai penuntut ilmu silat, Bakobar (Bell Ngasri) tak takut langsung dengan pocong-pocong yang datang. Cakap besar kemain tapi bila 4 ekor datang, kemain merayu jangan kacau dia. Nasib baik Ahmad Yassin dengan Faguha Jabar (Rashid Othman) lalu kawasan tu. Sekali dia angkat tangan je, semua pocong lari dari situ. Dalam episod ni baru tahu yang Faguha Jabar ni bisu, patutlah tak pernah bercakap. Tapi dalam episod ni Ahmad Yassin boleh bawak motor pulak. Yang idak-idak je. Masa Pak Jabit bercerita pasal pocong tu, dia kata pocong tu melompat padahal bergolek kot. 

Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi  drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya. 

Sinematografi dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri diadun dengan signature Mamat Khalid yang suka dengan tona warna vintage. Puas hati sangat tengok drama ni sebab visual dia menarik sebab Mamat Khalid memang nak hasil drama ni sama dengan filem. Dalam episod 10 ni visual effects dari Lil Studio Sdn Bhd tak lah heavy tapi nampak lemah lah dekat scene pocong datang secara berjemaah dekat hutan tu walhal boleh je guna orang sebenar macam di awal episod.  

Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an, sesuai lah dengan suasana kampung yang dipenuhi orang-orang tua generasi lama. Memandangkan episod ni Ahmad Yassin demam, diorang dengar lagu dekat radio aje. 

Ada watak tambahan baru bila peminat Liverpool bercerita pasal bola dekat Warung Pak Jabit sampai berasap hati Bakobar dengan Faguha Jabar yang sokong team lain. Nasib baik drama ni release sebelum Liverpool kalah 6 kali berturut-turut. Tapi bila tengok lepas Liverpool kalah ni rasa kelakar tengok fans dia sembang taknak kalah. Scene dia jumpa pocong pakai baju MU pun kelakar. 

Nasib baik penceritaan episod 10 ni lebih menarik dari episod 9 yang mengecewakan dan tak ada genre seram atau komedi langsung. Cantik betul Ozlynn dalam episod 10 ni especially masa dia pakai baju kebaya hitam tu. Pandai la stylist sesuaikan pakaian dia dengan karakter Cik Chom yang tegas dan mysterious tu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 6.8/10

CITTA Mall Dah Ada Guardian!

Thursday, 18 March 2021

Sejak PKP 2.0 ni jarang sangat menjejakkan kaki ke CITTA Mall sebab tak boleh dine-in padahal sebelum ni boleh kata setiap hari Jumaat akan lunch dekat sini dengan kawan office. Bila pergi minggu lepas agak excited lah sebab dah ada drugstore Guardian. Yeayyy!


Bestnya Guardian ni sebab handwash sakura dia wangi lepastu diskaun dia lagi best daripada Watson sebab dia dah deduct siap-siap dah. Unlike Watson, kena ada member card dulu baru dia deduct. I sejenis clumsy so member card memang tertinggal dekat kereta je since guna T&G dari kad tu. So memang banyak la points atau diskaun melepas. 


Interior design Guardian dekat CITTA Mall ni pun cantik sebab dia apply konsep minimalis. Dari luar dah nampak apa produk yang ada. Senang sangat nak tahu cashier dekat mana sebab lampu neon warna oren untuk semua label dan signs. Lantai dia guna tiles kelabu, dinding dengan tiang guna warna hitam, nampak modern and stylish lah dekat mata. 




Memandangkan skincare ataupun toiletries untuk bulan Mac dah dibeli dekat Watson dan Shopee, so minggu lepas just temankan Kak Nora cari fake nails je. Next month kita datang sini lah shopping shampoo dengan skincare sebab banyak brands ada dekat sini. Melayang fulusssss....

Movie Review | The Con-Heartist (2020)

Director : Mez Tharatorn

Writer : Pattaranad Bhiboonsawade, Mez Tharatorn

Cast : Nadech Kugimiya, Pimchanok Leuwisetpaiboon, Thiti Mahayotaruk, Kathaleeya McIntosh, Pongsatorn Jongwilak

Production Company : GDH 559

Distributor : GDH 559, Golden Village Pictures

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 128 minutes

Release Date : 3 December 2020 (Thailand)

Trailer :

Dekat poster dah nampak ‘From the Director and Studio That Brought I Fine… Thank You.. I Love You’, so expectation pun agak tinggi lah sebab movie tu best kot. Tengok banyak kali pun still terhibur. Dalam movie The Con-Heartist arahan Mez Tharatorn bawa watak con artist, Tower (Nadech Kugimiya) yang kacak dan cuba perangkap Ina (Pimchanok Leuwisetpaiboon) setelah nampak video review beserta nombor akaun bank.

Ina dapat panggilan dari Tower kononnya dia menang hadiah berupa wang tunai tapi dia perlu masukkan sejumlah wang dahulu ke dalam akaun. Bila Ina nak transfer, dia nampak akaun tersebut adalah akaun peribadi, bukannya akaun syarikat. Bila buat background check, dia tahu identiti sebenar Tower dan ugut akan sebarkan audio clip Tower. 

Terjerat dengan kecilikan Ina, akhirnya Tower minta untuk berjumpa dan akan bantu langsaikan 2 bulan hutang Ina. Muncul idea untuk balas dendam kepada bekas kekasih Ina yang pernah tipu sampaikan lesap 2,000 baht. Polis pun tak mampu nak tolong sebab Ina yang rela hati bagi kepada Petch (Thiti Mahayotaruk). 

Bila disiasat, modus operandi yang sama Petch pernah guna terhadap Ina juga digunakan kepada perempuan kaya yang lain. Tower buat plan dan bawa masuk team yang lain supaya rancangan mereka nampak meyakinkan. Ina cadangkan Ms Nongnuch (Kathaleeya McIntosh), customer company dia sebab skills berbahasa Mandarin yang dia ada. Berjaya atau tidak plan diorang untuk perangkap Petch, kena tengok sendiri lah. 

Disebabkan genre romantik komedi maka penceritaan filem ni tak lah begitu berat tapi santai dan menghiburkan walaupun ada beberapa babak yang cliché macam scene Ms Nongnuch berjumpa dengan Petch pertama kali di lobi syarikat besar. Tapi curious jugak tengok sebab nak tahu macam mana diorang selesaikan masalah tu dengan tenang tanpa terkantoi. 

Chemistry Nadech Kugimiya dan Pimchanok Leuwisetpaiboon antara kekuatan filem terbitan syarikat produksi GDH 559. Nama je con-artist tapi nampak sangat Tower terkesan dengan kata-kata Ina. Bila diorang spend time sama-sama boleh nampak masing-masing happy walaupun cuma lepak makan dekat kedai je. 

Nampak macam pengarah pertaruhkan rupa fizikal pelakon utama tapi sebenarnya tak pun, masing-masing bagus berlakon. Sama juga dengan pelakon sampingan macam watak Jone (Pongsatorn Jongwilas) yang tambah rencah komedi setiap kali muncul. Plot twist dia menarik sebab unexpected tapi tak tahu lah kalau ada yang rasa predictable. 

Visual dari Oranat Ramasoot nampak cantik dan kemas tambah pula berlatarkan kehidupan korporat yang kaya dengan props yang mewah. Visual effects untuk tonjolkan kemewahan pun nampak meyakinkan walhal watak Ina dengan Ms Nungnuch tu amatur je. Grading colour pun kebanyakannya menggunakan warna-warna musim panas seperti kuning dan oren sesuai dengan latar masa dalam filem ni. Music score dari Hualampong pun mainkan peranan sebab lagu I’m Not Con-Heartist dari Bambam comel sangat, secomel muka Petch haaa gittew.

 

Walaupun movie ni santai tapi ada beberapa scene yang yekkk so jangan tengok filem The Con-Heartist  ni masa makan. Scene macam tu quite repetitive pulak tu sampai rasa ughhh jijiknya instead of kelakar. Sampai sekarang terbayang lagi. Movie ni dah keluar pada 3 December 2020 di Thailand tapi sekarang baru tayang dekat Malaysia so kalau ada yang nak release stress boleh la pilih movie ni dekat cinema. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10