Jalan-Jalan Ipoh | Tokong Sam Poh Tong

Monday, 21 September 2026

500 meter dari kawasan Tasik Cermin adalah Tokong Sam Poh Tong yang terkenal dengan binaan berasaskan batu kapur. Tokong dekat sini dari permulaan kurun ke-19 tapi tak sure binaan dia bermula tahun 1950 ataupun hujung kurun ke 18 tu sebab tahun 1910 dah ada tokong batu kapur tu. 

Masa kitorang datang ni tak banyak kereta lagi jadi senang sangat nak dapat tempat parking, betul-betul berhadapan dengan Tokong Sam Poh Tong. Kawasan laman ada zen garden. Cantik bergambar dekat situ sebelum matahari naik atas kepala. 


Dekat dalam kolam ni ada ikan koi tapi pihak tokong tak ada pulak jual makanan ikan. Ikan dia besar-besar jugak. Boleh ralit tengok ikan dekat dalam kolam ni. 




Dekat bangunan dua tingkat ni ada kafeteria dengan tandas tapi tak pasti lah makanan yang dijual semuanya vegetarian ataupun ada juga makanan lain. Kitorang tak masuk pun dekat situ, cuma tengok dari luar sebab ada anjing dekat bahagian depan. Anjing dia jinak tapi kitorang yang takut. 


Masa tengah bergambar dekat taman tu, ada uncle ni tegur kenapa tak masuk dalam? Dia kata kalau orang datang mesti sampai depan je padahal tokong yang cantik dengan taman kura-kura ada dekat dalam. 

Dekat bahagian pintu masuk tu ada sinki untuk staff tokong bersihkan tomato dengan lobak merah. Ada kaunter juga untuk beli sayur yang dah siap dibersihkan dan dipotong untuk bagi makan pada kura-kura. 



Dekat bahagian tengah ni akan berjumpa ruang penganut Buddha sembahyang dekat sini. Pagi tu tak lah ramai orang tapi masa kitorang balik dah mula ramai yang berdoa depan patung dewa. Dekat dalam Google nampak gambar naga tapi dekat sini tak perasan lah pulak ada naga. Dinding dia kosong je kebanyakannya, mungkin dekat ruangan lain sebab kitorang tak jenguk semua ruang pun.


Lantai dalam tokong ni cantik. 



Tak ingat berjalan berapa meter dalam terowong gua batu kapur tu tapi tak jauh sangat pun. 



Ni lah tokong lama yang cantik tu. Sebelum ni boleh masuk dalam tapi disebabkan bangunan dia dah tak kukuh, banyak retak dan terhakis jadi pihak tokong tutup terus. Boleh tengok dari jauh je tokong ni sebab sekeliling dia dah berpagar. 


Tak pasti lah kenapa boleh ada air pancut dekat depan tokong ni sebab dia macam tak kena dengan aesthetic tokong lama tu. Dah la tak center. 

Tokong lama ni bila tengok depan-depan lagi cantik sebab tingkap dia diperbuat dari kayu buluh. Dalam gambar ni entah kenapa jadi kabur, mungkin sebab asap colok ataupun sebab jerebu. 


Thank you uncle ambilkan gambar kitorang!



Ni lah taman kura-kura dekat Tokong Sam Poh Tong. Banyak kura-kura dia tapi tak ada yang besar gila, mungkin baru buka kot. Ramai yang datang bagi makan dekat kura-kura ni tapi tak tahu lah kalau selit doa sekali. 


Gambar kaki tanda hadir!



Kitorang tak lama pun dekat dalam tokong ni sebab dah mula ramai orang. Berdekatan dengan Tokong Sam Poh Tong ni ada lagi dua tokong tapi tak sempat lah nak pergi semua. Tengok dari luar je lah mampu. 

Minggu ketiga Borneo Rising menyaksikan peserta Petrova kekal menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 75.19%, diikuti oleh Dabra (70.55%), Joy (64.45%), Havard (62.85%), Syukri dan Harris masing-masing dengan (66.91%) yang berjaya menawan kedudukan enam teratas. 

Menarik perhatian barisan juri dan para penonton dengan persembahan nyanyian lagu Sejambak Bunga oleh penyanyi Ernie Zakri, Dabra turut membawa pulang RM 1,000.00 selepas dipilih sebagai pemenang Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi di segmen terakhir. 

Minggu Ikon Power Up ini juga menyaksikan Aadel gagal untuk mara ke pusingan seterusnya setelah tewas di pusingan battle, dan dua peserta Faris serta Rizzani berada di kedudukan bawah apabila mendapat markah keseluruhan terendah. Oleh demikian, pihak juri telah memutuskan Faris dan Rizzani akan menentukan nasib mereka di pentas Borneo Rising pada minggu ke-4 dengan pertandingan battle di segmen pertama. 

SENARAI LAGU & MARKAH PESERTA

Petrova: Emas - Nadeera (75.19%)

Joy: Kekasih Bayangan - Chakra Khan (64.45%)

Syukri: Kau Kekasihku - Dato' Sri Siti Nurhaliza (61.74%)
Harvard: Jampi - Hael Husaini (62.85%)

Michelle: Imaji - Aina Abdul (58.98%)

Rizzani: Pelangi Petang - Dato' Sudirman (51.90%)

Jecinta: Teruskanlah - Agnes Monica (54.18%)

Afiq: Drama - Drama Band (58.97%)

Haris: Kacamata - Afgan  (61.74%)

Faris: Noktah Cinta - Hafiz Suip (46.31%) 

Dabra: Sejambak Bunga - Ernie Zakri (70.55%)

INFO PROGRAM ‘BORNEO RISING’

▪ Borneo Rising, program pencarian bakat dengan vokal padu, kerjasama CelcomDigi Berhad, bakal bersiaran selama lapan (8) minggu bermula dari 6 September 2026 secara langsung dari ITCC Mall, Penampang Sabah, setiap Ahad jam 9PM, menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), serta boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

▪ Borneo Rising turut menampilkan RTM sebagai rakan penyiar strategik, Astro Gempak sebagai Rakan Digital dan ERA, ERA Sabah & ERA Sarawak sebagai Rakan Radio Rasmi.

▪ 12 barisan peserta yang bakal berentap di pentas Borneo Rising ialah Dabra dari Likas Sabah, Jecinta dari Miri Sarawak, Petrova dari Papar Sabah, Harris dari Kuching Sarawak, Syukri dari Kinabatangan Sabah, Aadel dari Kuching Sarawak, Afiq dari Sandakan Sabah, Michelle dari Landu Sarawak, Joy dari Sandakan Sabah, Faris dari Kuching Sarawak, Harvard dari Penampang Sabah, dan Rizzani dari Tawau Sabah.

▪ Borneo Rising menawarkan pengundian pantas dan automatik menerusi WhatsApp tanpa perlukan aplikasi. Imbas kod QR di kaca TV, pilih peserta dan jumlah undi, serta tambah nilai kredit CelcomDigi bila-bila masa. Undian awam ini menyumbang 20% daripada keputusan akhir, manakala 80% selebihnya dinilai oleh juri. Layari gempak.com/borneorising untuk maklumat lanjut.

▪ Para juri mempunyai kuasa untuk menyelamatkan seorang peserta serta menentukan siapa yang akan bertanding dalam pusingan “battle”. Dalam pusingan itu, juri akan memutuskan siapa yang layak meneruskan perjuangan dan siapa yang akan meninggalkan pertandingan.

▪ Pemenang utama Borneo Rising berpeluang menerima sebuah single dan video muzik baharu, pembangunan kandungan digital, sokongan pemasaran dan promosi, serta peluang pendedahan merentas platform televisyen, radio dan digital Astro, wang tunai dan trofi sumbangan Astro.

Saksikan episod baharu Borneo Rising pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), TV Okey (saluran 146), On Demand, Astro GO, Sooka & RTMKlik.

Movie Review | Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai (2026)

Sunday, 20 September 2026


Pengarah: David Dhawan
Penulis Skrip: Yunus Sajawal
Pelakon: Varun Dhawan, Mrunal Thakur, Pooja Hegde, Maniesh Paul, Chunky Panday, Jimmy Sheirgill, Mouni Roy
Syarikat Produksi: Tips Films, Maximilian Films (UK)
Pengedar: Tips Films, Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 136 minit
Tarikh Tayangan: 5 Jun 2026
Trailer:

Jass Ahuja (Varun Dhawan) dan isterinya, Baani (Mrunal Thakur) berada di bilik kaunseling untuk perkahwinan mereka yang semakin goyah. 5 tahun mereka bersama tapi kali terakhir mereka sama-sama bersetuju adalah untuk berkahwin. 

Jass mahukan anak tapi Baani tak nak ada halangan untuk menjadi CEO jadi Hakim (Ali Asgar) putuskan mereka bercerai secara rasminya dalam masa 6 bulan sekiranya masing-masing tetap ingin bercerai. Baani tak teragak-agak untuk tinggalkan Jass dan minta bekas suaminya untuk move on. 

Tak lama kemudian, Jass bertemu dengan Preet Randhawa (Pooja Hedge) di London semasa bekerja sebagai jurugambar bebas. Preet terhutang budi dengan Jass kerana dia pernah diselamatkan ketika water rafting. Bukan saja terhutang budi malah tertarik dengan kekacakan Jass. Mereka berdua bercinta dan Preet mengandung. 

Baru saja ingin mulakan hidup baru dengan Preet, Baani datang ke rumah Jass dan maklumkan yang dia juga mengandung. Semuanya terjadi pada malam sebelum mereka berpisah bila kedua-duanya mabuk ketika mengemas rumah. Ikutkan mereka berdua masih lagi suami isteri sebab belum rasmi bercerai. Ibu Jass (Ayesha Raza Mishra) segera pergi ke London mendengar khabar gembira tersebut. 

Jass mula panik kerana Jogi Randhawa (Jimmy Sheirgill) mula menekan-nekan supaya Jass berkahwin dengan adiknya sebelum bayi lahir. 

Naskhah romantik komedi Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai adalah filem terakhir arahan David Dhawan sebagai pengarah. Filem ni pun ambil masa yang lama untuk disiapkan kerana Varun mengalami kecederaan di tulang rusuk dan David juga ditahan di wad kerana sakit. 

Filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai adalah filem keempat kerjasama anatara David Dhawan bersama anak bongsunya, Varun Dhawan selepas filem Main Tera Hero (2014), Judwaa 2 (2017) dan Coolie No. 1 (2020). Tak ramai yang letak expectation tinggi pun pada filem David Dhawan sebab dah tahu dia akan cuba bentuk Varun jadi seperti Govinda dan Salman Khan. 

Memang terserlah gaya tu dalam watak Jass tapi penghalang untuk filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai jadi menarik ialah skrip yang lemah dan dialog yang kurang kelakar. Hampir kesemua babak kelakar perlu bergantung pada Varun Dhawan sementara yang lain cuma menghiasi set. Antara Pooja dan Mrunal, chemistry Varun dengan Pooja lebih menyerlah tapi filem ni bukan pertandingan siapa lebih siapa kurang sebab yang menggerakkan adalah Varun Dhawan. 

Tak pasti kenapa Maniesh Paul perlu masuk sebagai sidekick Jass sebab dia tak kelakar pun. Sebelum ni dia jadi watak sampingan untuk Varun juga dalam filem Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari (2025) tapi tak berjaya. 

Music album Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai digubah oleh White Noise Collectives, Tanishk Bagchi dan lain-lain menghimpunkan 5 buah lagu baru dan 1 remake iaitu Chunnari Chunnari – Let’s Go. Lagu remake dah cun tapi bila masuk rap, dia jadi kucar-kacir so I stick with the original je lah. Lurvvvvve Tera Ho Jaun dan WOW. 

Sinematografi dari Ayananka Bose menjadikan filem romantik komedi ini terlihat moden, segar dan bergaya. Anayanka pernah bekerja dalam Student of the Year  (2012) dan Judwaa 2 (2017) jadi dia berpengalaman untuk mencari sisi positif Varun sepanjang filem. Keindahan latar tempat  seperti di Goa, Glasgow atau Scotland juga mengukuhkan premis romantik.

Masa tulis skrip Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai ni David Dhawan dah minta pendapat beberapa penulis muda untuk elakkan sebarang kontroversi. Tak hairan lah kalau perjalanan filem terasa selesa dan selamat malah di penghujung pun keluar dari zon tipikal zaman 90-an. 

Filem Hai Jawani Toh Ishq Hona Hai okay lah untuk tontonan santai di hujung minggu. Sebagai peminat Varun, I okay je layan sebab Varun comel dan handsome dalam filem ni walaupun konflik dalam cerita ni boleh selesai kalau Jass bercakap macam orang normal dan matang. 

I lega juga ini adalah projek terakhir Varun dengan David. Harapnya kalau Varun nak berlakon dalam genre komedi, bukan komedi yang mengikut acuan Govinda atau Salman tapi versi Varun sendiri. Lahhh tiberr curhat. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 6.2/10

 


Pengarah: Bryan Singer  
Penulis Skrip: Jane Goldman, Simon Kinberg, Matthew Vaughn  
Pelakon: Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Anna Paquin, Elliot Page, Peter Dinklage, Ian McKellen, Patrick Stewart   
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Entertainment, The Donners' Company, Bad Hat Harry Productions, Kinberg Genre, Down Productions   
Pengedar: 20th Century Fox
Genre: Superhero  
Durasi Tayangan: 131 minit
Tarikh Tayangan: 10 Mei 2014 (Javits Center), 23 Mei 2014 (United States)    
Trailer:


Pada tahun 2023, robot bernama Sentinels memburu dan membunuh mutan dan juga manusia yang mempunyai keturunan mutan atau sesiapa yang melindungi mutan. Di Moscow, Kitty Pryde (Elliot Page), Blink (Fan Bingbing), Warpath (Booboo Stewart), Bishop (Omar Sy), Iceman (Shawn Ashmore) dan Sunspot (Adan Canto) bertarung dengan Sentinel untuk pastikan Kitty dapat masa yang cukup untuk menghantar Bishop beberapa hari ke masa lalu untuk maklumkan keadaan mereka. 


Mendengar khabar tersebut, Storm (Halle Berry), Wolverine (Hugh Jackman), Magneto (Ian McKellen) dan Charles Xavier (Patrick Stewart) berkumpul di sebuah tokong Cina yang terpencil. Di sana Prof X terangkan bahawa program Sentinel diwujudkan oleh Dr. Bolivar Trask (Peter Dinklage) yang mencipta senjata yang terhasil dari sampel DNA kepunyaan Mystique (Jennifer Lawrence) pada tahun 1973.

 
Prof X cadangkan supaya pulang ke tahun 1973 dan halang Mystique dari membunuh Trask tapi perjalanan tersebut boleh membunuh Xavier lalu Logan wakilkan diri kerana dia sahaja yang mempunyai kuasa penyembuhan. Sebaik saja sampai, Logan terus menuju ke X-Mansion kemudian terjumpa dengan Dr. Hank Mcoy (Nicholas Hoult) yang maklumkan bahawa sekolah tersebut ditutup kerana Perang Vietnam sementara Magneto ditahan setelah membunuh Presiden John F. Kennedy. 


Agak sukar untuk Logan yakinkan Charles Xavier muda (James McAvoy) kerana dia di dalam fasa kemurungan setelah dikhianati oleh Erik Lehnsherr (Michael Fassbender). Charles juga boleh berjalan kerana serum yang dihasilkan oleh Hank namun hilang kuasa telepatinya. 

Instalment ketujuh X-Men membawakan latar masa yang agak jauh dari filem The Wolverine (2013) dan X-Men: The Last Stand (2006) namun tak lah terlalu jauh dari X-Men: First Class (2011). Kalau ikutkan, sekuel secara langsung kepada First Class bila Marvel Entertainment mengekalkan pelakon yang sama. 


Bryan Singer yang bekerja untuk X-Men (2000) dan X2 (2003) kembali ke bangku pengarah menggantikan Matthew Vaughn yang mengarahkan X-Men: First Class (2011). Matthew memilih untuk bekerja dalam filem Kingsman: The Secret Service (2014) dan Fantastic Four (2015). 

Filem X-Men: Days of Future Past mempunyai jawapan ke mana perginya Azazel, Angel, Riptide dan mutan lain. Havok (Lucas Till) juga ada kemunculan yang pendek untuk jelaskan beberapa mutan ditangkap oleh Mejar Stryker sebagai eksperimen tentera. Banyak watak dari X-Men era lama dan baru dimuatkan dalam 131 minit tayangan bersama konflik dan peristiwa-peristiwa penting pada latar masa tersebut. 


Dari instalment ni juga peminat X-Men berkenalan dengan Peter / Quicksilver (Evan Peters) yang mempunyai kuasa untuk bergerak dengan sangat laju. Walaupun dia cuma membantu sikit sahaja tapi kemunculan dia menyuntik elemen komedi. 

Menarik tapi tak puas sebab penulis fokus pada watak utama yang mempunyai konflik peribadi. Sekali lagi Charles dan Erik bertelagah tentang prinsip mereka berdua. Sekali lagi James McAvoy dan Michael Fassbender berjaya menghidupkan dinamik juga emosi yang kuat untuk watak mereka berdua. 


Walaupun filem X-Men: Days of Future Past adalah hasil sutradara Bryan Singer namun penceritaan masih lagi seakan sama dengan X-Men: First Class (2011) yang menghasilkan sebuah naskhah yang bergaya. Mungkin sebab skrip ditulis oleh pengarah lama dan produksi tak nak penonton X-men era baharu hilang minat bila bertukar pengarah. 


Dalam filem X-Men: Days of Future Past, bukan saja dapat tengok Charles Xavier muda, malah dapat juga nampak Prof X yang sepatutnya dah meninggal selepas Jean Grey mengamuk dalam X-Men: The Last Stand (2006). Mungkin ada kaitan dengan end credit tapi Marvel tak ceritakan pun macam mana Prof X boleh hidup semula. 

Lepas The Wolverine (2013), watak Logan sekali lagi muncul sebagai maskot X-Men tapi entah bila dia nak faham yang dia bukan tandingan Magneto pun. Wolverine ni kacak dan gagah perkasa tapi kurang bijak. Dia boleh hidup lama pun sebab kuasa penyembuhan tu dan Magneto sibuk dengan agenda dia. Kalau tak, mungkin Wolverine duduk lama dalam sungai. Dalam The Wolverine (2013), Logan ingat tentang masa lalu dia tapi dalam filem ni sebaliknya. Entah lah tak faham kenapa universe ni mengelirukan. 


X-Men: Days of Future Past dikategorikan sebagai instalment yang terbaik dalam siri X-Men namun watak antagonis agak lemah bila penulis tak kembangkan kenapa Dr. Bolivar Trask benci dengan mutan sampai sanggup wujudkan Sentinel yang boleh membahayakan manusia. Sekurang-kurangnya, Mejar Stryker ada misi untuk cipta super soldier demi keselamatan negara. Bila watak antagonis lemah, tak semena-mena bagi peluang pada Magneto untuk naik sheikh. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10