Ada kisah yang terus hidup dalam ingatan, dan Duyung adalah salah satunya. Kini, kisah itu dihidupkan semula menerusi Duyung Legenda Aurora, tampil dengan penceritaan yang lebih berkembang, taruhan emosi yang matang, serta refleksi perjalanan usia bukan sahaja pada watak, tetapi juga para pelakonnya.
Puteri lakonan Maya Karin

2008: 29 tahun → 2025: 46 tahun
Dulu, Puteri dikenali sebagai duyung yang anggun, misteri dan penuh pesona. Kini, Puteri kembali sebagai seorang ibu kepada Aurora, sarat dengan naluri keibuan serta kedewasaan emosi yang semakin terserlah.
Dalam filem terbaharu ini, Puteri berdepan ujian terbesar apabila Aurora ditangkap oleh sindiket pukat tunda haram. Persoalannya, sejauh mana Puteri sanggup mempertaruhkan segalanya demi Aurora?
Jimmy lakonan Saiful Apek

2008: 39 tahun → 2025: 56 tahun
Jimmy bukan lagi sekadar watak yang mencetuskan tawa. Dalam Legenda Aurora, dia kini tampil sebagai ayah kepada Dashmond serta pemilik Dash Resort, sekali gus memperlihatkan sisi yang lebih bertanggungjawab dan berpijak pada realiti.
Namun, dugaan yang menanti kali ini jauh lebih besar dan mencabar berbanding pengalaman lalu.
Aspalela lakonan Yasmin Hani
2008: 29 tahun → 2025: 46 tahun
Aspalela tampil sebagai ibu kepada Dashmond serta rakan kongsi Jimmy di Dash Resort. Namun, satu perkara tidak pernah berubah, rasa cemburu yang timbul setiap kali Puteri muncul di darat.
Watak Aspalela kali ini lebih matang, namun konflik dalaman masih berbekas. Perasaan, ego dan trauma lama kembali diuji apabila masa lalu hadir menuntut jawapan.
Orix lakonan Yassin Yahya
2008: 30 tahun → 2025: 47 tahun
Orix merupakan antara watak yang paling dinanti oleh penonton, dengan ramai tertanya-tanya apakah skrip yang bakal dibawanya dalam naskhah terbaharu ini.
Masih setia bersama Jimmy, Orix kekal sebagai simbol persahabatan lama yang bertahan meskipun masa terus berlalu, sekali gus menghubungkan nostalgia dengan perjalanan baharu cerita ini.
Generasi Baharu, Pertaruhan Baharu!
Aurora lakonan Anna Jobling
Aurora ialah anak kepada Puteri yang bercinta secara rahsia dengan Dashmond, dan menjadi sasaran utama Dr Evo, seorang saintis yang obses terhadap duyung. Penangkapannya mencetuskan misi penyelamatan paling berbahaya dalam sejarah keluarga ini.
Hamlau lakonan Syaiful Zero
Sebagai abang kepada Aurora, Hamlau ialah pahlawan duyung yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi adiknya, walaupun hanya mampu bertahan selama enam jam di darat.
Dashmond lakonan Ayie Floor 88
Dashmond merupakan anak kepada Jimmy dan Aspalela, kekasih kepada Aurora, serta ‘anak emas’ ibunya. Namun, cinta dan kesetiaan sering hadir bersama konflik yang tidak dijangka.
Netizen Pun Sama-Sama Membesar!
Perbandingan usia pelakon serta kenangan menonton Duyung turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Antara komen yang mencuri perhatian:
“Maya Karin dan Yasmin Hani sama usia, masa muda Maya lebih cantik, sekarang Yasmin pula nampak muda dan cantik.”
“Mesti best❤️, Skrg umur 28❤️,2008 umur sya sekolah rendah.”
“Ingat lagi tengok masa dekat PLKN, sekarang dah umur 35.”
Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Duyung Legenda Aurora yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 25 Disember 2025. Gunakan tanda pagar #DuyungLegendaAurora dan #FilemHiburanHujungTahun untuk memeriahkan lagi perbualan di media sosial.
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Duyung Legenda Aurora, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.