“2008 AKU SEKOLAH RENDAH, 2025 AKU DAH KERJA” DUYUNG BIKIN NOSTALGIA

Tuesday, 23 December 2025

Ada kisah yang terus hidup dalam ingatan, dan Duyung adalah salah satunya. Kini, kisah itu dihidupkan semula menerusi Duyung Legenda Aurora, tampil dengan penceritaan yang lebih berkembang, taruhan emosi yang matang, serta refleksi perjalanan usia bukan sahaja pada watak, tetapi juga para pelakonnya.

Puteri lakonan Maya Karin

2008: 29 tahun → 2025: 46 tahun

Dulu, Puteri dikenali sebagai duyung yang anggun, misteri dan penuh pesona. Kini, Puteri kembali sebagai seorang ibu kepada Aurora, sarat dengan naluri keibuan serta kedewasaan emosi yang semakin terserlah.

Dalam filem terbaharu ini, Puteri berdepan ujian terbesar apabila Aurora ditangkap oleh sindiket pukat tunda haram. Persoalannya, sejauh mana Puteri sanggup mempertaruhkan segalanya demi Aurora?

Jimmy lakonan Saiful Apek

2008: 39 tahun → 2025: 56 tahun

Jimmy bukan lagi sekadar watak yang mencetuskan tawa. Dalam Legenda Aurora, dia kini tampil sebagai ayah kepada Dashmond serta pemilik Dash Resort, sekali gus memperlihatkan sisi yang lebih bertanggungjawab dan berpijak pada realiti.

Namun, dugaan yang menanti kali ini jauh lebih besar dan mencabar berbanding pengalaman lalu.

Aspalela lakonan Yasmin Hani

2008: 29 tahun → 2025: 46 tahun

Aspalela tampil sebagai ibu kepada Dashmond serta rakan kongsi Jimmy di Dash Resort. Namun, satu perkara tidak pernah berubah, rasa cemburu yang timbul setiap kali Puteri muncul di darat.

Watak Aspalela kali ini lebih matang, namun konflik dalaman masih berbekas. Perasaan, ego dan trauma lama kembali diuji apabila masa lalu hadir menuntut jawapan.

Orix lakonan Yassin Yahya

2008: 30 tahun → 2025: 47 tahun

Orix merupakan antara watak yang paling dinanti oleh penonton, dengan ramai tertanya-tanya apakah skrip yang bakal dibawanya dalam naskhah terbaharu ini.

Masih setia bersama Jimmy, Orix kekal sebagai simbol persahabatan lama yang bertahan meskipun masa terus berlalu, sekali gus menghubungkan nostalgia dengan perjalanan baharu cerita ini.

Generasi Baharu, Pertaruhan Baharu!

Aurora lakonan Anna Jobling

Aurora ialah anak kepada Puteri yang bercinta secara rahsia dengan Dashmond, dan menjadi sasaran utama Dr Evo, seorang saintis yang obses terhadap duyung. Penangkapannya mencetuskan misi penyelamatan paling berbahaya dalam sejarah keluarga ini.

Hamlau lakonan Syaiful Zero

Sebagai abang kepada Aurora, Hamlau ialah pahlawan duyung yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi adiknya, walaupun hanya mampu bertahan selama enam jam di darat.

Dashmond lakonan Ayie Floor 88

Dashmond merupakan anak kepada Jimmy dan Aspalela, kekasih kepada Aurora, serta ‘anak emas’ ibunya. Namun, cinta dan kesetiaan sering hadir bersama konflik yang tidak dijangka.

Netizen Pun Sama-Sama Membesar!
Perbandingan usia pelakon serta kenangan menonton Duyung turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Antara komen yang mencuri perhatian:
“Maya Karin dan Yasmin Hani sama usia, masa muda Maya lebih cantik, sekarang Yasmin pula nampak muda dan cantik.”
“Mesti best❤️, Skrg umur 28❤️,2008 umur sya sekolah rendah.”
 “Ingat lagi tengok masa dekat PLKN, sekarang dah umur 35.”

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Duyung Legenda Aurora yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 25 Disember 2025. Gunakan tanda pagar #DuyungLegendaAurora dan #FilemHiburanHujungTahun untuk memeriahkan lagi perbualan di media sosial.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Duyung Legenda Aurora, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

Senarai Pelakon Baru Bollywood 2023-2025

Monday, 22 December 2025

 

Bila update review untuk naskhah Bollywood mesti ada yang komen dah tak kenal pelakon Bollywood sekarang. Alang-alang pelakon baru tengah melonjak naik, why not update senarai pelakon baru Bollywood.  Mana lah tahu nanti you guys boleh refer entry ni. 

Senarai pelakon baru ni dari tahun 2023 hingga 2025 sebab dalam masa 3 tahun ni pun dah ramai yang berlumba nak jadi pelakon. Ada antara nama yang dikenali dan mungkin baru dikenali walaupun pernah menjadi tumpuan. 

1. Agastya Nanda


Anak saudara Abhishek Bachchan dan cucu Amitabh Bachchan juga Jaya Bachchan menjadi tumpuan apabila namanya muncul sebagai debutante dalam filem The Archies (2023). Nama Agastya bukan sesuatu yang asing dalam dunia Bollywood kerana ibunya juga selalu membuat penampilan di hadapan media walaupun tidak berkecimpung dalam dunia hiburan. 

Bukan saja berketurunan Bachchan, ayah Agastya merupakan anak kepada Ritu Kapoor iaitu anak pelakon lagenda Bollywood, Raj Kapoor. Agastya menyambung pelajaran di Seven Oaks School, London kemudian pulang ke India dan mulakan perjalanannya sebagai pelakon di Bollywood.


Agastya juga menjadi tumpuan pihak media kerana kisah cinta bersama anak perempuan tunggal Shah Rukh Khan, Suhana Khan. 

2. Khushi Kapoor


Anak perempuan bongsu kepada SriDevi dan produser Boney Kapoor memilih untuk debut dalam filem arahan Zoya Akhtar bersama barisan pelakon baru yang lain. Kushi Kapoor seringkali menjadi perhatian media dan peminat kerana kecantikannya dan juga pertalian saudara dengan pelakon popular dari keturunan Kapoor. 


Adik kepada Arjun Kapoor dan Janhvi Kapoor merupakan sepupu kepada Sonam Kapoor, Rhea Kapoor, Harshvardhan Kapoor dan Shanaya Kapoor. Khushi juga sering menjadi pilihan pereka fesyen terkenal di Bollywood kerana tubuh badannya yang tinggi lampai juga lansing. Selain perjalanan kerjayanya, nama Khushi sering menjadi perhatian kerana kisah cinta bersama pelakon kacak, Vedang Raina. 

3. Vedang Raina


Sering menjadi perhatian sejak zaman kolej, Vedang yang mempunyai minat dalam muzik mendapat tawaran untuk debut dalam filem The Archies (2023). Berketurunan Kashmir dan membesar di Mumbai dan mempunyai Degree in Business Management di Narsee Monjee Institute of Management Studies (NMIMS). Vedang menjadi bualan hangat kerana ketampanan wajah dan gaya maskulinnya.


Vedang debut dalam filem komersial berjudul Jigra (2024) bersama Alia Bhatt dan mendapat peluang untuk tonjolkan suara lunaknya dalam lagu Phoolon Ka Taaro Ka. Vedang bakal muncul dalam filem arahan Imtiaz Ali dan bakal menjadi Prem terbaru dalam filem arahan Sooraj Barjatya. 

4. Suhana Khan


Anak kedua kepada bintang terkenal Bollywood sentiasa menjadi bualan para peminat filem Hindi sama ada akan mengikut jejak langkah ayahnya atau sebaliknya. Suhana mula buat kemunculan setelah tamat belajar di Dhirubhai Ambani International School, Ardingly College,  London dan major pembikinan filem di Tisch School of the Arts, New York. 
Selain debut dalam filem The Archies (2023) arahan Zoya Akhtar, Suhana juga membuat penampilan dalam siri Fabulous Lives of Bollywood Wives kerana persahabatan akrabnya bersama Shanaya Kapoor dan Ananya Panday. 

5. Junaid Khan


Junaid seringkali mengelak apabila disoal tentang dunia lakonan namun kejutan dilakukan oleh anak sulung Aamir Khan dengan muncul dalam filem Maharaj (2024) tayangan rasmi Netflix. Lakonannya mendapat pujian sebagai watak utama di samping pelakon senior, Jaideep Ahlawat. Junaid kemudiannya debut dalam filem komersial berjudul Loveyapa (2025) bersama Khushi Kapoor dan bakal berlakon bersama Sai Pallavi. 

Junaid belajar dalam bidang perniagaan kemudian melanjutkan pelajaran di New York untuk art major. Dia pernah mencari pengalaman dalam dunia perfileman dengan membantu Aamir Khan di set PK (2014). 

6. Sharvari Wagh


Sebelum debut dalam filem Bunty Aur Babli 2 (2021) bersama Shiddhanth Chaturvedi, Saif Ali Khan dan Rani Mukherji di bawah terbitan YRF, Sharvari bekerja sebagai assitant director untuk filem-filem popular seperti Pyaar Ka Punchnama 2 (2015), Bajirao Mastani dan Sonu Ke Titu Ki Sweety (2018).

Walaupun debut dalam filem dengan nama-nama besar, di bawah terbitan YRF, nama Sharvari mula menjadi popular setelah menjadi heroin dalam filem Munjya (2024) bersama Abhay Verma dan dalam filem Maharaj (2024) bergandingan bersama Junaid Khan. Sharvari bakal digandingkan bersama Alia Bhatt dalam filem Alpha, instalment ketujuh untuk YRF Spy Universe. 

7. Abhay Verma


Setelah gagal dalam bidang Sains dan BBA di universiti, Abhay mengikut jejak langkah abangnya, Abhishek Verma untuk mencari peluang dalam bidang lakonan. Abhay Verma mula mendapat perhatian untuk watak sampingan dalam drama bersiri The Family Man 2 (2021). 

Abhay kemudiannya debut dalam filem Ae Watan Mere Watan bersama Sara Ali Khan namun menjadi popular setelah tayangan filem Munjya (2024) di samping Sharvari Wagh. Abhay Verma menjadi chocolate boy terbaru di Bollywood kerana senyuman menawannya. 


Abhay bakal muncul dalam filem romantik bersama Rasha Tadani dalam filem Laikey Laikaa arahan Saurabh Gupta juga filem King bersama Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone. 

8. Ibrahim Ali Khan


Sejak anak sulung Saif Ali Khan dan Amrita Singh jadi perhatian dengan debutnya dalam filem Kedarnath (2018), ramai yang bertanya-tanya bila Ibrahim a.k.a Iggy akan debut di Bollywood juga. Sampai keluar blind item yang Iggy kena tamatkan pelajaran dulu baru Saif benarkan debut. Finally Ibrahim debut dalam filem Nadaaniyan (2025) terbitan Dharma Productions di Netflix kemudiannya muncul dalam filem Sarzameen (2025) bersama Kajol Devgn. 

Walaupun menerima kritikan untuk lakonannya, Iggy tidak berpatah semangat untuk kekal berlakon di Bollywood dan mohon diberikan peluang sehingga dia berjaya buktikan kredibilitinya sebagai pelakon sama seperti ayah dan ibunya juga neneknya, Sharmila Tagore.

9. Pashmina Roshan


Sepupu Hrithik Roshan merupakan anak perempuan sulung kepada Rajesh Roshan dan pasangannya, Kanchan Roshan. Minat untuk menjadi pelakon muncul apabila sentiasa berada di set bersama pakciknya, Rakesh Roshan yang juga merupakan salah seorang pengarah filem ternama di Bollywood era 2000. 

Pashmina melanjutkan pelajaran di UK dalam seni dan media kemudian pulang setelah menamatkan pelajaran di sana. Setelah menjalani beberapa ujibakat, Pashmina debut dalam filem Ishq Vishk Rebound (2024) bersama Rohit Saraf dan Jibraan Khan.

10. Jibraan Khan


Sejak kecil Jibraan sudah menjadi tumpuan ramai kerana lakonannya sebagai anak Rahul dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham (2000). Namun perjalanan dalam dunia perfileman agak berliku kerana tidak mendapat peluang untuk debut dalam filem walaupun menyertai banyak ujibakat. Jibraan pernah bekerja sebagai pembantu pengarah untuk filem Brahmāstra: Part One – Shiva (2022).

Jibraan akhirnya mendapat peluang untuk debut dalam filem Ishq Vishk Rebound bersama Pashmina Roshan dan Rohit Saraf. 

11. Lakshya


Talent baru dari Dharma Productions bernama Lakshya Lalwani antara nama yang percaya dengan usaha dan bakat lakonan. Lakshya memulakan karier lakonan dari siri TV sejak tahun 2015 kemudian mendapat tawaran berlakon dalam filem. 

Sepatutnya Lakshya debut dalam filem Dostana 2, bergandingan dengan Kartik Aryaan dan Janhvi Kapoor pada tahun 2019 tapi projek ditunda kerana Covid. Kemudiannya plan untuk debut dalam filem Bedhadak bersama Shanaya Kapoor namun sekali lagi filem dibatalkan. Akhirnya Laskhya debut dalam filem Kill (2024) dengan genre aksi. 


Nama Lakshya menjadi bualan ramai apabila menjadi pelakon utama dalam web series Ba***ds of Bollywood (2025) arahan Aryan Khan. 

12. Nitanshi Goel


Menggondol anugerah setelah debut dalam filem Laapata Ladies (2024) dan mencuri perhatian dengan penampilannya yang bergaya di Cannes 2025, Nitanshi Goel menjadi salah seorang pelakon Gen Z berbakat di Bollywood. Sebelum berkecimpung dalam dunia lakonan, Nitanshi merupakan Miss Pantaloons Junior Fashion Icon pada tahun 2015. 

Nitanshi bakal berlakon bersama Anand Deverakonda dalam filem arahan Ekta Kapoor kemudiannya bekerja dalam filem romantik komedi bersama Abhay Verma. Nitanshi juga dikahabarkan akan berlakon dalam filem sekuel Shaadi Mein Zaroor Aana (2017).

13. Sparsh Shrivastava


Sparsh memulakan perjalanan seninya ketika di usia muda dengan bakatnya dalam bidang tarian dan muncul dalam rancangan realiti TV, Chak Dhoom Dhoom. Sparsh membintangan beberapa drama bersiri kemudian melanjutkan pelajaran. 

Setelah tamat pengajian, Sparsh belum yakin untuk kembali ke dunia lakonan namun mencuba nasib dalam web series lantas mendapat pujian dari penonton. Dia kemudiannya mendapat tawaran sebagai watak utama dalam filem Laapata Ladies (2024) setelah video ujibakatnya menarik perhatian Amir Khan. 

14. Veer Pahariya


Cucu kepada bekas Chief Minister, Maharashtra Sushilkumar Shinde, juga anak bongsu kepada pasangan taikun bisnes India - Sanjay Pahariya dan Smruti Shinde mempunyai minat dalam bidang seni dan hiburan. Menyertai ujibakat lakonan lalu debut dalam filem Sky Force (2025) di samping Akshay Kumar lantas mendapat pujian dari peminat dan pengkritik filem. 


Veer mempunyai ramai kenalan dalam kalangan artis baru kerana abangnya, Shikhar Pahariya bercinta dengan Janhvi Kapoor. Veer juga pernah bercinta dengan Sara Ali Khan kemudian putus dan sekarang sedang hangat bercinta bersama Tara Sutaria. 

15. Rasha Tadani


Anak perempuan Raveena Tandon mewarisi kecantikan ibunya dan debut dalam filem Azaad (2025) lantas menjadi bualan hangat kerana screen presence yang kuat dan meninggalkan impak menerusi item song, Uyi Amma. Rasha yang mempunyai bakat lakonan dan nyanyian juga mempunyai tali pinggang hitam Taekwondo. 

Selain dikenali sebagai anak sulung Raveena Tandon yang terkenal pada era 80-an hingga 90-an, ayah Rasha, Anil Thadani merupakan pemilik kepada AA Films, salah sebuah syarikat pengedar filem yang terkenal di India. 


Sebaik saja tamat pengajiannya di Dhirubhai Ambani International School, Rasha bakal berlakon dalam dua projek bersama Abhay Verma berjudul Laikey Laikaa di bawah arahan Saurabh Gupta, kemudian debut di filem Telugu bersama anak saudara Mahesh Babu iaitu Jaya Krishna berjudul Srinivasa Mangapuram.

16. Aaman Devgan


Anak saudara Ajay Devgn menempah nama sebagai pelakon Bollywood dalam filem Azaad (2025) bersama anak perempuan Raveena Tandon iaitu Rasha Tadani. Aaman berkecimpung dalam sukan gimnastik ketika zaman persekolahan dan aktif bersukan juga membantu ibunya dalam perniagaan. 

17. Ahaan Panday


Abang sepupu kepada Ananya Panday, anak saudara Chunky Panday baru saja debut di Bollywood bersama Aneet Padda dalam filem Saiyaara (2025). Sebelum ni Ahaan sudah pun dikenali apabila sering menemani Ananya ke majlis-majlis besar di Bollywood. Ahaan juga rapat dengan Aryan Khan, anak sulung SRK, Ibrahim Khan dan beberapa pelakon muda di Bollywood.

18. Aneet Padda


Aneet pernah muncul sebagai watak sampingan dalam filem Salaam Venky (2022) kemudiannya berlakon dalam siri Big Girl Don't Cry. Kerana bakat lakonannya, Aneet ditawarkan untuk berlakon sebagai heroin filem Saiyaara (2025) bersama Ahaan Panday. Selain bakat, Mohit Suri juga mencari heroin filem yang mempunyai kecantikan asli sejak lahir.

Menjadi popular dengan lakonannya sebagai Vaani Batra dan memenangi beberapa anugerah, Aneet ditawarkan menjadi heroin untuk filem Shakti Shalini, instalment keenam Maddock Horror Comedy Universe di samping Lakshya Lalwani. 

19. Shanaya Kapoor


Sejak tahun 2018, Shanaya mula mencuri perhatian kerana kecantikannya semasa hadir ke majlis perkahwinan Sonam Kapoor. Kemudian Shanaya menjadi bualan kerana debut di le Bal des Debutantes di Paris bersama ayahnya Sanjay Kapoor. Memori tersebut dirakam dalam siri The Fabulous Life of Bollywood Wives untuk screentime ibunya, Maheep Kapoor. 

Kerana covid, projek debut Shanaya tertangguh dan beberapa projek juga ditunda kemudian akhirnya debut dalam filem Aankhon Ki Gustaakhiyan (2025) bersama Vikrant Massey dan bakal muncul dalam filem thriller Tu Yaa Main bersama Adarsh Gourav.

20. Sara Arjun


Menjadi bualan hangat ketika Sara Arjun muncul di trailer launch filem debutnya, Dhurandhar kerana mempunyai jarak umur sebanyak 20 tahun bersama Ranveer Singh. Sara Arjun merupakan anak perempuan kepada Raj Arjun, pelakon terkenal industri Tamil. Sebelum debut di Bollywood, Sara berkecimpung dalam dunia lakonan sebagai pelakon kanak-kanak sejak berumur 5 tahun lagi. 

Kebanyakan dalam senarai adalah anak kepada bintang ternama di Bollywood dan industri lain. Hopefully, pelakon-pelakon muda ni akan meneruskan legasi keluarga sebagai pelakon dan bakal mewarnai dunia lakonan Bollywood dengan lebih rancak lagi. 

Sunway Lagoon menjadi lokasi penuh keceriaan apabila Duyung Legenda Aurora membawa peminat menyertai ‘Duyung Day Out with Fans’, satu aktiviti santai dan interaktif yang menghidupkan dunia Duyung dalam suasana sebenar.

Seramai 40 peminat terpilih berkongsi pengalaman eksklusif bersama Amin Suffian, Amirulhakim Lokman dan Zazzleen Zulkafli menerusi mini games dan explorace “Cari Duyung” yang sarat elemen adventure dan gelak tawa..

Lebih daripada sekadar sesi meet & greet, aktivasi ini membuktikan komitmen Duyung Legenda Aurora dalam mendekatkan filem dengan peminat melalui pengalaman sebenar yang menyeronokkan dan bermakna. Duyung Day Out turut mengukuhkan filem ini sebagai hiburan hujung tahun yang penuh elemen adventure, fun dan sesuai untuk tontonan santai seisi keluarga.

 

22 Disember 2025, Kuala Lumpur – Papa Zola The Movie terbitan MONSTA Studio dan Astro Shaw berjaya mengaut RM25.6 juta untuk 11 hari tayangan. Lebih membanggakan apabila kejayaan ini meletakkan Papa Zola The Movie berada di kedudukan nombor satu carta Top 10 GSC, sekali gus menyaksikan filem tempatan mengetepikan francais besar antarabangsa seperti Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy's 2. 

Penonton daripada pelbagai lapisan usia, khususnya seisi keluarga mengambil peluang untuk menonton bersama, apatah lagi musim cuti persekolahan sudah bermula. 

Pengarah & Penulis Papa Zola The Movie, dan Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak, menyatakan, “Bermulanya musim cuti persekolahan turut membuka ruang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama, dan kami bersyukur Papa Zola The Movie dipilih sebagai antara aktiviti percutian menonton bersama keluarga di pawagam. Lebih bermakna, sambutan ini digerakkan oleh perkongsian pengalaman penonton sendiri. Fenomena ‘demam kebenaran’ ini membuktikan bahawa sokongan organik terhadap filem tempatan mampu mendorong lebih ramai penonton untuk menyokong karya anak tempatan”

Manakala Penerbit Eksekutif Papa Zola The Movie merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami amat berbesar hati dan bersyukur atas pencapaian Papa Zola The Movie. Dalam persaingan sengit dengan pelbagai filem baharu daripada francais popular Hollywood, kejayaan ini membuktikan bahawa filem tempatan mampu memberi saingan yang kuat. Pencapaian ini sekali gus mencerminkan keupayaan industri kreatif tempatan untuk menghasilkan kandungan berkualiti tinggi yang relevan dengan citarasa penonton pelbagai lapisan. Terima kasih kepada semua peminat dan penonton yang terus menyokong Papa Zola The Movie di pawagam.”

 

TGV Klebang Sentra Mall dan GSC Sunway Carnival Dibanjiri Penonton & Peminat

Sementara itu, siri jelajah hujung minggu lalu diadakan di Perlis, Penang, Kedah, Perak dan Lembah Klang. Kehadiran maskot Papa Zola, Mama Zila, Pipi Zola dan BoBoiBoy disambut meriah. Demam Papa Zola The Movie telah mencetuskan ‘fenomena kebenaran’.

Papa Zola The Movie mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya. Tanpa diduga, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency). Namun keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi, diculik makhluk asing. Papa Zola bersama Mama Zila perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan Pipi dan melindungi dunia daripada ancaman tersebut.

Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini bakal melangkah panggung antarabangsa bermula Januari 2026 di Indonesia dan di India, Vietnam dan pasaran Timur Tengah yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki pada April 2026.

“Aku akan mencari dan terus mencari keturunanmu.” Teaser ringkas yang dimuat naik di media sosial ini sudah cukup membuatkan warganet terpaku dan meremang bulu roma, sekali gus membangkitkan rasa tidak sabar penonton untuk menyaksikan kisah penuh drama ini.

Dalam satu babak mencuri perhatian, Sapora lakonan Emma Maembong dilihat meratah daging mentah, dipercayai sebagai sebahagian ritual ilmu sihirnya demi memenuhi permintaan Iqbal lakonan Nabil Aqil.

Reaksi warganet pula boleh dikatakan cukup meriah. Ada yang sudah tidak sabar bertanya, “Esok tayang pukul berapa?,” malah ada juga yang mengaku sudah menonton episod pertama. Keberanian paparan babak-babak seram turut menjadi perbualan hangat, termasuk penampilan Nabil Aqil kali ini dalam genre seram. Tidak kurang juga yang memuji “Wah Emma Maembong lagi!” yang dilihat semakin menyerlah, membuatkan ramai yakin drama ini berpotensi besar untuk menjadi bualan ramai.

Dibintangi barisan pelakon mantap Emma Maembong, Nabil Aqil, Fadlan Hazim, Farid Kamil, Hanna Qeela, Azri Iskandar, Marc Sadique dan Amin Iman, Santau Perempuan Terlarang menjanjikan penceritaan penuh misteri, elemen seram psikologi serta konflik yang dekat dengan kepercayaan dan kegusaran masyarakat. Apakah harga sebenar yang perlu dibayar apabila seseorang sanggup menggadaikan diri demi sebuah hajat? 

Bersedia untuk menyelami kisah gelap yang mungkin lebih dekat dengan realiti daripada yang disangka. Saksikan Tonton Original Series: Santau Perempuan Terlarang, setiap Isnin dan Khamis, eksklusif hanya di Tonton http://www.tonton.com.my

“AKSI MANTAP!” DSV TERPEGUN, PUJI BABAK AKSI DUYUNG LEGENDA AURORA

Sunday, 21 December 2025

Filem Duyung Legenda Aurora menerima reaksi positif daripada Dato’ Seri Vida (DSV) yang hadir memeriahkan Malam Gala filem tersebut pada 17 Disember lalu. Menurut beliau, filem ini berjaya menyajikan gabungan aksi dan komedi yang sangat menghiburkan, sekali gus sesuai untuk tontonan seisi keluarga daripada pelbagai lapisan usia.

DSV berkata, antara elemen yang paling menarik perhatiannya adalah babak-babak aksi yang dipersembahkan dalam filem ini. “Saya memang suka babak aksi dalam filem Duyung ini, sangat fresh” katanya ketika ditemui pada Malam Gala. Menurut beliau, elemen aksi tersebut bukan sahaja menghiburkan, malah memberikan pengalaman tontonan yang lebih segar berbanding filem-filem sebelumnya.

Beliau turut memuji kehadiran kumpulan lawak Zero yang dianggotai oleh Sharif, Atu dan Syaiful. Menurut DSV, trio tersebut berjaya membawa aura positif menerusi lawak bersahaja yang segar dan mengena. “Saya suka vibes Zero. Lawak mereka sesuai dengan cerita, jadi memang seronok ditonton,” ujarnya lagi.

Selain itu, DSV turut meluahkan rasa terhibur dengan kemunculan watak ikonik Jimmy yang dibawakan oleh Saiful Apek, yang kembali mencuri perhatian sejak filem Duyung yang pertama. Menurut DSV, kehadiran pelawak legenda tersebut membuktikan bahawa ‘sengatan’ komedi pelawak lama masih relevan dan terus digemari oleh masyarakat hingga ke hari ini.

Dalam pada itu, DSV turut mempromosikan single terbarunya berjudul Happy yang dipilih sebagai salah satu lagu runut bunyi (OST) rasmi filem Duyung Legenda Aurora. Lagu tersebut dilihat melengkapkan suasana ceria dan menghiburkan filem ini, selari dengan tema serta perjalanan ceritanya. Pada Malam Gala berkenaan, DSV turut membuat persembahan khas menerusi lagu tersebut, sekali gus menceriakan lagi acara dan mendapat sambutan hangat daripada para tetamu.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Duyung Legenda Aurora yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara mulai 25 Disember 2025. Gunakan tanda pagar #DuyungLegendaAurora dan #FilemHiburanHujungTahun untuk memeriahkan lagi perbualan di media sosial!

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Duyung Legenda Aurora, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

TRAILER ‘DUYUNG LEGENDA AURORA’ LEBIH AKSI & LEBIH GELAK KETAWA!

Saturday, 20 December 2025


JOM KITA RELAX - RELAX HUJUNG TAHUN | TRAILER ‘DUYUNG LEGENDA AURORA’ LEBIH AKSI & LEBIH GELAK KETAWA!


Trailer rasmi filem Duyung Legenda Aurora yang baru sahaja dilancarkan kini mencetuskan keterujaan ramai apabila mempamerkan gabungan aksi lautan yang mendebarkan, serta momen komedi yang bakal mencuit hati penonton. Berdurasi 2 minit 11 saat, trailer ini memberi gambaran jelas bahawa penonton bakal disajikan sebuah hiburan keluarga yang lengkap dengan aksi, emosi dan gelak ketawa, sambil menghidupkan kembali nostalgia yang kembali selepas 17 tahun.


Menampilkan Anna Jobling sebagai Aurora, trailer ini memperlihatkan sisi anak duyung yang berani, lantang dan sarat dengan semangat mempertahankan lautan. Daripada adegan selaman dramatik hinggalah pertempuran di dunia darat, setiap babak disusun rapi bagi membina momentum pengembaraan yang padat dan bertenaga.

Tidak sekadar sarat dengan aksi, trailer ini turut diserikan dengan elemen humor yang mencuit hati menerusi kehadiran watak-watak sampingan yang menceriakan suasana. Aksi spontan serta dialog bersahaja daripada barisan pelakon seperti Saiful Apek dan adik-beradik kumpulan Zero, Syarif, Syaiful dan Atu, menambah sentuhan santai yang menghiburkan, sekali gus mengimbangi elemen epik fantasi dengan hiburan ringan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.


Kemunculan pelakon legend dari Duyung 2008, Maya Karin dan Yasmin Hani bersama watak Orix yang dilakonkan oleh Yassin Senario sebagai watak legenda yang paling mencuri perhatian turut menghidupkan elemen nostalgia yang menghubungkan dua generasi penonton. Interaksi antara watak lama dan baharu memberi gambaran bahawa Duyung Legenda Aurora bukan sekadar sebuah kisah pengenalan, sebaliknya kesinambungan legenda yang diperluaskan dengan dunia penceritaan dan konflik, sesuai tontonan seisi keluarga di hujung tahun.


Diterbitkan oleh KRU Studios dan 8 Bit Studio, dengan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, filem ini membawakan skala produksi yang lebih megah, penceritaan yang lebih segar, dan pengalaman menonton yang penuh hiburan. Trailer terbarunya sudah cukup memberi bayangan bahawa Duyung Legenda Aurora bakal menghiburkan seisi keluarga hujung tahun ini

Duyung Legenda Aurora bakal menemui penonton di pawagam bermula 25 Disember 2025 ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyelami dunia fantasi penuh aksi dan keceriaan ini, dan kongsikan keterujaan anda di media sosial dengan tanda pagar #DuyungLegendaAurora dan #FilemHiburanHujungTahun.

Kuala Lumpur, 20 Disember 2025 – Apabila pemujaan bertukar menjadi perjuangan mempertahankan kebenaran, mampukah seorang peguam membela idolanya yang dituduh melakukan jenayah? Ditayangkan secara serentak dengan Korea, IDOL I bakal menemui penonton di Malaysia bermula 22 Disember 2025 di platform Tonton.

Menggabungkan elemen mahkamah, romantik, misteri, undang-undang dan komedi, IDOL I diarahkan oleh Lee Gwang-Young dan dibintangi barisan pelakon popular Korea seperti Choi Soo Young (SNSD), Kim Jae Yeong, Choi Hee Jin, Kim Hyun Jin dan Jung Jae Kwang. Drama ini mengetengahkan kisah unik tentang peminat setia yang terpaksa menyembunyikan perasaan demi menegakkan keadilan. 

Drama ini mengisahkan Maeng Se-Na (Choi Soo Young), seorang peguam terkenal yang digelar ‘peguam untuk penjenayah’ kerana keberaniannya membela kes-kes berprofil tinggi yang sering dikecam masyarakat. Di sebalik reputasinya yang tegas dan profesional, Se-Na menyimpan satu rahsia besar iaitu dia merupakan peminat setia selama 10 tahun kepada kumpulan idol popular, Gold Boys.

Kehidupannya berubah drastik apabila idolanya, Do Ra-Ik (Kim Jae Yeong), vokalis dan wajah utama Gold Boys, dituduh terlibat dalam kes pembunuhan misteri. Demi membuktikan idolanya tidak bersalah, Se-Na terpaksa menyembunyikan identiti sebenar sebagai peminat dan mengambil kes tersebut, sekali gus membawanya ke dalam jaringan rahsia dan kebenaran yang tidak dijangka.

Do Ra-Ik pula digambarkan sebagai seorang idol yang kelihatan sempurna di atas pentas, namun memendam tekanan emosi dan beban akibat populariti serta harapan peminat. Apabila tuduhan pembunuhan menghancurkan kehidupannya, dia mula menanggalkan topeng senyuman dan berdepan sisi gelap dirinya, sekali gus mengubah perjalanan hidupnya buat selamanya.

IDOL I menampilkan gabungan menarik dunia K-pop, budaya fandom dan sistem perundangan, menjadikannya naskhah yang segar dan berbeza. Dengan dinamik hubungan antara peguam dan idol, drama ini bukan sahaja sarat dengan ketegangan kes mahkamah, malah turut menyentuh isu identiti, kepercayaan dan harga yang perlu dibayar demi kebenaran.

Saksikan IDOL I bermula 22 Disember 2025, episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10.30 malam, serentak dengan tayangan di Korea melalui Tonton! Ikuti perjalanan penuh debaran melibatkan cinta peminat, misteri pembunuhan dan perjuangan menuntut keadilan.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.