ASTRO TAMPIL DENGAN FORMAT BAHARU DAN PENYERTAAN LEBIH INKLUSIF MENERUSI ‘KILAUAN EMAS 2025’ | Program realiti nyanyian untuk bakat berpengalaman kini buka penyertaan seawal 43 tahun.
Astro, selaku peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, terus memperkukuh komitmennya dalam mencungkil serta mengangkat bakat tempatan menerusi penganjuran musim terbaharu program realiti nyanyian ikonik, Kilauan Emas 2025. Menampilkan pendekatan yang lebih segar dan inklusif, program ini akan mula bersiaran pada 16 Ogos 2025, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).
Susulan kejayaan penganjuran semula pada tahun 2024, musim kali ini memperkenalkan beberapa pembaharuan strategik termasuk penurunan had umur penyertaan kepada 43 tahun bagi memberi lebih banyak ruang kepada bakat baharu dalam kalangan generasi otai. Program ini juga menampilkan format yang ditambah baik merangkumi penglibatan juri awam daripada wartawan dan pelanggan setia Astro, serta pendekatan penceritaan yang lebih beremosi, sekali gus menjadikan Kilauan Emas platform utama untuk golongan otai menyerlahkan potensi sebenar mereka.
Sesi uji bakat yang telah berlangsung pada bulan Mei dan Jun lalu di Miri, Johor dan Shah Alam menyaksikan penyertaan memberangsangkan daripada lebih 500 individu pelbagai latar belakang. Selain kemampuan vokal, para peserta turut menyerlahkan bakat dalam persembahan pentas lain seperti lakonan dan tarian, menggambarkan kepelbagaian serta keunikan yang diketengahkan.
Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Prima, “Musim ini menyaksikan penambahbaikan ketara dari segi kriteria penyertaan dan format produksi, dan kami amat berbesar hati dengan sambutan yang diterima. Kilauan Emas bukan sekadar sebuah program hiburan, malah merupakan medium untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui muzik, budaya dan aspirasi yang dikongsi bersama.”
Tambah Idlan, “Kami juga teruja apabila melihat penyertaan daripada individu yang mempunyai latar belakang seni keluarga. Ia membuktikan bahawa minat dan semangat dalam seni tidak pernah luntur, malah diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Setiap peserta membawa kisah tersendiri dan Kilauan Emas kekal sebagai pentas untuk membina keyakinan serta memperkasa golongan otai dalam mengejar impian mereka.”
Musim ini menyaksikan 12 peserta solo berumur antara 43 hingga 65 tahun termasuk Zanie, Shah, Nurul, Kinar, Mazleen, Majid, Leeza, Ben, Ezan, Zekrai, Nawary dan Vijay, yang masing-masing membawa keunikan dan kekuatan tersendiri dalam merebut tempat sebagai juara.
Program ini akan dikendalikan oleh personaliti popular Elly Mazlein selaku hos utama, bersama Joey Daud selaku pengacara belakang pentas dan hos Diari Kilauan Emas. Barisan juri pula mengekalkan primadona Malaysia, Erra Fazira sebagai juri tetap, digandingkan bersama pelawak Roy Azman dan juri terbaharu bersuara emas, Ning Baizura. Musim kali ini turut memperkenalkan Zarul Husin sebagai hos Spotlight yang akan membawakan info-info menarik dan “berbisa” selepas konsert berlangsung, bersiaran pada jam 11.30 malam di Astro Prima, serta Keanu Azman dan Sarah Karmila sebagai hos Live+.
Kilauan Emas 2025 turut boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
PENJURIAN & TRIVIA ‘KILAUAN EMAS 2025’
Seperti musim sebelumnya, persembahan setiap peserta menerusi Kilauan Emas 2025 akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.
Juara musim kali ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.
Penerbitan Kilauan Emas 2025 turut disinarkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak sebagai rakan digital, serta SINAR dan GEGAR sebagai rakan radio rasmi. Program ini boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
INFO SIARAN ‘KILAUAN EMAS 2025’
KONSERT KILAUAN EMAS 2025 | Mulai 16 Ogos 2025, setiap Sabtu, jam 9 malam
Berlangsung selama 8 minggu, konsert utama program ‘Kilauan Emas 2025’ akan bersiaran di Astro Prima (saluran 105) dan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
DIARI KILAUAN EMAS 2025 | Mulai 11 Ogos 2025, setiap Isnin - Jumaat, jam 11.30 malam
Kompilasi sorotan persediaan para peserta menjelang konsert mingguan serta klip-klip sedutan belakang tabir termasuk latihan vokal, susunan lagu dan koreografi tarian bersama mentor-mentor yang terlibat.
KAPSUL PROFIL PESERTA KILAUAN EMAS 2025 | Mulai 5 Ogos 2025, setiap Selasa - Jumaat, jam 3 petang
Sorotan sesi pengenalan 12 peserta utama Kilauan Emas 2025. Dalam kapsul ini, Ezan, Zekrai, Nurul, Nawary, Shah dan Kinar tampil dengan kisah hidup dan latar belakang menarik yang bakal mencuri perhatian penonton.
Malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) yang berlangsung dengan penuh gemerlapan di TV3 telah menyaksikan detik bermakna buat pelakon muda penuh potensi, Zarif Ghazzi, apabila beliau diumumkan sebagai penerima kategori Selebriti Newcomer Terhangat, sekali gus menobatkan dirinya sebagai wajah baharu paling menonjol dan berpengaruh tahun ini!
Muncul dengan persona tenang, bakat besar dan aura yang memikat, Zarif berjaya mengungguli kategori yang menyaksikan persaingan sengit daripada barisan calon hebat. Lebih manis, kemenangan ini diperoleh hasil daripada sokongan padu peminat menerusi undian 100% rakyat Malaysia, menjadikannya lambang sebenar kuasa suara rakyat dalam menentukan siapa yang benar-benar ‘Terhangat.’
Kemenangan ini membidas sebarang keraguan tentang bakatnya sebagai pendatang baharu yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Dalam ucapan kemenangannya yang penuh emosi, Zarif Ghazzi meluahkan rasa terharunya kepada TV3 yang memberinya peluang dan platform untuk memperkenalkan bakatnya kepada khalayak. Ini adalah bukti bahawa bakatnya, yang diperkenalkan melalui medium TV3, telah berjaya menambat hati peminat.
"Saya masih terkejut, jujur…ini rezeki kan. Ini adalah anugerah pertama. Dan perjalanan saya dalam industri masih panjang dan masih banyak lagi watak-watak yang perlu saya perbaiki dan hidangkan untuk peminat. Saya sangat bersyukur. Terima kasih kepada TV3 kerana membuka ruang dan memberi platform untuk saya dikenali, dan paling penting, kepada peminat yang undi tanpa henti dan percaya dengan saya sejak awal. Kemenangan ini adalah milik anda semua. Ini baru permulaan, saya janji akan terus berusaha dan berikan yang terbaik,” ujar Zarif ketika ditemui usai menerima trofi.
Kemenangan Zarif di kategori ini dianggap simbolik, selaras dengan tema AMT2025: “Sehebat Prestasi, Sehangat Sensasi, Bakat Tersendiri,” yang mengangkat mereka yang membina nama bukan sekadar kerana viraliti, tetapi kerana usaha dan bakat tulen.
Popular menerusi beberapa drama terbitan TV3, Zarif dilihat sebagai bintang masa depan yang bukan sahaja memiliki pakej lengkap, malah mampu membawa nafas baharu kepada industri hiburan Malaysia.
Kemenangan ini turut diraikan dengan sorakan peminat yang membanjiri ruangan media sosial sebaik namanya diumumkan. Tanpa ragu, Zarif Ghazzi kini rasmi sebagai antara nama yang wajib diberi perhatian “newcomer” paling hangat dan paling bersinar di pentas hiburan tanah air.
AMT2025 sekali lagi membuktikan bahawa anugerah ini adalah platform untuk mengangkat bakat-bakat baharu yang bersinar. Kemenangan Zarif Ghazzi adalah permulaan kepada perjalanan yang lebih gemilang, dan kita pastinya akan terus melihat lebih banyak kejayaan daripadanya di masa hadapan.
Membawa tema Trending Lit!, minggu kedua The Chosen One XTRA sekali lagi menyaksikan tiada penyingkiran dalam kalangan pesertanya. Mempersembahkan lagu bertajuk Sejati oleh penyanyi asal Wings, peserta duo Rayyan dan Dahlya bersama mentor mereka, Achey, berjaya mengambil takhta kedudukan pertama daripada Elysha, Fana dan Tuju & Loca B yang jatuh ke kedudukan kedua.
Manakala kedudukan terbawah menjadi milik peserta duo Ayu dan Bella bersama mentor mereka, Namie. Minggu ini turut menjemput Datin Marlia Musa sebagai juri jemputan disamping para juri tetap, Dato’ Awie dan Sharifah Shahirah.
• The Chosen One XTRA bukan sekadar memfokuskan bakat nyanyian sahaja, malah juga akan menonjolkan bakat-bakat lain seperti tarian, akrobatik, kebolehan bermain instrumen muzik dan sebagainya.
• Musim ini kembali dengan membawakan barisan artis baharu sebagai ‘coach’ selebriti kepada para bintang cilik seperti Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan juga Naqiu.
• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.
• Juara ‘The Chosen One XTRA’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 40,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000, RM 20,000 dan RM 10,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.
• Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my .
Saksikan episod baharu The Chosen One XTRA setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), serta secara On Demand di Astro GO dan sooka. Siapakah yang bakal menjadi The Chosen One musim ini?
Daiyan Trisha terus mengukir namanya sebagai ikon fesyen tanah air apabila mencipta sejarah tersendiri di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) dengan menggondol dua anugerah, iaitu Anugerah Selebriti Stailo Terhangat dan anugerah utama, Anugerah Melodi Terhangat. Kemenangan berganda ini bukan sahaja mengukuhkan pengaruhnya dalam dunia seni, tetapi juga mengesahkan kedudukannya sebagai figura fesyen yang benar-benar menginspirasikan ramai.
Sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi rujukan dalam bergaya, tidak hairanlah Daiyan menjadi pilihan utama tahun ini. Gaya peribadinya yang elegan dan penuh karakter menjadikannya menonjol di mana-mana sahaja beliau berada, sama ada di karpet merah, set penggambaran mahupun di media sosial. Aura yang dibawa Daiyan bukan hanya terlihat pada pakaiannya, tetapi terpancar melalui caranya mengangkat fesyen sebagai ekspresi diri yang tulus dan bermakna.
Buat Daiyan, bergaya tidak semestinya bermewah. “Tak perlu pun belanja mahal. Saya sendiri mula tanpa barangan berjenama, tapi saya belajar untuk kreatif dan kenal gaya sendiri,” kongsinya. Penampilan yang ringkas tetapi tetap menyerlah lahir daripada keyakinan, keselesaan dan usaha berterusan untuk mengenali diri, bukan jenama.
Minatnya terhadap fesyen juga bukanlah sesuatu yang dipaksa, sebaliknya datang secara semula jadi. Walaupun sering terikat dengan jadual yang padat, kecenderungan Daiyan terhadap fesyen mendorongnya untuk meluangkan masa dalam proses persiapan. “Saya minat untuk bersiap walaupun letih dan kadang-kadang tak sempat berehat,” katanya jujur. “Tapi sebab saya memang suka proses tu, daripada pilih baju, padankan aksesori sampai ke solekan, semua tu bagi saya adalah satu bentuk ekspresi diri.”
Lebih daripada sekadar ikon fesyen, perjalanan seninya sebagai penyanyi dan pelakon selama lebih sedekad membuktikan bahawa dunia seni sudah sebati dalam jiwanya. Setiap watak yang dibawa dan lagu yang dinyanyikan hadir dengan sentuhan peribadi yang halus dan tulus. Dari studio rakaman ke set penggambaran, cintanya terhadap seni tidak pernah luntur, malah terus berkembang selari dengan kematangannya sebagai seorang anak seni.
Di pentas yang meraikan Sehebat Prestasi, Sehangat Sensasi dan Bakat Tersendiri, Daiyan Trisha benar-benar menyerlah, bukan sahaja kerana gayanya yang ikonik, tetapi juga kerana keaslian, kerja keras dan sentuhan seninya yang tersendiri.
FENOMENA BASS MENGGEGAR DI AMT2025! | BELLA ASTILLAH & YB SYED SADDIQ ‘STEAL THE SHOW’
Malam semalam menyaksikan satu detik penuh simbolik apabila pasangan paling mencuri tumpuan tahun ini, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq, dinobatkan sebagai pemenang Selebriti Couple Goals Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025).
Lebih mengujakan, ini bukan sahaja kemenangan pertama mereka bersama, tetapi juga penampilan rasmi pertama mereka berdua di kaca televisyen. Dari saat melangkah masuk seiring di karpet merah hinggalah muncul di pentas sebagai penyampai anugerah, aura BASS jelas terasa di segenap ruang acara.
Gelagat YB yang muncul bersama buku nota di acara hiburan juga cukup mencuit hati, apatah lagi apabila ditemani oleh ibu bapanya serta mama Bella yang melengkapkan barisan penyokong mereka malam itu.
Belum sempat penonton ‘move on’ daripada kemunculan mereka di atas pentas sebagai penyampai anugerah, nama Bella dan Syed Saddiq diumumkan pula sebagai pemenang untuk anugerah Selebriti Couple Goals Terhangat. Kemenangan mereka disambut dengan sorakan gemuruh dan tepukan paling hangat malam itu, seolah-olah detik itu sudah lama dinantikan.
“Ribuan terima kasih kepada Melodi dan pihak stesen TV3. Saya tahu mesti ramai yang rasa mungkin ada yang lebih layak menang, tapi saya anggap ini rezeki dan saya sangat bersyukur. Terima kasih kepada semua yang undi, tanpa anda, kami takkan berada di atas pentas ini. Saya harap anda ambil yang baik-baik sahaja,” kata Bella sambil tersenyum ke arah Syed Saddiq, yang hanya mampu ketawa kecil sebelum berkata, “Saya ni cuma pelakon sampingan je di tepi Bella. Tapi seriously, she’s an exceptional lady. A superwoman and iron lady, dan saya bangga dapat sepentas dengan beliau.”
Fenomena BASS sebagai pasangan yang paling banyak diperkatakan ketika ini lahir daripada sambutan tulus peminat terhadap keserasian mereka, daripada projek kolaborasi dalam video ringkas di media sosial hinggalah ke pentas gah malam semalam. Perincian kecil seperti gurauan spontan YB dan lirikan manja Bella turut menjadi ‘highlight’ yang dibualkan netizen.
Dengan kemenangan ini, BASS membuktikan bahawa mereka bukan sekadar ‘buzz.’ Media sosial turut dibanjiri reaksi peminat, antaranya:
“Not me screaming BASS menang!” – @starlikeys
“Xthu knp video ni auto looping byk kli 😍” – @basyirah_aqilah
“❤️❤️❤️ Meletop yang ni. Approved seluruh rakyat Malaysia.” – @Eiya Ya
Menuju ke pentas akhir pada minggu depan, 10 peserta ‘Raise The Star Malaysia’ berjaya meraih “5 Bintang” daripada para juri dengan persembahan mereka yang gah, sekaligus melayakkan mereka ke pertandingan akhir. Membawa tema “Master The Piece” iaitu mengadunkan dua buah lagu menjadi satu, peserta Zuana menarik perhatian para juri dengan memegang kembali kedudukan pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 74.00 %.
Manakala kedudukan kedua dan ketiga menjadi milik Pasya (72.91%) dan Hariz Fayahet (72.14%). Minggu ini turut menyaksikan Zuana sebagai penerima Gempak Star On Fire yang seterusnya.
SENARAI LAGU
Aliff Amie: Patah Seribu - Shila Amzah + Glimpse of Us - Joji (62.89%)
Pasya: Jangan Kau Mimpi - Siti Sarah + Bukan Yang Pertama - Faizal Tahir (72.91%)
Rayme: Hey Jude - The Beatles + Let It Be - The Beatles (70.72%)
Sharee Lopes: Feeling Good - Nina Simone + It's A Man's Man's Man's World - James Brown (70.11%)
Aril Eles: Jealous - Labrinth + Writing's on the Wall - Sam Smith (66.98%)
Hariz Fayahet: Imaji - Aina Abdul + Believer - Imagine Dragon (72.14%)
Keka: Training Season - Dua Lipa + Don't Stop the Music - Rihanna (67.58%)
Zury: Welcome to the Black Parade - My Chemical Romance + Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain (70.30%)
Zuana: Kasih - Hetty Koes Endang + Jangan Ada Dusta Antara Kita - Briery Marantika & Dewi Yull (74.00%)
INFO PROGRAM RAISE THE STAR MALAYSIA
• Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian pihak umum.
• Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
• ‘Slay Meter’ adalah sistem kedudukan (ranking) yang diberikan oleh para juri berdasarkan persembahan para bintang. Bintang yang mendapat 5 slay akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dari pihak penaja.
• ‘Raise The Star’ disokong oleh QSR Brands (KFC) dan UMobile selaku Penaja Utama.
• Peserta dengan kedudukan paling bawah akan tersingkir dari pertandingan.
Siapakah yang bakal menjadi juara? Saksikan pentas Akhir ‘Raise The Star Malaysia’ pada 10 Ogos 2025, jam 9 malam, hanya di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
“DALAM USIA YANG MACAM NI, MASIH LAGI HANGAT” | Ketap Bibir Jadi Fenomena, Datuk Rosyam Nor Ungguli Anugerah Selebriti Viral Terhangat AMT2025!
Tahniah diucapkan kepada Datuk Rosyam Nor yang mencipta kejutan apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Selebriti Viral Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025). Kemenangan ini bukan sahaja mengejutkan beliau sendiri, malah turut diraikan dengan sorakan gemuruh daripada para penonton. Kategori ini merupakan kategori khas yang diberikan kepada individu yang mencetuskan impak luar biasa di media sosial dan tahun ini, tiada siapa yang lebih layak selain Rosyam.
Segalanya bermula dari satu babak dramatik dalam drama sensasi Keluarga Itu yang menampilkan Rosyam Nor sebagai suami yang berkonflik. Namun, momen paling tular ialah ketika beliau ketap bibir sendiri yang menggemaskan. Adegan itu mencetuskan ledakan reaksi di TikTok, dari parodi hinggalah ke video reaksi, sekali gus menjadikan ia antara klip paling dibualkan tahun ini.
Datuk Rosyam Nor turut menyentuh tentang impak luar biasa babak viral tersebut yang mencetuskan gelombang perbualan di media sosial sehingga mencecah 1.3 bilion ciapan. Pencapaian ini menjadi bukti bagaimana satu momen lakonan yang ringkas tetapi penuh penghayatan mampu merentas skrin dan menjelma sebagai fenomena digital yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai figura legenda yang tetap relevan.
Anugerah ini menjadi satu lagi bukti bahawa Datuk Rosyam Nor bukan sahaja legenda dalam dunia lakonan, tetapi juga seorang figura yang sentiasa mampu menyesuaikan diri dengan arus dan cita rasa semasa. Dari kaca TV ke skrin telefon, pengaruh beliau kekal relevan, malah kini, lebih dekat dengan generasi digital yang sentiasa mencari kisah yang menyentuh emosi dan mencetus perbualan.
TV3 & Tonton dengan penuh bangganya mengumumkan kemunculan semula Anugerah Melodi, acara penghargaan hiburan ikonik yang kini kembali dengan wajah baharu dengan ledakan yang lebih berani, lebih segar dan pastinya lebih TERHANGAT!
Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025), Sehebat Prestasi, Sehangat Sensasi, Bakat Tersendiri! menandakan kebangkitan semula sebuah jenama hiburan ikonik dengan wajah dan semangat baharu. Selepas sembilan tahun menyepi, AMT2025 kembali bukan sekadar sebagai acara penghargaan biasa, tetapi sebagai sebuah perayaan budaya pop moden yang meraikan selebriti, pempengaruh dan personaliti digital yang mencetuskan impak besar dalam dunia hiburan.
AMT2025 memberi penghargaan kepada individu yang bukan sahaja popular, tetapi juga mempunyai aura, daya tarikan, dan berjaya mencipta momen viral yang dekat dengan hati rakyat. Dengan persembahan yang lebih moden, segar dan penuh interaksi, AMT2025 akan jadi acara hiburan yang paling sesuai dengan zaman media sosial sekarang.
AMT2025 edisi kali ini dikemudi oleh Russel Mark Rodrigues selaku Pengurus Projek, yang menerajui keseluruhan produksi dengan visi dan kepakaran luar biasa.
Anugerah Melodi Terhangat 2025 diadakan kembali selepas 9 tahun, digamatkan oleh gandingan hebat pengacara serasi dan penuh jenaka, Ain Edruce & Fikry Ibrahim. Manakala acara karpet merah Melodi Berapi TikTok bakal dihidupkan oleh duo berkarisma Fiza Frizzy & Imran Aqil.
Penyampai Anugerah
Tonton Original Terhangat & Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat - Siti Hariesa & Hisyam Hamid
Selebriti Stailo Terhangat - Christy Ng & Ceddy Ng
7. Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat: Khai Bahar
8. Selebriti Trending Terhangat: Cik Epal
9. Selebriti Stailo Terhangat: Daiyan Trisha
10. Selebriti Newcomer Terhangat: Zarif Ghazzi
11. Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar: Keymi
12. Selebriti Viral Terhangat: Datuk Rosyam Nor
13. Ultimate Awards Anugerah Melodi Terhangat 2025: Daiyan Trisha
Anugerah Melodi Terhangat 2025 dihangatkan dengan persembahan istimewa dari KOI, Iman Troye, Ara Johari, DUKES, Mary Grace, Kai Deva, Feminin, Wani Kayrie, Umairah, Sarah Suhairi, DeFam, Marsha Milan Londoh, Anuar Zain, Ella, Hael Husaini dan artis terhangat dari Indonesia, Fajar Noor.
Syarikat Produksi: Grand Brilliance Studio, Primeworks Studios
Pengedar:
Genre: Aksi / Komedi
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2024
Trailer:
Reeza (Alif Satar) seorang jejaka berusia 30 tahun yang bekerja di bengkel stor lelongan kereta tarik milik Boss Maarof (Cat Farish). Walaupun memiliki ijazah dalam pengurusan perniagaan, Reeza terpaksa akur dengan persaingan sengit untuk dapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan. Jodoh pun belum tentu nak dapat bila bekerja di situ.
Satu hari, kehidupannya berubah bila Reeza tanpa sengaja bertemu dengan Myra (Sophia Albarakbah) yang bersembunyi di dalam sebuah kereta lelong. Kereta Mustang tersebut dibawa oleh Abang Long Khai (Niezam Zaidi) di awal pagi. Myra minta bantuan Reeza untuk selamatkan dia dan lari ke Alor Setar, Kedah.
Tanpa berfikir panjang, Reeza lari bersama Myra sebelum ditangkap oleh sekumpulan gangster yang mengekori gadis cantik tersebut. Selain niat untuk membantu Myra, Reeza juga simpan niat untuk kenal dengan Myra dan tahu apa penghujung mereka.
Naskhah yang bertemakan sukan kereta arahan Ahmad Idham menampilkan gandingan baru antara Alif Satar dan Sophia Albarakbah. Fresh pairing tapi chemistry tak lah kuat sangat untuk kedua-dua pelakon hidupkan momen romantik sepanjang filem. Kebanyakan screentime didominasi oleh mereka berdua tapi sayang lah tak boleh feel.
Menilai dari tajuk dan poster, mati-mati ingatkan filem Reeza GTR adalah kisah tentang Reeza yang ada kemahiran tinggi dalam pemanduan kereta atau dia akan berlumba kereta. Rupanya tak pun sebab GTR adalah akronim kepada Gadis Turbo Romantik jadi perjalanan naskhah ini cuma fokus kepada perjalanan kisah cinta Reeza dan Myra. Kereta cuma selingan semata padahal penaja utama filem Reeza GTR adalah Goodyear Malaysia.
Tak pasti bila penggambaran filem Reeza GTR dibuat sebab plot utama masih lagi di takuk yang lama. Bila layan filem ni, rasa macam layan filem awal millenium dulu. Plot kahwin paksa gara-gara nak menjaga persahabatan ni dah lapuk. Kalau ada zaman sekarang pun selalunya untuk T20 sebab nak jaga bisnes masing-masing. Kalau jadi Myra pun akan lari jugak sebab Andika (Noki K-Clique) tu tak semenggah.
Lakonan Sophia dalam Reeza GTR menambahkan kelemahan filem ni. Tak pandai berlakon satu hal, tak ada chemistry satu hal, suara nyaring satu hal lagi. Macam mana dia berlakon dalam filem Jiwa 18 (2024), tak jauh beza pun dalam filem Reeza GTR. Dialog yang diwujudkan untuk watak Myra pun tak membantu. Masa sampai dekat bengkel tempat Reeza bekerja dia yang beria minta tolong, bila dah jauh sikit dia pula rimas dengan Reeza. Tapi Reeza okay je lah kan sebab dia cantik. Pretty privilege.
Action stunt dalam Reeza GTR boleh tahan lah, memenuhi kehendak skrip dan penceritaan. I tak expect aksi yang mengagumkan pun sebab Reeza dengan Myra orang awam je. Walaupun Myra anak guru silat (Dato’ Sri Eizlan Yusof) tapi dia tak menuntut pun. Elemen komedi yang dimasukkan sangat hambar, mungkin bukan jenis komedi yang I suka.
Sinematografi dari Helmi Yusof not bad lah, kena lah dengan bajet filem ni. Babak Reeza berangan berlumba dekat parking lot tu menarik, nampak macam betul-betul berlumba. Situ je lah yang seronok nak tengok pun. Resort dekat Sijangkang yang jadi tempat Reeza dan Myra bersembunyi pun cantik sebab guna landskap natural alam semulajadi kawasan laut dan pantai.
Personally, kalau penulis dan pengarah stick dengan idea skill memandu Reeza dan silat tanpa meleret dengan kisah cinta, mungkin filem ni boleh pergi jauh. Idea dah cantik tapi banyak lompongnya.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.2/10
Penulis Skrip: Danya Jimenez, Hannah McMechan, Maggie Kang, Chris Appelhans
Pelakon: Arden Cho, Ahn Hyo-seop, May Hong, Ji-young Yoo, Yunjin Kim, Daniel Dae Kim, Ken Jeong, Lee Byung-hun
Syarikat Produksi: Sony Pictures Animation
Pengedar: Netflix
Genre: Komedi
Durasi Tayangan: 100 minit
Tarikh Tayangan: 20 Jun 2025
Trailer:
K-pop idol menjadi kegilaan dunia bukan satu perkara baru bila Huntr/x yang dianggotai oleh Rumi (Arden Cho), Mira (May Hong) dan Zoey (Ji-young Yoo) sentiasa berada di tempat teratas carta. Uniknya, Huntr/x bukan saja memburu hati peminat malah mereka menjaga orang awam dari ditakluk oleh iblis. Selain beraksi di atas pentas, Huntr/x menggunakan masa mereka memburu iblis yang bekerja di bawah Gwi-ma.
Saban generasi, pemburu iblis mempunyai satu misi iaitu untuk mencapai Honmoon Emas di mana mereka akan mencapai keamanan dan bebas dari cengkaman Gwi-ma selamanya. Usaha Huntr/x hampir berjaya tapi suara Rumi pula bermasalah kerana corak iblisnya semakin banyak. Rumi merupakan anak kepada pemburu iblis dan iblis. Setelah ibunya meninggal, Celine besarkan Rumi dan menjadi penasihat kepada Huntr/x.
Celine minta Rumi rahsiakan tentang corak iblis dan identiti dirinya dari semua orang termasuklah Zoey, Mira dan pengurus mereka, Bobby kerana tak semua orang akan faham keadaan Rumi. Kemunculan Saja Boys – Jinu (Ahn Hyo-seop), Romance (Joel Kim Booster), Mystery (Alan Lee), Abby (SungWon Cho) dan Baby (Danny Chung), idol group yang ditubuhkan oleh Gwi-ma menambahkan kerisauan Rumi.
Di saat dunia animasi sedang bergolak selepas kegagalan Inside Out 2 dan Despicable Me 4 di box office, Netflix tampil dengan filem animasi arahan Maggie Kang dan Chris Appelhans. Menggunakan dunia K-pop yang berbeza dari realiti buatkan K-Pop Demon Hunters menjadi kegilaan ramai. Penceritaan yang ringkas dan mudah difahami buatkan naskhah animasi musikal ini menjadi pilihan pelbagai lapisan umur.
Kekuatan K-Pop Demon Hunters terletak pada musik album yang mempunyai lagu yang menarik dan lirik yang menyokong penceritaan. Lagu Huntr/x dan Saja Boys bukan saja dipasang di rumah, restoran, kedai, kelab, music fest malah di pejabat I juga. Tak hairan kalau lagu Golden atau Your Idol berebut tangga teratas dalam semua carta. Mungkin tahun depan Golden akan menang Grammy Awards. Kenapa Golden yang menang bukan Your Idol? Aje gila nak menangkan lagu untuk Gwi-ma makan jiwa manusia.
Selain lagu asal gubahan Marcelo Zarvos untuk K-pop Demon Hunters, music director masukkan juga popular K-pop seperti Strategy – TWICE ft Megan Stallion dan Love, Maybe – MeloMance untuk hidupkan suasana pop dan romantik dalam dunia K-pop Demon Hunters.
Watak-watak yang dimasukkan dalam K-pop Demon Hunters juga diinspirasikan dari beberapa orang K-pop idol sebenar macam Jinu adalah gabungan Cha Eun Woo ASTRO, JK BTS dan Nam Joo-hyuk sementara Abby diinspirasikan dari San ATEEZ, Mystery dari Felix SKZ. Rumi adalah bingkisan dari Jennie Blackpink, Zoey dari Chaeyoung TWICE dan Mira dari Ahn So-yeon.
Sebelum ni tak pernah kisah sangat pun dengan Ahn Hyo-seop even dalam The Business Proposal (2022) pun nampak dia biasa saja. Tapi bila dia pinjamkan suara untuk watak Jinu, wow suits perfectly! Suara dia macho dan seksi especially untuk babak Choo-choo atas bumbung masa jumpa dengan Rumi.
Team K-pop Demon Hunters ambil masa selama 9 tahun untuk hidupkan dunia yang sentiasa bertarung dengan Gwi-ma. Penggunaan warna memainkan peranan untuk visual yang menarik tapi yang lebih mencuri tumpuan adalah idea kreatif yang menjunjung budaya Korea dalam persalinan moden.
Pakaian Huntr/x walaupun ada banyak tapi tak pernah lupa untuk selitkan unsur-unsur budaya Korea macam Norigae yang dipakai di bahagian seluar Rumi, Zoey dan Mira. Norigae merupakan loket hiasan yang melambangkan kecantikan dan tuah. Masa Jinu berjumpa dengan Rumi dekat bukit pun ada diselitkan traditional bracelet.
Lightstick Huntr/x menerapkan elemen tradisional Korea dengan menggunakan corak Dancheong yang selalu digunakan di rumah ibadat atau senibina tradisi Korea. Senjata Huntr/x juga merupakan senjata tradisional Korea Selatan yang selalu dilihat dalam drama bersejarah Korea.
Few details ni mungkin terlihat kecil pada kita yang menonton tapi usaha team K-pop Demon Hunters untuk hidupkan budaya Korea adalah sesuatu yang mengagumkan. Korea, Indonesia dan India adalah antara negara yang tak pernah gagal bawa budaya dan seni negara saban zaman. I really love that.
Filem K-pop Demon Hunters adalah surat cinta Maggie Kang kepada peminat Kpop di seluruh dunia. Selain seni yang dimasukkan, mesej untuk mewujudkan dunia yang sihat antara idol dan peminat pun diterapkan juga sepanjang filem. Dari awal boleh tengok Huntr/x yang melantak macam nak gila sebab idol dalam dunia sebenar adalah aneroxic.
Bobby digambarkan sebagai pengurus yang baik sebab peminat selalu sedih tengok layanan pengurus terhadap K-pop idol. Tahun lepas Ricky ZEROBASEONE kena marah dengan pengurus sebab buat live tanpa izin. Ada idol group yang kena paksa berlatih, tour, join variety show tanpa henti sampai ramai yang sakit. Huntr/x ada kebebasan penuh dengan jadual masing-masing. Peminat pun bukan jenis sasaeng cuma ada peminat yang tak reti nak pilih Huntr/x atau Saja Boys saja dalam filem.
Walaupun K-pop Demon Hunters trending di Netflix tapi penceritaan tentang personaliti Rumi dalam dunia Huntr/x dan Saja Boys terlihat pendek dan rushing. Lepas Rumi berjumpa dengan Jinu, dia mula persoalkan sama ada iblis yang diburu sebenarnya terpaksa ataupun diwujudkan tiada perasaan macam dalam lirik tu.
Kenapa Rumi tak faham yang iblis pun ada perasaan sebab bapa dia pun iblis. Mungkin dia tak sempat faham sebab parents dia meninggal masa kecil. Jinu adalah penjelasan macam mana ibu Rumi boleh jatuh cinta dengan iblis. Masuk part tu dah wujud teori yang jiwa manusia diambil oleh Gwi-ma adalah senasib seperti Jinu dan akan diselamatkan oleh Huntr/x kemudiannya.
Tapi bila dekat hujung dengan mudahnya Huntr/x capai Honmoon Emas walaupun ada beberapa isu yang belum selesai. Kenapa Saja Boys hilang masa berlawan dengan Huntr/x kalau jiwa saja diambil? Semua teori tentang jiwa yang diambil Gwi-ma terus hilang dan timbulkan persoalan yang lain pula. Kenapa Gwima tak boleh kawal Rumi pun tak dijelaskan sangat dalam ruang yang terhad.
Apapun tahniah kepada team K-pop Demon Hunters untuk kejayaan besar di Netflix dan mungkin akan genggam banyak anugerah pada tahun hadapan. Sekuel atau prekuel sedang dibincangkan oleh produser, so let’s gooooo Hunters!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought + = 9.7 /10