AMERUL AFFENDI SYUKUR BERPELUANG BERKARYA BERSAMA AZIZ M. OSMAN DAN SAIFUL APEK

Monday, 28 April 2025

Amerul Affendi, pelakon utama filem 6 Jilake, mengakui bahawa beliau tidak pernah terfikir untuk terlibat dalam filem bergenre aksi. Namun, demi menyahut cabaran dan mengembangkan bakatnya, beliau mengambil keputusan berani untuk menerima tawaran ini. Genre aksi bukanlah sesuatu yang lazim baginya, tetapi keinginannya untuk meneroka pelbagai jenis watak mendorong beliau menyertai projek ini. Tambahan pula, peluang bekerja di bawah arahan sutradara legenda, Aziz M. Osman, merupakan satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Amerul, berbicara tentang pengalaman bekerjasama dengan Aziz M. Osman, beliau menggambarkan sutradara itu sebagai seorang storyteller sejati. “Dia seorang yang tegas, berpengalaman, dan penuh semangat di set penggambaran. Walaupun usianya semakin meningkat, energinya di lokasi seakan-akan seorang anak muda. Saya sangat terinspirasi dengan cara Aziz menyalurkan visi dan emosinya kepada para pelakon dengan begitu jelas dan berkesan.” ujar Amerul.

Amerul juga berkongsi tentang cabaran ketika menjayakan 6 Jilake, “Persediaan untuk filem ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pengalaman lama saya mempelajari silat ketika di bangku sekolah, serta latihan peribadi, menjadi aset penting dalam membawa watak ini. Ditambah pula dengan ilmu Muay Thai yang pernah saya pelajari untuk filem terdahulu, proses menguasai koreografi aksi menjadi lebih lancar. Latihan intensif selama dua minggu sebelum penggambaran bermula turut membuktikan komitmen kami sebagai pelakon demi memastikan mutu aksi yang dipersembahkan berada pada tahap terbaik.”

“Namun, cabaran terbesar bukan hanya terletak pada gerak silat atau koreografi semata-mata. Lokasi penggambaran yang panas terik, mencecah sehingga 37 darjah Celsius di musim kemarau, benar-benar menguji ketahanan fizikal semua yang terlibat. Berlakon di kawasan lapang tanpa perlindungan mencukupi menuntut disiplin yang tinggi bukan sahaja dari segi tenaga, tetapi juga dari aspek menjaga kesihatan diri sepanjang proses penggambaran.”

Di sebalik segala keletihan dan cabaran, semangat Amerul untuk terus beraksi dalam filem bergenre aksi tetap membara. Malah, beliau turut meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan Syafiq Yusof pada masa hadapan sebagai langkah seterusnya dalam mengukuhkan namanya dalam dunia filem aksi tempatan. "Kalau diberi peluang, saya memang nak lagi," katanya penuh semangat.

Tidak kurang juga pengalaman berharga apabila berpeluang bekerja bersama Saiful Apek, ikon filem komedi negara. Meskipun sebelum ini Amerul hanya mengenali beliau melalui karya-karya popular di layar perak, kesempatan untuk berlakon seiringan dengannya menjadi satu kenangan manis. Bagi Amerul, Apek merupakan seorang yang sangat menghiburkan, baik di dalam mahupun di luar set dan seorang "happy-go-lucky" sejati yang sentiasa menceriakan suasana di mana sahaja beliau berada.

Mengakhiri sesi, Amerul turut berkongsi impiannya suatu hari nanti untuk membintangi filem bertemakan cinta. Walaupun mengakui bahawa nyanyian bukan kekuatannya, lakonan tetap menjadi cintanya yang sejati. 6 Jilake bukan sekadar sebuah filem aksi, ia menjadi simbol keberanian seorang pelakon untuk keluar dari zon selesa, menghadapi cabaran, dan memperlihatkan jiwa sebenar seorang anak seni.


It's my third year join Program Raya Astro! Kalau tahun lepas dengan tahun sebelumnya buat dekat Le Meridien Petaling Jaya, tahun ni ada perubahan tempat ke One World Hotel, Bandar Utama. Happy la jugak dapat dekat sini sebab dekat dengan office. Settle half day, ambik adik dekat office dia pastu terus gerak ke sini. Datang awal pun tak menjamin sampai awal sebab sesat mencari hotel ni padahal selalu pergi OU. I was like apa bendaaaa? Hijab tertutup ke?
  

Lega bila jumpa tapi kaki dah lemah ye. Nasib baik dapat seat cantik depan stage. Kitorang duduk satu sbaris belakang Ellie Suriaty. At first segan nak tegur tapi dia yang tegur dulu tanya khabar apa semua. Sebelum ni dah pernah jumpa dekat event jugak tapi tak jumpa in person. Tak ingat dah event apa, yang penting before the controversy came out lah. Kak Ellie datang sebab dia main cast dalam iklan raya Astro. We had fun watching the ads together with her sempat lah gelak dan nangis bersama. 

Sebelum tayang iklan tu Astro introduce barisan duta Raya Astro - Zizan, Sherry, Mierul Aiman, Merqeen dengan Nadhir tapi Nadhir tak ada masa tu. Ada Qasrina, Bella Dowana dengan Evertts sebab diorang pun berlakon dalam iklan raya sebagai anak menantu Ellie Suriaty. 


Lepas selesai interview dan solat Asar, kitorang naik ke tingkat atas sebab hall untuk makan dekat situ. Since dah dapat nombor meja dari PR, terus masuk je ke dalam tapi tak ada seat. Bukan kitorang je tak dapat seat masa tu sebab ada yang main duduk je sebab Astro dah nak start untuk shoot MELETOP. Since tak ada seat, kitorang pergi bergambar dan interview 1:1 session dengan selebriti yang datang dekat luar dewan. 


Actually lepas Asar dah bergambar dekat bawah sebab nak test ootd ngam tak ngam 


😊: Hang kena ambik gambaq aku macam dekat surau tadi tau
😐: wehhhhh susahnya instruction
😊: yang penting nampak cantik
😐: kenapa lah tangan aku ambik gambaq perform tadi


Tak sama kan gambar dekat surau dengan dekat atas? Tapi redho je lah sebab malas dah nak adjust. Nak bergambar dekat sini pun kena berebut dengan orang. Spotlight straight ke mata pulak tu. 

Lepas dah bergambar, join interview 1:1 session dengan Khai Bahar tapi video tak cantik sebab terlindung dengan kepala orang so tak upload lah. Dia pun tak pakai mic kitorang jadi audio bising gila. Suara Khai dah lah soft je, memang tak dengar lah cerita dia. Lepas layan Studio Sembang, dapat lah tengok karakter baru Khai Bahar, sama lah macam apa dia kata tu bila dah bertukar personaliti ni asyik bercakap tak berhenti. 

Tahun lepas pernah jumpa Khai dalam satu event tapi tak berani nak tegur sebab dia nampak macam introvert. Senyum je lah mampu kemudian dia balas senyuman tu. Tak sangka dah bertukar kepada extrovert suka menyembang. Manager dia dah ajak masuk dalam sebab ada slot dengan MELETOP tapi dia dok melayan wartawan lagi dekat luar lepastu sambung ambil gambar T.T


Thompson Goh

Lepas interview Khai Bahar nampak Ubai dengan Shila buat shout-out dengan MELETOP, lepastu ternampak Siti Saleha interview dengan Gempak. Dari jauh dah nampak seri pengantin baru tu eh. Bila dekat apatah lagi. I malas nak interview dah masa ni sudahnya buat video random je lepastu update dekat TikTok. Masa ni Hawa Rizwana dengan Zahiril Adzim keluar dari hall. Baru tahu port Astro Gempak buat interview tu laluan keluar masuk untuk artis dan pengacara. Laluan ke tandas juga so boleh nampak Dato' AC Mizal dengan Namie keluar masuk dari pintu tu.

Siti Saleha

Anna Jobling


Bila nak masuk hall untuk tengok seat ada atau tak, ternampak pulak Cik B tengah interview dengan Kechik Astro Gempak. Ni first time jumpa Cik B, tahun sebelum-sebelum ni jumpa Dato' Vida je. Dekat tepi tu Alyssa, Cess dengan Ara tengah tunggu Cik B habis interview. Cantik betul Cess in real life, sama cantik macam Datin Shahida. 


Kitorang sangkut dekat sini sebab first time jumpa Lisa Surihani, sebelum ni jumpa Dato' Yusry je. Ada la few events yang Astro invite ada Lisa sekali tapi tak berkesempatan nak pergi. Cantik nau, dah la sweet je dengan husbaby dia. Dulu tengok Lisa dengan Yusry dekat Romantika now beromantik depan mata. 

Izzue Islam

Sebelum masuk ternampak Che Puan Sarimah Ibrahim, cantik teruk dia malam tu sebab warna baju dia pakai kena dengan skin tone dia. Wangi dia berbatu tapi jangan tanya perfume apa sebab tak tahu. Dia macam layer perfume pun ye jugak. 

Masa berbuka beratur belakang Sweet Qismina dengan Adam Lee ambil air lepastu terus pergi solat Maghrib sebelum surau penuh. Lepas dah habis solat surprisingly I jumpa Tun Laila tengah betulkan tudung. Masuk ni kali kedua lah I jumpa dia dekat depan cermin surau sambil dia tengah gigit jarum peniti. Sebelum ni dekat Auditorium MBSA untuk Gempak Most Wanted Awards. Nak tegur tapi kang tertelan pulak jarum tu, dah tak memasal dia buat content dalam kereta esoknya. 


Lepas solat Maghrib makin rancak lah interview dekat luar tapi malas nak cara sebab nak record performance Nadeera. Lepas perform lagu Bukan Lagi Kita, sambung pulak dengan Merian Lain Macam, duet bersama Hael Husaini. Full video ada dekat TikTok I hshshs



Walaupun tahun ni tak dapat seat tapi okay lah sebab most of the time pun kitorang kat luar ambik video. Tahun sebelum ni pun macam tu jugak, bila dah habis interview baru nak makan beria. Tahun ni je tak bergambar dengan artis sangat sebab dah banyak kali jumpa diorang hshshs ni rupanya media rasa bila jumpa artis. Kalau hari ni tak jumpa, esok lusa boleh jumpa lagi. 


Dah datang awal ke event ni tapi lupa jugak nak bawa tiffin atau container untuk tapau makanan. Bulan puasa kalau ada event iftar macam ni memang patut sangat bawa tiffin sebab bukannya habis pun makanan dekat event tu. Geng photographer lepas habis interview terus bawa keluar container nak tapau untuk menu sahur. Menyesal lah juga tak buat reminder sebab menu dekat One World Hotel ni sedap. Ikan Patin masak lemak tempoyak tu paling sedap sebab tak hanyir, tempoyak pun manis. Even dah pukul 9 malam pun pihak hotel refill lagi padahal orang dah berkurang. 



Sebelum balik terserempak pulak dengan Evertts lepastu ajak bergambar padahal tudung dah serebeh. Nasib baik rambut tak terkeluar masa ni. Lepas sembang sikit dengan Evertts pastu terus balik sebab dah nak dekat pukul 10. Park kereta dah la jauh dekat Rainforest. 





Sebelum balik sempat menyinggah dekat concourse OU sebab tema dia tahun ni cantik. Kalau dekat KLCC guna tema Maghribi, dekat OU guna tema Uzbekistan. Mata dah sepet teruk time ni sebab dah mengantuk. Energy cuma cukup untuk balik rumah and we safely arrived lah. Thank you Astro invite ke Majlis Tayangan Perdana Raya 2025. Thank you for the goodies and Minaz hijab 💗

Drama Review | Undercover High School (2025)

Sunday, 27 April 2025


Director: Choi Jung-in
Writer: Im Young-bin
Cast: Seo Kang-joon, Jin Ki-joo, Kim Shin-rok
Production Companies: Neo Entertainment, Slingshot Studio
Distributor: MBC TV, VIU
Genre: Action / Comedy / Mystery 
Running Episodes: 12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 21 February 2025 – 29 March 2025 
Trailer:


Jung Hae-Seong (Seo Kang-joon) adalah salah seorang ejen lapangan terbaik dalam National Intelligence Service (NIS). Selepas gagal dalam misi menyelamatkan barangan antik, dia diturunkan pangkat lalu diberikan misi mencari jongkong emas yang disembunyikan di sebuah sekolah – Byeongmoon High School. 


Di sana dia bertemu dengan Guru Oh Soo-A (Jin Ki-joo), guru kelasnya dan ditempatkan dalam kelas yang sama dengan Ahn Yoo-jung (Park Se-hyun), anak ketua dia, Ahn Seok-ho (Jeon Bae-su). Kebetulan, pelajar yang rapat dengan Hae-seong adalah pelajar yang suka dengan kisah seram di sekolah tersebut. Kerana kisah hantu yang terdapat di bangunan usang sekolah, dia berjaya decode kata kunci untuk lokasi jongkong emas yang disembunyikan. 


Pengetua sekolah, Seo Myeong-joo (Kim Shin-rok) juga ingin mendapatkan emas yang sama dan akan menggunakan harta tersebut sebagai capital untuk bandar impiannya. Sementara Hae-seong berhempas-pulas menyelesaikan teka-teki dari kesemua kisah seram di sekolah tersebut, pengetua memberi kesemua akses dalam diam. 

Masa scroll TikTok nampak few clips dari Undercover High School arahan Choi Jung-in sampai tertarik untuk layan full drama. Since drama ni genre komedi, I thought boleh habiskan dalam masa yang singkat. Malangnya tidak sebab genre komedi dia jenis tak boleh diterima akal. At least, mine lah sebab tak suka lawak yang berlebihan macam dalam drama ni. Maybe it’s fun for anyone else but it doesn’t work for me. 


Lakonan Seo Kang-joon sebagai pelajar sekolah atau ejen perisik NIS tak ada masalah langsung sebab dia deliver ssepertimana yang watak dia perlukan. Fizikal dia mungkin nampak tegap dan sasa tapi generasi Gen Z sekarang memang ada fizikal yang berusia so undercover dia menjadi lah walaupun dia ambil masa nak faham slang Gen Z. Jangankan dia, I pun hah banyak kali. Kelakar bila Park Mi-jung (Yoon Ga-i) bagitahu jangan mention pasal SNSD sebab diorang K-pop idol 2nd gen. Dengan mudah akan kantoi sebab zaman sekarang dah 5th gen. Zaman Kiss of Life, MEOVV, Baby Monster, ILLIT dan seangkatannya. 


Idea untuk masukkan kata kunci untuk harta karun dalam kisah seram di sekolah adalah idea yang menarik sebab unik, fresh dan fun. Dia takut nak tengok tapi kena selesaikan juga and some of the comedies yang terhasil dari kisah seram ni menghiburkan. Setiap episod dan semakin banyak langkah Hae-seong ambil untuk selesaikan misteri, akan ada ancaman yang semakin besar untuk dia hadap terutamanya misteri kehilangan ayah dia yang juga menyiasat kes yang sama. 

Tapi bila pengarah shift focus kepada watak Oh Soo-A dah mula rasa menyampah sebab dia tak ada screen presence yang kuat, watak dia lemah dan chemistry dengan Seo Kang-joon pun hambar. Setiap kali dia berangan ataupun buat something yang tak relate dengan misteri harta karun tu I skip je supaya cepat habis. Sama lah dengan team NIS yang bantu Hae-seong masa undercover sebab buang masa. Kalau drama ni bukan komedi tapi lebih kepada misteri dan jenayah, I guess I would love it sebab watak antagonis Seo Myeong-joo (Kim Shin-rok) pun sama kuat dengan protagonis.


I guess kalau penulis tukar team NIS kepada polis detektif mungkin lebih menarik sebab rasa macam lemahnya NIS kalau benarkan team lemah macam ni stay dalam NIS. Tak boleh hadam bila satu team tak boleh fight kecuali Kang-joon dan Soo-A, seorang guru biasa pula kena defend team NIS. Logiknya di mana? Babak geng mafia datang jaga sekolah lagi merepek hanya semata untuk bagi ruang kepada penulis masukkan elemen komedi. 

Sub-plot misteri kehilangan ayah Kang-joon pun tak perlu masukkan sebab nampak sangat lemahnya watak Ahn Seok-ho. Dah tahu kes terakhir kawan dia tapi sampai ke sudah tak mampu nak cari keberadaan sampai lah hampir 30 tahun kemudiannya. Pengajaran terbesar dalam drama ni, ketidakupayaan berfikir seseorang individu boleh memberi kesan besar kepada orang sekeliling apatah lagi jika individu tersebut adalah ejen perisik. Ada banyak lagi benda merepek tapi yang lepas biarlah lepas.


Not recommend to watch unless nak cuci mata tengok Seo Kang-joon. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10

Movie Review | Mere Husband Ki Biwi (2025)

Director: Mudassar Aziz
Writer: Mudassar Aziz
Cast: Arjun Kapoor, Bhumi Pednekar, Rakul Preet Singh, Shakti Kapoor, Dino Morea, Aditya Seal
Production Company: Pooja Entertainment
Distributor: PVR Inox Pictures
Genre: Romantic / Comedy 
Running Time: 142 minutes
Release Date: 21 February 2025
Trailer:


Ankur Chadda (Arjun Kapoor) sentiasa dihantui oleh bekas isterinya, Prabhleen Kaur Dhillon (Bhumi Pednekar) selepas bercerai hingga menyebabkan orang sekelilingnya tidak selesa. Ayahnya (Shakti Kapoor) sarankan supaya dia pergi ke Rishikesh untuk finalize pembelian sebuah unit rumah di sana. Tanpa disangka Ankur bertemu dengan crush zaman kolej, antara Khanna (Rakul Preet Singh). 

Kawan baik Ankur, Rehan Qureshi (Harsh Gujral) nasihatkan supaya cuba berkawan dan mulakan relationship dengan Antara. Dengan mudah mereka berdua jatuh cinta dan buat keputusan untuk berkahwin walaupun selepas Ankur berterus-terang tentang trauma yang dihadapi selepas bercerai. 


Malangnya baru saja Ankur merasa bahagia dengan hubungan baru bersama Antara, dia mendapat panggilan supaya segera ke hospital. Ankur dimaklumkan tentang keadaan Prabhleen yang kritikal selepas kemalangan jalan raya. Ingatan Prabhleen untuk 5 tahun lepas telah hilang dan menganggap kemalangan yang berlaku terjadi selepas Ankur ke Amritsar untuk melamar dia. 

Antara pujuk Ankur supaya berada di sisi Prabhleen sampai dia benar-benar sembuh tapi disebabkan perangai bitchy Prabhleen, Antara ajak Prabhleen bersama keluarga dia ke Scotland untuk menjadi tetamu jemputan majlis perkahwinannya bersama Ankur. Masa zaman kolej Prabhleen dan Antara adalah musuh dan takdir pertemukan mereka kembali untuk merebut hati Ankur. 


Naskhah terbaru dari Mudassar Aziz yang terkenal dengan filem Khel Khel Mein (2024), Double XL (2022) atau Pati Patni Aur Woh (2019) menggunakan tema toxic relationship di mana si isteri yang bermasalah sampai Ankur buat keputusan untuk bercerai. 

Of course, ada babak yang I rasa Prabhleen tak salah pun tapi sebab masing-masing dah menyampah, benda yang kecil pun jadi situasi yang stressful. Sesuai lah tu Ankur berkahwin dengan Antara sebab dua-dua pun membesar dalam environment yang sama. Prabhleen pun sesuai dengan Rajveer Singh (Aditya Seal) bila dua-dua bekerja dalam bidang yang sama dan faham situasi masing-masing. 


‘Do you know the difference between friendship and love? Friends have a place in your heart, but love sits on a throne.’ – Rehan Qureshi

Mudassar Aziz dah beberapa kali ketengahkan situasi ni dalam filem arahan dia walaupun some situation memerlukan depth macam dalam filem ni kita cuma nampak situasi dari point of view Ankur dan ketepikan side Prabhleen. Keputusan yang Prabhleen buat tu sesuai lah dengan keadaan mereka berdua yang belum stabil dalam kerjaya masing-masing. But since filem Mere Husband Ki Biwi guna genre dan template santai, pengarah lebih fokus pada komedi dan bagi happy ending pada kesemua watak.


Filem Mere Husband Ki Biwi ada vibe yang sama dengan Pati Patni Aur Woh (2019), De De Pyaar De (2019) dan Sonu Ke Titu Ki Sweety (2018), ada cat fight moment, ada momen romantik dan juga drama. Rencahnya cukup tapi elemen komedi dalam filem ni kurang mengancam. Tak banyak pun babak yang kelakar walaupun Harsh Gujral adalah pelawak. Most of the time dialog dia cringe. Tak pasti lah dialog tu dimasukkan oleh Mudassar atau dia improvise sendiri. Yang pastinya, watak dia tak membantu pun. Baik bagi ruang tu kepada Dino atau Aditya.

Tak faham kenapa keluarga Prabhleen call Ankur masa dekat hospital sedangkan dah lama bercerai. Patutnya keluarga Prabhleen call Ankur merayu minta tolong anak diorang recover balik, baru lah elemen kejutan dan saspens tu lebih terasa.


Sinematografi dari Manoj Kumar Khatoi mengangkat landskap Delhi dan Rikeshi dengan menawan, sesuai dengan kehendak filem romantik komedi. Music album Mere Husband Ki Biwi gubahan John Stewart Eduri not bad lah sebab ada lagu yang menarik, ada juga yang passable. Channa Tu Bemisal is my favourite 💖



Dalam filem ni ada beberapa babak guna reference dari filem lain macam Pati Patni Aur Woh masa main game teka filem ataupun masa Rehan tanya Ankur dia nak jadi Danger Lanka. Nama tu adalah watak Arjun Kapoor dalam filem Singham Again (2024) and he received a lot of praises for that role. 


Pooja Entertainment patut cari filem yang santai dan genre romantik macam Mere Husband Ki Biwi daripada bazir duit buat filem aksi sampai bankrap. Thanks Pooja Entertainment sebab bagi peluang kepada Arjun Kapoor sebagai main role and most of the time he looks awwdorable like a huggable bear. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 7.4/10

Drama Review | Rampas Cintaku 2 (2024)


Pengarah: Ejump Mohd
Penulis Skrip: 
Pelakon: Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Erra Fazira, Zarynn Min, Keith Foo, Zamarul Hisham, Ady Mohammad, Lorenzo Irmann, Alya Iman, Aniq Iffat, Aaliyah Natasha
Syarikat Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Penyiaran: iQiyi, Netflix 
Genre: Drama
Jumlah Episod: 12 Episod (60 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 19 Januari 2024 
Trailer: 


Sekuel Rampas Cintaku (2022) membuka perjalanan Datin Safieya (Fasha Sandha) bersama suami barunya, Rizal (Afieq Shazwan). Walaupun Fieya happy dengan perkahwinan baru dia tapi Rizal pula sentiasa rasa insecure ditambah pula dengan gangguan dan ancaman dari Dato’ Jefri (Zarul Husin) sampai bertindak mencederakan mereka berdua. 

Rina (Puteri Balqis) pula sentiasa menuduh Safieya menjadi punca impian Rizal terkubur. Untuk meredakan keadaan, Fieya pujuk Rizal untuk sambung pelajaran ke Turkiye. Malangnya tragedi berlaku apabila Rizal antara mangsa gempa bumi dan lost contact dengan semua ahli keluarga.  Sebelum Rizal ke Turkiye, dia titipkan pesan kepada Ashraf (Ady Mohammad) untuk menjaga keluarganya. 

Ibarat sekam dalam padi, Ashraf simpan hasrat untuk jadi pengganti Rizal selepas bercerai dengan isterinya. Dalam masa yang sama, Ashraf menjadi anak ikan kepada Datin Ruby. Mak Ngah (Zarynn Min) pula memburukkan Safieya supaya Rina setuju untuk tinggal bersama abangnya, Tuan Jamaluddin (Zamarul Hisham) dan isterinya, Dato’ Nasha (Erra Fazira). 

Rina lanjutkan pelajaran dalam bidang seni di kolej swasta lalu berjumpa dengan Dania (Alya Iman) yang diam-diam menjalinkan hubungan sulit bersama Tuan Jamaluddin. Pelajar kaya bernama Haris (Lorenzo Iman) tertarik dengan Rina tapi dalam masa yang sama, dia sering bertemu secara kebetulan dengan Datin Safieya. 

Ada masanya Safieya terbuai dengan layanan Haris kerana personaliti dan karakter dia lebih kurang sama dengan Rizal. Rakan baik Safieya, Hisham (Keith Foo) ketika belajar di universiti juga muncul dan meluahkan perasaan yang lama terpendam kepada Safieya. Siapa yang menjadi pilihan hati Safieya untuk menggantikan kesunyian setelah pemergian Rizal, kena tengok lah Rampas Cintaku 2 di iQiyi atau Netflix. 

Menggunakan khidmat pengarah yang sama, Ejump Mohd, Rampas Cintaku 2 bergerak dengan cinta 4 segi dalam kehidupan Datin Safieya. Fasha Sandha tampil lebih daring dan seksi dalam sekuel sebab badan dia dah langsing dari musim lepas. Adakah perubahan badan dia membantu penceritaan? Tidak. 

Screentime watak Datin Safieya tak sebanyak musim lepas sebab watak keluarga Rizal pun menjadi fokus juga dalam musim ni. Konflik antara Tuan Jamal, Rina, Dato’ Nasha, Dania dan Mak Ngah sama naik dengan konflik cinta 4 segi Datin Safieya. Ada yang connected juga sebab watak Ashraf, Dania dan Haris. 

For me personally, skrip musim 2 terlampau banyak konflik dimasukkan dan watak sampingan yang tak perlu sampai menyampah nak tengok. Kalau semua konflik ni dikembangkan dengan baik mungkin cantik perjalanannya tapi bila masukkan ala kadar sekadar nak menambahkan sakit kepala Safieya, elok tak perlu masukkan. Patutnya revenge adik Syarul tu masukkan dekat musim 3 supaya watak Haris dapat ruang yang sepatutnya. 

Tak faham dengan watak Datin Safieya dalam musim 2 ni sebab dia macam happy dengan kehadiran 3 jejaka baru dalam hidup dia. Rasa macam jadual dia penuh dengan appointment jumpa 3 watak ni sampai tak nampak bila dia mencari Rizal. Ada satu babak dia menangis rindukan Rizal tapi kenapa dialog dia tanya Rizal dekat mana padahal dah dapat sijil mati Rizal. Elok suka Safieya dengan Rizal, jadi menyampah terus tengok Safieya melayan 3 watak lain. Dah la I emosi sebab Afieq Shazwan berlakon 2 episod je. Kata 4 segi tapi 1 segi dah terkubur dekat Turkiye. 

Geleng kepala bila Safieya selalu dating dengan Hisham dekat tempat Haris share dengan dia. Suka hati dia je expose tempat favorite orang. Lepastu dalam drama ni yang tak fahamnya kenapa Datin Safieya ni suka lepak dekat club eh? Nak bincang hal kerja pun dekat bar dan kelab malam. 

Musim lepas banyak babak gaduh mulut antara Rina dengan Mak Ngah yang trending tapi dalam musim ni pergaduhan tu tak banyak. Mak Ngah cari pasal dengan Jaja pulak dekat butik tapi sebab watak Jaja ni malas nak layan, gaduh tu tak panjang lah. Watak Mak Ngah ni actually comedy relief dalam Rampas Cintaku tapi bila dia pun jadi penambah masalah, rasa berat kepala tengok musim 2. Seram tengok cara dia spend duit butik tapi okay je lah kot sebab dekat hujung drama Datin Safieya nak tambah cawangan baru. 

Penulis ada masukkan awareness tentang penyakit kelamin tapi satu babak dan satu episod sahaja. Macam mana dapat tu dia buat flashback ringkas lepastu habis dah. Kalau nak sembang awareness, kena lah bagitahu betul-betul bukan setakat ambil surface je. Kalau filem I terima lah tapi yang ni drama, ada banyak ruang untuk masukkan babak ‘awareness’ ni. Macam mana penerimaan orang sekeliling, babak dengan doktor, babak dia merawat atau babak dia bertaubat. 

Watak yang function dalam drama ni rasanya Dato’ Nasha sahaja sebab nampak bijak walaupun ada babak yang questionable sebab tak guna Ghafar. Pelik betul bila Mak Ngah kena culik tu kenapa Hisham tak buat police report. Drama ni dia guna polis masa diorang nak je, most of the time palatao macam Rina. Masa Safieya terkejut penculik tu adik Dato Rizal lagi merepek lah sebab berbelas tahun kahwin pun tak tahu ahli keluarga suami. Tapi tengok cara dia kahwin dengan Rizal masa musim lepas pun dah tahu cara dia macam mana. 

Konflik Tuan Jamaluddin dengan Dania tu menarik sebenarnya sebab both jatuh cinta sebab kurang kasih sayang. Dania selalu diabaikan oleh keluarga sampai mencari kekurangan tu pada Tuan Jamaluddin yang banyak masa terluang sebab tak cara dengan keluarga dan kerja. Tuan Jamaluddin ni toxic benar ye sebab tinggalkan Rizal dengan Rina masa kecil lepastu lepas tangan dekat Dato Nasha bab syarikat. 

Tak pernah nampak dia buat kerja pun sebab berdating dengan Dania siang malam. Berapa saham dia pegang dalam syarikat pun tak tahu. Kalau tanya dia saham dia pegang tu jenis apa, confirm dia tak boleh jawab. Kalau dia client I memang I baran sebab tak pernah kisah. Bila kena kompaun dengan SSM baru nak menggelupur. Tapi itu lah, kalau dia shareholder je mungkin selamat tapi kalau dia board of directors memang layak kena remove nama dari syarikat. 

Walaupun I menyampah dengan alur cerita Rampas Cintaku 2 tapi seronok lah cuci mata tengok wardrobe Datin Safieya dengan Dato’ Nasha. Cantik betul Erra dalam drama ni. Bila entah nak ada drama yang bertemakan kehidupan korporat tak pun fashion war. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5.4/10

Movie Review | Telaga Suriram (2025)

Saturday, 26 April 2025


Pengarah: Osman Ali    
Penulis Skrip: Osman Ali
Pelakon: Farid Kamil, Maya Karin, Ellie Suriaty, Nabila Huda, Scha Alyahya, Fauzi Baadilla, Puteri Rafasya, Sri Idrina, Zack Zabhas, Amar Bahri Shafiee
Syarikat Produksi: Odissi Creative, Nuansa Films
Pengedar: TGV 
Genre: Misteri / Thriller / Seram
Durasi Tayangan: 130 minit
Tarikh Tayangan:  1 Mei 2025 (Malaysia)
Trailer:


‘Hidup bagai wayang yang berputar dalam telaga hitam. Manusia akan terus hiup dalam putaran cerita yang sama, bercerita tentang cerita yang benar atau palsu. Berjuang untuk yang sudah mati.’ – Maimon

Filem Telaga Suriram mengisahkan tentang misteri kehilangan Suriram (Puteri Rafasya), seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan merupakan anak perempuan tunggal kepada pasangan Rohaya (Maya Karin) dan Sopiyan (Fauzi Baadilla). Suriram banyak menghabiskan masa bersama Maimon (Nabila Huda), gadis yang dianggap lembam dan bisu, anak kepada Mak Tijah (Ellie Suriaty), dukun di Kampung Chendana. 


Inspektor Kamilia (Scha Alyahya) ditugaskan untuk menyiasat kehilangan Suriram sebaik saja dipindahkan ke kawasan tersebut. Hari pertama menjejakkan kaki ke situ pun dia sudah diganggu oleh roh Suriram yang membawa dia ke gua. Di sana dia bertemu dengan Zakir (Farid Kamil), anak kepada Ketua Kampung iaitu Hj Mulok (Zack Zabhas). Mereka bersetuju untuk menyiasat kes Suriram bersama. 

Sejak kehilangan Suriram, orang kampung mula diganggu oleh pelbagai entiti menyeramkan hingga Manisah (Sri Idrina) memberitahu orang kampung bahawa Maimon yang berada bersama Suriram di telaga lama pada malam kejadian. Orang kampung yang berang diganggu mengambil tindakan mengunci Maimon di dalam sangkar berdekatan dengan gua. 


Naskhah seram thriller arahan dan penulisan Osman Ali menggabungkan kepercayaan orang kampung bersama misteri pembunuhan di mana telaga lama dipercayai mempunyai kuasa ajaib menyembuhkan orang seperti yang diceritakan oleh Mak Tijah ketika disiasat oleh Inspektor Kamilia. Ada babak Long Derani (Naza Manas) sembuhkan Rohaya dari kerasukan bagitahu yang telaga tersebut dijadikan tempat pemujaan oleh orang kampung. Dalam filem Hindi bertajuk Kaali Kuhi (2020) pun menggunakan idea dan tema yang sama. 

Untuk elemen seram, naskhah Telaga Suriram berjaya paparkan penceritaan yang menarik bersama saspens dan kejutan. Ada roh yang tidak tenang, gangguan aneh, mimpi seram dan juga saka. Paling kesian dengan watak Inspektor Kamilia sebab dari hari pertama sampai pembunuh berjaya ditangkap pun dia sentiasa diganggu. Watak Zakir yang awalnya tak percaya dengan benda mistik mula percaya lepas beberapa kali diganggu. Cuma tak faham kenapa ada watak yang dibunuh oleh Suriram sedangkan kita tak tahu apa salah watak tersebut dengan Suriram. 


Bila sembang bab misteri, thriller dan jenayah, pengarah gagal carry semua genre ni dan mengganggu penceritaan sampai meleret ke penghujung filem. 2 jam 10 minit terasa sangat panjang ditambah pula masa tayangan perdana tu ada masalah teknikal. Dah tengok setengah jam awal terpaksa repeat balik dari awal so jadi 2 jam 40 minit I tengok malam tu. 

Sayang lah bila filem Telaga Suriram dibarisi pelakon yang bagus dan deliver watak masing-masing sesuai dengan kehendak watak tapi skrip pula lemah. Mungkin sebab berlatarkan tahun 1985 jadi fakta kes tak banyak tambah pula bukti kes dah tercemar dek hujan tapi kita nak tengok kecekapan pihak polis menyiasat kes dalam filem ni. 

Sebaliknya yang terjadi dalam filem Telaga Suriram, bila misteri pembunuhan tu diselesaikan sendiri oleh Suriram. Baik tak payah masukkan watak polis. Dekat hujung filem, polis blur macam mana nak angkat mayat dalam tasik. Geram tengok Inspektor Kamilia emo bila orang kampung decide nak kurung Maimon. Dia sepatutnya bertegas sebab ada kuasa penuh untuk kes tu bukannya merajuk balik rumah. 

Peranan orang kampung tak konsisten dalam filem ni sebab masa babak Rohaya pergi ke padang mencari Suriram tu tak ada sesiapa pun yang curious dengan situasi tu. Kalau watak antagonis tak endah, kita faham lah sebab tak suka dengan keluarga ni tapi yang lain tu kenapa? Nak kata semua orang kampung tak suka dengan keluarga Suriram ni tak juga sebab diorang tolong cari berhari-hari. 

Tapi sesuatu yang menarik dan sesuai dimasukkan dalam latar masyarakat ni tentang tanggapan orang kampung dengan keadaan Maimon. Kalau ikutkan dalam filem tu, Maimon bukan lembam tapi PTSD lepas dirogol oleh sekian watak sampai dia jadi selective mute. Sebab tu ada babak dia boleh bercakap, ada masa dia banyak berdiam. 

Personally, filem Telaga Suriram ada potensi jadi naskhah seram misteri yang menarik kalau pengarah tak masukkan babak yang draggy macam babak Mak Tijah mengamuk depan sangkar Maimon untuk tambah elemen dramatik. I faham itu kekuatan Ellie Suriaty tapi lakonan dia sebagai bidan dan dukun pun dah cukup bagus. Dialog antara kelemahan besar dalam filem Telaga Suriram sedangkan filem ni memerlukan dialog untuk jelaskan banyak situasi.

Landskap semulajadi di negeri Perak, Kedah dan Perlis yang dimasukkan dalam filem Telaga Suriram antara faktor visual yang menghidupkan suasana Kampung Chendana. Wardrobe dan props yang dimasukkan berjaya mendukung latar masa filem ni. Macam lampu suluh yang digunakan Rohaya masa menoreh ataupun senibina rumah penduduk kampung. Amazed tengok dinding rumah Manisah dan Jabet (Amar Bahri Shafiee). 

Kecacatan visual terletak pada babak seram yang menggunakan CGI ditambah pula dengan beberapa babak yang mempunyai audio berlebihan macam babak Inspektor Kamilia berjalan dalam gua. Dia menapak dua langkah tapi tapak kaki 4 langkah. Continuity beberapa babak pun tak sama. Paling ketara babak Rohaya jatuh basikal bila Zakir pulang ke Kampung Chendana. Lagu tema Sesal dendangan Dato Sri SitiNurhaliza pun tak dimasukkan sangat dalam filem sedangkan boleh masukkan instrumental version dalam beberapa babak dramatik. Sayanglah sebab lagu tema dia sedap. 



Masa tengok babak Zakir dan Rohaya dalam Telaga Suriram ni teringat pula filem Lagenda Budak Setan sebab chemistry diorang still on top walaupun dah lama tak berlakon bersama. I wish ada producers atau director nak cast Farid dan Maya dalam rom com movies. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.5/10

FENOMENA PECAH PANGGUNG RM 50 JUTA! | BLOOD BROTHERS TAMPIL DENGAN “ALTERNATE” POSTER KHAS SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN

Lebih daripada sekadar sebuah filem aksi, Blood Brothers: Bara Naga adalah sebuah pengalaman sinematik yang dicipta khusus untuk layar besar. Visual sinematik, reka bentuk bunyi yang mendalam, dan penceritaan emosi yang kuat menjadikan pengalaman menontonnya di pawagam sesuatu yang tiada tandingan. Ia mencipta suasana bersama yang tidak mungkin diulang di platform penstriman, dari babak yang memukau sehingga detik yang membuat seluruh pawagam kagum.

Ini lebih daripada sekadar tontonan, ini adalah sebuah pengalaman seumur hidup yang hanya dapat dirasai di pawagam dan tiada tandingannya di tempat lain! Rasai sendiri pengalaman epik menonton filem Blood Brothers di pawagam berdekatan anda sekarang, jangan lepaskan peluang selagi masih hangat!

#BloodBrothers #BaraNaga #SapotLokal #SapotBloodBrothers.