Showing posts with label French. Show all posts
Showing posts with label French. Show all posts

Movie Review : Love At Second Sight (Mon inconnue)

Wednesday, 15 April 2020


Director : Hugo Gelin
Writer : Hugo GĂ©lin, Igor Gotesman, Benjamin Parent
Cast : François Civil, Joséphine Japy, Benjamin Lavernhe
Production Company : Zazi Films, Mars Distribution, France 3
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 117 minutes
Release Date : 3 April 2019 (France)
Trailer :


Bertemakan konsep time traveling, kisah bermula dengan kehidupan Raphael (François Civil) yang suka berimaginasi dan mengarang cerita dalam buka nota merah yang bertajuk Zoltan. Dia cuma berkawan dengan Felix (Benjamin Lavernhe) dekat kolej tu. Felix bagitahu Raphael yang novel dia tak ada sesuatu yang menarik bila Zoltan cuma berfoya dengan 1000 wanita. Seorang superhero perlukan cinta sejati kalau tak cerita tu cuma sia-sia. 


Masa Raphael tengah kemas loker untuk balik, dia terdengar alunan bunyi piano dekat dengan tempat dia. Disebabkan tertarik dengan alunan muzik tersebut, Raphael pergi mencari di kawasan tu dan terjumpa dengan Olivia (JosĂ©phine Japy). 


Dari pertemuan tu, Raphael mula jatuh cinta dengan Olivia. Keesokannya Rapahel bagitahu Felix tentang Olivia dan dia dapat bayangan Olivia akan jadi cinta sejati Zoltan dengan nama Shadow. Tapi masa tu baru dia perasan yang buku nota dia hilang so terpaksa lah dia tulis balik cerita dia dari awal. 


But then Olivia datang dan pulangkan buku nota merah tu dan bagitahu yang cerita Zoltan menarik. Dari situ Raphael dan Olivia sama-sama jatuh cinta. Masing-masing graduate, Olivia kejar cita-cita sebagai pianist dan Raphael sebagai penulis novel. Kemudian mereka berkahwin. 


Tapi tak selamanya perkahwinan mereka berdua bahagia bila Raphael makin busy dan mula ignore Olivia. Felix pun terima layanan yang sama. Olivia sakit hati bila Rapahel matikan watak Shadow dan meradang bila Olivia cakap sia-sia dia berkorban untuk make sure Raphael berjaya jadi novelis terkenal. Bagi Felix, Olivia tak boleh pergi jauh pun sebagai pianist. 


Esoknya bila Raphael bangun tidur, dia berada di alam lain dan bekerja sebagai guru sastera walaupun Felix masih lagi kawan baik dia tapi Olivia adalah seorang pianist terkenal di alam tu dan tak kenal langsung siapa Raphael. Apa jadi lepas tu kena tengok lah movie ni.


Jalan cerita yang menggunakan konsep time travel ni dah banyak movie guna dah dengan mesej yang sama untuk menghargai partner dan sedar apa yang berlaku bila cinta hati hilang dari hidup. No worries dalam movie ni tak ada episod curang cuma bukan curang je kan yang boleh buat pasangan bergaduh dan tawar hati? Raphael ni tahu je semua benda pasal Olivia tapi sebab dah terbiasa lah dia anggap lepas marah nanti pujuk balik kira okay la tu. Haaa benda ni common kan? 


Plot masa movie ni pun macam tak berapa sesuai lah untuk dunia moden sekarang. Ramai je pasangan yang berjaya dalam karier masing-masing dan bahagia. Olivia dengan Raphael tak ada masalah dengan jarak pun sampai salah seorang kena korbankan karier. 

Setakat nak manage hal kerja Raphael, Felix ada. Hire maid untuk uruskan hal rumah. Bila Olivia nervous sebelum perform, video call je lah Raphael bagi moral support. Not necessarily dia perlu datang. Olivia pun kena faham la schedule kerja Raphael. 


Selalunya kalau dalam movie lain dia tak ada sembang macam mana boleh jadi situasi di alam dimensi lain tapi dalam movie ni dia bagitahu konsep time travel ni macam mana cuma bila apply dekat ending dia jadi macam eh yang sebelah sana tu okay je ke? Kalau Olivia sana tunggu Raphael datang macam mana? 


Dari awal sampai habis momentum movie ni tak jatuh sebab banyak scene kelakar antara Raphael dengan Felix especially masa Raphael tak tahu dia sebenarnya di alam dimensi lain. Awalnya memang Felix susah nak percaya tapi bila tengok perangai Raphael yang ni lain sangat dan bukan sebab hangover so dia cuba tolong Raphael jumpa Olivia supaya dia boleh balik ke alam asal dia dan pulangkan balik kawan dia yang sebenar. 


Tak pernah lagi layan movie French so ni first time lah tengok keindahan di sana tapi bukan dekat kawasan kota Paris lah. Bosan kot asyik Eiffel Tower padahal bukan ada benda sangat pun.  Breathtaking view dengan music score yang sesuai dengan mood romantic. Suka scene Olivia main piano dekat konsert dia, sedap sangat! 




Overall kalau suka konsep time travel dan genre rom-com boleh la masukkan movie ni dalam list must watch PKP haha

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10

Movie Review : Custody (Jusqu'Ă  la garde)

Sunday, 16 December 2018

Image result for custody movie

Director : Xavier Legrand
Writer : Xavier Legrand
Cast : LĂ©a Drucker, Denis MĂ©nochet, Thomas Gioria, Mathilde Auneveux
Production Company : K.G. Productions,France 3 Cinéma,Centre National de la Cinématographie (CNC)
Genre : Drama
Running Time : 93 minutes
Release Date : 8 September 2017 (Venice)
7 February 2018 (France)

Trailer :


Movie yang menang 13 award dan Silver Lion di 74th Venice International Film Festival dengan rating 95% dari juri mengisahkan tentang pasangan yang bercerai disebabkan perangai baran Antoine (Denis MĂ©nochet). Both of them struggle untuk dapatkan hak penjagaan terhadap anak bongsu diorang, Julien (Thomas Gioria).

Bukan senang nak dapat hak penjagaan bila Miriam (LĂ©a Drucker) terpaksa rahsiakan tempat tinggal dia untuk elak diserang oleh Antoine. Hakim pun susah nak percaya siapa yang layak jaga Julien walaupun ada confession letter dari Julien. Mungkin keputusan Julien untuk benci ayah dia bukan sebab perangai Antoine tapi sebab Miriam yang hasut Julien.

Image result for custody movie

First half memang nampak usaha Antoine nak berbaik dengan Julien sebab dia sayang sangat dengan anak-anak dia. Dia tak mampu nak bond dengan Josephine (Mathilde Auneveux), anak sulung dia sebab Josephine dah besar dan ada life sendiri. Julien je anak dia yang tinggal untuk buktikan dia dah berubah jadi ayah yang baik.

Tapi Julien memang benci dengan ayah dia, kalau boleh taknak jumpa langsung walaupun Miriam pujuk supaya berbaik. Dia taknak hilang hak penjagaan kalau langgar lagi arahan mahkamah untuk bagi Julien spend time dengan Antoine.

Image result for custody movie

Julien terpaksa setuju walaupun takut dengan Antoine sebab dia dah banyak kali nampak Miriam kena belasah dengan Antoine. Josephine pun pernah masuk hospital sebab perangai baran Antoine. Second half dah start nampak kenapa Julien takut sangat dengan ayah dia. Baran ayah dia bukan baran biasa-biasa. Even parents Antoine menyampah dengan baran anak diorang sampai halau Antoine keluar dari rumah. Sebab baran Antoine diorang tak boleh spend time dengan cucu diorang.

Kalau ikut perangai Antoine mengundang padah, kalau melawan lagi berbahaya untuk Miriam, Josephine dan Julien. Walaupun dia cakap dia dah berubah tu semua lakonan semata supaya keluarga dia tak buang dia.

Related image

Scene intense bila Antoine datang serang Miriam dengan Julien dekat rumah dengan senapang. Boleh rasa macam mana cuaknya dua beranak sembunyi dalam bath tub sementara tunggu polis datang. Bila-bila je Antoine boleh rempuh pintu dan belasah diorang berdua. Sama juga dengan scene Antoine paksa Julien bagitahu mana rumah baru diorang. Kudos to Thomas sebab buat scene ni nampak cemas, hidup dan real onscreen. Bila tengok scene ni boleh rasa takut dan nak keluar dari situasi tu tapi tak boleh sebab tak tahu mana nak lari satu hal, tak ada kekuatan satu hal.

Image result for custody movie

Walaupun scene Josephine tak banyak dalam movie ni tapi Mathilde prove her worth dalam scene dia menyanyi masa birthday party dia. Bila Julien hilang tapi dia kena control crowd supaya semua orang tak panik dan kecoh bila tahu Antoine ada dekat situ. Masa tengok movie Custody ni tak sangka langsung Xavier Legrand ni baru debut sebagai pengarah sebab cara penceritaan tu memang cantik. Dia tahu macam mana nak buat audience stay and curious dengan family ni.

Bila bercinta kita boleh butakan mata perangai baran partner sebab sayang tapi orang lain tak mampu, anak-anak tak mampu. Fun fact, statistik kes keganasan  rumahtangga dari Januari hingga Mei 2018 dah catat 2,276 kes so choose your partner wiser. Bahagia harini tak mampu menjamin kebahagiaan akan datang. Till then, please watch this movie.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.5/10