Kecewa Dengan Servis Cuci Gambar Termurah

Tuesday 14 June 2022

Dah lama tak cuci gambar sampai dia punya lama tu nak mencecah 10 tahun dah. Tahun lepas nak cuci gambar tapi malas nak download gambar dari link google drive yang kawan bagi sebab banyak sangat. Tengah semangat nak download mula lah kerja datang melambak, tak pun laptop ambil masa nak loading. 

Lepas beberapa kali pergi ke IKEA baru perasan rumah macaam kosong tak banyak gambar. Dah jumpa frame untuk deko tapi gambar pulak tak ada so belek lah Instagram untuk cari servis cuci gambar. Jumpa lah acc cuci gambar termurah. Awal tu macam takut jugak tak cantik tapi sebab ramai yang guna service dia termasuklah kawan-kawan dekat IG, so terus berurusan dengan dia. 


Awal tu macam nak ambil pakej raya - RM35 untuk 100pcs tapi takut pulak dia print tak cantik so ambil pakej biasa je - RM20 untuk 50pcs gambar bersaiz 4R. Seller ni dah bagitahu no fussy buyer dan servis dia ambil masa selama 2 minggu hingga 3 minggu. I pun okay je lah sebab bukan jenis nak hadap benda tu je. 

Selalu seller ambil masa paling cepat lah dari estimation time dia tapi seller ni dia memang ambil yang paling hujung which is 3 minggu haha. Takpe lah, I okay je sebab yakin gambar cantik. Masa parcel tu sampai macam gerak jugak lah sebab dia letak dalam envelope lepastu pack semua gambar sekali. Masa nak buka salotep ungu tu susah jugak lah sebab tak ada space nak gunting. Dah tak memasal gambar paling atas ada calar tapi okay lah sebab tak ketara sangat. 

Lagi frust bila tengok gambar tak cantik sebab dia potong tak kemas. Ada gambar siap ada garisan putih. Bila belek lagi jadi geram pulak sebab ada gambar yang berkedut macam ni




Yang berkedut macam tu semua gambar I pulak tu, entah dengki apa entah. Nak kata I dok whatsapp tanya bila nak siap tu takde pulak. Memang tak kacau langsung tapi tak cantik pun hasilnya. Kalau bagitahu seller pun, dia nak refund berapa sen lah sangat. Yang pastinya lepas ni memang tak guna dah servis dia. Nak marah sangat pun tak boleh sebab murah kan, so faham je lah level dia takat mana je. 


I tak tahu kenapa gambar dia jadi kelabu sebab kalau nak kata gambar I bad quality, gambar DK tu pakai camera high reso kot tapi nampak gak kelabu. Anyway, I happy dah ada gambar DK dengan Treasure yang besar gedabak dekat office. Rasa macam nak alih stationery storage ni untuk letak gambar lain sebab CPU ni kecil je. Tak banyak space sangat hihu

11 comments

  1. sakit jiwa kalau macam ni, rugi kan..

    ReplyDelete
  2. Yang bad quality tu adalah mereka. Apa ke gamak bagi gambar kedut. at least cuci la balik kan bagi yang elok.

    ReplyDelete
  3. Alamak kualiti pula out ya, kalau servis ok confirm ramai cuci dengan dia

    ReplyDelete
  4. tak suka dapat bad service macam ni. try survey printer pocket untuk gambar, macam best tengok orang guna tapi harga dia boleh tahan juga.

    ReplyDelete
  5. memang out sungguh tang kedut tu nampak sangat, memang tak berbaloi walaupun murah

    ReplyDelete
  6. Lama jugak tak cuci gambar. Kalau pi holiday ada pakej ambik gambar terus cuci tu jela selalunya. Frustnya kalau gambar cuci tak cantik.

    ReplyDelete
  7. nak berbisnes tapi quality alakadar...baik simpan je hasratkan.

    ReplyDelete
  8. yang bergaris tu bukan low quality..tp tu kategori rosak. aduiii...murah pun... takkan la gitu

    ReplyDelete
  9. Sudah lama tak print gambar secara online. Nasib baik dulu okey jer...

    ReplyDelete
  10. Argh!! Jeles tengok gambar DK tu.. hahahaha..
    Nasib baik Farhana test dulu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.