Movie Review | Rudy Habibie (2016)

Friday 11 December 2020

Pengarah :  Hanung Bramantyo

Penulis Skrip : Gina S. Noer, Hanung Bramantyo

Pelakon :  Reza Rahadian, Chelsea Islan, Dian Nitami, Indah Permatasari, Ernest Prakasa, Boris Bokir, Rey Bong, Cornelio Sunny, Pandji Pragiwaksono, Bastian Bintang Simbolon, Wawan Sofyan, Donny Damara

Genre :  Biografi / Drama

Durasi Tayangan :  142 minit

Tarikh Tayangan : 30 June 2016

Syarikat Produksi :  MD Entertainment

Pengedar :  MD Pictures / Netflix

Trailer :

Movie prequel kepada Habibie & Ainun (2012) ni diadaptasikan dari novel Rudy: Kisah Masa Muda Sang Visioner, karya Gina S. Noer yang mengisahkan tentang perjalanan Pak Bacharuddin Jusuf Habibie semasa belajar engineering di Universiti Teknologi Rhein Westfalen, Aachen, Jerman.

Menampilkan banyak watak baru di kalangan sahabat Rudy (Reza Rahadian) di zaman kampus tambah pula dia menjadi Presiden Pertubuhan Pelajar Indonesia - Peter Manumasa (Pandji Pragiwaksono), Liem Keng Kie (Ernest Prakasa) dan Poltak Hasibuan (Boris Bokir) yang banyak membantu Rudy. 

Ada juga watak-watak sampingan lain terutama dari keluarga Rudy bila di awal movie diceritakan kesusahan rakyat Indonesia ketika penjajahan Jepun dan ketika ekonomi tak menentu. Watak-watak senior di kalangan askar dan melanjutkan pelajaran kerana kecerdasan masing-masing tetapi membuli Rudy dan bercanggah idealism tentang Indonesia. 

“Rudy,kamu harus menjadi mata air,kalau kamu baik pasti di sekitarmu akan baik,tapi kalau kamu kotor pasti disekelilingmu akan mati. Ada banyak sekali orang di muka bumi ini,banyak sekali ragamnya. Jangan sampai kamu lukai mereka, itu intinya’- Alwi Abdul Jalil Habibie

Disuntik semangat untuk berjuang kepada tanah air, Rudy berpegang dengan impian dia sejak kecil untuk mencipta pesawat dan membangunkan Indonesia dan menjadi harimau kepada Asia dan juga Afrika bak kata Presiden Soekarno (Wawan Sofyan). 

Dalam prequel ni baru la faham kenapa Rudy bagitahu Ainun yang dia nak balik ke Indonesia selepas berjaya bina koc keretapi yang bagus di Jerman. Presiden Soekarno yang minta dia untuk pulang bangunkan negara, jangan berlama-lama di negara orang. Tapi kecewa bila Indonesia belum bersedia menerima bakat besar Rudy. 

Dalam kesibukan Rudy belajar engineering dan cuba mencipta aviation industry di Indonesia, dia banyak mendapat inspirasi dan ilham dari kekasih dia, Ilona (Chelsea Islan) yang berasal dari Poland tapi jatuh cinta dengan budaya Indonesia. Tapi kerana cinta Rudy lebih besar dari cinta kepada manusia, maka mereka berdua berpisah. Kalau tak, masakan kita akan tahu tentang kisah cinta sejati Pak Habibie dan Bu Ainun kan? 

‘Faktanya aku cinta Indonesia, Masalahnya aku cinta Indonesia, Solusinya aku cinta Indonesia!’ – Rudy Habibie

Movie Rudy Habibie tidak lagi di bawah sutradara Faozan Rizal tapi mengambil Hanung Bramantyo sebagai pengarah juga penulis yang pernah cemerlang dengan movie Ayat-Ayat Cinta. Penceritaan dan suntingan nampak lebih kemas dengan pelbagai emosi dan konflik dan sarat dengan mesej sosial. Dialog juga memainkan peranan untuk beberapa babak antaranya babak di mana Rudy bercerita dengan ayahnya (Donny Damara) tentang kehidupan atau dengan ibu dia (Dian Nitami) soal kesabaran dan kekuatan ketika gagal. 

Tapi keliru dengan scene di mana Rudy bagitau Ainun hodoh dan gemuk sebenarnya sama dengan scene dalam movie Habibie & Ainun ataupun tidak? Sebab situasinya sama tapi pelakon berbeza. Nak kata isu copyright pun bukan juga sebab producer sama - Manoj Punjabi di bawah terbitan production house MD Pictures. 

 Ipung Rachmat Syaiful bermain dengan kecantikan negara Jerman dan menampilkan lebih banyak lagi panorama yang cantik berbanding Habibie & Ainun. VFX dari Dapur Film Production pun nampak meyakinkan bila digunakan untuk scene penjajahan Jepun. 

Music score dari Tya Subiakto masih menggunakan karya Melly Goeslaw dengan lagu soundtrack utama – Mencari Cinta Sejati nyanyian Cakra Khan dengan lirik yang menggambarkan percintaan Ilona dan Rudy yang tak dapat bersama kerana cinta pada negara tanpa batas. Lagu Mata Air menghidupkan mood bila liriknya menyeru anak bangsa Indonesia untuk berjuang demi negara.

 

Baik Habibie & Ainun, mahupun Rudy Habibie, keduanya mengangkat cinta kepada negara begitu dalam sekali tambahan pula diinspirasikan dari kisah benar Presiden Ketiga Indonesia yang hidupnya dikelilingan dengan ilmu, ilmu dan ilmu. Tak hairan lah kalau movie Rudy Habibie tercalon dalam 10 kategori di Piala Citra. Terbaik!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

19 comments

  1. lama suda x layan movie indo tau malay..busy tengok anime ja skrg haha

    ReplyDelete
  2. patriotik betul pak habibie ni, sayang betul dia dengan negara dia tapi sayang bila orang indonesia tak bersedia lagi tak terima bakat dia.

    ReplyDelete
  3. Patriotik betul..cerita based on true story memang best 👍

    ReplyDelete
  4. reza rahadian my fav actor.. suka semuaaaa cite yang dia berlakon. best gak movie ni. memang makanan reza la berlakon genre gini. nanti nak cari cite ni. thanks sharing

    ReplyDelete
  5. Movie macam ni sangat memberi motivasi kepada kita untuk terus berjaya dalam hidup dan menjadi orang berguna bagus sebenarnya...

    ReplyDelete
  6. rajin yer dia buat movie review.. bagus lah movie ni patriotik sungguh watak utama.. kalau free2 nnt boleh la layan kat netflix

    ReplyDelete
  7. Ala kalau cerita kat netflix tak dptla nak tengok.. Ehhehe.. Tapi macam kureng je tengok jalan cerita dia

    ReplyDelete
  8. Filem yang menarik. Bukan senang ya nak adaptasi kisah benar menjadi sebuah filem. Apatah lagi kisah seorang tokoh negarawan yang disegani.

    ReplyDelete
  9. Bagus Farhana ko letak ni, sejak-sejak ni Sis suka nengok cite Indonesia, entah apa mood datang ntah, semalam baru je layan filem Silam tu.. nanti nak tengok filem ni plak..

    ReplyDelete
  10. Rajin u review movie2. Mouse mommy pun x ada masa nak tengok movie skrg.

    ReplyDelete
  11. Perfect 10 movie ni.. Wahhh.. Wajib tengok la macam tue... Memang suka filem genre macam ni juga..

    ReplyDelete
  12. Oh, saya ada perasan iklan movie ni di TV! Rasa mcm menarik untk ditonton, lagi2 sebab nak tengok wajah sweet Chelsea Islan! Since u dah review mcm ni! Ok nak tengok jugak lah!

    ReplyDelete
  13. Ooh ni yang ada kaitan gn lagu BCL tu kan? Dengar ramai yang cakap citer ni best. Nanti nak tengok lah! Suka gila lagu dia

    ReplyDelete
  14. Tahu tajuk dia tapi belum pernah tengok , saya ni kalau citer indonesia tak suka tengok sangat sebab ayatvdia berat sangat nak difahami ...kena temgok 2 ker 3 kali baru faham kisahnya....lagi2 kalau tak ada subtitle memang blur saja....ni dah baca review rasa menarik pulak ....nanti boleh tengok sebab maaih adabkat netflix

    ReplyDelete
  15. another great movie is on netflix. totally adding this to my must-watch list after reading your review!

    ReplyDelete
  16. kalau pelakon pun best, confirm jalan ceritanya pun feeling je kan. nak try layan lah

    ReplyDelete
  17. Oh yeah saya suka hero dia tu, kacak haha ^^ btw, saya jarang tengok movie or drama

    ReplyDelete
  18. Dah lama tak tengok movie... Nanti nk tengok on netflix 👍😊

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.