Movie Review : Hotel Transylvania (2012)

Saturday 12 December 2020

Director : Genndy Tartakovsky

Writer : Todd Durham, Dan Hageman, Kevin Hageman

Cast : Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, Fran Drescher, Steve Buscemi, Molly Shannon, David Spade, CeeLo Green

Production Company : Columbia Pictures, Sony Pictures Animation, Sony Pictures Imageworks (animation service)

Distributor : Sony Pictures Releasing

Genre : Comedy

Running Time : 91 minutes

Release Date : 8 September 2012 (TIFF), 28 September 2012 (United States)

Trailer :

Tercalon dalam Golden Globe Award for Best Animated Feature Film, Hotel Transylvania arahan Genndy Tartakovsky mengisahkan tentang hotel milik Count Dracula (Adam Sandler) yang dibuka khas untuk monster ataupun hantu mitos Amerika seperti Werewolf Wayne (Steve Buscemi), Frankenstein (Kevin James), Griffin the Invisible Man (David Spade), Murray the mummy (CeeLo Green), Bigfoot, dragon, witch, zombies, skulls dan banyak lagi lah. 

Bersempena dengan ulang tahun anak perempuan tunggal Drac yang ke-118, Drac jemput semua untuk datang ke birthday party Mavis (Selena Gomez). Dan kerana Mavis dah dewasa, dia membenarkan anak kesayangan dia keluar ke dunia manusia yang digambarkan sebagai kejam kerana telah membunuh isteri dia, Martha. Akibatnya  Jonathan "Johnny" Loughran (Andy Samberg) ternampak zombie upahan untuk takutkan Mavis di kampung buatan Drac balik ke Hotel Transylvania. 

Drac cuba bermacam cara untuk halau Johnny tapi semuanya gagal sebab kawan-kawan dan tetamu suka dengan chill and cool vibe dari Johnny. Johnny pula suka dengan weird and creepy stuff dekat situ. Dia happy kehadiran dia diterima dan tak diejek pelik macam di dunia manusia. Mavis pula jatuh cinta dengan dia.

Franchise ni quite famous sampai sekarang sebab keunikan hotel untuk monster dalam template komedi dengan penceritaan agak ringkas dan fast paced sebab animation so they’re target audience is kids. Kelakar bila tengok zombie yang agresif jadi lemau dalam movie ni dan bekerja sebagai staff hotel dan bila kawan-kawan Drac sembang pasal kehidupan diorang. Especially The Invisible Man sebab watak dia quite confusing. Badan dia tak nampak tapi ada cermin mata untuk orang lain tahu kewujudan dia. Ada scene dia pakai short so all this time dia naked ke? Makanan diorang kinda gross sebab monsters kan makan benda-benda pelik. 

It's a place I built, for all those monsters out there lurking in the shadows. Hiding from the persecution of human kind. A place for them and their families to come to and be themselves. A void of torches, pitchforks, angry mobs. A place of peace, relaxation, and tranquility. – Count Dracula

Scene Mavis pergi ke kampung buatan Dracula tu agak tak logik lah sebab dia boleh je terbang keluar sendiri pergi ke bandar Transylvania. Tak diberitahu pula kenapa sebelum menjengah usia 118 tahun, dia hanya terperuk dalam istana besar tu. Mungkin juga sebab termakan dengan hasutan ayah dia. 

The animation is great even transition was well executed. Music score dari Mark Mothersbaugh pun kebanyakannya genre techno dan pop club sebab zaman 2012 tengah hype dengan genre ni. Lagu dari LMFAO - Sexy and I Know sebagai bukti. Lagu The Zing ditulis dan dinyanyikan sendiri oleh Adam Sandler bersama Selena Gomez.

 

Both of them have cute chemistry together as father and daughter so bila muncul scene Papa Drac jadi paranoid dan overprotective terhadap Mavis, terasa tersentuh sangat. Dah la isteri dia kena bunuh dengan manusia, Mavis pula bercinta dengan manusia. Dilema jadinya. 

Movie hasil idea gabungan 3 orang penulis - Todd Durham, Dan Hageman dan Kevin Hageman ni bukan setakat kanak-kanak je yang layan even the adults too. But the loopholes dekat plot tu boleh pejam mata je kot sebab movie kanak-kanak. Just chill and enjoy on Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

4 comments

  1. dah lama juga movie ni. tak pernah tengok pun, anak buah pasang pun tak layan sgt..haha

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-keluarga-baha-don-2019.html

    ReplyDelete
  2. Yang first ini dah tengok.. Bestlah pada akak.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. so in love with this movies! i tgk wayang sorg2 hahaha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.