CSR Tetuan Ram Reza Muhammad Ke Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang

Wednesday 16 December 2020

‘Jangan pernah merasa malu ketika hanya mampu memberi sedikit untuk bersedekah kerana selalu ada kebaikan dalam memberi. Tidak peduli seberapa kecil yang kamu berikan.’ – Ali bin Abi Thalib

Dalam menempuh pandemik Covid-19, tidak dilupakan juga pada yang memerlukan dan terkesan dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dimumkan sepanjang tahun ni. Untuk tahun 2020 Tetuan Ram Reza & Muhammad memilih untuk menghulurkan sumbangan kepada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang kerana jaraknya yang dekat. Lebih afdhal kiranya kita membantu di kawasan sekitar dahulu sebelum pergi lebih jauh kan? 

Melalui dana yang dikumpulkan oleh NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) dalam tempoh masaa sebulan, beberapa barang keperluan seperti pampers pelbagai saiz, susu tepung, makanan, pakaian dan juga sejumlah wang didermakan untuk membantu meringankan beban penjaga Pn. Ummu serta suaminya dalam menjaga kebajikan anak-anak syurga ni. 

Beberapa orang wakil dari HQ dan branch Petaling Jaya bersama managing partner RRM, En. Nor Hisham Muhammad, senior partner, Ms Noraida Hassan dan junior partner, En Izharul Effendy turut hadir menyumbangkan masa dan tenaga. Sengaja memberi ruang dan peluang kepada warga RRM yang muda dan beberapa orang chambering student supaya dapat menambahkan lagi pengalaman dan mencorak mereka untuk peka dengan masyarakat dan komuniti sekitar. 

Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari (”PJCKB”) yang menempatkan anak-anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf zakat telah pun beroperasi sejak tahun 2010 dan sekarang mempunyai seramai  110 orang kanak-kanak yang terdiri dari umur 1-15 tahun yang tinggal di 4 buah asrama  yang berasingan tetapi di bawah satu pertubuhan iaitu, PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH BESTARI. 

PJCKB juga turut membantu menjaga  seramai hampir 50 orang anak yatim dan asnaf zakat yang tinggal di sekitar Kampung Melayu Subang. Tetapi mereka ini tidak menetap di asrama dan dibantu apabila perlu sahaja. Keutamaan tetap diberikan kepada yang berada di asrama. 

Pusat jagaan amal ni agak terkenal juga sebab pernah featured dalam TV3 bersama Sarah Suhairi dan Nas Terjah, program NONA, mall besar seperti GM Klang ataupun Jakel, McDonald, Royale Chulan Hotel, Little Caliphs dan beberapa syarikat lain yang terkenal. 

Dari segi pendidikan, Puan Ummu memastikan setiap anak akan diajar mengaji Al-Quran, pendidikan teras di institusi pendidikan persendirian dan juga subjek tambahan seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab. Untuk tumbesaran yang lebih cerdas pula, mereka dilatih bersukan seperti berbasikal, menunggang kuda, wall climbing, badminton, bermain catur, dan juga permainan papan seperti Saidina. Aktiviti tambahan seperti melukis, bercucuk-tanam dan mengemas asrama dan kawasan sekeliling. 

Umum tahu projek Corporate Social Responsibility (CSR) ni akan memberi impak baik dari segi pertumbuhan sosial dan rohani. Salah satu objektif utama CSR Tetuan Ram Reza & Muhammad  bersama NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dan saling membantu juga meningkatkan sifat berkongsi sesama komuniti. Dari situ aras dinamik antara tenaga kerja dapat diperkukuhkan lagi dan menghidupkan suasana kerja yang mampan. 

Bak kata orang sebelum sayang orang lain, kita kena sayang dengan diri sendiri dulu. Sama juga seperti Tetuan Ram Reza & Muhammad bila kebajikan tenaga kerja terjaga dengan bantuan lunchbox setiap Isnin hingga Khamis, insentif duit raya, misi Kita Jaga Kita dengan membantu warga RRM yang memerlukan dana dan bantuan makanan ketika lockdown, peruntukan tetap untuk covid-19 kit (surgical mask, sanitizer dan disinfectant spray) juga suntikan ilmu dan kata-kata motivasi dalam program sharing session dan online class

Untuk alam sekitar pula, warga Tetuan Ram Reza & Muhammad sebaik mungkin mengurangkan penggunaan kertas, menjimatkan air dan mengurangkan pelepasan karbon dengan berkongsi pengangkutan ke tempat yang sama. Perubahan yang besar terhasil dari jumlah yang kecil tapi dilakukan dengan kerap. 

'Dalam keadaan ekonomi yang terjejas teruk kerana Covid-19, mungkin kita tak dapat menyumbang dengan banyak tapi kita cuba buat apa yang termampu agar aura positif dapat memberi impak kepada yang lainnya.' - Junior partner, En Izharul Effendy

Untuk yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berhubung dengan NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) di Facebook ataupun menyumbang terus kepada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang. Semoga amal ibadah kita diterima, Insya-Allah. 

20 comments

  1. serigala memburu biri-biri16 December 2020 at 14:56

    Alhamdulillah.. semoga murah rezeki dan diberikan ganjaran Allah.

    ReplyDelete
  2. Terbaik...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...makin murah rezeki bantu anak anak yang memerlukan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. bestnyaaaaaa aktiviti mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. i kalau ada peluang pun nak try all these kind of badan2 NGO sbb tgk org happy, kita pun happy kan ...

      Delete
  5. alhamdulillah ada yang terbuka hati membantu golongan yg memerlukan

    ReplyDelete
  6. kalau nak tahu kami ada buat tabung subuh juga, tabung ni kami akan sedekahkan pada yang memerlukan, insha allah jika berkesempatan kita singgah di rumah ni juga, sebab dah dekat dengan rumah, sambil menderma sambil beramal saham akhirat

    ReplyDelete
  7. Semoga usaha diberkati dan dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka semua. Tambah2 masa pendemik ni.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, membantu yang memerlukan..semoga makin banyak NGO keluar membantu selepas ini ☺️

    ReplyDelete
  9. inisiatif yang bagus. moga pemberi sentiasa dimurahkan rezeki aamiin. dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

    ReplyDelete
  10. Bagus usaha murni Tetuan Ram Reza & Muhammad, membantu mereka yang memerlukan. Nak nak ketika Covid-19 masih belum dapat kita perangi sehabisnya. Semoga inisiatif ini memberi seribu makna buat mereka yang menerima sumbangan.

    ReplyDelete
  11. di sebalik wabak covid ni, makin banyak usaha murni macam ni dibuat.. syukur alhamdulillah.. semoga bantuan dan bakti seperti ni terus berpanjangan..

    ReplyDelete
  12. Tahniah atas usaha yg murni ni. Bagus dapat syarikat yang sentiasa menjaga kebajikan staff dan juga insan yg memerlukan terutama time pandemik ni.

    ReplyDelete
  13. Bagusnya usaha murni pihak penganjur yang dpat bantu ramai orang yang memerlukan. Moga usaha murni ini berterusan

    ReplyDelete
  14. what a beautiful initiative! so glad to see the happy faces on the children. keep up the kind and good work!

    ReplyDelete
  15. Alhamdulilah, saat begini memang mereka memerluka bantuan. Moga dimurahkan rezeki mereka yang terlibat.. harap ada lagi pihak lain yang turut serta menyumbang...

    ReplyDelete
  16. oh mai.. looks at the sweetest smile from the kids.. all hard work paid off kalau tengok mereka ni.. lama tak join NGO program macam ni.. together we can make a difference for them kan..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah inisiatif murni bagus harus diteruskan. Moga kita semua dapat memberi sumbangan agar mereka boleh membantu pihak yang memerlukan.

    ReplyDelete
  18. Zaman Covid ni memang kena selalu membantu kerana ramai yang terkesan sebab masalah ni lah terutama pada golongan yang sangat memerlukan. Tahniah pada badan coporat yang sudi menyumbang dan tak lupa pada yang kurang bernasib baik...

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, semoga banyak lagi program2 CSR sebegini dianjurkan supaya dpt membantu lebih ramai golongan yg memerlukan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.