Movie Review : Class Of '83

Sunday 23 August 2020


Director : Atul Sabharwal
Writer : Abhijeet Deshpande
Cast : Bobby Deol, Anup Soni, Bhupendra Jadawat, Ninad Mahajani, Hitesh Bhojraj, Sameer Paranjape, Vishwajeet Pradhan, Joy Sengupta, Prithvik Pratap
Production Company : Red Chillies Entertainment
Distributor : Netflix
Genre : Crime / Thriller
Running Time : 98 minutes
Release Date : 21 August 2020
Trailer :


Mengisahkan tentang Vijay Singh (Bobby Deol) yang dikenakan posting punishment dari menteri Manohar Patkar (Anup Soni) selepas gagal menangkap Kalsekar dan  mengakibatkan 6 orang pegawai polis lain terkorban dalam satu encounter. 

Dari training class di kem polis, Vijay jumpa 5 orang cadet yang tak lah bijak sangat tapi good enough untuk tumpaskan penjenayah dek kerana life principle yang dipegang. Pramod Shukla (Bhupendra Jadawat), Vishnu Varde (Hitesh Bhojraj), Aslam Khan (Sameer Paranjape), Laxman Jadhav (Ninad Mahajani) dan Janardan Surve (Prithvik Pratap) adalah cadet yang terpilih untuk Vijay Singh dan juga Mangesh Dixit (Vishwajeet Pradhan) latih supaya bijak dalam permainan di Bombay.


Tahun 80-an kota Bombay atau sekarang dikenali dengan nama Mumbai ialah lubuk underworld dan juga terrorist. Dalam movie ni diceritakan bagaimana pihak polis cuma menjadi safety net kepada underworld bila politician ada connection dengan mereka. Susah untuk polis berjaya tangkap ketua geng. Kalau dapat tangkap pun, esok lusa dah boleh keluar penjara. Macam mana Vijay Singh latih 5 orang cadet ni kena tengok lah movie Class Of 83 di Netflix. 


Untuk yang dah biasa dengan movie crime thrillers memang dah sedia maklum dah pertalian antara pihak polis, politician dan juga underworld. Dan jalan cerita pun quite predictable juga cuma yang I predict tu dia terjadi dekat hujung-hujung movie. Movie ni agak slow pace, momentum flat dan tak gah macam dalam trailer. 


I nak tengok sebab Bobby Deol tapi tak diberi cukup masa untuk connect dengan main lead. Better kalau team production buat web series ataupun tambah lagi duration movie ni sampai 2 jam setengah. 98 minit tu terlampau pendek! Jadi tak puas tau bila tengok tempoh Vijay Singh train 5 orang cadet tu dan macam mana dia boleh yakinkan mereka berlima untuk join personal vendetta dia. Nak tumpaskan top gangster Bombay tau bukannya penjenayah yang rompak kedai emas. 


Dalam movie ni kita cuma nampak watak-watak utama atau cuma sebelah pihak sahaja. Since it is thriller genre, macam tak syok bila kita cuma tengok protagonist yang conquer. 72 encounters tanpa sebarang masalah. Masa narration mention ada polis yang join geng Kalsekar dengan geng Naik, I tertunggu-tunggu bila dua geng ni nak berjumpa tapi sayangnya tak ada. Bila antagonist muncul dekat hujung movie pun rasa macam mehhhh. 


Dialogue dari Abhijeet Deshpande pun tak strong mana bila ada yang cliché dan cheesy. Better tak perlu ada narration pun dan biar watak 5 orang cadet ni pikul tanggungjawab ceritakan kembali kisah mereka dari lakonan. Mungkin dari situ audience boleh connect dengan characters.  


Kalau movie terbitan production house Shah Rukh Khan – Red Chillies Entertainment ni kita memang tak payah risau bab visual sebab memang forte diorang. Theme, set, vibe, grading tone, costume semuanya diolah secukup rasa oleh Mario Poljac sesuai dengan suasana pada era tahun 80-an. Background music yang digubah oleh Viju Shah berjaya menghidupkan suasana dan mood. 


Lakonan Bobby Deol mantap dengan facial expression dan body gesture yang paparkan mood dan reaction dia tapi screentime dia tak banyak dan tak diolah dengan baik. Movie ni ada peluang untuk jadi cult movie tapi sayang ada banyak kelemahan dari segi plot dan jalan cerita. Lagi terasa kekecewaan tu bila movie ni diadaptasikan dari novel The Class of 83, karya Hussain Zaidi antara penulis genre crime thriller terbaik di India. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 6.6/10

19 comments

  1. wow macam best je filem ni...saya memang minat genre macam ni hehe

    ReplyDelete
  2. this is originally netflix drama ka ? have to watch !

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik juga review movie ni. Bagus boleh tonton dengan hubby. Movie kepolisan India ni mesti ada selit urusan rasuah selalunya.

    ReplyDelete
  4. hmmm i never have time for movie or netflix.. but it is nice to read some from you... please share more!!!

    ReplyDelete
  5. memang suka movie2 genre camni. wajibbbb tengok. thanks sharing

    ReplyDelete
  6. Biasanya kalau cerita red chillies ni memang jalan cerita dia agak tak berpuas hati. Takpe nanti LH tengok kat netflix.

    ReplyDelete
  7. I x pernah tengok movie nie. Tapi one of friends pernah lah. She said this movie is quite good. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  8. i cari movie ni..ada kat netflix ya.. well i suka cara u review..banyak on point...tapi stp org ada pandangan sendiri..nanti i tgk. and sama tak pandangan kita heheheh

    ReplyDelete
  9. Pendek benar only 98 minutes ye. Tapi sesuai la Rawlins nak layan over the weekend kan. Nak tengok Bobby Deol gak hahaha

    ReplyDelete
  10. First tengok filem hindustan 98 minit. Selalu 3 jam lebih. Mesti penuh dengan aksi je kan. Senang sekarang movie2 semua masuk netflix je. Duduk rumah je layan

    ReplyDelete
  11. Ok macam best tengok cerita ni.. Kdg tgk pelakon je nad ni.. Tapi kalau baca sinppis org nampak menarik boleh tengok ni

    ReplyDelete
  12. Akak baru tengok malam tadi. Tak habis tengok lagi. Hahahaha. Ni dah baca review. Akak nak sambung tengok lg. Haha

    ReplyDelete
  13. iena tak tengok tv sangat..baca review ni nampak best cerita ni

    ReplyDelete
  14. ciktom xtgok plk..baca review mcm best je..ni cerita tamil eh?

    ReplyDelete
  15. Jarang-jarang ni tengok orang review movie Hindi. Nampak trailler macam best, tapi score 6.6/10 je eh.

    ReplyDelete
  16. Cite hindi ni cik abg yg plg suka tgk, kak mmg xbrp minat sangat tapi klu cite lama2 suka tgk

    ReplyDelete
  17. Wah dah lama tak layan citer hindustan, nanti sis nak cari online movie for the weekend.

    ReplyDelete
  18. ada nampak cerita ni kat netflix cuma tak tengok jer lagi,nak tengok kena sensorang baru feel.Kalau dengan anak-anak tengok kita pi dapur balik lagi dah jadi cerita lain ....

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.