Drama Review : It's Okay to Not Be Okay

Saturday 22 August 2020


Director : Park Shin-woo
Writer : Jo Yong
Cast :  Kim Soo-hyun, Seo Ye-ji, Oh Jung-se, Park Kyu-young, Lee Eol, Choi Hee-jin
Genre : Drama / Romance
Running Episodes : 13 episodes
Release Date : 20 June 2020 – 9 August 2020
Production Company : Story TV, Gold Medalist
Distributor : tvN, Netflix
Trailer : 


Drama genre terbitan Story TV dan Gold Medalist production house yang ditayangkan di tvN dan Netflix mengisahkan tentang Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun), pekerja health community yang selalu berpindah randah demi menjaga keselamatan abang dia, Moon Sang-tae (Oh Jung-se) gara-gara trauma dengan rama-rama. Bukan senang menjaga seorang yang autism dan mempunyai sejarah trauma selepas menjadi saksi utama pembunuhan ibu mereka berdua (Choi Hee-jin).


Takdir pertemukan Gang-tae dengan childhood crush dia, Ko Moon-young (Seo Ye-ji) yang juga penulis kesukaan Sang-tae. Moon-young berpindah ke bandar selepas berjaya selamatkan diri dari ayah dia, Ko Dae-hwan (Lee Eol) yang cuba bunuh dia selepas ibu Moon-young hilang entah ke mana. Ko Dae-hwan taknak Moon-young bertukar menjadi psiko/monster seperti isteri dia. Lepas 20 tahun, Nam Ju-ri (Park Kyu-young) dari OK Psychiatric Hospital cuba dapatkan consent dari Moon-young untuk Dae-hwan tapi ditolak mentah-mentah.


Dalam masa yang sama Ju-ri cuba pujuk Gang-tae balik ke Seojin dan tinggal di rumah dia. Moon-young yang jatuh suka dengan Gang-tae turut balik ke Cursed Castle di Seojin dan buka kelas di OK Psychiatric Hospital bercerita tentang hasil nukilan dia. Tapi tepat ataupun tidak keputusan Moon-young untuk kembali ke Cursed Castle bila dia dihantui kisah silam dia didera oleh ibu dia sendiri kemudian dipaksa mati oleh bapa dia sendiri?


Excited tunggu drama ni habis sebab nak marathon punya pasal since drama ni berkisarkan tentang masalah psikologi yang dialami oleh leading stars. Gang-tae dengan habit suka pendam perasaan dan Moon-young pula dengan trauma didera oleh ibu dia.

Masing-masing ada habit yang timbulkan kesan pada perangai masing-masing. Bila bercinta, nampak la karakter masing-masing berubah ke arah yang lebih positif dan sememangnya mengharapkan happy ending dari drama ni. Somehow it gives courage untuk yang ada mental health problem supaya boleh rawat diri dengan terapi atau ubah lifestyle. 

‘To make the people around me happy, I have to be happy first. So being selfish isn’t necessarily a bad thing. If it’s too hard, just think about your own happiness.” – Naam Ju-ri


Jujur cakap episod awal drama ni agak membosankan lah tapi bila dah masuk part merungkai misteri pembunuhan dan gangguan yang Ko Dae-hwan alami di OK Psychiatric Hospital, baru la rasa syok sikit nak layan. Pairing Kim Soo-hyun dengan Seo Ye-ji macam tak kena bila chemistry tu tak ada. Macam lagi sesuai kalau ambil IU berlakon. 


Wardrobe heroin stylish, trendy dan gorgeous but often wonder kenapa pinggang dia kecil sangat. In real life dia suka makan tapi tak naik berat. Untuk drama ni dia terpaksa makan lagi banyak supaya naik 2kg. Untungnya, dah la cantik semulajadi, body cantik pulak tu. Nasib baik dalam drama ni tak tunjuk scene makanan banyak sangat. Kalau tak, lagi stress jadinya. Scene tidur la paling tak masuk dek akal sebab dia still pakai makeup dan rambut terletak cantik. Mungkin requirement jadi heroin drama ni kena sentiasa nampak cantik.

Transformasi Fashion Ko Mun Yeong dalam Its Okay to Not Be Okay

MetroBeautyWatch: The 'New Ko Mun-Yeong' Hairstyles on It's Okay ...

Korean drama reviews | South China Morning Post | South China ...

Visual dan sinematografi drama It's Okay to Not Be Okay memang  terbaik. Creative team pilih untuk shooting dekat café sebab dekorasi vintage dan cantik. Macam Cursed Castle tu shoot dekat Sanida Café tapi tak semua lah sebab tengok dekat Behind The Scene video, mostly shoot dekat set dengan backdrop hijau. VFX diorang terbaik lah. OK Psychiatric Hospital tu pulak dekat Secret Blue Bakery Café tapi macam familiar je konsep café tu sebab sama dengan Doldam Hospital dalam franchise drama Romantic Doctor, Teacher Kim.



Overall drama ni fun to watch dan banyak sangat life lessons yang boleh diambil lagipun romantic scene tak banyak sangat macam romance drama yang lain. Since watak Sang-tae ada autism, banyak la tips dan fakta yang diselitkan mengenai autism serta jenis-jenis penyakit mental yang lain. Cuma ada several plot dan scene yang sengaja dimasukkan untuk panjangkan drama memandangkan satu episod berdurasi satu jam. Ada orang mungkin suka but for me elok kalau dipendekkan selama 40 minit sahaja. Recommended to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

6 comments

  1. bykk dah now story-line about mental health kan.. bgos sngt so that people tau yg depression is not a joke! sbb ada je ckp.. AKIDAH TAK KUAT LA TU, whenever people related it to agama i always replied.. BERSYUKUR LA KORANG TAK RASA... hehehehehe ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha yesss! Susah sembang dengan orang tak faham.

      Delete
  2. suka drama ni dan suka semua character dalam drama ni. semua best.
    part heroin tu setuju, agak menganggu juga kalau setiap masa nak kena nampak cantik, tak logik la bangun tidur still rambut terletak cantik, mekap pun tak buang..aishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha padahal naked face dia cantik je. Dah macam tengok drama melayu pulak nak kena makeup sentiasa

      Delete
  3. drama ni best, saya tengok dari awal sampai akhir haha!

    ReplyDelete
  4. JACKPOT ynag besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.