‘CINTAMU KEKUATANKU’ Kekuatan Lagu “DRAMA” Fai Ramli

Thursday 27 August 2020

Muhammad  Faizal Bin  Ramli atau  lebih  dikenali dengan nama Fai Ramli, berumur 27 tahun adalah nama baru dalam industri muzik tanahair. Beliau sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana acara pertandingan menyanyi dan belum pernah keluar di kaca televisyen.


Namun begitu, dalam tempoh 5 minit suara lunak Fai berjaya menarik minat Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, Dato Norman Abdul Halim untuk menawarkan kontrak rakaman kepada beliau. Percubaan pertamanya untuk menjejakkan kaki didalam industri muzik adalah dengan berbekalkan lagu bertajuk Cintamu Kekuantankuyang dicipta oleh Neo dan diterbitkan oleh Bajai.

Cintamu Kekuatanku menceritakan tentang erti percintaan sebenar yang menjadi pemangkin atau kekuatan dalam sesebuah perhubungan. Maksud lagu ini boleh dilihat dan dihayati  dengan  lebih  mendalam  menerusi  videmuzik  yanboleh  ditonton  menerusi saluran YouTube KRU Music. Di dalam video ini diandaikan tentang sebuah pasangan bahagia yang mula jatuh cinta dari seusia muda hingga berjaya ke ambang perkahwinan. Namun rahsia yang tersirat dan pengorbanan mereka menempuhi dugaan jugalah yang memberi kekuatan demi meneruskan kehidupan.


Lagu ini juga berjaya menonjolkan kelainan dan keunikan suara Fai Ramli. Kenyataan ini disokong kuat oleh Dato Norman sendiri, Lagu ini sememangnya dicipta khas untuk Fai bersesuaian dengan vocal range beliau. Dengan bakat yang ada, saya berharap Fai akan berjaya menempa nama dipersada industri muzik tanahair sebaris dengan penyanyi- penyanyi hebat tanahair. Lagu ini juga amat dramatik dan sesuai jika dijadikan lagu tema bagi drama bersiri.

Lagu  Cintamu  Kekuatanku”  boleh  dimuat  turun  di  iTunedan  dijadikan  sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Famy G di talian 017-7357036.



LIRIK LAGU CINTAMU KEKUATANKU

Penyanyi : Fai Ramli
Komposer : Neo
Lirik : Neo
Penerbit Lagu : Bajai
Label : KRU Music

Malam makin kela
Mawar makin layu 
Seolah tiada harapan
Namun Tuhan kan tentukan
Doa suci kita
Pertahankan cinta
Yang penuh ombak gelora
Berdua di bahtera

Sungguh ku tak mampu saksi deritamu
Semata-mata kerana aku
 Namun berat ku lepaskan
Kerna hanya kau sinaran
Cintamu kekuatanku

 Andai aku rebah
Janganlah kau rayu
Teruskan kehidupanmu
Terus doa untukku 

Sungguh ku tak mampu saksi deritamu
Semata-mata keranaku
 Namuberat ku lepaskan
Kerna hanya kau sinaran

Cintamu kekuatanku

Ku ikhtiar sekuat upaya
Melawaarus yang melanda

Sungguh ku tak mampu saksi deritamu
Semata-mata keranaku
 Namuberat ku lepaskan
Kerna hanya kau sinaran

Cintamu kekuatanku

Hanya dirimu erthidupku
Tanpamu aku layu
Kerna cintamu kekuatanku



KRU
KR Musi Sd Bh adala sebua labe muzi independe tempata yanditubuhkan pada 1996. KRU Music terkenal dengan genre muzik pop dance, HiHo da R&B  denga barisa arti yan tersoho d Malaysia Singapur daBrunei.

Untuk maklumat lanjut, silhubung:FeliciDavid,
Pengurus Pemasaran
Tel     : +601337887

RedBeetle Entertainment
RedBeetle Entertainment adalah sebuah syarikat perhubungan awam  yang aktif dalam pengurusan dan pemasaran artis.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :- Famy G
Pengurus Artis
Tel     : +6017 735 7036



11 comments

  1. Never heard of this singer before. Later, I will check his video on YT. He is quite good looking. Insya’Allah Semoga boley maju jaya. Thank you for opening up my world, sis.

    ReplyDelete
  2. Muzik keluaran KrU music ni mesti best. Tak pernah lagi dengar nama Faizal ni. Nanti nak layan juga mana tahu best boleh masuk list lagu sendiri

    ReplyDelete
  3. Ahaaaa padanlah tak pernah dengar nama Fai Ramli. Penyanyi baru rupanya. Ingatkan Nur yg ketinggalan zaman haha

    ReplyDelete
  4. penyanyi baru ke nie. tak pernah nampak pon and dengar nama dia sebelum nie. nanti nak dengarlah lagu nie.

    ReplyDelete
  5. ika tak pernah dengar lagi lagu ni. nak kena dengar ni mana tau suka hee thanks for sharing pana :)

    ReplyDelete
  6. This is my first time dengar lagu ni, best juga and the lirik also very meaningful.

    ReplyDelete
  7. baru dengar lagu ni.. best jugak eyh!

    ReplyDelete
  8. Tak pernah dengar, but nanti nak cari2 & dengar. I mmg suka karya2 yg diterbitkan KRU Groups! Selalunya best...

    ReplyDelete
  9. Tak pernah dengar sbb mmg tak layan drama melayu. Haha tapi sbb awak review ni kita terasa nak cuba dgr.. Mcm best

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.