Wednesday, 5 February 2020

Platinum Hotel & Suites, Melaka


Mind you this post will have tons of pictures because I super love this place! 

Minggu lepas pergi wedding ex-officemate dekat Melaka. Habis je makan, terus plan nak tidur dekat Melaka. Alang-alang dah sampai kan, jalan-jalan je lah kat sini walaupun dah muak sebab dulu study dekat Segamat memang weekend naik lepak sini. 





Thanks to OYO! we've found a great place to stay. Harga dekat sini tak murah la kalau book harga biasa tapi disebabkan tengah ada promotion, kitorang dapat diskaun. Dari harga RM200 turun jadi RM120 je. Mungkin untuk small pax, okay la kot but since kitorang ada 3 adults dengan 2 children, kena ambil bilik besar sikit lah. 


Kalau booking hotel last minute dekat Melaka ni memang kena redho lah dengan harga paling murah boleh dapat kan? Masa cari tu memang filter 3 adults, swimming pool and free wifi that's why lah jumpa hotel ni. 


Minggu lepas agak ramai lah yang check in dekat Platinum Hotel & Suites ni sebab discount dari OYO so terpaksa tunggu lama jugak la masa nak ambil kunci dekat kaunter. Thank God lobi dia luas dan cantik siap ada sediakan air percuma untuk customer. 


The Platinum Hotel & Suites ni bertemakan senibina Eropah dan sentuhan dekorasi ala Renaissance pada abad ke-19. Sesuai lah dengan mood dan vibe Kota Melaka, Bandaraya Bersejarah. Antara punca kenapa I pilih tempat ni sebab deco ni one of my fav. Kalau tak silap, hotel ni baru start beroperasi tahun 2019 so it is still new lah. 


Dekat Platinum Hotel & Suites ni ada 200 bilik so malam-malam kalau jalan nak balik bilik agak creepy. Ni kalau kena kejar hantu mau menangis nak masuk bilik kalau bilik paling hujung. Nasib baik bilik kitorang kat tengah je. Itupun dah mengah nak berjalan.


Dah dapat kunci, dah boleh letak barang dekat bilik sebelum keluar pergi jalan-jalan dekat bandar Melaka. I tak ambil gambar katil sebab tak sempat bila dah ada yang landing dulu. Sepatutnya bilik ni tak sesuai untuk 3 orang dewasa sebab katil single bed ada dua. Nasib baik ada sofa. Selesa la tidur sebab sofa dia tebal. 


Almari baju, fridge dengaan heater disediakan dalam bilik ni. In case nak iron boleh call je room service. No worries. 


Bathroom dia biasa je tak ada bath tub bagai. Okay lah sebab dah ada pool kan, buat apa nak berendam dalam bath tub lagi. Ada hot shower jugak. 


But I tak selesa dengan deco dekat dinding tu sebab orang luar boleh dengar orang mandi or membuang lol


Since it was unexpected plan kan, I terlupa nak bawak telekung sebab dah gopoh sangat nak bersiap. Thank God dekat sini ada prayer room yang selesa tapi geram jugak la dengan perangai customer yang bawa telekung masuk dalam bilik. How selfish. Surau dia tak berkunci pun so boleh je datang solat Subuh. 

Kalau telekung habis masa tu, I dah plan nak pergi masjid Selat Melaka dekat belakang hotel ni. Cuma risau la masjid dah berkunci sebab balik dah lewat malam masa tu. Nasib baik ada tinggal satu. 


View malam quite nice lah for me. Malam tu lepas solat terbau pulak burger dari bawah. Dari kenyang terus lapar balik. 


Dekat sini ada The Alley and surprisingly buka sampai 2 pagi. I tak sure untuk hari tu je ke ataupun hari-hari lain.


Just bought a Boba Milk Tea untuk hilangkan kempunan hshshs


In case you guys perlukan apa-apa ada je mart dekat bawah ni tapi tak tahu lah harga macam mana. Mungkin juga mahal dari biasa. 






Best lepak waktu malam sambil makan burger dekat sini sebab angin best sangat. Tapi masa kitorang lepak ni je lah, angin kemain kuat. Kalau next time you guys datang dan gagal dapat kepuasan yang sama, just blame the nature.


Pagi tu kitorang plan nak mandi pool sampai checkout tapi malangnya pool dia agak dalam 4 kaki. Kalau kaki cramp memang tenggelam ke dasar lah cerita dia. Kalau pool lain, kedalaman dia berperingkat so I tak la cuak sangat.  


Pool indoor pun sama. Cantik tapi scary. Kat sini tak ada lifeguard jaga that's why cuak nak turun. Pool kanak-kanak pun tak ada so tak berani nak bagi budak-budak mandi. 



Lepas rendam kaki beberapa minit terus naik sebab tak lama lepastu dah ramai yang datang nak mandi. Disebabkan pool ni kecik je, takde mood nak mandi bila dah ramai. Kemudahan pool ni buka dari jam 7 pagi sampai 9 malam. 

Did chest exercise with 30kg load ;P

Ada juga disediakan gym dekat sini dari jam 5 pagi sampai 9 malam. Tak la banyak equipment tapi setakat nak mengada acah buang lemak tu boleh la.



Bila dah exercise ni mula la perut berbunyi nak makan bagai. Since kitorang tak include breakfast, terpaksa la chekout awal masa tu. Around jam 10.30 dah keluar hantar kunci dan ambil balik deposit. Sayang nak tinggalkan tempat cantik ni. 


Kalau tengok dekat Google, rating Platinum Hotel & Suites ni agak tinggi around 4 stars from 5 stars. Dengan facilities dan staff services, I memang rasa puas dan berbaloi la stay dekat sini. Hilang sekejap stress bekerja. 

Dekat sini kalau weekend rasanya memang ramai sebab petang Sabtu penuh dengan pengantin buat outdoor wedding photoshoot. Bab nak makan je la payah sikit sebab Foodpanda tak masuk area ni. Tapi tak la jauh mana dengan Bandar Melaka, dalam 3 minit je. 


Kalau perasan dalam gambar, ada bangunan besar dalam construction process lagi. Nanti dah siap mungkin lagi ramai orang la kot. Mall pun ada dekat belakang tu cuma tak banyak kedai lah. Platinum Hotel & Suites ni dekat dengan Melaka Gateaway tapi tempat tu ditutup. Mungkin nanti akan dibuka untuk public or maybe deserted Idk. Whatever it is, ada promotion untuk hotel ni just grab je okay. Worth it!

23 comments:

  1. wahhhh this is amazing. sukenye. next time this might be my next stay. i hope so. hehe

    ReplyDelete
  2. Cantiknya, macam kat oversea. Next trip nak lepak sini lah

    ReplyDelete
  3. Cantiknya, instagramable sangat. Next time kalau datang Melaka boleh stay sini lah

    ReplyDelete
  4. Wow cantik yang pemandangan malam tu. Bestnya banyak tempat bole selfie ni kalau pegi sini

    ReplyDelete
  5. Nampak hotel ni persis kat Eropah je senibinanya. Cantik la. Tak pernah lagi menginap sini. Kalau jalan kat bilik hotel tu creepy sebab selalu dalam citer hantu ada je entiti kat situ.

    ReplyDelete
  6. menarik.. nampak selesa tempat ni :)

    ReplyDelete
  7. Rawlins suka tengok view malam2 tu - nampak macam kat luar negara. And location wise pun bagus sebab dekat dengan anywhere. Thanks for the review ye

    ReplyDelete
  8. Selalu jugak ke Melaka tapi tak pernah lg stay kat sink. Manti boleh la plan stay sini pulak nanti

    ReplyDelete
  9. Hampir nk book kesini sbb nmpk viral dkt fb dulu. Nice juga kemudahan tu cuma pool tu kecik sgt. hehehe

    ReplyDelete
  10. amboiii kemain dia ekkk explore habis-habisan...taun lepas duduk sini, tak sempat nak explore sangat..tapi ya, memang best duduk sini..

    ReplyDelete
  11. Ok lah hotel ni dah buka di melaka gateway... Sebelum ni klu pergi sana coz nak pegi masjid selat je.. Selebihnya masih dlm construction.. Boleh try utk next visit.. Tq for review.

    ReplyDelete
  12. sekali tengok dah macam kat europe haa,.. cantik !! ala-ala baba nyonya pun ya jugak,.. kira ok la utk org luar yg nk cuti kat sana

    ReplyDelete
  13. Memang nampak hotel nya macam bangunan zaman kolonial gituh. Indoor pool macam tak syok sangat tapi sesuai la dgn lokasi dan senibina hotel ni kan. Mungkin boleh cuba book bila ke Melaka.

    ReplyDelete
  14. Wow best..x bukak hotel nie ya..selalu jugak gak Melaka tapi ingat hotel ini belum beroperasi..bolelah cuba...deco nampak menarik sgt

    ReplyDelete
  15. cantiknya hotel ni. vintage sangat . dah macam outlook macao dah saya tengok. nanti kalau ke Melaka memang wajib stay ni.

    ReplyDelete
  16. Dah lama tak ke Melaka... nanti boleh la tengok hotel ni sbb nampak menarik bilik pun luas.

    ReplyDelete
  17. Ok..cun sgt ni.. Ni area bandar hilir ke fana... Akak dlu pun 6 years study dekat melaka... Mmg port la kalau bandar hilir ni.. Tpi lama da xpi melaka

    ReplyDelete
  18. Wahh boleh cuba stay hotel ni nanti..thanks review

    ReplyDelete
  19. pergh dia punya hotel namapk macm luar negara..tapi macam tak ramai orang ye..nice..bulan depan pergi melaka

    ReplyDelete
  20. canti gak tempatnya tu, classic. melaka kan. yang ada swimming pool paling best

    ReplyDelete
  21. ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  22. Cantiknya.. Bolehlah cuba stay dekat sini nanti..

    ReplyDelete
  23. Pool dia nampak menarik. Mula2 ingat private pool, bila baca oh rupanya public pool. Agak tak selesa la kalau dah ramai2 kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!