Senarai Filem Lakonan Katrina Kaif Dekad 2009-2019

Friday 10 January 2020

Beberapa hari lepas senarai Top 15 Highest Grossing Actress Of The Decade keluar dan nama Katrina Kaif berada di tempat pertama dengan jumlah kutipan movie-movie lakonan Katrina sebanyak Rs1609 crore disusuli dengan Deepika Padukone dan Anushka Sharma. 

And because of that I kumpulkan filem-filem lakonan Katrina Kaif sepanjang dekad ni dari tahun 2009 hingga tahun 2019. Jom tengok movie mana yang bagi profit besar kepada pelakon cantik ni.


1. New York (2009)


Mengisahkan tentang kehidupan 3 sahabat yang belajar di kota New York - Sameer, Omar dan Maya. Fast forward after they graduate, Sameer berubah selepas ditahan dalam concentration camp lepas tragedi 9/11 dan plan untuk balas dendam. 

Katrina pilih untuk berlakon sebagai Maya sebab dah penat dengan watak arm candy and she proved her worth dalam New York bila lakonan dia dipuji oleh kritik. Movie New York merupakan movie keenam tertinggi jumlah kutipan pada tahun 2009. 

2. Ajab Prem Ki Ghazab Kahani (2009)


Dengan berbekalkan budget sebanyak Rs25crore, movie Ajab Prem Ki Ghazab Kahani mengaut keuntungan besar bila kutipan mencecah Rs111crore. Remake dari film Telugu berjudul Soggadu ni mengisahkan tentang Prem yang jatuh cinta dengan Jennifer Pinto si ulat buku tapi sayangnya Jennifer minta bantuan dia untuk kahwin lari dengan kekasih dia. 

3. De Dana Dan (2009)


Movie komedi yang mengisahkan kehidupan miskin dan malang Nitin Bankar (Akshay Kumar) dan Ram Mishra (Sunil Shetty) tapi bertuah dalam percintaan bila partner masing-masing cantik dan berasal dari keluarga kaya. Rishte Naate is one of my fav song from this movie. 

4. Raajneeti (2010)


Pergelutan politik dalam keluarga Pratap yang mengorbankan banyak nyawa pada akhirnya. Indu (Katrina Kaif) bercinta dengan Samar Pratap (Ranbir Kapoor) tapi sudahnya dikahwinkan dengan abang Samar disebabkan Samar bercinta dengan perempuan lain. Sama macam movie Ajab Prem Ki Ghazab Kahani bila budget movie Rajneeti cuma Rs60crore tapi berjaya mengutip 145crore. 

5. Tees Maar Khan (2010)


Con artist, Tees Mar Khan ditangkap buat kali ke-26 oleh polis tapi berjaya lepaskan diri dan balik untuk berjumpa isteri dia Anya yang tengah struggle untuk debut di Bollywood. Movie ni remake dari movie Itali, After The Fox tahun 1966. 

6. Zindagi Na Milegi Dobara (2011)


3 sekawan, Arjun, Kabir, and Imraan buat reunion dan pergi bercuti di Spain dengan misi untuk challenge diri buat benda yang paling takut diorang nak buat. Diorang kemudian berjumpa dengan Laila, scuba dive instructor dan jatuh cinta dengan Arjun. Dalam masa yang sama Kabir ada salah faham dengan tunang dia, Natasha. Movie ni menang besar untuk kategori Best Film tahun 2011 di pelbagai award events. 

7. Mere Brother Ki Dulhan (2011)


Lepas Luv putus cinta dengan Piyali dan pulang ke India, Luv minta adik dia Kush untuk carikan mana-mana perempuan untuk dijadikan isteri dan nak kahwin di Agra. Kush kenal dengan Dimple melalui kawan dia tapi bila makin rapat dengan Dimple, diorang sama-sama jatuh cinta. Rom-com comedy with great music soundtrack! Watak Dimple antara watak yang menarik tahun 2011. 

8. Ek Tha Tiger


Mengisahkan percintaan antara perisik India, Tiger dan Pakistan, Zoya yang berjumpa di Dublin untuk dapat maklumat dari seorang saintis India, Professor Anwar Kidwai. Disebabkan mereka berdua ejen terbaik, both of them terpaksa lari bersembunyi di negara luar dari agensi ISI & RAW. 

Disebabkan movie ni best, ETT dinobatkan sebagai movie paling tinggi jumlah kutipan untuk tahun 2012 dan ke-25 tertinggi jumlah kutipan sepanjang masa. 

9. Jab Tak Hai Jaan



Movie terakhir arahan Yash Chopra mengisahkan tentang percintaan Samar dan Meera tapi terputus di tengah jalan bila Meera berdoa untuk keselamatan Samar dengan syarat dia akan jauhkan diri dari Samar. Akibat marah dengan keputusan Meera, dia pulang ke India dan join tentera. Dekat sana Samar berjumpa dengan journalist cantik, Akira Rai.

Walaupun tarikh tayangan movie ni clash dengan movie Ajay Devgn's Son Of Sardar tapi JTHJ berjaya meraih kutipan sebanyak Rs200crore. Untuk pasaran domestik tak sehebat ETT tapi pasaran antarabangsa, JTHJ ketiga tertinggi selepas 3 Idiots dan My Name Is Khan.

10. Dhoom 3


Jai dan Ali ditugaskan untuk misi di Chicago untuk berkas Sahir, owner The Great Indian Circus untuk kes kecurian secara besar-besaran di kesemua cawangan Western Bank of Chicago. Sahir sebenarnya balas dendam untuk jatuhkan bank tersebut lepas ayah dia meninggal dunia disebabkan tak mampu bayar loan pada tahun 1990.

Movie Dhoom 3 dibikin dengan budget sebanyak Rs125crore dan mendapat pulangan besar sebanyak Rs589.20 crore dan dinobatkan sebagai filem ke11 tertinggi jumlah kutipan sepanjang masa di India.

11. Bang Bang!



Remake dari movie Knight & Day, Rajeev Nanda dalam misi untuk curi permata Kohinoor dan minta upah sebanyak 20 juta dollar dari terrorist Omar Zafar - orang yang sama bunuh abang dia. Dalam masa yang sama dia terjumpa dengan Harleen dan jatuh cinta. Dengan budget sebanyak Rs100 crore, Bang Bang berjaya mengutip Rs300crore di pasaran dalam dan luar negara.

12. Phantom



Movie yang diadaptasikan dari novel Mumbai Avengers karya Hussain Zaidi bertemakan serangan terrorist di Mumbai pada 26/11. Daniyal dan Nawaz Misry merupakan ejen RAW yang dihantar ke Pakistan untuk memburu Hafeez Said, dalang kepada letupan di Mumbai.

Walaupun pulangan tiket tak berapa tinggi tapi performance dan music score movie ni dipuji oleh beberapa critics.

13. Fitoor


Diinspirasikan dari novel Great Expectations kary Charles Dicken, movie Fitoor mengisahkan tentang percintaan dua darjat antara Firdaus dan Noor Nizami. Cinta mereka terhalang disebabkan ibu Firdaus pernah ditipu oleh lelaki kelas bawahan. Dia taknak Firdaus lalui benda yang sama. Movie Fitoor adalah movie flop pertama Katrina untuk dekad ni.

14. Baar Baar Dekho



Jai Verma dan Diya Kapoor bercinta dari zaman sekolah sehingga lah Diya decide untuk propose Jai sebab Jai takut untuk ada komitmen bila dia ada harapan untuk jadi profesor di Harvard. Nak tak nak dia terpaksa terima lamaran Diya tapi bergaduh besar sampai putus tunanng disebabkan hal remeh. Esoknya dia bangun, dia sedar yang dia dah pun berada di masa hadapan dan bakal kehilangan Diya. 


15. Jagga Jasoos



Jagga mempunyai masalah gagap yang agak teruk tapi dengan bimbingan ayah angkat dia, Jagga boleh bercakap dengan lancar apabila menyanyi. Satu hari ayah Jagga hilang dari rumah dan satu-satunya cara untuk berhubung ialah dengan melalui VHS tape. Jagga plan untuk cari ayah angkat dia dan dalam perjalanan, dia terjumpa dengan si cantik Shruti.

Another failure dalam career Katrina bila movie di bawah produksi Disney gagal mengutip pulangan yang agak besar. Movie ni terlampau lama delay sampai ramai dah hilang minat untuk menonton.

16. Tiger Zinda Hai


Selepas kejayaan Ek Tha Tiger, Salman Khan dan Katrina Kaif berlakon dalam sequel Tiger Zinda Hai tapi berbeza director - Ali Abbas Zafar. Kalau dalam ETT kita boleh tengok kisah percintaan dua perisik, dalam TZH pula lebih kepada kehidupan pasangan suami isteri. Disebabkan satu misi besar, dua-dua negara cuba untuk pujuk balik perisik terhebat mereka untuk selamatkan tawanan di Iraq.

Dengan budget Rs200crore, TZH antara movie yang tertinggi budget di industri sepanjang masa. Movie TZH berjaya mengaut jumlah kutipan sebanyak Rs500cr dan tersenarai dalam movie paling tinggi jumlah kutipan sepanjang masa di Bollywood.

17. Thugs of Hindostan



Berkisarkan penjajahan British pada tahun 1975, Firangi join team rebel untuk dapatkan kemerdekaan dan hidup bebas dari pihak penjajah. Dengan bantuan Suraiyya, Firangi dan Kubashk jalankan misi untuk bertempur dan bunuh pegawai British yang kejam, Robert Clive. 

Dengan budget sebanyak Rs300crore, movie Thug Of Hindustan gagal meninggalkan impak kepada penonton dek kerana jalan cerita yang meniru Pirate Of Caribbean. 

18. Zero


Mengisahkan tentang kehidupan Bauua yang kerdil dan mencari pasangan hidup tapi disebabkan malas dan memilih, pinangan dia sering ditolak. Untung nasib Bauua bila berjumpa dengan pelakon pujaannya, Babita Kumari dan lari dari majlis kahwinnya dengan Aafia Yusufzai Bhinder.

Walaupun movie Zero flop di box office dan menerima kritikan untuk jalan cerita tapi lakonan Katrina mendapat pujian sekaligus dicalonkan dalam kategori Best Supporting Actress di pelbagai award event.

19. Bharat


Diinspirasikan dari movie Korea, Ode to My Father, movie Bharat mengisahkan tentang perjalanan hidup Bharat sejak tahun 1947 bila Pakistan dan India terpisah. Bharat berazam untuk mencari ayahnya dan Gudiya yang hilang di setesen keretapi.

Demi janji dia kepada ayah tercinta, Bharat sanggup buat apa sahaja untuk pastikan dia dapat hidup dan sara hidup keluarga even tangguh perkahwinan bersama Kumud Raina.

End of my list for this entry! Untuk tahun 2020, Katrina dah reveal dekat media yang dia ada line up menarik untuk fans dia. For now, ada Sooryavanshi tapi tak banyak sangat screentime but looking forward for crime thriller dengan Siddhant Chaturvedi. ZNMD 2 pun ada khabar angin akan dipertimbangkan. Can't wait! 

15 comments

  1. dari senarai2 movie dia ni, nampak dia sangat serasi dengan action movie kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu waktu zaman giler hindustan tak minat sgt dgn katrina ni sebab dia pelakon baru kan. tapi sekarang famous giler dia..heheدانلود آهنگ امو باند تو دلی

      دانلود آهنگ جدید

      Delete
  2. dulu waktu zaman giler hindustan tak minat sgt dgn katrina ni sebab dia pelakon baru kan. tapi sekarang famous giler dia..hehe

    ReplyDelete
  3. This is my first time i visit here. I found so many entertaining stuff in your blog, especially its discussion. From the tons of comments on your articles, I guess I am not the only one having all the leisure here! Keep up the good work. I have been meaning to write something like this on my website and you have given me an idea.
    showboxappguide.com

    ReplyDelete
  4. Suka tengok Katrina nie menari.. cantik..

    ReplyDelete
  5. I am really enjoying reading your well written articles. It looks like you spend a lot of effort and time on your blog. I have bookmarked it and I am looking forward to reading new articles. Keep up the good work.


    notepadplusplusdownload.com/

    ReplyDelete
  6. I'm happy to see the considerable subtle element here!.


    online research study paid

    ReplyDelete
  7. I curious more interest in some of them hope you will give more information on this topics in your next articles.

    how to download gbwhatsapp

    ReplyDelete
  8. I'm happy to see the considerable subtle element here!.

    minecraft 0.15 0 free download

    ReplyDelete
  9. Three are usually cheap Ralph Lauren available for sale each and every time you wish to buy.rice purity test meaning

    ReplyDelete
  10. Hi to everybody, here everyone is sharing such knowledge, so it’s fastidious to see this site, and I used to visit this blog daily

    supersuapkpro.com/king-root-apk

    ReplyDelete
  11. Glad to chat your blog, I seem to be forward to more reliable articles showbox tv apk

    ReplyDelete
  12. I am pretty much pleased with your good work mobdro free movies

    ReplyDelete
  13. Actress Bollywood yg diminati
    Kajol,Rani Mukherjee,Manisha Koirala,Karishma Kapoor, Preity Zinta, Anushka sharma dan Katrina Kaif 👍🏻👍🏻👍🏻yg lain x gemar dh..sebab dh masuk fasa 2012,13 ke atas,x berapa seronok dh..yg legend dh kurng berlakon..😁✌🏻

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.