Movie Review | ZERO (2019)

Monday 11 February 2019


Director : Anand L. Rai
Writer : Himanshu Sharma
Cast : Shah Rukh Khan, Anushka Sharma, Katrina Kaif, Abhay Deol, R.Madhavan, 
Production Company : Red Chillies Entertainment, Colour Yellow Productions
Distributor: Yash Raj Films, Netflix
Genre : Romance / Drama
Running Time : 164 minutes
Release Date:  21 December 2018
Trailer :



Since ramai sangat yang tanya my opinion on this movie, so yass this is my review for this crap film of the year. Anyway thank God ada Katrina Kaif – my sole reason I’m excited for this movie. 

Movie pasal si kerdil ni dah lama dah siap cuma tak jumpa barisan pelakon yang betul-betul sesuai since Salman Khan reject the offer. Then SRK nak lepastu dia pujuk Anushka dengan Kat untuk berlakon sekali walaupun Jab Harry Met Sejal flop. It’s a dream come true for Anand L. Rai sebab dia dah lama nak SRK berlakon dalam movie dia. 


So first half movie agak menarik lah jalan cerita bila si kerdil Bauua Singh (SRK) gigih cari jodoh sebab dia dah 38 tahun. Bila dia jumpa Aafiya (Anushka Sharma), dia agak terkejut sebab dalam gambar cantik tapi rupanya OKU – cerebral palsy. But since dia dah buat temujanji so dia teruskan jugak jumpa Aafiya sebab dia anggap dia pergi window shopping. 

Ego dia tercalar bila kena halau dengan Aafiya tambah pulak bila Aafiya tak pandang dia langsung. Tak pasti kenapa dia nak berlagak sangat sedangkan dia kerdil yang suka habiskan duit ayah, jauh beza nak dibandingkan dengan Aafiya. Of course she’s cerebral palsy tapi dia scientist India yang lead mission to Mars. In terms of beauty, intelligence, fame and wealth, Aafiya dah jauh tinggalkan Bauua. He is nothing!


Esoknya dia pergi jumpa Aafiya dan cabar Aafiya untuk kutip pen dekat lantai and she did. Buruk nama Bauua sebab malukan Aafiya depan media. Sudahnya Bauua datang minta maaf and spent huge amount of money to get laid with Aafiya. The mission succeed and he ghosting her just like that. 

Lepas sebulan, Aafiya datang ke Meerut untuk jumpa Bauua tapi family Bauua paksa dia kahwin dengan Aafiya sebab parents Bauua taknak dia mainkan Aafiya. So the wedding is on walaupun dia tak rela. Shit happens bila Bauua terpilih untuk dance competition jadi dia lari dari wedding dia disebabkan pemenang pertandingan tu dapat jumpa dengan Babita Kumari (Katrina Kaif), his superstar crush. Nak pula lepas Babita cium dia, pada malam sebelum wedding day dia dalam keadaan mabuk. Due to that Bauua rasa dia ada chance untuk jadi something special dalam hidup Babita. 


Macam bodoh je pemikiran Bauua masa tu sebab dia expect Aafiya jenis yang open minded sebab tinggal di USA so that’s why dia lari lepas have sex  bcs it just a one night stand tapi dia boleh fikir Babita got emotional attached dengan dia with just one kiss? Masa mabuk pulak tu and she did rant on her pathetic love life with Aditya Kapoor (Abhay Deol). 

Anddddd dia kena halau dengan Babita sebab his nasty comments masa birthday party Babita plus Babita nak dia cari Aafiya balik since they’re in love with each other. Dari Meerut, Bauua pergi ke Amerika untuk cari Aafiya di NASAR. Dia jumpa tapi dia dapat tahu yang dia ada anak dengan Aafiya. So he did his best nak minta maaf dan rekindle their relationship walaupun Aafiya dah bertunang dengan Srini (R.Madhavan).


Tapi standard lah movie SRK mesti lah heroin kena lari dari wedding untuk kahwin dengan dia. I seriously don’t know how much money Aafiya spent for her weddings. Seriously dua majlis kahwin batal sebab Bauua. Kalau tu bukan cinta, mungkin tu kebodohan dan pembaziran yang nyata. Oh yeah nobody really care about their baby. Nama pun tak mention lol apa benda entah parents stok cenggini. 

Visual and soundtrack memang on point nak pula lagu Husn Parcham dengan Heer Badnam naikkan hype untuk movie ni. Again, thanks Katrina jaan. Lagu masa dance competition tak best, lagi menyampah bila Bauua boleh menang sebab depa tangan je like apakahhhh? Tiger Shroff siap backflip, moonwalk bagai dalam movies dia tapi dalam Zero hang depa tangan ja dah menang. 


Thanks to Katrina again bcs her role is somewhat great to watch. Scene dia call Aditya dalam bathtub tu scene mudah je untuk dia sebab dia pun experience benda sama masa kena tinggal dengan Ranbir Kapoor dulu. So watak Babita Kumari ni lebih kurang jalan cerita hidup dia je. Kudos to Anushka as Aafiya yang cerebral palsy, another great roles in her career apart from a bubbly girl tho I don't really like her role in this movie. But give credit when its due.


Katanya SRK terkejut audience tak suka jalan cerita movie ni & tak suka karakter hero bongkak macam zaman KKHH, DDLJ, K3G etc sampai flop movie ni dibuatnya. Entah level delusional tahap berapa dalam kepala SRK masa dia ubah skrip dan jalan cerita movie ni. He’s out of touch with reality. Dia tak study pun target market dia, dia tak study the trend and poor his fans menangis dalam panggung sebab movie merapu macam ni. Audience sekarang nak social oriented movies, feminism, awareness or something related with them. That’s why Andhadhun, Badhaai Ho, Uri, Manmarziyaan, Stree boleh pecah panggung. I thought he learned his lessons after Fans and Dilwale but apparently he keeps tarnishing his image. Why?


I’m totally glad this movie flop badly because finally the audience succeed in delivering message to #TheKhans this kind of crappy role won’t survive in market. Short-run or long run crap movies are just crap. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5.9/10

7 comments

  1. Tak sangka teruk betul pemikiran SRK.. dia ingat audiens sekarang sama macam audiens zaman KKHH kot.. sengal.. Tapi Katrina tu tak pernah tak cantik.. TQ Farhanna untuk review ini.. Tak payah dah buang masa nak tengok.. Dilwale dulu pun tak pernah berjaya habis tengok.. Yang ini tak payah mula pun takpelah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sebab dah ramai DM tanya dah tengok ke belum movie ni. Better jangan tengok sebab menyakitkan hati. Screentime Katrina pun tak banyak sangat. Yang dalam lagu dengan trailer je scenes dia & tambahan beberapa minit. Kaw2 SRK guna dia untuk promote movie sama macam Aamir buat. Kejam betul.

      Delete
  2. ye ke smpi mcm tu? br berangan nk tgk hehehe

    ReplyDelete
  3. Yesss! Dapat jawapan takyah pi tengok. Tapi awat teruk sangat jalan cerita camni? Macam hero perasan bagus sangat padahal dia pun kerdil dan tua. Okay, stop kondem..haha

    ReplyDelete
  4. aida tgk ni separuh jalan jer.
    mcm tak menarik perhatian aida langsung!!!
    cannot comment much lah.
    kesian jer dgn srk :(

    ReplyDelete
  5. Untuk bertukar Informasi mengenai Game Online, silahkan kunjungi Blog kami yang ada dibawah ini:

    OSG777
    SCR888 Indonesia
    Login Sbobet
    Joker123
    918Kiss

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.