Thursday, 21 February 2019

Movie Review : Alita - The Battle Angel


Director : Robert Rodriguez
Writer : James Cameron & Laeta Kalogridis
Cast : Rosa Salazar, Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley, Keean Johnson
Production Company : 20th Century Fox, Lightstorm Entertainment, Troublemaker Studios, TSG Entertainment
Distributor : 20th Century Fox
Genre : Action, Sci-fi
Running Time : 122 minutes
Release Date : January 31, 2019 (Odeon Leicester Square) & February 14, 2019 (United States)
Trailer :



Dari manga Gunmm kepada anime and end up being a movie dengan menggunakan tajuk yang sama, Alita : The Battle Angel. Based on trailer and positive reviews, saja layan kaki menapak ke cinema to watch this female-centric movie. Gotta say it’s sooo worth my free redeemed tickets.


Alita (Rosa Salazar) mengisahkan tentang cyborg perempuan yang hancur lepas jatuh dari Zalem ke tempat pembuangan sampah masa The Falls-peperangan antara semua bandar terapung. End up Dr Ido (Christoph Waltz) jumpa and he decided untuk repair badan cyborg dengan pakaikan badan robotik ciptaan yang dia simpan untuk arwah anak dia, Alita.

Lepas major repair or surgery, Alita terjaga dari tidur tapi sayangnya dia tak ingat pun identiti diri dia, even worst dia tak ingat pun nama dia. That’s why Dr. Ido bagi nama Alita kepada dia supaya hilang rindu. Basically Dr. Ido kerja sebagai tukang repair badan cyborg yang dah hancur sebab mostly penduduk dekat Iron City berkepala manusia tapi badan besi. Ada yang modify badan untuk masuk dalam game Motorball yang diketuai oleh Vector (Mahershala Ali).


Alita jatuh cinta pandang pertama dengan Hugo (Keean Johnson), si pencuri badan cyborg yang bekerja di bawah arahan Vector. Sesiapa yang menang game Motorball dan kalahkan pemain taruhan Vector akan dapat nasib malang bila badan kena curi dengan Hugo. Yeah of course, Alita tak tahu benda ni lepastu Hugo pun acah nak jadi baik dan berubah disebabkan Alita. Cliché.

Kebijaksanaan Alita hancur dalam movie ni bila dia dengan suka hatinya offer jantung hi-tech nano dekat Hugo padahal Alita ni sejenis cyborg harapan bandar dia sebelum kena buang dari Zalem. Walaupun female centric movie tak bermakna karakter tak jadi bodoh kerana cinta ya. Tapi reaction Hugo is the huge winner in this movie. 


Musuh Alita dalam movie ni bukan Hugo & his team tapi Vector dan Nova yang control Zalem. Dari awal movie sampai habis memang tak tahu apa yang ada dekat Zalem sampai semua teringin benar nak hidup senang dekat Zalem especially Hugo dan Chiren (Jennifer Connelly). Tapi dari gaya Dr. Ido, tempat tu agak teruk dan Dr. Ido cuba elakkan diri dari terjebak dengan Nova and he advice the same thing dekat Alita but its too late already.

Jalan cerita Alita agak lemah dan messy and yes definitely akan ada sequel dari cara director simpan banyak benda like I’ve mentioned earlier bila director tak dedahkan Zalem, siapa sebenarnya Nova dan banyak lagi. Tapi part paling menyampah bila director sengaja matikan watak penting dalam hidup Alita just because nak bagi hint sequel. I will accept this reason kalau dalam manga and anime memang macam tu. But still, don’t be that kind of guy who ruins every perfect moment. Tsskk


Top notch visual is one of brownie points untuk movie ni  tambah pula bila tengok dekat cinema especially action stunt scene yang tak flashy sangat tapi balanced well with those slo-mo shots and Swan Song from Dua Lipa beautify those scenes. Gahhh another reason to fall in live with Dua Lipa. Iron City pun agak unik dengan gaya hidup masing-masing. Cuma agak turn off bila tengok mata Alita yang director sengaja besarkan supaya tak lari dari manga & anime. Padahal boleh je guna muka asal Rosa supaya nampak lagi real.



Walaupun jalan cerita dia agak predictable even plot twist pun dah boleh agak tapi still best nak layan sebab banyak action stunts and melodrama Alita-Hugo actually works. Tengok gaya collection dekat box office macam tak mampu nak buat sequel but please wujudkan sequel sebab tak puas hati dengan kelompongan movie ni and yupp I crave for more action stunts from Alita!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 7.8/10

1 comment:

  1. encik suami duk ajak tengok filem ini.. best katanya..
    Kalau action banyak macam Farhanna cakap, memang bestlah untuk ditonton..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.