Saturday, 9 February 2019

Industri Tenusu, Industri Kejam Kepada Lembu

Dari kita kecil lagi kita dah pun didedahkan dengan khasiat dan kepentingan susu dalam sistem tubuh badan kita baik dari hebahan media ataupun hebahan di sekolah. Tapi pernah terfikir tak flow ataupun proses penghasilan susu setiap hari?


Untuk dapatkan susu haruslah daripada lembu yang baru melahirkan sama macam manusia tapi berapa banyak susu penternak boleh hasilkan dalam sehari kalau anak lembu masih lagi menyusu? Will it reach market's quality and hygiene? Well, take a look on this video


Of course dekat Malaysia lebih terjaga keadaan kandang but still ada beberapa kes penghasilan susu dari ternakan illegal yang diseludup dari Thailand dan menyebabkan penyebaran E-coli. Pernah juga terjadi kes di mana sus terdapat kandungan gula melebihi had yang ditetapkan. And yes, artificial insemination memang digunapakai di Malaysia disebabkan permintaan yang tinggi.

So how good is milk for our body? Apparently from several research, badan manusia tak perlukan consumption susu yang banyak selepas berumur 2 tahun. In fact, tak perlu pun! Sebelum mencecah usia 2 tahun, manusia perlukan kalsium yang banyak untuk tumbesaran tulang yang mana boleh dapat dari susu ibu. Susu jadi pilihan disebabkan fizikal cecair yang senang diminum untuk baby.

Ada juga beberapa kes allergies, acne, diarrhea, eczema and even cancer disebabkan pengambilan susu secara berlebihan. Ada juga kajian mengatakan susu antara punca osteoporosis.

Selain dari susu, ada banyak lagi makanan dan tumbuhan yang mempunyai khasiat kalsium yang tinggi sebagai alternatif lain untuk gantikan susu supaya mencecah 1000 RDI (Recommended Daily Intake) bagi manusia dewasa.

1. Benih


Benih ataupun biji agak famous dalam makanan harian kita such as biji bijan, benih saderi ataupun chia seeds. 1 sudu seeds bersamaan 126mg kalsium dan 13% RDI walaupun bersaiz kecil. Chia seed paling mudah sebab boleh tabur dalam minuman sama ada panas ataupun sejuk. 

2. Ikan Sardin & Salmon


92 gram ikan sardin boleh menyumbang 35% RDI kalsium kepada badan manusia. Selain dari kalsium, ikan sardin kaya dengan protein dan juga omega 3 yang bagus untuk kulit, jantung dan otak. 

Mempunyai khasiat yang sama dengan ikan sardin, 86 gram ikan salmon boleh menyumbang 21% RDI kalsium kepada badan manusia. Kebanyakan seafood terdedah dengan merkuri tapi berbeza dengan ikan salmon dan sardin dan mempunyai selenium yang tinggi which is good untuk mengurangkan tahap stress dan jaga badan dari penyakit kronik.

3. Sayuran Hijau


Sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kacang bendi, pak choy, kailan antara sayuran hijau yang kaya dengan khasiat kalsium. 190 gram sayuran bersamaan dengan 25% RDI tapi terlebih ambil sayuran ni boleh buat perut kembung so hati-hati. Selain kalsium, sayuran hijau juga tinggi dengan vitamin K yang mempunyai fungsi yang sama untuk menguatkan tulang. 

4. Badam


22 biji badam boleh provide 8% RDI kalsium kepada badan manusia, selain dari penyumbang terbesar magnesium dan Vitamin E untuk mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan kolestrol dalam badan. Susu badam pun ada dijual tapi harga dia agak mahal untuk daily consumption. 

5. Buah-buahan 


Kiwi, Aprikot, Oren, Nenas, Betik, Laici dan Berries - strawberry, rasberi dan blueberry merupakan penyumbang kalsium tapi buah agak tinggi dengan gula so pesakit kencing manis tak digalakkan makan sebelum consult dengan doktor. 

6. Kacang Soya


Tauhu boleh mencecah 86% RDI kalsium bila pengambilan sebanyak 126 gram! Sama juga dengan tempe ataupun edamame (kacang soya muda) yang dijual dalam pek sebanyak 155 gram mempunyai 10% RDI. Walaupun susu soya lebih baik dari susu lembu yang mempunyai lemak dan bakteria lembu tapi soya mungkin mendatangkan masalah penghadaman dan gas kepada perut. 

Ada lagi beberapa jenis makanan yang boleh menyumbang kalsium kepada badan selain dari susu so you guys dah boleh makanan-makanan ni untuk elakkan membeli susu dan dalam masa yang sama boleh kurangkan penganiayaan kepada lembu. Its a small change leads to a greater effect. 

8 comments:

  1. Sebelum ni tak pernah fikir pun pengambil susu macam tu, agak menyeramkan.

    ReplyDelete
  2. Ibu2 kena menyusukan bayi mereka.

    ReplyDelete
  3. Oo..tak pernah fikir pengambil susu tu macam tu pun sebelum ni. Kesian pula dekat haiwan tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengambilannya yang berlebihan tu aishhh seram la pula

      Delete
  4. ookay akak tak minum susu !! ahahahaha..

    ReplyDelete
  5. Alternatif lain dari susu.. suka ikan sardin dan tempe.. Rumah memang wajib ada ikan sardin.. Ikan kegemaran kami..

    ReplyDelete
  6. ugghh mmg jarang minum susu... agak sukar tuk entry ke mulut :D

    ReplyDelete
  7. aida setuju. sumber kalsium ada byk lain selain dari susu lembu.
    pemakanan mesti seimbang.
    ikut segi tiga tu kan.
    bab kejam kpd lembu tu, aida kurang arif nak komen :)
    ada kejam nyer, bergantung kpd penghasilannya.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.