Friday, 8 February 2019

Sangkaya Boat Noodles, Citta Mall

Pergi mana-mana mesti nampak Boat Noodles penuh dengan orang sampai beratur panjang, bab ambil gambar masuk dalam insta show off mangkuk bertingkek-tingkek tu tak payah cakap lah. Almost every week memang ada yang upload sampai rasa nak join jugak this madness. One menu yang rasa macam tergoda sangat, menu Sangkaya dia sebab bun/roti stim dia nampak fluffy. 


So we choose to have dinner there. Dekat Citta Mall, franchise ni baru buka so tak ramai yang singgah sebab Citta Mall ni boleh kata hambar jugak dekat area Damansara ni. Too many shopping malls kan, so isu kehambaran tu bukan sesuatu yang luar biasa. 


Decoration dia cantik, sesuai untuk Instagrammers tapi kalau peak hour memang tak dapat lah nak bergambar bagai sebab ruang makan dia kecil je. 


Since first time makan sini, untuk elakkan isu pembaziran, kitorang order one bowl one menu. Nanti baru decide nak tambah yang mana. Dalam satu mangkuk tu tak banyak mana pun. Sekali suap je dah boleh habis mi tu. But actually ada je tutorial how to eat at Boat Noodles. 


Makanan dekat Boat Noodle memang RM2 plus lah tapi drinks agak pricey, kalau tak jenis minum air sangat macam I tak perlu order banyak pun sebab drinks tak ada yang khas atau special sampai terngiang bawa tidur pun. Biasa je. 

So for our dinner, kitorang cuba Pathumthani, Sukinam, Prosperity Yum dengan kulit ayam goreng. Prosperity Yum menu khas untuk CNY je tau so kewujudan dia adalah terhad tapi tak tahu sampai bila. Frankly speak, Prosperity Yum was the best antara semua menu dekat sini. You guys should try it tapi kalau level tekak kita sama lah. 


Sukinam kuah dia sweet sour tapi tekak tak boleh go sangat. Thank God ada kulit ayam goreng, boleh lah cover rasa kuah Sukinam tu. Pathumthani not bad jugak lah, macam kuah tomyam biasa lah. 

And this is my Sangkaya. I feel like makan roti kukus with kuah cakoi pekat and nothing's special bout this menu at all. Sangkaya ni kalau makan ramai-ramai best lah, kalau makan berdua rasa macam ular sawa yang termakan badak. 


Second round order, kitorang try sweet kuey chap with meatball. Macam makan bihun kicap dengan separuh meatball je. Nothing much. Second round ni kitorang order Prosperity Yum je sebab yang tu je sedap dan best nak makan. 



Muka dah taknak datang Boat Noodles dah.


Maka ini lah hasilnya, tak banyak pun sampai staff Boat Noodles nak bergambar sekali sebab makan berdua kan. Meja depan makan sampai 53 mangkuk uollssss.


Boat Noodles seems overrated, nothing much pun sampai viral kemain tapi worth it lah for Instagram lovers. Keunikan makan sampai bertingkek tu yang buat orang beratur nak makan. As for the menu, biasa je lah. Overrated for sure.

7 comments:

  1. Bila dah ramai yang cakap menu biasa je.. Dah tak rasa beriya nak singgah.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Woah! Meja depan makan sampai 54 mangkuk? Berapa orang makan tu? Saya pun rasa Boat Noodles ni biasa-biasa je. Tapi suka coconut shake diaorang though harga dia mahal gila.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi cuba makan di Boat Noodles walaupun selalu nampak penuh je orang kat sana.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba pun lagi makan di Biat Noodles.tapi memang biasa tengok penuh je orang

    ReplyDelete
  5. suka sangkaya dengan roti tu. boat noodles x minat sangat. skali je penah makan..
    tapi suka air green tea depa. kaw kaw..

    ReplyDelete
  6. Rabia pernah pergi sekali je makan kat sini

    ReplyDelete
  7. seriously, aida & famili pernah dok kat meja di boat noodles, farhana.
    then belek2 menu.
    after belek2, anak2 aida tak brape tertarik utk try any of the food & drinks dlm menu.
    hu hu hu hu hu terus kami bangun balik, terus ke restaurant lain pilihan anak2.
    teringin jugak aida nak merasa makan mangkuk bertingkek-tingkek tu.
    lom berkesempatan. in shaa Allah next time. nak merasa sangkaya tu :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.