Movie Review : ANNA

Wednesday 16 October 2019


Director : Luc Besson
Writer : Luc Besson
Cast : Sasha Luss, Luke Evans, Cillian Murphy, Helen Mirren
Production Company : EuropaCorp, TF1 Film Production, BRON Creative, Hercules Film Fund
Distributor : Pathé (France), Summit Entertainment (United States & United Kingdom)
Genre : Action/Thriller
Running Time : 118 minutes
Release Date : 21 June 2019 (United States), 10 July 2019 (France)
Trailer :


Movie ANNA mengisahkan tentang spy Rusia, Anna yang menyamar sebagai top model di Paris untuk hapuskan sasaran-sasaran utama di UK. Setahun sebelum Anna join KGB, agensi ajen rahsia Russia, Anna adalah mangsa domestic violence, selalu didera dengan partner dia. 


Masa ejen Alexander "Alex" Tchenkov (Luke Evans) datang bagi tawaran sekali seumur hidup, Anna ambil keputusan untuk tolak dan kelar tangan dia sebab bagi dia mati lebih baik dari ikut telunjuk agensi besar macam KGB. Sooner or later dia akan mati jugak lepas dia tak mampu perform tapi Alex dah janji yang kontrak dia cuma 5 tahun then dia bebas. 


Impian Anna cuma untuk hidup bebas and that's why dia buktikan pada chief dia, Olga (Helen Mirren) yang dia mampu jadi yang terbaik. Tapi belum sempat kontrak dia habis, dia ditangkap oleh ejen CIA yang diketuai oleh ejen Leonard Miller (Cillian Murphy). 


CIA berdendam dengan KGB lepas ramai top agent CIA kena bunuh di Russia dalam satu misi rahsia beberapa tahun sebelumnya. That's why ejen Miller gunakan Anna untuk bunuh Head Chief KGB, Vassiliev (Eric Godon) dengan habuan Anna akan hidup di Hawaii tanpa gangguan dari CIA atau KGB.


Jalan cerita ANNA ni not bad lah tapi ada some scene yang draggy. Thank God lah action stunt dia sharp and swift onscreen sebab kalau masuk scene personal life Anna ataupun time dia menyamar memang bosan sangat. Anna ni bukan suka senyum pun, pendiam pulak tu.


Nasib baik tak lost dalam permainan flashback dengan plot twist dia since I lajukan speed video. Ada certain scene director pun terbabas dalam permainan masa dia tapi I layankan je lah. Not much on script pun since Anna ni sejenis pendiam. Dialog pun lebih kepada conversation biasa tapi suka tengok scene Anna dengan Olga since Olga ni sejenis yang sinis.

Related image

Lakonan bagus lah memasing sebab bukan calang-calang pelakon team ANNA ni cast. Antara sebab untuk berterima kasih dengan team production ni bila diorang cast Cillian Murphy sebagai ejen Miller. Cillian pun memang dah lama nak berlakon jadi ejen CIA, no wonder la performance dia cantik selain muka dan gaya dia yang impressive.

Image result for anna movie

Not recommended to watch dengan family lah sebab banyak intimate scene sebab Anna ni perangkap lelaki guna muka dan body dia je. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

6 comments

  1. Hahaha betul tu. sangat tak sesuai untuk family. Aien ingat mcm action biasa, sekali byk scene2 gitu.. hurm.. terus mati niat nak tengok kat laptop.

    ReplyDelete
  2. kak ana singgah lepas nampak ANNA tu je hehe :)

    ReplyDelete
  3. hana pun rasa movie ni bosan sgt klau xde scene action tu. Plot twist okay dh tp storyline mcm lambat sgt haha i dont know. What i know for sure, ni bkn movie yg hana akan tgk repeat byk kali. Thanks for sharing btw :)

    ReplyDelete
  4. entah kenapa tetiba sy teringatkan milla jovovich pulak heheheh

    ReplyDelete
  5. Thanks Farhana untuk review.. Nampak gaya memang kena tengok dalam bilik bertutuplah.. bahaya..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.