Movie Review | Office (2015)

Friday 29 October 2021

Director : Hong Won-chan

Writer : Choi Yun-jin

Cast : Go Ah-sung, Park Sung-woong, Bae Seong-woo, Kim Eui-sung, Son Soo-hyun, Lee Chae-Eun

Production Company : Film Blossom

Distributor : Little Big Pictures

Genre : Horror / Thriller

Running Time : 111 minutes

Release Date : 18 May 2015 (Cannes), 3 July 2015 (Neuchâtel International Fantastic Film Festival), 3 September 2015 (South Korea)

Trailer :


Kecoh di media sosial dan berita bila Kim Byeong-gook (Bae Seong-woo) membunuh kesemua ahli keluarganya dengan kejam. Isterinya dihentak dengan tukul sehinggaa pecah kepalanya, anak lelaki dia yang sakit pun terima nasib yang sama dan ibu dia yang tua meninggal disebabkan sakit jantung kerana terkejut yang amat sangat. 

Rakan sekerja Mr. Kim mula cuak dan cuba sembunyikan sesuatu apabila disiasat oleh Detektif Jong-hoon (Park Sung-woong). Intern Lee Mi-rae (Go Ah-sung) juga dinasihatkan supaya kunci mulut kalau tak nak hilang kerja. Ketua bahagian Sales di syarikat tersebut, Kim Sang-gyu (Kim Eui-sung) arahkan supaya mereka semua siapkan Sales Strategy memandangkan prestasi jualan di syarikat tersebut makin menurun setiap tahun. 


Awalnya Lee Mi-rae anggap tu peluang dia untuk dapat status tetap di syarikat tersebut malangnya kehadiran intern baru, Shin Da-mi (Son Soo-hyun) buatkan dia tergugat. Lantas dia teringat kata-kata Mr. Kim tentang pisau di dalam laci mejanya. 

‘To tell you the truth, when you clasp it like this, I feel somehow at ease. All my frustration and anxiety seems to melt away. To me, this knife is like a talisman.’ – Kim Seong-woo


Olahan pengarah Hong Won-chan yang baru debut dengan movie Office membuatkan penceritan naskhah dengan genre thriller ni kelihatan menarik dan mengerikan. Music background dari Kim Tae-seong antara yang mainkan peranan sampai lemah semangat setiap kali babak waktu malam di pejabat tu muncul. 


Lakonan Bae Seong-woo tak kurang hebat juga dalam avatar pekerja syarikat korporat yang tertekan dengan keadaan sekeliling. Rasa stress yang dia hadap tu memang semua orang boleh relate sebab kita pun tahu tahap kompetitif di bandar pesat bagaimana. Tak hairan lah kalau Seong-woo menang Best Supporting Actor di KOFRA Film Awards.

Tak boleh move on dengan movie ni lepas tengok sebab rasa seram tu masih ada. Tak memasal takut dah nak OT sebab semua ahli dalam Sales team tu kena kacau dengan watak Seong-woo. Cuma peliknya bila detektif macam tak function padahal dia berjaga je dekat bangunan tu. Patutnya request lah letak CCTV dekat Sales department tu bila Seong-woo belum ditangkap lepas kes pembunuhan tu. 


Ramai yang tak suka dengan ending movie ni sebab ada beberapa persoalan yang tak terjawab tapi kalau ikutkan tema psikologi yang dipaparkan, boleh nampak satu team tu tengah takut gara-gara layanan diorang terhadap Mr. Kim dan Mi-rae jadi bila diorang kena serang, bayangan Mr. Kim menghantui walhal watak tu tak ada kena-mengena pun. Konsep lebih kurang macam movie IT lah bila apa yang kita takut, benda tu lah yang datang mengganggu. Kita nampak apa yang kita nak nampak walaupun realiti sebenarnya bukan. 

Sama juga bila detektif tu ambil keputusan sebegitu supaya pengarah dapat paparkan betapa teruk dan dalamnya tahap korupsi dan kebobrokan yang berlaku di negara Korea Selatan. Dekat first half pun CEO syarikat dah geram bila kes macam ni boleh menjejaskan imej syarikat. Bila detektif dapat panggilan telefon dari ketua dia, dah boleh faham apa yang penulis cuba sampaikan dari babak tu sahaja. 


Movie Office terbitan Film Blossom dapat tayangan perdana di Cannes dan beberapa festival filem yang lain sebelum ditayangkan di panggung wayang. Rata-ratanya puji naskhah seram thriller ni kerana diolah dengan bagus dan mempunyai kekuatan dialog yang tepat menceritakan beberapa situasi. Dialog Mi-rae dengan Detektif dekat hospital tu yang paling padu bila dia ucap tahniah sebab Detektif Jong-hoon dapat naik pangkat. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10

Movie Review | Jungle Cruise

Thursday 28 October 2021

Director : Jaume Collet-Serra

Writer : Michael Green, Glenn Ficarra, John Requa

Cast : Dwayne Johnson, Emily Blunt, Édgar Ramírez, Jack Whitehall, Jesse Plemons, Paul Giamatti

Production Company : Walt Disney Pictures, Davis Entertainment, Seven Bucks Productions, Flynn Picture Company

Distributor : Walt Disney Studios Motion Pictures

Genre : Adventure / Fantasy

Running Time : 127 minutes

Release Date : 24 July 2021 (Disneyland Resort), 30 July 2021 (United States)

Trailer :


Mitos yang terdapat di Amazon iaitu kewujudan pokok ajaib Lágrimas de Cristal bila bunganya mampu mengubat segala jenis penyakit, kecederaan dan menghilangkan sumpahan. Pada tahun 1556, Don Aguirre (Édgar Ramírez) dan askar dia pergi ke Amazon untuk mencari pkok ajaib tersebut tapi ketamakan dia sehingga sanggup membunuh ketua puak Puka Michuna dan membakar kampung tersebut. Akibatnya dia dan disumpah akan hidup selamanya di hutan tersebut dan tidak boleh berjauhan dengan sungai Amazon. 

"Look, I just think if you’re lucky enough to have one person in this life to care about, then that’s world enough for me."- Frank

Tahun 1916, Dr. Lily Houghton (Emily Blunt) bersama adiknya, MacGregor Houghton (Jack Whitehall) pergi ke Brazil untuk mencari pemandu boat yang mahir selok-belok untuk ke Amazon supaya mereka dapat mencari Tears of the Moon. Di sana mereka berjumpa dengan Frank (The Rock) yang gagah dan berani berlawan dengan harimau bintang. 

Terpedaya dengan lakonan Frank dan haiwan peliharaan dia, Dr. Lily setuju dengan tawaran harga yang diberikan oleh Frank. Bukan senang nak jumpa pokok ajaib tersebut sebab Frank sendiri dah pernah mencari tapi gagal. Dalam masa yang sama, mereka dihendap oleh Prince Joachim (Jesse Plemons) yang mempunyai niat yang sama di Amazon. 

Masa tengok movie ni memang tak letak harapan tinggi pun sebab movie ni movie santai terbitan Walt Disney Pictures jadi target audience dia sebenarnya kanak-kanak dan keluarga. Lagipun dah bosan tengok The Rock berlakon dalam avatar yang sama, dah masuk 7 kali dah lepas movie The Mummy Returns (2001), The Rundown (2003), Journey 2: The Mysterious Island (2012), Jumanji: Welcome to the Jungle (2017), Rampage (2018) dan Jumanji: The Next Level (2019)

Movie Jungle Cruise ni diinspirasikan oleh taman tema air yang wujud di Disney Park sebab tu dalam babak Frank bawa pengunjung melawat sungai, props dia sama macam dalam taman tema especially back side of water. Karakter watak Frank pun sama dengan skipper di taman tema tersebut bila dia sejenis yang suka buat lawak hambar. Movie ni dah lama dah siap skrip dia sejak tahun 2003 lagi tapi tak jumpa produser yang nak laburkan dana untuk naskhah bertemakan pengembaraan mencari mitos bersejarah ni. 

Well, folks, you were all outstanding today, now I need you all out, standing on the dock. That means "get off my boat." I'm only serious. - Frank

Penulis letak banyak sangat reference yang berkait dengan dunia Disney dan memandangkan I bukanlah peminat tegar so reaction I biasa-biasa je lah bila layan movie ni selama 127 minit. Tapi kalau untuk peminat tegar Disney dan pernah melawat Disney Park, feels dia mungkin teruja lah bila tengok karya Jaume Collet-Serra ni. 

Walaupun layan secara santai tetap boleh nampak loopholes dalam movie ni bila Putera Joachim boleh jumpa Aguirre dan anak buah dia sedangkan hanya seorang saja yang tau mereka diperangkap di mana selama beratus tahun. Lagi satu macam pelik jugak kenapa Dr. Lily nak ambil bunga yang susah untuk dicapai sedangkan dia boleh dapat banyak bekalan untuk dibawa pulang. Pengarah sengaja letak elemen saspen dan drama padahal tak perlu pun.



Sinematografi memukau hasil karya Flavio Labiano memaparkan kecantikan semua lokasi yang wujud dalam movie Jungle Cruise. Tapi tak hairan pun kan sebab movie ni movie Disney jadi hasil visual memang dipaparkan dengan cemerlang ditambah pula dengan music score dari komposer James Newton Howard yang dah beberapa kali menang di Oscar Award, Emmy Award dan banyak lagi. 

Untuk yang mencari movie santai tontonan keluarga, movie Jungle Cruise sangat sesuai sebagai hiburan di hujung minggu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.9, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Mummy Ayu's Birthday Giveaway


Syarat2 nya..simple je:-
1. buat satu entry bertajuk "Mummy Ayu's Birthday Giveaway" & link balik ke entry ni
2. tinggalkan link korang kat bahagian komen entry ni so that Mummy Ayu leh blogwalking 
ke blog korang & tinggalkan jejak
3. tu je... 😉
4. pemenang akan dipilih secara cabutan, jumlah pemenang adalah berdasarkan jumlah penyertaan
so far .. yg confirm memang satu la..yg akan memenangi planner comel & cun ni (boleh pilih design)
5. tarikh tutup giveaway ni - 8 Nov 2021 (hari Isnin) 12.00 noon

Jom meriahkan GA ni. All the best semua yang join :)
 

Menyampahnya Bila WiFi Slow!

 

'Hi Unifi, wifi connection saya slow lah.'

'Dah cuba restart modem?'

Selalunya kalau call memang macam ni je lah respond yang I dapat bila connection slow sampai ganggu urusan kerja. Bukan setakat kerja kita tak boleh buat, satu office pun terkesan. Dah lah sekarang makin banyak online meeting dan court hearing. Geram je bila boss bising pasal wifi ni. 

Then I dapat tahu pasal MESH wifi, pakej baru dari pihak Unifi tapi kecewa bila call sebab diorang tak boleh install dekat office ni. Katanya sebab dah guna business plan yang paling tinggi so dah tak perlu ada MESH pun. Pelik jugak lah masa tu sebab kalau paling laju, kenapa teruk sangat connection dia? Dah panggil technician pun dia kata ni yang terpaling laju dah. Modem dengan router semuanya okay tak ada masalah pun. 


Banyak jenis internet adapter dah kitorang guna dekat office ni tapi line masih sama jugak. Dah buat aduan dekat MCMC pun sama jugak, masih lagi slow. Setiap kali call Unifi memang ulang dialog yang sama je. Every weekend memang tutup wifi sebab taknak dia overheat sampai connection jadi lemah. Selang 3 hari mesti restart modem tu supaya dia tak overheat tapi masih sama. 

Dari bulan lepas dah perasan connection makin slow. Mungkin sebab musim tengkujuh. Mungkin jugak sebab 5G tower installation. Tapi..... tu semua teori rambang je. Terpaksa lah I call Unifi lagi. Tak bestnya bila call Unifi ni kita kena tunggu lama sangat untuk dapat bercakap dengan operator dia. But Alhamdulillah, today went well. 

I baru tahu apa maksud sales department Unifi bila dia kata office I tak boleh pakai MESH. Turns out dekat bangunan pejabat Oasis Square Ara Damansara ni tak ada fibre optic. Business plan yang kitorang guna sekarang ni cuma provide internet speed sebanyak 50mbps dan guna VDSL (Very high-speed digital subscriber line). VDSL ni guna cooper dan sebab tu lah tak boleh nak upgrade dah kepada pakej internet yang lebih tinggi sebab pakej yang lebih tinggi speed ni guna fibre optic.


Kalau nak upgrade jugak kena install dulu fibre optic ataupun tanya dekat technician team sama ada boleh install infra ataupun tak dekat bangunan tu. Dalam masa yang sama boleh daftar nama pejabat dan alamat pejabat dekat mana-mana TM Point untuk dimasukkan dalam Fibre Optic Request List. Bila dah daftar dekat request list ni pihak TM akan buat survey dan penilaian sama ada tempat tu sesuai ataupun tak untuk pemasangan fibre optic. Nak tahu berapa lama masa yang diambil untuk proses tu memang susah nak jangka sebab berbeza tempat, berbeza masalah dan struktur dia. 

Kalau bangunan pejabat selalunya ada pihak pengurusan so boleh jugak minta diorang yang liaise dengan pihak TM. Lepas dah habis dengar penjelasan pihak Unifi tu, I terus call pihak JMB nak tahu kalau diorang dah pernah request untuk fiber optic installation. And yuppp they did. Yeayyy!

JMB dah daftar masa awal tahun haritu dan pihak TM dah hantar orang untuk proses pemasangan fibre optic. Mungkin dijangka siap dalam hujung bulan November jadi bulan Disember lah paling awal pun dapat upgrade business plan dengan speed yang lebih laju sampai 800mbps. Hopefully tak tertangguh lagi lah, jelak dah dengan isu wifi slow ni. 

Stress Komputer Meragam

Selama bekerja dekat firm ni tak pernah nak cuba belek pasal komputer office. Datang office on macam biasa lepastu tutup bila nak balik. Tu je lah rutin selama 2 tahun ni. Tiba-tiba bulan lepas dia mula meragam, dia shut down sendiri lepas on.


Awal tu dia shut down pukul 1 tengahari macamtu tapi I ingatkan gara-gara electric timer colleagues I beli. Mana lah tahu kot dia terkesan sekali kan rupanya tak sebab dah cabut timer tu pun dia still meragam. Seminggu lepas tu dia shut down lepas 15 minit on PC lepastu 5 minit je. Haaa masa tu memang dah belek Google lah apa masalahnya. 

Bila check ada 2 sebab lah selalunya, either power supply rosak ataupun motherboard rosak. Bila bawak pergi kedai rupanya dua-dua sebab tu jadi punca hahaha. Orang tu siap tanya ni CPU zaman bila. Hahahahahmmmm mana lah nak tau zaman bila. I masuk dah memang ada. Orang kedai tu refuse untuk repair. Baik beli baru je katanya. Maka bermula lah episod pencarian used CPU di Shopee.


Cari yang terpakai je sebab murah dengan bajet yang dibenarkan sebanyak RM500 haha. I cari intel5, RAM 4GB dengan SSD 120GB. Awalnya nak SSD240GB tapi boss tak bagi :( Tak ambik yang ada wifi tu sebab dekat office dah ada adapter TPlink dah. Dekat seller ni je jumpa spec yang ngam dengan bajet. So my boss mintak I order 2 unit. Kebetulan memang ada 2 unit je dalam stok dia. Fuhhhh lega. 

Sementara nak tunggu tu terpaksa lah bawa laptop sendiri ke office. Dekat office ni ada je laptop tapi I lagi suka guna personal punya sebab boleh update blog sekali lepas dah siap kerja dekat office hehehehe


Masalah bila tukar CPU ni bila access card system tak boleh nak retrieve data yang sebelum ni sebab located dekat drive C. Drive tu pulak dekat motherboard yang dah rosak. Sudahnya 2 bulan tak hantar attendance dekat HR. Nasib baik lah OT diterima jugak. Bila CPU baru dah sampai, I ambik hard disk lama masuk ke CPU baru lepastu install Microsoft 2019. Happy lah guna yang baru ni sebab laju tak macam CPU lama hihi. 

Movie Review | Sardar Udham (2021)

Sunday 24 October 2021

Director : Shoojit Sircar

Writer : Ritesh Shah, Shubhendu Bhattacharya

Cast : Vicky Kaushal, Kirsty Averton, Stephen Hogan, Shaun Scott, Banita Sandhu, Amol Parashar

Production Company : Rising Sun Films, Kino Works

Distributor : Amazon Prime Video

Genre : Bioghraphy / History / Drama

Running Time : 162 minutes

Release Date : 16 October 2021

Trailer :


‘In the war that is at our door step, the empire will need all her fighting men. In the last war, I filled all the quotas for the Indian soldiers. Over 100,000 Sikh soldiers from my Punjab fought for the crown. And I made sure that the Indians contributed generously to the war loan. The Empire was and is a force for good. And that is why, ladies and gentlemen, it is not only our right but our duty to rule India. Without us, they will return to savagery, looting and killing one another.’ - Michael O'Dwyer 

Yang tengok pun menyirap bila dengar ucapan Michael O’Dwyer (Shaun Scott) di Caxton Hall, London apatah lagi Udham Singh (Vicky Singh) sendiri. Siapa yang bagi dia hak untuk menjajah dan membunuh rakyat negara tersebut tanpa sebab? Kekejaman Michael O’Dwyer yang membunuh seramai 20,000 orang penduduk Amritsar di Jallianwala Bagh pada 13 April 1919 diceritakan dalam naskhah terbaru Shoojit Sircar melalui watak pejuang yang lahir di tanah Punjab. 

Dari pengalaman dan penceritaan Udham Singh yang bekerja dengan Michael O’Dwyer, pesara askar tersebut merupakan seorang yang zalim. Tujuan dia membunuh semua yang hadir sebagai tanda protes adalah untuk hadirkan rasa tenang tanpa bunyi bising meminta itu dan ini. Saiz peluru yang askar British guna tu memang besar sampaikan ada anggota badan yang hancur atau terputus. Tak kisah lah yang tua, wanita atau kanak-kanak, semuanya ditembak tanpa belas. 

Udham Singh tak pergi perhimpunan aman tersebut sebab dia berehat selepas penat bekerja di kilang. Dia terjaga bila kawan sebilik datang dalam keadaan yang cedera parah akibat ditembak askar British. Udham cuba mencari Reshma (Banita Sandhu), kekasih dia yang bisu di sana tapi end up jadi sukarelawan mencari dan selamatkan mangsa yang masih hidup untuk dibawa ke hospital. Sudahlah menembak rakyat Punjab, bekalan air juga terputus disebabkan perintah berkurung yang dikenakan. 

Udham Singh kemudiannya turut serta dalam perjuangan menentang askar British bersama Bhagat Singh (Amol Parashar) dalam HRSA dan pergi ke London setelah kematian tokoh pejuang tersebut. Di sana, Udham berjumpa dengan pertubuhan expat India dan mengumpul maklumat mengenai Michael O’Dwyer selama 6 tahun. 

Olahan Shoojit Sircar untuk biopic Udham Singh ni berbeza dengan naskhah biopic yang lain bila pembunuhan Michael O’Dwyer berlaku pada first half movie dan flashbacks demi flashback dipertontonkan melalui penceritaan Udham semasa di dalam penjara sementara menunggu hukuman digantung mati. 

Dalam movie Sardar Udham ni tak ada langsung lagu yang diselitkan sebab pengarah nak emosi tu wujud sepenuhnya dari lakonan Vicky Kaushal dan penceritaan. Tapi untuk I yang dah biasa dengan kehadiran lagu dalam elemen drama atau emosi memang terasa hambar dan bosan pada first half tapi rasa gerun tu mula wujud bila tengok babak pembunuhan secara besar-besaran di Jallianwala Bagh. 

Perasaan tu berlarutan sehinggalah ke hujung movie. Lagi sakit hati bila tengok credit scene di mana Jeneral Reginald Dyer (Andrew Havill) dan Michael O’Dwyer tak ada rasa kesal atau bersalah pun dalam sesi sosal siasat dengan Hunter Commission. Memang patut lah Udham Singh bunuh tanpa rasa kesian sebab diorang rasa ada hak untuk jajah negara orang lain dan rampas apa saja harta negara tersebut. Penduduk Amritsar sampai sekarang terkesan dengan pembunuhan tersebut sebab pasca pembunuhan tersebut mereka mengalami masalah kebuluran bila seramai 4 juta orang meninggal dunia. 

Dah la penjajah ni tinggalkan trauma yang mendalam dari generasi ke generasi, tubuhkan sistem dan wujudkan jurang perbezaan yang sukar untuk dihapuskan sehingga sekarang, lepastu sejarah dihapuskan untuk buang rasa benci atas nama keamanan dunia. Tak cukup dengan tu ramai pula menyanjung tinggi negara-negara penjajah. Sama lah dengan Udham Singh bila banyak lagi dokumen rasmi dia disorokkan oleh beberapa pihak tertentu. Segala apa yang diceritakan dalam filem ni adalah berdasarkan apa yang ditulis dalam diari Udham Singh sendiri. 

Kekuatan movie Sardar Udham bukan setakat pada sinematografi yang mantap hasil karya Avik Mukhopadhyay bila menggunakan transition dan bermain dengan camera angle untuk  menghidupkan penceritaan secara realistik dan sarat dengan emosi, malah penggunaan props yang digunakan seiring dengan latar masa pada tahun 40-an juga diberikan perhatian yang teliti. 

Movie Sardar Udham ni merupakan projek impian Shoojit Sircar dan Vicky dah buat yang terbaik melalui lakonan cemerlangnya dalam avatar pejuang yang bermatian menentang ideologi penjajah yang kejam. Boleh nampak Vicky bawa balik banyak award tahun depan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Drama Review | My Name (2021)

Director : Kim Jin-min

Writer : Kim Ba-da

Cast :  Han So-hee, Park Hee-soon, Ahn Bo-hyun, Yoon Gyung-ho, Lee Hak-joo, Kim Sang-ho, Chang Ryul

Production Company : Studio Santa Claus Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Action / Crime/ Thriller

Running Episodes : 8 episodes (45 - 59  minutes per episode)

Release Date : 15 October 2021

Trailer : 


Kematian Yoon Donghoon (Yoon Gyung-ho) di hadapan mata anaknya, Yoon Jiwoo (Han So-hee) pada hari lahir ke-16 buatkan dia membesar dengan azam untuk balas dendam. Jiwoo tinggalkan sekolah dan berlatih supaya kuat dan mempunyai teknik bertarung di gym kepunyaan Choi Moo-jin (Park Hee-soon). Ketua gangster tersebut merupakan kawan baik Donghoon dan menyimpan beberapa bukti pembunuhan supaya Jiwoo dapat langsaikan hutang darah yang perlu dibayar dengan darah.

'Don't compete with strength. Regardless of training, you'll lose. Attack the vitals. The eyelids, upper lids, chin, solar plexus and genitals.' - Choi Moo-jin

Jiwoo kemudiannya bekerja sebagai anggota polis di Inchang Metropolitan Police Agency dan masuk ke bahagian Narkotik supaya dapat berjumpa dengan Cha Gi-ho (Kim Sang-ho), ketua bahagian yang mengarahkan supaya kes pembunuhan Donghoon ditutup serta-merta. Mudah juga untuk Moo-jin loloskan diri dari pihak Narkotik bila Jiwoo ada untuk selamatkan dia. 

Tapi tanpa pengetahuan mereka berdua, Do Gang-jae (Chang Ryul) cipta sejenis dadah baru di mana tidak akan dikesan setelah larut dalam air. Selain ingin merampas takhta Moo-jin sebagai kartel dadah yang berkuasa di Seoul, dia juga nak lunaskan dendam terhadap Jiwoo. 

Impressed betul dengan Han So-hee sebab makin lama dia makin berkembang dalam dunia lakonan. Bermula dengan watak sampingan sebagai perempuan perampas dalam drama The World of the Married (2020) kemudiannya dapat watak heroin dalam drama romantik Nevertheless (2020) dan menjadi main lead dalam drama aksi thriller, My Name terbitan eksklusif Netflix. Impressed juga dengan Netflix sebab dapat naikkan rating dengan koleksi filem dan drama menarik dari Korea Selatan. 

Walaupun jalan cerita My Name agak predictable tapi olahan yang menarik dengan cliffhanger pada setiap episod buatkan drama arahan Kim Jin-min menarik untuk ditonton dengan stunt choreography yang kemas dan padu. Cliché pun tak kisah sangat sebenarnya sebab teruja bila Netflix wujudkan watak wanita yang bad-ass di platform mereka. 

3 episod drama My Name ni ditayangkan di Busan International Film Festival ke-26 dan semestinya lah nama Han So-hee akan melonjak naik lepas ni. Bukan setakat cantik dan cemerlang dalam lakonan malah pandai juga pilih skrip yang berkualiti untuk tonjolkan bakat dia. Tak pasti kalau team production akan wujudkan Season 2 ataupun tak bila drama ni dapat pujian yang tinggi dan sambutan hangat. Kalau ada pun okay tapi kalau tak ada lagi bagus sebab dah habis dengan cantik. 

I personally tak setuju dengan keputusan pengarah untuk watak Jeon Pil-do (Ahn Bo-hyun) sebab dia ada peluang untuk dikembangkan lagi. Babak tu sengaja ditambah untuk menaikkan elemen drama sepertimana tindakan tipikal pengarah filem Korea. Dinamik Bo-hyun dengan So-hee antara rencah menarik dalam drama My Name sebab mempunyai personaliti dan dendam yang sama. Dua nasib yang sama tapi memilih jalan yang berbeza akibat perbezaan peluang dan layanan ketika berbuat keputusan.

Memandangkan drama ni berkisarkan dunia gangster dan kartel dadah jadi banyak adegan yang extreme untuk ditonton. Macam scene Gang-jae pecah masuk gym Dongcheon kemudiannya bunuh beberapa ahli gym dan tetak tangan Jung Tae-ju (Lee Hak-joo). Sinematografi menambahkan suasana misteri dan elemen saspen sepanjang 8 episod. Kebanyakan props dan makeup diberi perhatian supaya penceritaan nampak hidup dan sesuai dengan personality setiap watak yang wujud. 

Music score dari Hwang Sang Jun sesuai dengan genre drama My Name bila lagu tema diadun dalam rentak yang rancak dan techno. Awalnya ingatkan Sang jun adalah composer yang sama bekerja dalam drama Taxi Driver (2021) sebab runut bunyi tu lebih kurang sama rupanya dia pernah bekerja untuk drama Extracurricular (2020) terbitan Netflix juga. No wonder lah sounds familiar.

 

Kalau nak ikutkan pada jalan cerita, My Name bukanlah naskhah yang terbaik dek kerana kelompongan pada latar masa kewujudan Donghoon dalam organisasi tersebut dan betapa ringkasnya penceritaan watak dia bersama Choi Moo-jin tapi untuk peminat action thriller dan Han So-hee, drama My Name wajar diberikan perhatian. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 8/10 

Movie Review | Thalaivii (2021)

Director : A. L. Vijay

Writer : Rajat Arora

Cast : Kangana Ranaut, Arvind Swami, Nassar, Bhagyashree, Raj Arjun, Madhoo, Jisshu Sengupta, Thambi Ramaiah, Shamna Kasim and Samuthirakani

Production Company : Zee Studios, Vibri Motion Pictures, Karma Media And Entertainment, Gothic Entertainment, Sprint Films

Distributor : Zee Studios, Netflix

Genre : Biography / Drama

Running Time : 153 minutes

Release Date : 10 September 2021

Trailer :


Thalaivii merupakan biopik yang menceritakan perjalanan hidup seorang pelakon terkenal, Jayaram Jayalalithaa di industri filem Tamil dan dalam masa yang sama aktif di industri Kannada dan Telugu. Jaya (Kangana Ranaut) mula berlakon sejak zaman remaja dan debut dalam movie Tamil bersama M. J. Ramachandran (Arvind Swami) sebagai heroin. Sepanjang karier Jaya, dia bekerja sebanyak 28 buah filem bersama MJR sebagai pasangan kekasih. 

Sejak awal lagi Jaya mula jatuh cinta dengan MJR kemudiannya ikut jejak langkah pelakon terkenal yang diangkat sebagai Tuhan oleh para peminatnya ke dunia politik. Asalnya Jaya tak berminat langsung dengan dunia politik tapi setelah melihat sendiri kanak-kanak yang terpaksa bekerja supaya dapat makan, dia mula ambil tahu dan bergiat aktif dan diberi nama jolokan ‘Amma’.

First half movie Thalaivii menceritakan hidup Jaya sebagai pelakon wanita yang diuruskan oleh ibunya, Sandhya (Bhagyashree) dan juga pembantunya, Madhavan (Thambi Ramaiah). To be honest tak ada apa pun yang menarik pada first half movie ni sebab hidup dia cuma bergantung dengan MJR. Movie zaman 80-an sehingga 90-an pula tak banyak pun ruang dan peluang yang diberikan kepada watak heroin. Masuk zaman millennium baru ada movie female-centric. Cringe bila tengok kisah cinta diorang sebab MJR tu dah la suami orang, tua pulak tu. Cara dia manipulate supaya Jaya stay dengan dia pun menyakitkan hati. 

Bila pengarah bawa dunia politik masuk ke dalam biopik ni baru lah momentum cerita mula meningkat disebabkan ada konflik dan ketegangan juga cabaran yang perlu Jaya tempuh bila dunia politik didominasi oleh kaum lelaki. Walaupun PM pada ketika itu ialah Indira Ghandi (Flora Jacob) tapi menteri dari Tamil Nadu tak dilayan atas alasan mereka tidak pandai berkomunikasi dalam English dengan baik. 

Patutnya pengarah A. L. Vijay lebihkan pada dunia politik sebab karakter Jaya dapat berkembang dengan baik dan kebijaksanaan dia terserlah pada fasa tu. Kalau ikutkan kisah sebenar, lama juga dia pegang Tamil Nadu sampai 6 kali berturut-turut menang dalam pilihanraya selepas kematian MGR. Ni bukan typo tau sebab nama asalnya M. G. Ramachandran (MGR) tapi dalam movie ni diubah kepada MJR. Bukan setakat ubah nasib kanak-kanak supaya mendapat pelajaran selayaknya malah membantu ramai wanita untuk capai impian dan cita-cita mereka di negeri tersebut. 

Banyak kejayaan Jayalalitha tak diceritakan dengan baik dalam biopik ni disebabkan penulis Rajat Arora lebih fokus kepada kisah percintaannya dengan MJR sedangkan bakti dia lebih besar dan sepatutnya diberikan ruang untuk menjadi peneraju semangat kepada kaum wanita. Mungkin olahan biopik ni lebih menarik kalau diberi kepada pengarah Bollywood macam Neeraj Pandey atau Omprakash Mehra. 

Pengarah masukkan juga scene upacara terakhir MGR dalam movie Thalaivii ni sebab famous gambar tu bila Jaya dan isteri MGR berada di keranda meratapi pemergian lelaki tersebut. MGR dengan Jaya tak pernah berkahwin dan bercinta secara senyap-senyap walaupun jelas sangat hubungan mereka tu di depan media dan kepada sesiapa yang kenal mereka berdua. Tak tahu kenapa isteri MGR masih setia dengan perkahwinan walaupun terang-terang dicurangi. 

Berbalik kepada movie Thalaivii, Kangana Ranaut tambah 20kg berat badan untuk mendapatkan fizikal yang sama dengan Jayalalitha semasa berada dalam dunia politik. Kangana juga belajar menari Bharatnattyam sebab mendiang Jaya merupakan antara penari terbaik Bharatnattyam pada zaman tu. Tarian tersebut digunakan untuk lagu Nain Bandhe Naino Se. Cara Kangana lakonkan watak Jaya baik sebagai pelakon memang sama dengan karakter sebenar. Tapi pengarah tambahkan drama untuk fasa politik sebab karakter Jaya yang sebenar adalah seorang ahli politik yang tenang dan lembut, sesuai lah dengan jolokan ‘Amma’ tersebut. 

Sinematografi Thalaivii yang dihidupkan oleh Vishal Vittal ada kalanya nampak seperti try hard dengan VFX dan green screen dalam beberapa scene. Music score not bad lah tapi lagu Thalaivii berjaya menambahkan impak pada penceritaan ketika Jaya mula tawan hati pengundi dia dan juga penonton. 


Tak pasti lah kalau Kangana Ranaut boleh bawa pulang Best Actress dari National Award untuk watak Jayalalitha tapi yang pastinya lakonan dia memang cemerlang sebagai figura tersebut. Meremang bulu roma bila dia bersumpah akan datang ke Assembly hanya bila dia dapat sandang jawatan Chief Minister dan babak dia minta ahli parti untuk keluar sekiranya ada masalah bekerja dengan wanita. 

Sayang lah lakonan cemerlang Kangana juga barisan pelakon lain nampak tersia oleh skrip dan olahan yang lemah. Tak lah teruk sangat tapi kita nampak ada ruang yang boleh diperbaiki untuk menjadi naskhah yang mantap. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.4/10 

Director : Pawanrat Naksuriya

Writer : Eklikit

Cast :  James Assarasakorn, Mew Nittha Jirayungyurn, Pat Napapa Thantrakul, Aun Witaya, Freud Chatphong, Pramote Thianchaikerdsilp, Chai Chatayodom Hiranya, Fresh Arisara Wongchalee

Production Company : Citizen Kane

Distributor : Ch3, Netflix

Genre : Horror / Comedy / Romance

Running Episodes : 16 episodes (110 minutes per episode)

Release Date : 31st August 2021

Trailer : N/A

Drama I See Dead People arahan Pawanrat Naksuriya yang ditayangkan di Netflix mengisahkan tentang perjalanan Treekarn (James Assarasakorn) di Bangkok untuk mencari teman wanitanya, Pum (Mew Nittha Jirayungyurn). Treekarn mempunyai kelebihan istimewa bila mempunyai ‘mata ketiga’ yang membolehkan dia melihat hantu sejak kecil. Dia ingin ditahbiskan dan menjadi sami supaya dapat buang kelebihan tersebut sebab dia pun takut bila melihat hantu. Dek kerana keputusan yang dianggap mementingkan diri itulah, Pum lari ke Bangkok. 

Di Bangkok dia bertemu dengan Hideko (Pat Napapa Thantrakul), pemilik sebuah restoran makanan Jepun yang hampir kemalangan akibat ditolak oleh roh jahat. Roh tersebut mengekori ke mana saja Hideko pergi kerana berdendam apabila kedainya ditutup gara-gara tak mampu membayar sewa kepada pemilik asal. Kerana salah faham, Hideko yang menjadi mangsa. 

Terhutang budi dengan tindakan Treekarn menyelamatkannya dan juga kerana wajah yang kacak, Hideko buat keputusan untuk beri tempat tinggal dan kerja di restorannya. Selepas Treekarn berjaya menghantar roh yang berdendam ke alam barzakh, restoran Hideko sentiasa penuh dengan pelanggan. Di restoran Hideko juga lah Treekarn berjaya menemukan Pum tapi perempuan tersebut seolah tidak mengenalinya. Katanya dia adalah Parisa dan bekerja di Syarikat Pembinaan T.

Kebetulan Parisa juga mencari tempat tinggal dan kemudiannya menyewa di rumah Hideko. Makin lama Treekarn perhatikan perangai Parisa persis seperti Pum walaupun Parisa lebih feminine, sopan dan lemah lembut. Disebabkan kebolehan Treekarn juga Syarikat Pembinaan T melantik dia untuk menghalau hantu sebelum mereka mula ubah suai rumah klien mengikut citarasa yang diingini. 

Lakorn I See Dead People ni memang penuh dengan hantu tapi tak lah seram mana sebab genre dia komedi so hantu yang muncul pun cantik je macam Waree ataupun mak kepada Chef O (Aun Witaya). Pelik jugak kenapa Tree selalu takut sampai terbeliak mata dia setiap kali terjumpa hantu padahal kita nampak yang cantik je. Then baru teringat dalam episod 1 bila ada scene dia nampak hantu dalam bas. Kita nampak hantu yang cantik tapi mata Tree nampak wajah yang menyeramkan. Sama juga dengan scene Pun (Freud) yang nampak wajah Jib cantik padahal ngeri kemain. 

Awalnya drama ni best and fun lah dengan gelagat semua pekerja Hideko termasuklah Hideko sendiri yang masuk air tapi dekat episod-episod hujung dah mula draggy. Mungkin sebab nak cukupkan kuota 16 episod tu kot. Rengsa jugak lah nak habiskan sebab 1 episod dah sejam lebih. Ada juga scene yang macam tak logik ataupun sengaja diulang untuk tambahkan elemen dramatik dan saspen. Lepas tengok drama ni jadi senang terkejut bukan sebab hantu pun tapi sebab Hideko dengan Wow asyik menjerit. 

Heroin lakorn ni Mew tapi Pat lebih menyerlah dengan watak Hideko sebab dia kelakar dan cantik. Tak makeup pun cantik jugak. Wardrobe dia sepanjang 16 episod pun trendy belaka. Bukan setakat outfit dia je tapi hairstyle dia pun sentiasa berubah. Scene Chef O propose dia dekat pasar tu pun cantik dan kreatif bila Chef O guna cili dan bawang sebagai jambangan bunga. Kisah cinta diorang lagi sweet daripada Tree dan Mew. Dah la Chef O tu sejenis yang cool dan tenang orangnya. Contra betul dengan Hideko. 

Sinematografi lakorn I See Dead People ni biasa je, tak lah kena touch up menggunakan filter tertentu tapi still menarik lah sebab beberapa lokasi dihias cantik. Suka tengok semua scene yang diorang shoot dekat Kanchaburi sebab kampung tu cantik dengan keindahan alam semulajadi walaupun ada hantu yang suka makan tikus haha. Rumah dekat sana pun cantik dengan senibina tradisional walaupun rumah ada hantu yang jaga. Rumah Wonchana sama dengan rumah Chaba dalam Thong Ek : The Herbal Master (2019). Furniture pun cantik sebab dibuat dengan kayu jati. 

Overall lakorn ni not bad lah nak layan kalau bosan dan perlukan jalan cerita yang komedi dan santai cuma yang tak bestnya dia terlampau panjang lah. Banyak juga nasihat supaya berbuat baik dan kumpul dharma supaya dapat dilahirkan semula dan roh tenang di alam sana. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10