Burnt Cheesecake, Gloria Jeans Oasis Square Ara Damansara

Monday 27 January 2020

Lepas dah lama tak lepak makan dekat Gloria Jeans, finally last week ada masa sikit masa lunch hour untuk keluar jalan-jalan lepas makan. Sebab panas terik sangat, saja singgah dekat sini lepak makan cheesecake. 

Kebetulan pulak ada menu baru, Burnt Cheesecake. Dari minggu lepas penuh dekat timeline Twitter isu burnt cheesecake tak jadi guna resipi Danish disebabkan ahkak bertuah tu guna air fryer. Dari malas nak makan terasa nak makan sebab dari siang membawak ke malam asyik nampak burnt cheesecake. 


So ni la burnt cheesecake Gloria Jeans Oasis Square Ara Damansara. Cantik kan? 


Katanya burnt cheesecake ni memang lembut dekat tengah so masa nak potong tu kena panaskan pisau dulu supaya cantik terpotong dan tak hancur.


Harga dia RM10 sepotong dan serve kosong tak macam cheesecake Boston, ada chocolate untuk balancekan rasa supaya tak muak. Even kosong pun dah nice dah rasa dia sebab crust dekat bahagian bawah tu crunchy. Just avoid makan bahagian atas sebab pahit hshshs nama pun burnt kan. Nanti boleh lepak makan lagi dekat sini. Nyummyyyyy!

Movie Review : Motichoor Chaknachoor

Sunday 26 January 2020


Director : Debamitra Biswal
Writer : Debamitra Biswal, Bhupendra Singh
Cast : Nawazuddin Siddiqui,Athiya Shetty,Vibha Chibber, Navni Parihar, Vivek Mishra, Abhishek Rawat, Karuna Pandey, Bhumika Dubev
Production Company : Viacom 18 Motion Pictures, Woodpecker Movies Private Limited
Distributor : Viacom 18 Motion Pictures
Genre : Comedy/Drama
Running Time : minutes
Release Date : 15 November 2019
Trailer :


Dari trailer pun dah excited nak layan movie ni sebab kelainan jalan cerita bila mana pairing yang ada huge age gap. Nak pula bila lakonan Athiya jauh beza dengan movie pertama dan kedua which are Hero & Mubarakaan bila Athiya dapat screentime yang agak terhad dengan watak yang agak pasif.


Bertempat di Bhopal, Anita aka Annie Awasthi (Athiya Shetty), gadis muda yang nak berkahwin dengan lelaki yang bekerja di luar negara supaya dia dapat show off depan kawan-kawan dia yang dia boleh jejak kaki ke luar negara dan kahwin tanpa bayar hantaran.


Lepas tolak 10 lamaran, Annie mula risau dia akan ikut jejak langkah makcik dia (Karuna Pandey) yang membujang sehingga ke tua. Makcik dia bagi cadangan supaya kahwin je dengan abang Hema (Bhumika Dubev), Pushpinder (Nawazuddin Siddiqui) yang balik dari Dubai untuk bercuti bersama keluarga.

Pushpinder bekerja sebagai akauntan di sana dan merupakan kebanggaan Indu (Vibha Chibber) tapi sayangnya belum ada lamaran yang menjadi walaupun dah menginjak ke usia 36 tahun. Dia pulang dengan harapan dapat berkahwin dengan mana-mana gadis yang sudi jadi isteri.


Indu berjaya jumpa lamaran dari keluarga kaya walaupun bakal menantu agak gemuk nak dipadankan dengan anaknya yang kurus melidi. Tapi dia tak pandang semua tu asalkan dia dapat ambil duit hantaran Pushpinder untuk bagi kepada Hema dan bayar yuran pengajian Hakim (Abhishek Rawat).


Tapi tak lama kemudian Indu batalkan pertunangan Pushpinder dan Laali bila hadiah tunang yang dihantar oleh keluarga belah perempuan rendah kualiti dan buruk. Ditambah pula bila keluarga belah perempuan nak bayar hantaran rendah.


Khabar buruk bagi Indu tapi khabar baik bagi Annie bila dia ada peluang untuk goda Pushpinder supaya berkahwin dengan dia dan bawa dia berpindah ke Dubai. Sudahnya Annie come up dengan plan untuk kahwin dengan Pushpinder kahwin di court sebab Puspinder tak berani lawan kata-kata mak dia.


Terkejut dua belah keluarga bila Annie dengan Pushpinder balik dengan  kalungan bunga. Hancur impian Indu nak kaut untung dari duit hantaran tambah pula dia tahu Annie nak kahwin dengan anak dia sebab nak hidup di Dubai.


Sudahnya dua belah keluarga setuju untuk buat majlis kahwin sebelum saudara mara mengata. Kebahagiaan Annie tak lama bila dapat tahu yang rupanya Pushpinder dah dibuang kerja di Dubai dan balik ke India untuk cari kerja baru. Puas Annie dan Indu pujuk Pushpinder balik ke Dubai sudahnya Annie ditampar akibat geram dan stress.


Even dalam trailer jalan cerita movie ni nampak menarik tapi sayangnya full movie tak seperti yang diharapkan bila rahsia Pushpinder terdedah. Hujung cerita pun ditamatkan dengan komedi yang ditarik panjang supaya nampak meriah.

Since movie ni berlatarkan suasana penduduk luar bandar so isu sexism, body shame dan perkahwinan bukan masalah utama. Even Annie kena tampar dengan Pushpinder disebabkan salah Indu, ayah Annie buat keputusan untuk tak masuk campur hal anak dia sebab tanggungjawab dia dah habis bila dia hantar Annie ke rumah Pushpinder.


Walaupun Pushpinder minta maaf sebab tindakan dia tapi dia tak ada rasa bersalah pun dengan tindakan menampar isteri. Dialog pun agak bermasalah bila nenek Pushpinder datang pujuk Annie supaya balik ke rumah takut nanti orang dah tawar hati nak maafkan silap Annie yang malukan keluarga bila lari dari rumah.


Watak Annie nampak bermasalah bila keluarga dia fokus dengan perkahwinan sampai Annie tak ada ruang untuk capai impian dia pergi ke luar negara atas merit dia sendiri. Even makcik dia tak membantu untuk Annie berusaha malah sarankan Annie ambil jalan mudah dengan kahwin dengan Pushpinder.


Kalau ikutkan movie ni sepatutnya ada version yang lebih menarik tapi bila team production bergaduh sesama sendiri dan merosakkan karya, yang sakitnya penonton lah sebab tak dapat tengok version bagus dengan scene yang lebih menarik ataupun klimaks dan ending yang menghiburkan.

Visual looks great tapi music album agak average hasil buah tangan dari pelbagai komposer di bawah label Zee Music Company.  Choti Choti Gal is my favorite so far. Nyanyian Arjuna Harjai dan Yasser Desai.

All in all even plot agak tidak memuaskan tapi lakonan Athiya antara faktor utama movie ni dalam awaited list. Her performance looks outstanding walaupun nampak mismatch dengan Nawazuddin bila fizikal dia lebih besar. Tapi sesuai lah dengan tema movie ni bila watak hero tak kisah siapa pun heroin dia.

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.6/10

The Roof, One City Mall, Subang


Lepas pergi Bizmilla Wedding Hall, alang-alang dah datang sini haruslah menyinggah ke The Roof Skypark One City ni. Tempat ni famous sebab glass floor di rooftop. Kalau view dari dalam mall, akan nampak la bahagian atas ni. 



Masa kitorang pergi ni agak ramai jugak lah sebab weekend tambah pulak dekat bangunan sebelah ada 4 majlis kahwin. Lepas pergi majlis kahwin, datang singgah sini. Ada juga yang datang untuk photoshoot. 



 One of spot dekat The Roof ni



 Dekat sebelah tepi bangunan, dihadang dengan glass where you guys boleh nampak kawasan USJ 21 dengan USJ 23, Subang. Nothing much pun pemandangan dari atas ni sebab dekat kawasan ni tak ada apa-apa pemandangan yang cantik ataupun menarik. Just residential area je. 





Masa kitorang sampai dekat sini, cuaca agak mendung as you guys can see in my pictures pun terserlah betapa gelapnya awan tu tapi yang bestnya dapat angin free. Panas pun tak terasa sangat walaupun baju songket. 


Dah puas meronda bahagian tepi, sebelum balik try la berjalan dekat bahagian lantai kaca ni. Kalau yang jenis gayat macam adik memang tak berani lah lama-lama. Kawan kata belah siang tak nampak sangat bahagian bawah tapi kalau belah malam memang nampak jelas sebab ada lampu. 


Dekat bahagian atas ni tak banyak kedai yang buka kecuali pub yang dah start nak berniaga. Banyak kedai dah tutup even dekat dalam mall pun tak banyak kedai. Kalau bukan disebabkan Bizmilla Wedding Hall tu mungkin lagi suram agaknya.

Movie Review : Made In China


Director : Mikhil Musale
Writer : Mikhil Musale, Karan Vyas, Niren Bhatt
Cast : Rajkummar Rao, Mouni Roy, Boman Irani, Amyra Dastur, Paresh Rawal, Sumeet Vyas, Bijou Thaangjam
Production Company : Maddock Films, Jio Studios
Distributor : AA Films
Genre : Comedy
Running Time : 128 minutes
Release Date : 25 October 2019
Trailer :


Movie Made In China bertemakan struggle seorang entrepreneur dan keterbukaan masyarakat perihal seks  yang disandang sepenuhnya oleh Rajkummar Rao sebagai pelakon utama. Raghuvir aka Raghu (Rajkummar Rao) jumpa jalan keluar dari kemiskinan hidup bila dia pergi ke China dan dapat business deal untuk jual ubat kuat lelaki. Dalam masa yang sama dapat bimbingan dari businessman terkenal, Tanmay Shah (Paresh Rawal)


Untuk jual produk ni, dia kena tahu dan faham apa yang dia jual. Lepas beberapa bulan belajar dan buat research, dia berjumpa dengan sexologist Dr. Hardik Vardhi (Boman Irani). Dia nak bekerjasama dengan Dr. Vadhi sebab ramai yang datang jumpa doktor dan dapatkan nasihat. So Raghu nak Dr. Vadhi promote product dia lepas nasihat patient. 


Awalnya Dr. Vadhi tolak permintaan Raghu tapi lepas beberapa kali pujuk dan provokasi akhirnya Dr. Vadhi setuju bila Raghu kata dia akan realisasikan impian Dr. Vadhi untuk bina awareness centre tentang seks education di India. 


Raghu bekerjasama dengan beberapa orang lagi yang memang rapat dengan dia termasuk Roopa (Amyra Dastur) selama dia berniaga kecil-kecilan sebelum ni. Tanpa pengetahuan isteri dia, Rukmini (Mouni Roy) dan ayah serta abang dia, Devraj (Sumeet Vyas), Raghu setup office di pejabat lama Dr. Vardhi dan simpan product dia di rumah nenek dia yang buta. Tak mungkin keluarga dia akan faham dan support dia jual produk seks yang dinamakan Magic Soup. 


Awalnya semua berjalan dengan lancer tapi bila Rukmini dan keluarga dia dapat tahu, dia mula diasak dengan ancaman supaya stop jual Magic Soup sebab memalukan. Devraj pula cemburu dengan kejayaan adik dia tambah pula bila Raghu refuse untuk guna nama Abhay Chopra (Gajraj Rao) sebagai penasihat dia dalam marketing dan business walaupun Abhay idola sejak dia mula berniaga. 


Jadi masalah besar bila seorang General China, General Zeng (Bijou Thaangjam) yang datang ke India disahkan meninggal dunia lepas consume Magic Soup. Polis dari China minta penjelasan dari polis India kandungan Magic Soup sampai boleh meragut nyawa. Nak pula bila produk ni illegal dan dijual secara senyap-senyap. Raghu dan Dr. Vardhi disoal siasat berjam lamanya dan diminta hadir ke perbicaraan untuk menentukan hukuman bagi kesalahan masing-masing. 


Jalan cerita Made In China ni not bad lah untuk genre comedy cuma sayangnya first half agak panjang dan meleret. Movie ni start gain interest bila Raghu pergi ke China dan berjumpa dengan Tanmay Shah kemudiannya dapat idea untuk jual sex product. Scene Raghu dengan Xiu Lee have fun dekat night market tu tak perlu ada pun rasanya sebab lagu tak best even tak menambahkan apa-apa untuk jalan cerita. 


Klimaks pun agak confusing bila Rukmini yang agak liberal beria beli Magic Soup untuk Raghu minum tapi dia yang beria menentang bila tahu Raghu owner Magic Soup. Lagi pelik bila hujung cerita Rukmini yang beria ambil award Raghu sebagai Businessman of The Year. Daripada director buang masa creat unnecessary drama, baik dia focus cara diorang jual produk ni. For sure banyak moment kelakar boleh terhasil dari situ. 


Sekali lagi Mouni Roy gagal serlahkan bakat lakonan dia bila watak dia ambil cuma watak sampingan yang cuma gunakan kecantikan dan badan sahaja. Nothing much for the visual dan music score because both are average but thanks to the writers sebab dialogues agak kelakar especially masa seminar Dr Vardhi dan tips marketing dari Tanmay Shah.

Kedua-dua mesej sosial berjaya disampaikan dari team Made In China tapi sayangnya garapan cerita ni tak berapa kemas. Kalau bukan disebabkan kekuatan lakonan Rajkummar Rao dan Boman Irani, rasanya movie ni dah jatuh sebab overstretched dan jalan cerita yang agak longgar. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.2/10

Harold's Bread | Bakery Menyelerakan Dengan Sentuhan Moden

Saturday 25 January 2020


First time jumpa Harold's Bread ni dekat R&R RTC Gopeng, Perak masa on the way nak balik kampung untuk beraya. Saja singgah sebab kek dia menggoda sangat. Dah la interior bakery dia simple dan cantik. 

Masa tu main sambar je red velvet dengan chocolate cake sebab tak berani nak pilih menu yang lain takut tak sedap. at least if go basic tak la menyesal sangat kalau rasa dia tak berapa power. But turns out sedap sangat! 

Arah menghala balik ke KL memang tak dapat la nak beli sebab tak ada dekat R&R sebelah sini. Sedih jugak la sebab nak balik kampung setahun sekali je. Bila ternampak post Kaksha buat Harold's Bread cake review ni terus excited sebab ada banyak branch. 

Bila check website kedai kek Harold's Bread ni rupanya ada je yang dekat dengan rumah which is Tesco The Curve. Memang happy sangat lah cerita dia sebab boleh beli lagi red velvet. And tadaaaa.....



Apart from Harold's Bread Red Velvet and Chocolate Cake, Blackforest pun antara kek Harold Bread yang sedap jugak. 


Apart from cake, ada juga roti, sushi, sandwich dan pastry. Harold Bread ni nama je international tapi sebenarnya product local. As for now dah ada 23 cawangan dekat Malaysia dan akan kembangkan lagi ke luar negara. 


For me, dengan rasa sedap even berbeza outlet juga menyediakan service terbaik, Harold's Bread cake price yang ditetapkan untuk semua menu dia agak berbaloi lah. Kalau nak harga murah lagi, boleh je beli hujung waktu operasi , lepas jam 9 malam sebab diorang akan bagi diskaun 30%. Lepas ni kalau nampak Harold's Bread, ajak la kaki singgah sekejap. Mana tahu masuk dalam list favorite bakery pulak lepas ni.

Movie Review : Mard Ko Dard Nahi Hota


Director : Vasan Bala
Writer : Jagdeep Sidhu
Cast : Abhimanyu Dassani, Radhika Madan, Gulshan Devaiah, Mahesh Manjrekar, Jimit Trivedi, Satyajit Ganu
Production Company : RSVP Movies
Distributor : RSVP Movies
Genre : Comedy/Action
Running Time : 138 minutes
Release Date : 10 September 2018 (TIFF)
21 March 2019 (India)
Trailer :


Selalu nampak movie critics mention tentang filem Mard Ko Dard Nahi Hota ni sebagai salah satu movie terbaik di Bollywood tahun 2018 and due to that, I pun tergerak hati nak tengok sebab movie ni menang Popular Choice Award di Film Festival. Plus, heroin movie ni Radhika Madan and I love her work in Patakha so nak tengok lah lagi talent dia.


Mengisahkan tentang Surya (Abhimanyu Dassani) yang mempunyai masalah kesihatan Congenital insensitivity to pain bilamana dia tidak boleh merasa sakit jika badan dia berlaku sebarang kecederaan. Sounds so cool tapi bahaya kalau anggota badan dia cedera tapi dia tak perasan dan boleh menyebabkan kematian. Doktor kata Surya bertuah sebab dapat hidup lebih dari umur 4 tahun.

Disebabkan hal ni datuk Surya, Ajoba (Mahesh Manjrekar) ajar tentang semua nerve system, muscles and organs supaya dia faham semua cause and effects kepada badan dia. Dan sebab masalah kesihatan dia yang unik ni, ayah dia terpaksa homeschool supaya dia selamat dari bahaya.


Gara-gara suka dengan Supri (Radhika Madan), Surya pernah tolak ayah Supri dari tingkat atas untuk selamatkan Supri dari dipukul. Ayah Supri kaki mabuk dan abusive. Habis semua barang kemas isteri dia rampas dan jual untuk pergi berjoli. Anak pula terabai.


Disebabkan insiden tu, ayah Surya bawa mereka sekeluarga pindah jauh dari orang ramai bila jiran-jiran rasa terancam dengan kehadiran Surya walhal dia cuma nak selamatkan Supri je. Bukan perkara yang menyedihkan untuk Surya bila kena homeschool sebab dia dapat fokus untuk jadi seperti idola dia, Karate Man (Gulshan Devaiah).

Lepas habis sekolah menengah, Surya bagitahu Ajoba yang dia nak join kelas Karate Man tapi bila dia sampai Karate Man dibelasah oleh sekumpulan samseng yang diketuai oleh Jimmy (Gulshan Devaiah), abang kepada Karate Man.


Nasib menyebelahi Surya bila dekat kelas tu juga dia berjumpa balik dengan si cantik Supri. Masih lagi sama dengan waktu kecil dulu bila Supri akan selamatkan dia dari dibuli tapi tak mampu selamatkan diri sendiri bila dipukul oleh family.

Supri sekeluarga akan berpindah ke Kanada tapi mak Supri nak anak perempuan dia hidup bebas, keluar dari kepompong lelaki yang abusive macam ayah dan tunang dia. Supri takut bila dia lari nanti, tunang dia akan stop bayar kos perubatan ayah dia. Surya pula pujuk Supri untuk stay dan selamatkan Karate Man. Jalan mana yang Supri akan pilih, kena tengok la movie ni.


Penyakit watak utama sama dengan penyakit watak utama dalam novel Aku Lelakimu so disebabkan dah baca lebih mendalam pasal penyakit ni so dah tahu dan faham kerisauan ahli keluarga untuk pesakit Congenital Insensitivity Pain ni. Dan both of them memang suka action walhal activity tu agak high risk untuk diorang but that's where the excitement holds. Dalam movie ni tak diterangkan sebab Surya suruh audience Google je untuk faham.


No wonder lah critics suka sangat dengan movie ni sebab bukan sahaja kekuatan lakonan walaupun leading actor keduanya baru sahaja debut tapi jalan cerita untuk genre komedi memang menjadi tanpa lawak slapstick dan repetitious. Visual movie ni memang terbaik especially bila director gunakan teknik slo-mo ditambah pula music score yang catchy dan menghiburkan. Entertaining and engaging. Dari awal sampai habis berdekah dengan semua watak dalam movie ni.


Dialog movie ni antara brownie points movie MKDNH menghiburkan especially bila metafora yang digunapakai memang kena sangat dengan situasi kita in real life.

'People always get caught farting when everything goes silent. No matter how hard you try to cover it with ambient noise. at that precise moment the entire universe becomes silent.' - Jimmy

In every mind-blowing story there are some pretty bad decision made - Surya


Movie ni tribute kepada filem action tahun 80-an so boleh nampak banyak scene dari filem-filem aksi zaman tu which most film masih lagi guna VHS tape. Suka tengok Supri berlawan guna dupatta dia, tak payah gigih bawa senjata pun dia berjaya conquer screentime dengan kelincahan badan dan facial expression. Nak compare lakonan Radhika dengan Fatima dalam Dangal, I would say Radhika deliver her character greater than Fatima.


Ada certain scene yang macam tak logik but due to its genre, comedy and action so boleh ignore je logik sebab tak lah teruk mana sampai mencacatkan cerita. With the miracle lead actor have had in his life, what else need to be questioned kan?

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.8 = 9.6/10