Movie Review | Jugjugg Jeeyo (2022)

Sunday, 24 July 2022


Director : Raj Mehta
Writer : Rishhabh Sharrma
Cast : Neetu Kapoor, Anil Kapoor, Varun Dhawan, Kiara Advani, Manish Paul, Tisca Chopra, Prajakta Koli
Production Company :  Dharma Productions, Viacom18 Studios
Distributor : Viacom18 Studios, Amazon Prime Videos
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 150 minutes
Release Date : 24 June 2022
Trailer :


Bertemakan perkahwinan yang retak menanti belah, Kukoo (Varun Dhawan) dan Naina (Kiara Advani) berpura pasangan Bahagia di hadapan ahli keluarga walaupun mereka berhasrat untuk berpisah selepas majlis perkahwinan Ginny (Tisca Chopra). Belum sempat meluah, ayah dia, Bheem nak ceraikan ibunya sebab dah bosan hidup tanpa cinta selama 35 tahun. 

Naina pula semakin rimas diasak tentang soal anak walaupun sudah 5 tahun berkahwin dan pindah ke Canada. Bila Naina paksa Kukoo untuk cerita pada orang tua mereka, Kukoo mengelak kerana dia ada masalah besar. 2 pasangan nak bercerai pada masa yang sama bukan sesuatu yang mudah untuk dihadam oleh sesiapa pun. Tambah pula sampaikan berita penceraian semasa meraikan majlis perkahwinan. 


Walaupun sinopsis filem Jugjugg Jeeyo agak terarah pada drama keluarga namun kisah perkahwinan ini dibikin dalam templat komedi oleh Rishhabh Sharma. Penceritaan yang bersifat straight-forward dengan pace yang laju menjadikan kisah mereka berempat tampak menarik. 

Sesuatu yang segar juga ditayangkan dalam filem ni bila watak Kukoo hormat dengan keputusan Naina untuk bekerja di Kanada walaupun dia terpaksa adapt dengan persekitaran, makanan dan juga kerja. Si isteri bekerja di syarikat korporat tapi si suami bekerja sebagai bouncer kelab malam. 


Boleh jadi watak Kukoo depression sebab dia selalu tidur dan termenung tapi Naina tak nampak perubahan Kukoo. Rasa geram sangat bila Naina suka simbah air dekat Kukoo bila nak kejut dia bangun. Dekat situ pun boleh nampak Naina tak hormat dia. Dah lah dekat rumah isteri tak pandang, dekat tempat kerja pun kena pandang hina je. No wonder lah Kukoo nak bercerai. Baik dia balik India kerja dekat kilang ayah dia sambil jaga keluarga. 

Walaupun penulis lebih ketengahkan konflik perkahwinan Kukoo dan Naina tapi lakonan Anil Kapoor yang lebih mencuri perhatian dengan karakter yang kelakar, sesuai sangat dengan karakter sebenar dia. Tak kering gusi setiap kali watak dia muncul nak pula masa dia tunggu Kukoo di tepi jalan tu. Watak Manish Paul sebagai abang Naina agak dense lah dan lawak pun ada kalanya kurang menjadi. 


Watak Naina dan Geeta (Neetu Kapoor) masuk untuk hidupkan elemen drama dan mereka berdua berjaya deliver. Menangis tengok babak Geeta luahkan perasaan pada Naina lepas dapat tahu Bheem nak ceraikan dia lepas 35 tahun hidup bersama. Lega bila tengok Kiara dapat ruang dan watak yang solid lepas jadi pasu bunga dalam filem Laxmii (2021) dan Bhool Bhulaiya (2022)


Masa dia bergaduh dengan Kukoo dalam bilik tu antara impactful performance dari Kiara. Chemistry Kiara dengan Varun pun cantik onscreen. Masa Varun pegang tangan dia bila geng makcik bawang attack tu nampak sweet sangat. Small gesture but impactful. Sayangnya music album dari Tanishk Bagchi tak lah menarik perhatian. Sweet but passable. 



Visual yang dipaparkan sesuai dengan level Dharma lah bila semuanya tampak cantik tambah pula bila berlatarkan majlis kahwin. Tak berkelip mata tengok pelamin Ginny dengan bakal suami dia. Memang meriah sangat majlis tunang dan berinai dia. Wardrobe semua pelakon pun cantik belaka hasil rekaan Eka Lakhani dan Shivani Saboo. Paling cantik lehenga putih yang Kiara pakai masa upacara puja dari label Amrita Thakur. 


Naskhah Jugjugg Jeeyo ni mungkin paparkan kisah yang cliché dalam dunia perkahwinan dengan ending yang predictable tapi menarik lah untuk ditonton. Mungkin ramai yang rindu filem seperti ini dihasilkan oleh production house Bollywood bila Jugjugg Jeeyo berjaya raih Rs100 crore minggu ni. Recommended to watch! 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought + 1 = 8.6/10

Movie Review | Heropanti 2 (2022)


Director : Ahmed Khan
Writer : Rajat Arora, Sajid Nadiadwala
Cast : Tiger Shroff, Nawazuddin Siddiqui, Tara Sutaria, Amrita Singh
Production Company : Nadiadwala Grandson Entertainment
Distributor : AA Films
Genre : Action 
Running Time : 142 minutes
Release Date : 29 April 2022
Trailer :


Selepas tragedi hitam yang berlaku 2 tahun lepas, RJ (Tiger Shroff) tinggal bersama ibunya, Hema (Amrita Singh) di Yorkshire. RJ mencari kerja baru sleepas gagal sebagai bouncer di sebuah kelab malam terjumpa dengan bekas kekasihnya, Inaaya (Tara Sutaria). RJ berpura tak kenal dengan Inaaya sebab nak lari dari identiti Babloo yang dibuang bersama tragedi tersebut. 

Tak mungkin lah dia dapat buang kalau ramai yang memburu dia terutamanya ahli silap mata yang kejam, Laila (Nawazuddin Siddiqui). Walaupun sudah 2 tahun berlalu namun plan Laila masih belum terlaksana bila dia perlukan data semua rakyat India untuk curi semua wang dalam bank peribadi pada 31 Mac. 


RJ bukan lah manusia biasa ataupun anak yang baik sepertimana digambarkan Hema tapi adalah hacker terhebat yang pernah bolos sekuriti Kerajaan India. Pegawai Azaad Khan (Zakir Hussain) cuba halang RJ dari termakan kata Laila buat kali kedua. 

Penceritaan Heropanti 2 ni tak ada kena-mengena pun dengan installment sebelumnya walaupun tajuk filem sama. Watak Babloo juga diolah sejarahnya walaupun memegang nama yang sama dan berasal dari India. Karakter masih lagi sama, ada masanya cocky, ada masanya buat lawak hambar. 


Tak tahu kenapa Tiger Shroff setia berlakon di bawah arahan Ahmed Khan walaupun dikritik teruk dalam filem Baaghi 2 (2018), Baaghi 3 (2020) dan terbaru, Heropanti 2. Sayang lah nama dan imej dia dikritik kerana skrip yang dangkal. Sudah lah penceritaan lemah, latar masa juga mengelirukan sampai pening mana satu Babloo dan mana satu RJ. 

Menyampah betul kalau Bollywood buat watak hacker, mesti nak acah tangan laju hack sistem lepastu tempek sebesar skrin bila berjaya masuk sistem. Gigih sangat buat skrin untuk coding sampai naik setinggi atap. Tak boleh relax betul, dia lah terpaling hacker dalam dunia ni. 


Action stunt dah cantik sebab movement Tiger yang sharp dan semuanya nampak natural sebab Tiger lakonkan sendiri. Malangnya visual dengan kesan CGI mencacatkan penceritaan. Banyak Sajid Nadiadwala laburkan untuk filem Heropanti 2 ni sebab props yang dia guna pun kereta mewah berjenama. Belum masuk tengah cerita pun dah rasa macam Sajid Nadiadwala nak cuci duit melalui filem aksi ni.

Kalau dulu orang kutuk lakonan Tiger sebagai kayu, sekarang Sajid buktikan yang Tara Sutaria lagi teruk daripada tu. Watak dia bimbo dan sepanjang kemunculan dia cuma berlakon jadi cantik dan seksi. Dalam trailer pun dah nampak tapi mana lah tahu full movie bearable nak tengok rupanya tak. No wonder lah ramai yang cakap 0 pun terlampau murah hati untuk rating filem ni. 


For sure A.R. Rahman dapat bayaran tinggi untuk buat music album Heropanti 2 sebab lagu yang dimasukkan semuanya menarik tapi timing dia off teruk. Lepas bawak keluar peluru dari punggung terus pergi parti zombie. Jangan sembang lah masa peluru dekat punggung tu, RJ mampu buat apa. Kena serang dengan bom tangan bersepah kiri kanan pun dia steady keluar dari longgokan batu. Smartphone dia pun elok je berfungsi. 



Rasanya yang join penggambaran filem ni sebab nak dapat duit lepas tak dapat job dek Covid-19 sebab Nawazuddin yang bagus berlakon tu pun tak dapat watak yang solid. Lakonan dia tetap mantap cuma tampak lemah sebab skrip memang macam tu. Mungkin dia ada improvise tapi buat apa beria nak buat kerja ye dak? 

Sedih lah career Tiger jadi macam ni sebab dia ada potential untuk jadi lebih besar kalau cari skrip yang bagus. Nasib baik lah ada Vidyut yang memang perform tiap tahun walaupun filem dia lebih kurang sama dan predictable tapi dia ada lah juga bring something new to table. 

1. Team Production +0.2, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.3/10

Winter Camp Treasure 2021


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : : YG Entertainment
Genre : Variety Show
Running Episodes : 1 special episode (44:57 minutes)
Release Date : 4 March 2022
Video : 


Lepas Summer Camp pada anniversary debut Treasure, kali ni YG Entertainment release pula Winter Camp Treasure 2021, bertempat di Everland. Di awal episod Treasure akan reveal siapa partner mereka sepanjang satu malam di sana. Masing-masing tak tahu siapa yang akan jadi partner sebab staff evaluate berdasarkan quiz yang Treasure jawab mengenai musim sejuk. 

Semua pair boleh kata baru lah sebab kalau selalunya bila kena suruh pilih partner mesti Jaehyuk-Asahi, Junkyu-Haruto, Jeongwoo-Junghwan, Yoshi-Mashiho tapi kali ni ditetapkan. 


Jihoon – Junkyu : sebab Jihoon nak sangat bawa Junkyu keluar jalan-jalan
Asahi – Yoshi : sebab Yoshi nak tengok Asahi pakai winter jacket
Jeongwoo – Yedam : sebab makanan musim sejuk diorang ialah Bungeoppang
Haruto – Junghwan : sebab Haruto kata Junghwan comel macam polar bear
Jaehyuk – Mashiho : sebab diorang berdua nak bina snowman dan main salji
Hyunsuk – Doyoung : sebab Hyunsuk dengan Doyoung nak pergi winter trip sama-sama

Sama macam Summer Camp, Treasure akan main permainan dengan partner masing-masing. Game pertama ialah Treasure Signal di mana mereka berdua perlu pegang sehelai kertas tanpa dirosakkan oleh pihak lawan. Kumpulan yang bertahan sehingga ke hujung permainan akan dianggaps ebagai pemenang. 


‘Nobody expects that team to win. They did well.’- Jaehyuk

Game kedua ialah Treasure’s Avatar Squeaky Game bila seorang ahli akan tutup mata untuk pukul pihak lawan sementara seorang lagi akan bagi arahan. Kelakar tengok game ni sebab susah nak agak siapa boleh menang. Nak kata kena ada kekuatan pun tak, kena ada kebijaksanaan pun tak. Bergantung pada nasib je banyak. 

Untuk game Treasure Winter Battle pula Treasure akan dibahagikan kepada dua kumpulan sama ada Team Offense atau Team Defense. Team Defense kena hantar wakil untuk jaga sebakul makanan dengan mata tertutup. Team Offense akan menyerang dengan mencuri makanan secara senyap tapi sekiranya wakil Team Defense berjaya tembak sasaran, mereka perlu balik ke garisan mula dan menyerang balik. 


Habis main game dan berjaya kumpul syiling emas, semua ahli Treasure dapat masuk ke Everland tapi sebelum main attractions dekat situ, diorang kena pergi shopping dulu. Pilih item yang matching dengan partner. Happy betul Junkyu dapat headband anak ayam, tak berhenti dia main. 

Tak tahu lah kenapa Treasure suka main dekat amusement park, semua happy dapat terbang dekat atas tu kecuali Jaehyuk dengan Yedam. Asahi tak ada perasaan langsung padahal orang lain dah menjerit sakan. Itupun Haruto nak ride lagi sekali. 

Comel tengok Haruto dengan Junghwan sebab jarang kena pair sekali. Masa Haruto takut makanan dekat café tu pedas, baby cow yang tolong rasa dulu sebelum bagi dia makan. Happy betul Jeongwoo dapat main semua attractions dekat situ sampai menari ski ski sebelum main. Roller coaster diorang naik tu scary sebab tinggi dia 30 meter tapi sebab Treasure naik tengah malam jadi tak nampak sebab kabus tebal. Jeongwoo terkejut bila ada air dekat pipi sebab dia ingat air liur member terpercik padahal wap air. 


Sebelum balik Treasure kena bagi kata ucapan dan ringkasan untuk Winter Camp. Semua happy dengan partner masing-masing sebab ada chemistry yang bagus. Even Jihoon dengan Junkyu selalu bergaduh tapi ada juga masa diorang sekepala. Haruto dengan Junghwan jarang lepak sekali pun boleh have fun. Untuk Winter Camp ni YG guna soundtrack BFF – Treasure, lagu ciptaan Hyunsuk sendiri untuk Treasure. Sesuai lah dengan tema Winter Camp diorang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Summer Camp Treasure 2021

Director : N/A

Writer : N/A

Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan

Production Company : YG Entertainment

Distributor : YG Entertainment

Genre : Variety Show

Running Episodes : 1 special episode (1 hour 7 minutes)

Release Date : 2021

Teaser:  


Sama macam iKON yang ada season’s greetings khas untuk fans, Treasure pun muncul dengan Treasure Summer Camp 2021 untuk Teumes. YG Entertainment bawa Treasure buat summer camp di kawasan Gapyeong yang penuh dengan kawasan bukit-bukau dan sungai yang jernih. Memandangkan ni summer camp pertama Treasure jadi semua ahli kena buat orientasi. 

Dalam sesi orientasi ni Treasure akan main permainan Blooming Rose tapi Hyunsuk dikecualikan sebab kaki dia injured. Round pertama Jeongwoo jadi catcher kemudiannya Mashiho sebab dia tak pandai main. Memandangkan dia geram kena jadi catcher, Mashiho letak syarat semua orang kena buat 3 pose – comel, cantik dan seksi. Sesiapa yang gagal akan ditangkap sebagai tawanan. 

Permainan kedua ialah Frozen and Melt tapi tak faham sangat game ni macam mana. Bila tak faham, layan je lah tengok Treasure happy main sebab Jaehyuk melebar sangat senyum tu. Lama jugak lah Treasure main sampai 5 pusingan baru habis sebab masing-masing dah penat. 

Lepas main game, Treasure kena suruh pasang khemah ikut manual yang staff sediakan. Sebab pasang khemah masa ni Jihoon tahu kelemahan dia sampai pergi bagitahu Na PD dalam The Idol Ramyeonators Episod 8 tu. Padahal Jihoon tu pengakap masa dekat sekolah dulu tapi tetap jugak gagal. Khemah dekat Korea memang jenis fancy ke? Kemain banyak nau bentuknya. 

‘Guys, stop! It’s always better not to follow someone else’s recipe. We better take a path that has never been taken.’ – Jaehyuk

Bab berfalsafah bagi dekat Jekjek lah dan filosofi yang sama juga dia pernah cakap dalam Treasure Map Season 1 Episod 15 cuma bezanya kali ni semua ahli Treasure ikut falsafah dia. Dan kerana ayat falsafah Jekjek, Treasure dapat setup khemah sama macam manual tu. Semua bekerjasama sampai khemah siap lepastu berehat dengan teh o ais. 

Disebabkan semua dah bekerja keras untuk setup khemah, Treasure dapat free time dengan beriadah di kawasan tersebut. Iksan Boys main lompat tali sebab nak tambah ketinggian diorang. Haruto dengan Asahi main badminton. Mashiho, Hyunsuk, Yedam, Doyoung dengan Yoshi main air dalam swimming pool sementara Jihoon dengan Jaehyuk pergi berjalan di kawasan hilir sungai. Cantik betul kawasan tu, memang sesuai lah untuk de-stress. 

Junkyu awalnya duduk relaks tapi baby cow ajak dia main tangkap bola tapi Junkyu main cara dia lah. Berdiri setempat untuk tangkap bola walhal baby cow dah berlari dari pelbagai arah. Comel tengok Haruto dengan Asahi main badminton walaupun Haruto menjerit panas sebab matahari tegak atas kepala. Comel jugak tengok Asahi ikat tali kasut Haruto. Bagus betul Asahi jaga adik walaupun adik dah tinggi galah tetap manjakan dia. 

Lepas penat main, Treasure bahagikan tugas beli bahan untuk memasak dengan sediakan peralatan untuk barbecue. Bila semua bahan dah settle, ada group grill daging, ada yang masak ramyeon. Sementara tunggu air mendidih tu Junkyu mengusik Haruto dengan gaya ang~! Sebab tengok part ni dekat TikTok lah tak sabar nak tengok Treasure Summer Camp lol. 

Untuk aktiviti malam Treasure buat persembahan sama ada individua tau berkumpulan. Habis persembahan ada sesi campfire. Season’s Greetings YG memang guna konsep macam tu je ek. Kalau bab menangis dah tahu dah siapa yang banjir dulu tapi Junkyu, Doyoung dengan Asahi memang susah nak tengok diorang menangis. Sweet tengok surat dari mak Junkyu sebab dia kata dia happy ada anak macam Junkyu dan nak Junkyu jadi anak dia pada kelahiran akan datang. 

‘Letting you go as a trainee, I was really worried. But I believe that you would do great. I can say it was a good decision. You must be facing many physical and mental hardships but you always tell me to take care of myself. My good boy, Jeongwoo. Thankfully, you are loved by many TREASURE MAKER. I hope you will always stay humble and do your best as Jeongwoo of TREASURE. Once the covid situation ends, as one of the TREASURE MAKER, I will shout TREASURE’s name with lighstick in my hand, seeing you perform on stage as soon as possible. Be confident, be positive and healthy and enjoy what you do. Miss you so much, son.’ – Jeongwoo’s mother

Untuk Treasure Summer Camp 2021 ni, staff bukan setakat pakai kamera biasa untuk rakam malah guna drone juga untuk ambil shot upper view. Tapi tak banyak sangat pun footage dari drone mungkin sebab kawasan tu ada banyak pokok kot. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10



Movie Review | Love and Monsters (2020)

Saturday, 23 July 2022


Director : Michael Matthews
Writer : Brian Duffield
Cast : Dylan O'Brien, Jessica Henwick, Dan Ewing, Ariana Greenblatt, Michael Rooker
Production Company : 21 Laps Entertainment, Entertainment One
Distributor : Paramount Pictures (United States), Netflix (International)
Genre : Adventure / Thriller
Running Time : 109 minutes
Release Date : 16 October 2020
Trailer :


Berlatarkan dunia yang diserang raksasa mutan akibat bahan kimia yang tercemar, Joel (Dylan O'Brien) dan mangsa yang terselamat bersembunyi di koloni bawah tanah. Selama 7 tahun Joel hidup bersama mereka dan terpisah dengan buah hatinya, Aimee (Jessica Henwick). Lemas hidup berjauhan dan kesunyian, Joel ambil keputusan untuk pergi ke koloni Aimee dengan jarak sejauh 372km. Untuk manusia biasa macam Joel, dia kena berjalan kaki selama seminggu. 

Plan tu gila sebab Joel tak pandai seni pertahankan diri, tak pandai guna senjata malah mempunyai masalah kaku dek trauma selepas ibu bapanya dibunuh oleh raksasa di depan mata. Tapi dia nekad untuk keluar dari situ sebelum koloni diceroboh dengan lebih banyak lagi raksasa. 


‘We lost a lot of people over the years. You would think you get numb to it after a certain point. You don't.’ – Joel Dawson

Kegembiraan dia tak lama pun selepas keluar dari koloni bila dia diserang oleh katak raksasa. Nasib dia baik kerana Boy muncul untuk selamatkan. Boy adalah anjing peliharaan yang menunggu kepulangan tuannya. Joel ajak Boy temankan dia dalam pengembaraan berjumpa dengan Aimee dan sebagai habuan, Joel akan cuba cari keberadaan tuan Boy. 

Dalam perjalanan tu juga Joel berjumpa dengan Clyde Dutton (Michael Rooker) dan Minnow (Ariana Greenblatt). Disebabkan mereka berdua Joel makin cekap menggunakan senjata dan tahu bezakan raksasa yang jahat dengan yang baik. Dan kerana Joel juga lah, dua pemburu raksasa tersebut tahu kelemahan dan kekurangan kebanyakan raksasa sebab Joel sentiasa catat nota dan lukisan setiap raksasa yang dia jumpa. 


Penceritaan Love and Monsters yang dikarang oleh Brian Duffield ni bersifat cliché dan predictable bila watak Joel dari zero bertukar hero dalam pengembaraan tersebut. Tapi macam kelakar jugak lah dalam masa 7 tahun dia dekat koloni tu tak ada yang sanggup nak ajar dia berlawan atau guna senjata macam Minnow ke? Tengaok kawan-kawan dia dekat koloni tu semuanya baik dan sayang dengan dia. Mungkin azam dia nak berlawan tu tak sekuat mencari Aimee lah kot. 

Walaupun jalan cerita dia cliché dengan plot twist yang predictable tapi kekuatan terletak pada lakonan Dylan dan juga kecomelan Boy. Ariana Greenblatt pun petah betul bercakap depan kamera, tak nampak kekok langsung. No wonder lah dia dapat berlakon watak Gamora masa kecil dalam Avengers: Infinity Wars (2019). 


Naskhah Love and Monsters arahan Michael Matthews yang tercalon di Oscars dalam kategori Best Visual Effects sudah tentu mempunyai sinematografi terbaik walaupun geli sebab kebanyakan raksasa dia berlendir. Me and my family watched this movie during our lunch and most of the time we’re like ewwwww. Tapi ada juga lah raksasa yang ganas macam lipan gergasi tu. Nak menangis tengok Boy takut kena kepung. 

Setakat ni belum ada lagi kenyataan rasmi dari mana-mana production house ataupun team production untuk sekuel atau prekuel untuk filem ni walaupun dapat sambutan yang memberansangkan. Mungkin sebab kekangan dana sebab kena guna bajet yang besar juga lah memandangkan naskhah ni bergantung kuat dengan VFX. 


I harap ada lah installment baru dan buat Love and Monsters sebagai franchise yang berlatarkan Monsterpocalypse sebab dah bosan dengan naskhah yang bertemakan zombie dan virus. Banyak plot yang boleh dikembangkan, tambah pula dekat hujung cerita Minnow macam bagi hint raksasa baru di kawasan lain. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10