Movie Review | Jugjugg Jeeyo (2022)

Sunday 24 July 2022


Director : Raj Mehta
Writer : Rishhabh Sharrma
Cast : Neetu Kapoor, Anil Kapoor, Varun Dhawan, Kiara Advani, Manish Paul, Tisca Chopra, Prajakta Koli
Production Company :  Dharma Productions, Viacom18 Studios
Distributor : Viacom18 Studios, Amazon Prime Videos
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 150 minutes
Release Date : 24 June 2022
Trailer :


Bertemakan perkahwinan yang retak menanti belah, Kukoo (Varun Dhawan) dan Naina (Kiara Advani) berpura pasangan Bahagia di hadapan ahli keluarga walaupun mereka berhasrat untuk berpisah selepas majlis perkahwinan Ginny (Tisca Chopra). Belum sempat meluah, ayah dia, Bheem nak ceraikan ibunya sebab dah bosan hidup tanpa cinta selama 35 tahun. 

Naina pula semakin rimas diasak tentang soal anak walaupun sudah 5 tahun berkahwin dan pindah ke Canada. Bila Naina paksa Kukoo untuk cerita pada orang tua mereka, Kukoo mengelak kerana dia ada masalah besar. 2 pasangan nak bercerai pada masa yang sama bukan sesuatu yang mudah untuk dihadam oleh sesiapa pun. Tambah pula sampaikan berita penceraian semasa meraikan majlis perkahwinan. 


Walaupun sinopsis filem Jugjugg Jeeyo agak terarah pada drama keluarga namun kisah perkahwinan ini dibikin dalam templat komedi oleh Rishhabh Sharma. Penceritaan yang bersifat straight-forward dengan pace yang laju menjadikan kisah mereka berempat tampak menarik. 

Sesuatu yang segar juga ditayangkan dalam filem ni bila watak Kukoo hormat dengan keputusan Naina untuk bekerja di Kanada walaupun dia terpaksa adapt dengan persekitaran, makanan dan juga kerja. Si isteri bekerja di syarikat korporat tapi si suami bekerja sebagai bouncer kelab malam. 


Boleh jadi watak Kukoo depression sebab dia selalu tidur dan termenung tapi Naina tak nampak perubahan Kukoo. Rasa geram sangat bila Naina suka simbah air dekat Kukoo bila nak kejut dia bangun. Dekat situ pun boleh nampak Naina tak hormat dia. Dah lah dekat rumah isteri tak pandang, dekat tempat kerja pun kena pandang hina je. No wonder lah Kukoo nak bercerai. Baik dia balik India kerja dekat kilang ayah dia sambil jaga keluarga. 

Walaupun penulis lebih ketengahkan konflik perkahwinan Kukoo dan Naina tapi lakonan Anil Kapoor yang lebih mencuri perhatian dengan karakter yang kelakar, sesuai sangat dengan karakter sebenar dia. Tak kering gusi setiap kali watak dia muncul nak pula masa dia tunggu Kukoo di tepi jalan tu. Watak Manish Paul sebagai abang Naina agak dense lah dan lawak pun ada kalanya kurang menjadi. 


Watak Naina dan Geeta (Neetu Kapoor) masuk untuk hidupkan elemen drama dan mereka berdua berjaya deliver. Menangis tengok babak Geeta luahkan perasaan pada Naina lepas dapat tahu Bheem nak ceraikan dia lepas 35 tahun hidup bersama. Lega bila tengok Kiara dapat ruang dan watak yang solid lepas jadi pasu bunga dalam filem Laxmii (2021) dan Bhool Bhulaiya (2022)


Masa dia bergaduh dengan Kukoo dalam bilik tu antara impactful performance dari Kiara. Chemistry Kiara dengan Varun pun cantik onscreen. Masa Varun pegang tangan dia bila geng makcik bawang attack tu nampak sweet sangat. Small gesture but impactful. Sayangnya music album dari Tanishk Bagchi tak lah menarik perhatian. Sweet but passable. 



Visual yang dipaparkan sesuai dengan level Dharma lah bila semuanya tampak cantik tambah pula bila berlatarkan majlis kahwin. Tak berkelip mata tengok pelamin Ginny dengan bakal suami dia. Memang meriah sangat majlis tunang dan berinai dia. Wardrobe semua pelakon pun cantik belaka hasil rekaan Eka Lakhani dan Shivani Saboo. Paling cantik lehenga putih yang Kiara pakai masa upacara puja dari label Amrita Thakur. 


Naskhah Jugjugg Jeeyo ni mungkin paparkan kisah yang cliché dalam dunia perkahwinan dengan ending yang predictable tapi menarik lah untuk ditonton. Mungkin ramai yang rindu filem seperti ini dihasilkan oleh production house Bollywood bila Jugjugg Jeeyo berjaya raih Rs100 crore minggu ni. Recommended to watch! 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought + 1 = 8.6/10

1 comment

  1. walaupun nampak klise tapi kali jalan cerita diolah dengan menarik dengan lakonan yang best memang ramai yang boleh layan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.