Chukahae Disney~!

Tuesday 5 July 2022


Bulan lepas dapat parcel pink dari Disney+ Hotstar Malaysia tapi bulan ni baru nak cerita sebab baru settle makan semua sajian manis yang bertemakan drama Korea. Kenapa Disney+ bagi parcel ni? Sebab Disney+ nak berkongsi kegembiraan bila streaming platform yang baru datang ke Malaysia ni dah berjaya dapattempat di hati peminat drama Korea. 


Sebelum ni Disney+ Hotstar bawa Snowdrop dan Soundtrack No. 1 untuk tayangan eksklusif dan kedua-dua drama mendapat sambutan yang menggalakkan. Snowdrop sampai sekarang masih lagi trending. Jadi Disney+ Hotstar bawa masuk lebih banyak drama Korea untuk peminat drama Korea. Drama-drama tersebut mempunyai pelbagai genre dan barisan pelakon hebat juga. 

Drama tersebut ialah Doctor Lawyer, Bloody Heart, Link : Eat, Love, Kill, Kiss Sixth Sense dan Going to you at the Speed of 493KM/H. 

1. Bloody Heart 

Raja yang memimpikan bentuk pemerintahan monarki sepenuhnya agar dapat bertahan hidup, Lee Tae (Lee Joon) percaya bahwa segala cara yang diambil pemimpin negara adalah mutlak dan dibenarkan. Ia juga tidak ragu untuk mengambil alternatif yang melanggar undang-undang atau cara yang tidak jujur. Lee Tae harus meninggalkan wanita yang dicintainya (Kang Han Na) untuk bertahan dalam hidup. Drama fiksyen sejarah ini mempunyai 16 episod. 

2. Doctor Lawyer

Mengisahkan tentang seorang ahli bedah ternama Korea yang dipenjarakan dan hilang lesen perubatan kerana pesakitnya meninggal dunia tanpa diduga. Peristiwa tersebut membuatkan Han Yi Han (So Ji Sub) memilih bidang yang baru. Dari bidang pengacaraan, dia dapat kekuatan untuk bela diri lantas bekerjasama dengan kekasih pesakitnya, Geum Seok Young (Im Soo Hyang). 

3. Link : Eat, Love, Kill

Tukang masak terkenal, Eun Gye Hoon (Yee Jin Goo) mendirikan sebuah restoran yang mana restoran tersebut merupakan titik lokasi hilangnya saudara kembar dia pada 20 tahun yang lalu. Eun mendirikan restoran tersebut dengan harapan jika memang saudara kembarnya masih hidup, dia mempunyai tempat lokasi terakhir untuk kembali. 

Anehnya, dia mendapati dirinya mengalami emosi secara spontan menangis dan ketawa, dan ternyata ia adalah emosi seorang wanita bernama Noh Da Hyun (Moon Ga Young).

4. Kiss Sixth Sense

Drama yang diadaptasikan dari webtoon ini menceritakan kemampuan Hong Ye Sul (Seo Ji Hye) yang dapat melihat masa depan melalui sebuah ciuman. Cha Min Hoo (Yoon Kye Sang) pula seorang bos yang gila kerja dan berhati batu. Meskipun begitu, Cha Min Hoo memiliki instinct 10 kali ganda lebih tajam dari orang sekeliling. Deria keenam dia juga merupakan faktor kejayaan utama dalam kerjaya. 

5. Going to you at the Speed of 493KM/H 

Kisah cinta antara pemain badminton Park Tae-yang (Park Ju-hyun) dan Park Tae-joon (Chae Jong-hyeop) di dalam acara beregu. Tae-yang kembali ke Seoul untuk memulakan semula pengembaraannya dalam suka badminton kerana beliau pernah digelar sebagai ‘si genius badminton’ dan merupakan calon sukan olimpik. Namun dia terpaksa berhenti kerana dikatakan memberi rasuah kepada pegawai pertandingan.


Antara drama yang nampak menarik mesti lah Doctor Lawyer dengan Link : Eat, Love, Kill sebab I suka genre mystery, crime atau thriller. Drama yang lain pun menarik jugak sebab jalan cerita ada keunikan tersendiri. Tersengih lebar masa baca kad ucapan dari Disney+ Hotstar ni sebab kreatif betul perkenalkan semua sajian pemanis dalam kotak merah tu. Happy bila buka kotak sebab cantik. 


Setiap dessert yang ada ni melambangkan setiap drama yang ditayangkan dalam Disney+ Hotstar Malaysia. Nampak tak kek vanilla ada lambang bulu tangkis tu? Haa yang tu haruslah untuk drama Going to you at the Speed of 493KM/H. Cantik kan? 

Dessert yang paling sedap sekali, kek berry dari drama Bloody Heart. Kek dia dah la cantik siap dengan kelopak bunga sebagai penyeri, rasa dia pun sedap. Tak puas makan sebab kecil je saiz dia. Yang Kiss Sixth Sense tu pun sedap jugak sebab I suka makan kacang merah. Makan sejuk-sejuk memang sedap!

Terima kasih Disney+ Hotstar Malaysia sebab berkongsi kegembiraan dengan I jugak. Makin bertambah semangat nak layan semua drama ni dekat Disney+ :)

3 comments

  1. sedapnya semua kek ni. bolehlah buat bekal satu hari satu kek ke terus ngap semua sekali..haha

    banyak drama sekarang, tak terkejar nak tengok semua..

    ReplyDelete
  2. wahhh..comelnya..best best!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.