PEMENANG BERTUAH MEMBAWA PULANG HADIAH UTAMA KERETA IDAMAN PROTON X50 FLAGSHIP MELALUI KEMPEN CABUTAN BERTUAH DI ALAMANDA YANG DISERTAI OLEH LEBIH 4000 PESERTA

Friday 29 July 2022

PEMENANG BERTUAH MEMBAWA PULANG HADIAH UTAMA KERETA IDAMAN PROTON X50 FLAGSHIP MELALUI KEMPEN CABUTAN BERTUAH DI ALAMANDA YANG DISERTAI OLEH LEBIH 4000 PESERTA |  Kempen “Golden Ticket” kini kembali dengan baucar membeli-belah bernilai RM144,000 untuk dimenangi  

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa  yang  tahu”.  Berikutan  pepatah  melayu  yang  sinonim  dengan  tuah pemenang  hadiah  utama  kempen  cabutan  bertuah  “The  Big  Win”  yang berlangsung di Pusat Beli-Belah Alamanda. Majlis penyerahan hadiah  utama yang  merupakan  sebuah  “Proton  X50  Flagship”  kepada  pemenang  Rabiatul Afiqah  Mohd  Rahim  itu  disaksikan  oleh  para  media  serta  para  pengunjung lain yang menyambut kemenangan beliau dengan ucapan tahniah. 

“Saya  sangat  terkejut  dan  tidak  percaya  saya  menang  cabutan  bertuah  ini semasa  menerima  panggilan  dari  pihak  Alamanda.  Agak  kerap  juga  saya menyertai pertandingan cabutan bertuah sebelum ini tetapi “tuah” saya belum kunjung tiba sehingga saat ini,” ujar surirumah berusia 30 tahun tersebut.   

Rabiatul  Afiqah  yang  menetap  di  Seremban  turut  berkata  beliau  seringkali mengunjungi  Alamanda  memandangkan  ibu  dan  abang  beliau  tinggal berdekatan.  “Lokasi  Alamanda  yang  sangat  strategik  ini  amat  memudahkan perjalanan  dan  pengalaman  membeli-belah  saya  dan  keluarga  yang  mana kami boleh mendapatkan hampir apa sahaja yang kami cari, pastinya ada di Alamanda.”   

Kempen membeli-belah “The Big Win” tamat pada 26 Jun 2022 lalu. Dengan setiap  pembelian  bernilai  RM300  dimana-mana  kedai  terpilih  berserta maksimum  dua  resit  pembelian,  para  pembeli  layak  menerima  sekeping baucar  beli-belah  bernilai  RM30  dan  satu  penamaan  untuk  menyertai pertandingan  cabutan  bertuah.  Setiap  pembeli  yang  layak  dibenarkan membuat tiga penamaan maksimum untuk satu hari.   

Hadiah  utama  Proton  X50  yang  ditawarkan  adalah  varian  “Flagship”  yang dilengkapi  dengan  kepelbagaian  ciri  dan  spesifikasi  premium  dan  menarik. Harga  atas  jalan  bagi  Proton  X50  Flagship  adalah  RM103,300  (tidak termasuk  insuran)  yang  mana  ianya  adalah  satu-satunya  varian  yang dilengkapi  dengan  bumbung  panoramik,  1.5L  TGDi  Enjin  3-Silinder  turbo suntikan terus dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0.  

Kejayaan kempen ini adalah hasil usaha kolaborasi bersama pihak Alamanda dan pengedar  sah  Proton  Malaysia,  The  Apple  Auto  Services  &  Tyres  Sdn Bhd  yang  berlokasi  di  Bandar  Baru  Bangi.  Pusat  perkhidmatan  servis  ini adalah  antara  pusat  servis  ternama  Proton  4S  yang  bukan  sahaja menawarkan  perkhidmatan  servis  kereta,  penjualan  alat  ganti  dan pengedaran  kereta  proton  sah  malah  perkhidmatan  cat  kereta  juga  turut disertakan  bagi  memudahkan  para  pelanggan  mendapatkan  kepelbagaian perkhidmatan dibawah satu bumbung.   

Kempen “The Golden Ticket” Keriangan  di  Alamanda  diteruskan  dengan  pelancaran  kempen  ganjaran harian. Kempen yang akan berlangsung pada hari ini sehingga 21 Ogos 2022 mengundang  para  pengunjung  untuk  memenangi  cabutan  bertuah  segera apabila  pembelian  minimum  yang  bernilai  RM300  melalui  dua  bukti  resit daripada  mana-mana  kedai  terpilih  di  Alamanda  layak  menyertai  cabutan bertuah segera ini.

101  kotak  mini  yang  mengandungi  baucar  beli-belah  Alamanda  akan  dibuka setiap  hari,  yang  mana  salah  satu  daripadanya  mengandungi  sekeping “Golden  Ticket”  bernilai  RM1000  dan  sekeping  baucar  “White  Ticket”  yang bernilai  RM50  bagi  100  kotak  yang  lain.  

Pihak  pengurusan  Alamanda  ingin memastikan  tiada  pembeli  yang  akan  pulang  tanpa  sebarang  habuan!  Bagi meningkatkan  tahap  keterujaan,  setiap  lebihan  hadiah  akan  digabungkan dengan 101 hadiah untuk hari berikutnya.Para pembeli dikehendaki untuk membawa bukti resit ke kaunter pertanyaan pada  hari  pembelian.  Had  penyertaan  adalah  satu  hadiah  untuk  setiap pembeli untuk setiap hari selagi stok masih ada.   

“Kepelbagaian  tawaran  menarik  yang  diadakan  oleh  pihak  Alamanda  adalah  satu  daya  usaha  untuk  kami  terus  menghargai  para  pengunjung  setia. Dengan kadar pemulihan ekonomi yang kian meningkat, pihak kami berharap agar  inisiatif  ini  akan  mendorong  momentum  positif  yang  berterusan  untuk kita  menginjak  ke  fasa  hujung  tahun  yang  lebih  kukuh,”  kata  Andrew  Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn. Bhd.   

Turut  hadir  di  sidang  penyerahan  hadiah  tersebut  adalah  Pengurus  Besar Alamanda,  Pang  Sook  Fong  juga  Ketua  Pegawai  Eksekutif  The  Apple  Auto Services & Tyres Sdn Bhd, Vincent Phang. 

Untuk sebarang maklumat mengenai Kempen “Golden Ticket” sila berhubung dengan  pegawai  pertanyaan  di  kaunter  pertanyaan  dan  sila  layari www.alamanda.com.my 

Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda

Alamanda  Putrajaya  dimiliki  Putrajaya  Holdings  Sdn  Bhd  dan  diuruskan  oleh  Suria KLCC  Sdn.  Bhd.  dengan  keluasan  yang  merangkumi  kawasan  membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk  membeli-belah  setiap  tahun,  pusat  membeli-belah  ini  dilengkapi  dengan  dua bangunan  tempat  letak  kereta  yang  terdiri  daripada  3,000  tempat  meletak  kereta, kemudahan  bagi  golongan  kurang  upaya,  dua  bilik  salinan  bayi  serta  bilik sembahyang.  

Konsep  di  sebalik  Alamanda  adalah  ‘syurga  pengunjung  membeli- belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.  Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat  membeli-belah  ini  dan  menarik  baik  pengunjung  mahupun  rakan  niaga  dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.  

Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, pusat boling, medan  selera  dan  pawagam.  Alamanda  juga  mempunyai  ‘travelator’  yang menghubungkan  kedai-kedai  serta  laluan  terus  ke  tempat  letak  kereta.  Selain  itu, reka  bentuk  istimewa  bangunan  dua  tingkat  ini  membolehkan  para  pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.