Drama Review | Sh**ting Stars (2022)

Saturday 9 July 2022


Director : Lee Soo-Hyun
Writer : Choi Young-Woo
Cast : Lee Sung-kyung, Kim Young-dae, Yoon Jong-hoon, Kim Yoon-hye, Lee Jung-shin, Park So-jin (Girl’s Day)
Production Company :  Mays Entertainment
Distributor : tvN, iQIYI
Genre : Romantic / Comedy
Running Episodes : 16 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 22 April 2022 – 11 June 2022
Trailer :


Berlatarkan dunia industri hiburan di Korea Selatan, Oh Han-Byeol (Lee Sung-Kyung) merupakan ketua Public Relation (PR) di syarikat agensi Starforce Entertainment. Agensi tersebut mempunyai pelakon lelaki terkenal Gong Tae-Sung (Kim Young-Dae) dan digelar sebagai National’s Boyfriend. 

Selepas setahun buat kerja amal di Afrika Selatan, Han-Byeol makin gelisah dengan kepulangan Tae-sung sebab dia punca pelakon tersebut dihantar ke sana. Tae-sung dah ugut untuk seksa hidup dia bila dia pulang ke Korea nanti. 

Depan media memang pelakon tersebut punya persona lelaki sopan dan Budiman tapi karakter sebenar dia hanya pekerja di Starforce Entertainment saja yang tahu. Sehari tak kacau Han-Byeol tak sah. Ada saja idea dia untuk kenakan Han-Byeol. 


Sebenarnya Tae-Sung dah lama simpan perasaan dengan gadis tersebut tapi tak berani untuk luahkan. Bila peguam Do Soo-Hyeok (Lee Jung-shin) yang confess dahulu, mula lah Tae-Sung gelabah tak senang duduk serupa ayam berak kapur. 

Jalan cerita drama Shooting Stars ni ringan dan santai, sesuai lah dengan genre yang dibawa. Kebanyakan isu atau konflik yang timbul dalam drama arahan Lee Soo-Hyun tak lah dipaparkan dalam screentime yang lama. Isu dia tonjolkan tu besar tapi sekejap saja boleh settle sebab nak utamakan kisah cinta pasangan utama dan watak-watak sampingan yang lain. 


Even kisah cinta yang wujud pun macam senang je nak bina ataupun buang macam kisah cinta Yuna (Lee Si-Woo) dengan Jae-Hyun (Shin Hyun-Seung). Kalau cinta tak kesampaian dengan watak ni, penulis akan cari jalan untuk watak tersebut bercinta dengan watak lain. Pendek kata, semua bahagia dengan kisah cinta masing-masing. 

Walaupun drama Shooting Stars terbitan Mays Entertainment ni romantic comedy tapi boleh Nampak lah kehidupan para pelakon tak lah indah mana pun. Privacy dah hilang sampai kena berkurung je dalam rumah. Jadual padat dengan shooting, fanmeeting event dan photoshoot ataupun interview. Sama juga dengan PR team atau manager yang bekerja dengan mereka. Banyak perkara kena teliti supaya pelakon di bawah agensi tersebut terjaga. 


Kebanyakan konflik yang didedahkan dalam drama ni sama situasinya dengan dunia sebenar macam kes anti-fan club Tae-Sung dikendalikan oleh pelajar sekolah. Bukan sebab Tae-Sung buat masalah dengan dia pun tapi sebab dia tak suka je. Kes IU dulu pun kebanyakan yang jadi haters pun sebab budak sekolah menyampah tengok dia. Tak suka tengok tak payah lah tengok. Sama lah dengan fans idol group yang rata-ratanya dari budak sekolah. Banyak masa lapang tak nak belajar atau buat perkara berfaedah tapi jadi haters. 

Bukan Starforce Entertainment je ada masalah atau konflik malah wartawan pun stress sebab boss asyik bising kena dapatkan berita eksklusif. Menyampah bila dapat boss perangai macam tu sampai langar etika bekerja. Bila dapat surat tuntutan saman, senang je tuding jari dekat pekerja. Tapi disebabkan drama ni genre comedy jadi kebanyakannya diolah dalam templat kelakar. Berdekah bila tengok scene manager Dae-soo (Kim Dae-Gon) kena bersabar bila jaga Yuna yang kekwat. 


Bab visual haruslah terbaik sebab genre romcom, banyak scene menarik berlatarkan Kawasan yang cantik. Walaupun kebanyakan scene berlatarkan pejabat Starforce Entertainment tapi ruang kawasan pejabat tu pun kreatif dan cantik. Syok betul tengok pantry diorang besar dan lengkap dengan segala peralatan. 

Frust tengok drama ni sebab dok tunggu sampai hujung cerita brand latte apa yang Tae-sung dok minum dekat rumah peguam Do Soo-Hyeok sampai bertambah dua cawan. Kalau drama lain dah masuk product placement dah tapi drama ni tak banyak pun. 


Selain chemistry Lee Sung-kyung dengan Kim Young-dae sebagai pasangan utama dalam Shooting Stars, suka jugak tengok chemistry Lee Jung-shin dengan So-jin. Rasa macam nak jadi blogger yang bagus supaya nampak hebat di mata peguam yang hot macam Soo-hyeok hshshs

p/s : Tae-Sung geng Hyunsuk Treasure jugak rupanya sebab dia follow fashion code Treasure Map Season 2 Episod 32 haha

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

2 comments

  1. Dia punya impian last tu jadi wishes masa taik bintang jatuh. I wish my wishes come trueee.. Aamiin. Haha

    ReplyDelete
  2. wow.. sis doakan impian untuk jadi blogger yg bagus tu berjaya..aminn..haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.