Drama Review | Histeria The Series (2022)

Thursday 28 July 2022


Pengarah : James Lee
Penulis Skrip : James Lee, Baizura Kahar, Sharmaine Othman
Pelakon : Mia Sara Shauki, Sharifah Aryana, Amelia Christie, Serra Kamal
Syarikat Produksi : Astro Shaw, Infinitus Gold
Penyiaran : Astro Citra
Genre : Seram / Drama / Thriller
Jumlah Episod : 8 Episod ( 40–45 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 6 Jun 2022 – 25 Julai 2022
Trailer :


Setelah 10 tahun tragedi hitam berlaku di Sekolah Seri Fatimah, muncul kembali kisah seram bila roh Farah (Aznie Azmi) datang mengganggu para pelajar di sekolah berasrama tersebut. Diana (Sharifah Aryana), Puteri (Amelia Christie), Zee (Serra Kamal) dan pelajar baru, Alia (Mia Sara Shauki) cuba menyiasat kematian Farah dan menyeru roh Farah untuk muncul dan berkomunikasi dengan mereka.
 
Perkara tersebut menyebabkan Murni (Liyana Jasmay) yang terperangkap di hospital sakit jiwa di bawah jagaan Dr. Aishah (Ziha Salleh) mula meracau kerana ada roh yang mengganggu. Pelajar di Sekolah Seri Fatimah juga dirasuk sehingga pengetua sekolah, Puan Nora (Ziana Zain) arahkan supaya Pak Azman (Rosdeen Suboh) kuatkan pendinding sekolah. 


Hasil penyiasatan mereka berempat, kes pembunuhan ngeri Farah berpunca dari Cikgu Rayyan (Mathni Razak) yang miang. Ada rahsia yang Farah tahu dan bawa hingga ke mati. Sebab tu mereka buat keputusan untuk perangkap cikgu sains tersebut dan dalam masa yang sama Murni cuba untuk elak kejadian 2008 berlaku sekali lagi. 

Filem Histeria tahun 2008 merupakan salah sebuah filem tempatan yang berjaya mengangkat genre seram dan thriller namun berbeza pula dengan drama Histeria walaupun menggunakan khidmat pengarah yang sama. Penceritaan Histeria the series tampak lemah kerana tak dikembangkan dengan baik sedangkan diadun dalam durasi yang lebih panjang dari cerita asal. 


Watak Murni tak dikembangkan sangat pun selain dari menjerit dan meracau. Entah apa perlunya masukkan watak Alisa bila fizikal tak sama. Cukup Murni sebut nama kawan baik dia sudah lah kalau tak dapat jemput Scha Alyahya buat cameo. Kalau dulu ada watak ustazah dengan Cikgu Helmi, tapi barisan penulis tambahkan lagi watak Puan Nora, Prof Zainal (Tony Eusoff) dan Khairul (Fimie Don) untuk hadirkan elemen misteri. Sayangnya watak mereka tak dikembangkan dengan baik untuk hadirkan rasa saspen setiap kali tindakan mereka bertiga mencurigakan. 


Watak Dr. Aishah dengan Inspektor Ismail (Namron) tak perlu ada pun dalam drama ni sebab keduanya tak menambahkan apa-apa untuk penceritaan. Makin bertambah banyak kelemahan ada lah sebab kedua-duanya tak deliver watak dengan baik. Kenapa kakak Zeta perlu muncul tapi tak beria siasat Murni? 

Bab sinematografi tampak lebih cantik lah dengan kualiti video yang lebih canggih dan bagus dari zaman 2008 tapi ada masanya keterlaluan. Bagus lagi dalam movie 2008 sebab nampak real. Jembalang masih sama dengan yang lama tapi tak masuk akal level lapar dia sebab muncul kerana diseru tapi hilang selama 2 tahun sampai lah diseru balik oleh 4 sekawan. Murni kata jembalang tak boleh dikawal tapi dia tahu macam mana nak kawal dekat ending? Tup tup Khairul pula dikawal? Ending dah la lambak semua dekat Episod 8 tapi merepek. Ayah Vanidah tak bising pulak tu anak dia tak balik masa cuti semester. 


Props yang digunakan dalam drama Histeria ni pun merepek macam Khairul guna bunga kedai Eco masa menyembang dengan Alia. Masa Zee bagitahu dapatan kajian guna Google Maps untuk tunjuk lokasi pembunuhan Farah di kawasan ladang kelapa sawit tu pun merepek. Baik art team lukis je dekat kertas mahjong. 

Drama Histeria terbitan Astro Shaw dan Infinitus Unggul ni tak seram pun macam dalam trailer tapi lebih kepada misteri. Pengarah cakap ada banyak babak sebagai tribute kepada movie asal tapi rasanya tak perlu pun buat skrip seakan sama sebab penonton lebih kepada nak tahu tentang Murni, 4 sekawan dan jembalang. Penulis masukkan juga beberapa pengajaran tapi lemah sangat sebagai sebuah naskhah. Baik entertainment mahupun mesej sosial. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.