Blog Performance June 2022

Friday, 1 July 2022


Habis dah setengah tahun yang pertama untuk tahun 2022. Ada yang dah achieve goal masing-masing ke? Ataupun ada yang terkandas ke sebelum pertengahan tahun? Selalu kalau kat sekolah dulu, sekarang tengah musim ujian pertengahan tahun tapi sekarang timing sekolah pun dah lari apatah lagi mission masing-masing ye dak? 

1. PV

Sebelum ni aim nak makin menaik tapi sekarang makin menurun pulak. Tak lah banyak tapi tetap ada penurunan. Kalau tengok graf yang Adsense atau Google Analytics hantar mesti arrow ke bawah warna merah. Tengok dekat statistic blogger je kekal tenang sebab warna sama walaupun angka berbeza haha

Tapi tak boleh nak buat apa sangat lah sebab busy dengan kerja bila lawyer maternity leave. Cari staff baru pun tak ada yang datang interview. Terpaksa lah cover kerja yang datang mendadak. So far okay lagi, boleh lah bertahan lagi. Hopefully tak sakit sebab penat sangat. 

Agak-agak bila dapat mencecah 3 juta ek? Bulan depan? 2 bulan lagi? hahaha

2. Posts


Jauh beza dengan bulan Mei bila ada post yang mencecah sampai 9k untuk bulan Jun. Mungkin sebab sharing pasal legal dengan dunia selebriti kot. Sekarang kan tengah ramai yang mula bagi perhatian dengan beberapa kes selebriti. Ramai jugak ek yang cari movie Hindi dekat sini. Ke sebab Best Bollywood Movie tu dekat Featured Post ek? Kekeke

3. Keywords


Tapi sebab memang ramai tengah mencari kot sebab tengok dekat keywords pun banyak yang relate dengan Bollywood sampai ada 6 keywords berbeza. Okay, datang semangat balik nak update movie review cerita nustan. Tapi makin banyak pulak keywords tak elok dicari ye hmmm scary

4. Bilangan Entri

Orang selalu tanya macam mana boleh update banyak entry dalam sebulan. Jawapannya press release dan intisari rancangan haha. I'm not proud with that ye sebab tak banyak pun review dapat buat bulan ni. Entry pasal makanan pun sebagai filler je itupun I update pendek tak cecah 300 patah perkataan pun. Macam mana Google nak detect ye dak? Banyak benda nak update tapi tu lah, masa tak ada. Otak pun dah lemau bila penat. 

Anyway, terima kasih kepada yang datang berkunjung. Akan cuba dibalas sebaiknya walaupun makan masa sikit. Take care everyone :)

Drama Semakin Menjadi-Jadi Menerusi ‘The Maid 2’

Thursday, 30 June 2022


Drama Semakin Menjadi-Jadi Menerusi ‘The Maid 2’
| Susulan Kejayaan Musim Pertama Menembusi Pasaran Filipina 

Drama bersiri popular terbitan Gempak, ‘The Maid’ berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila ditayangkan pada awal tahun 2021. Bukan sahaja membawakan genre misteri pembunuhan atau ‘whodunnit’ yang jarang dipersembahkan dalam nuansa tempatan, ‘The Maid’ menjadi bualan kerana elemen komedinya yang bersahaja dan diperkuatkan dengan barisan pelakon terkemuka.

‘The Maid’ bukan sekadar mencuri perhatian penonton Malaysia, malah idea yang dicetuskan oleh Sham Hashim, penulis dari Gempak ini turut menarik minat stesen televisyen terkemuka Filipina, GMA. Stesen penyiar itu kini menayangkan ‘The Maid’ musim pertama yang dialih suara dalam Bahasa Tagalog.

Kejayaan ini merupakan satu rekod baru untuk industri penyiaran tempatan apabila ‘The Maid’ menjadi drama bersiri pertama Malaysia yang ditayangkan di kaca televisyen Filipina. Susulan kejayaan demi kejayaan, ‘The Maid 2’ bakal menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik. Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana, Nadia dan Fika selepas mereka diceraikan oleh Jay, penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.

Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay. Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.

Sekuel dengan 12 episod ini mengembalikan semula barisan pelakon asal seperti Sherry Alhadad, Datin Seri Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil dan Norman Hakim. Musim terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.

Masih mengekalkan penulis skrip seperti Sham Hashim dan Nazri Vovinski, ‘The Maid 2’ merupakan arahan bersama dua sutradara popular, Michael Ang dan Hadith Omar. ‘The Maid 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 6 Julai 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Khas untuk pelanggan Astro, mereka berpeluang menyaksikan dua episod pertama secara serentak, juga pada 6 Julai 2022 mulai jam 9.30 malam secara strim menerusi On Demand. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati siri komedi ini di Astro.

Selain itu, ‘Video Pengakuan The Maid 2’ (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05 mulai 6 Julai. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.

Syazwan Zakariah - Ketua Content Studio, Astro

“Jenama Gempak Originals Series terus mensasarkan variasi konten menarik dan segar dengan idea-idea yang jarang dipersembahkan di kaca televisyen. Melihat siri original terbitan kami sebelum ini seperti ‘The House’, ‘Ahli Bapak Bapak Club’, ‘Ex Aku Pontianak’, ‘Tikam’ dan ‘Beriani Gam Kak Aspalela’, ia bukan sahaja berjaya mencipta kelompok pengikut tersendiri, malah boleh dinikmati penonton pelbagai peringkat usia.

Misi ini diperkukuhkan lagi apabila ‘The Maid’ musim pertama berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Drama bersiri ini telah dialihsuara ke bahasa Tagalog dan kini ditayangkan di saluran televisyen popular Filipina, GMA mulai 20 Jun lalu. Satu rekod baru untuk produksi terbitan Gempak.

Sokongan padu dari penonton Malaysia dan kejayaan menembusi pasaran luar mendorong kami untuk muncul dengan sekuelnya iaitu ‘The Maid 2’ yang bakal ditayangkan mulai 6 Julai ini. Walaupun mengambil masa setahun untuk menyempurnakannya, kami yakin peminat masih setia menanti apakah cerita terbaru Mr Jay dan isteri-isterinya serta pembantu-pembantu mereka.

Apa yang boleh saya katakan, bersiap sedialah untuk satu pengembaraan misteri terbaharu dengan plot yang lebih dramatik serta mendebarkan dan sinematografi yang lebih memukau berlatarkan sebuah resort. Setiap episod akan membuatkan anda tidak senang duduk, malah ternanti-nanti apakah yang bakal berlaku seterusnya.”

TRIVIA MENARIK DRAMA BERSIRI ‘THE MAID 2’

1. Drama ini mengambil masa hampir setahun untuk menyelesaikan penggambarannya.

2. ‘The Maid 2’ memulakan penggambaran pada bulan Ramadan 2021 tetapi penggambaran terpaksa dihentikan atas sebab-sebab berikut:

• Beberapa pelakon dan krew dijangkiti Covid-19.

• Kesukaran pihak produksi mendapatkan jadual para pelakon atas kekangan SOP PKP dan cabaran logistik.

• Ezzaty Abdullah sempat hamil dan bersalin sepanjang penggambaran dihentikan.

3. Penggambaran dilakukan sepenuhnya di Grand Lexis, Port Dickson.

4. Kesemua pelakon utama seperti Sherry, Eina, Ezzaty dan Ieda merancang untuk memakai busana dalam tona warna yang sama agar mereka kelihatan sebagai satu unit yang bersatu.

5. Berkonsepkan rumah agam, ‘The Agam’ merupakan lokasi untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, acara korporat, majlis hari jadi dan sebagainya. Terletak di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, The Agam mampu memuatkan 800 orang tetamu pada masa yang sama dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Antara kemudahan-kemudahan yang ada termasuk sebuah halaman luar yang luas, tiga suite peribadi untuk tetamu bermalam, kolam renang, dapur yang lengkap dan juga dua buah dewan tertutup. The Agam semestinya pilihan yang terbaik untuk memenuhi apa sahaja keperluan mana-mana majlis serta mampu mencipta kenangan manis untuk hari bersejarah anda.

PECAHAN WATAK DRAMA BERSIRI ‘THE MAID 2’

Sherry Alhadad - Suhana

Datin Seri Paduka Eina Azman - Nadia

Ezzaty Abdullah - Fika

Marsha Milan - Qina

Norman Hakim - Jay

Yuna Rahim - Kiambang

Eida Moin - Kak Mel

Nabil Aqil - Remy

Sean Lee - Dean

Hazeeq Dean - Inspektor Kasri

Aniq Suhair - Sa’abon

LOGLINE DRAMA BERSIRI ‘THE MAID 2’

Selepas diceraikan oleh Jay, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori bekas suami mereka ke sebuah resort dengan perancangan untuk membunuh Jay. Namun, Jay telah dibunuh oleh pembunuh misteri sebelum mereka sempat berbuat apa-apa.

SINOPSIS DRAMA BERSIRI ‘THE MAID 2’

Drama bersiri ini mengisahkan tentang Suhana, Nadia dan Fika yang baru sahaja diceraikan oleh Jay selepas Jay mengahwini Qina, isterinya yang paling baharu dan muda. Situasi mereka bertambah buruk apabila harta mereka telah berpindah milik kepada Jay setelah Jay berjaya memperdayakan mereka untuk menandatangani satu surat. Justeru, Suhana, Nadia dan Fika mula berbaik dengan satu sama lain dan merancang untuk membalas dendam kepada Jay.

Jay dan Qina pergi bercuti di sebuah resort yang terletak di Pulau Dao. Resort itu baru sahaja diambil alih oleh Qina. Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori Jay ke resort itu dengan senyap untuk membunuhnya. Ketika mereka berada di resort, mereka terserempak dengan Remy yang kini bekerja sebagai Ketua Pengawal Keselamatan. Remy berasa hairan kerana mereka semua check in ke dalam hotel itu menggunakan identiti palsu. Namun, sebelum mereka sempat melaksanakan perancangan untuk membunuh Jay, Jay telah ditemui mati di kolam renang resort itu.

Situasi bertambah buruk apabila resort itu diarahkan untuk tutup dan dikawal dengan ketat supaya tiada sesiapa pun dapat melarikan diri ketika siasatan dijalankan. Keadaan menjadi lebih bahaya apabila mereka semua turut diancam oleh pembunuh misteri. Siapakah pembunuh misteri pada kali ini?

RATU TEN PIN KEMBALI DENGAN KISAH RATU BOLING NEGARA, SHALIN ZULKIFLI

Monday, 27 June 2022

Astro Ria membawa drama bersiri ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ yang merupakan sambungan kepada siri ‘Ratu Ten Pin’ hasil terbitan JS Pictures Sdn Bhd. Penceritaan menerusi 20 episod ini diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli termasuk bibit-bibit permulaan dirinya berkecimpung dan menyertai pasukan boling negara.

Menerusi musim kedua, Mem Maria menjemput Shalin menyertai pasukan boling negara kerana kagum melihat kebolehannya. Setelah melihat kebolehan ahli baharu pasukan negara itu, Norma dan Sandra mula mencemburui kebolehan Shalin dan berpura-pura berbaik dengannya. Mereka berhasrat untuk menjatuhkan Shalin kerana merasakan diri mereka terancam dengan kehadirannya. Penonton juga akan dapat menyaksikan bagaimana hubungan Shalin dan Azidi bermula hingga akhirnya membawa ke jinjang pelamin.

Drama yang berunsurkan genre sukan ini mengangkat barisan pelakon popular seperti Jasmine Suraya, Yusuf Bahrin, Elisya Sandha, Nazim Othman dan Sheila Rusly. Drama ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ merupakan arahan sutradara Hj Azman Hj Yahya (Jinggo) dan turut didukung oleh barisan pelakon terkenal tanah air seperti Nasz Sally, Wani Kayrie, Linda Onn, Riezman Khuzaimi, Dato’ Fizz Fairuz dan juga bekas pemain profesional tenpin boling Malaysia, Syaidatul Afifah.

‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 11 Julai 2022 secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

Muhammad Idlan Afiq bin. Mohamad Zahari - Pengurus Saluran Astro Ria

“Mengangkat kisah Shalin Zulkifli sebagai naratif utama, pihak Astro berbangga kerana diberikan peluang untuk menjadi platform untuk memaparkan kisah ratu boling negara. Drama bersiri ini menjanjikan pelbagai kelainan- sepertimana kita tahu, ia berunsurkan sukan boling dan bagaimana kompetitifnya arena sukan tersebut. Drama ini mengangkat watak-watak wanita muda yang progresif dan berdaya saing, lantas menjadi role model kepada anak-anak muda, terutamanya mereka yang menceburi bidang sukan.

Jasmine Suraya mengubah dirinya bukan sahaja dari segi perwatakan tetapi juga secara fizikal demi menjiwai watak Shalin. Perubahan ini amat mengagumkan. Pastinya para penonton akan terkejut melihat transformasinya itu.

Pihak Astro turut berterima kasih dengan JS Pictures Sdn Bhd kerana meneruskan penceritaan Ratu Ten Pin, drama rantaian yang lain daripada lain. Kesungguhan Azman & Sheila serta krewnya untuk meneruskan genre drama sukan seperti ini amat kami kagumi.

Kami berharap agar penonton terhibur dengan sambungan Ratu Ten Pin yang berpaksikan kisah Shalin, iaitu ikon sukan negara. Sudah pastinya ramai ingin menonton kisah permulaan Shalin dalam melakar namanya di persada dunia sukan boling.”

Hj Azman Hj Yahya (Jinggo) - Pengarah Drama ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’

“Jarang sekali kita lihat seni kreatif mengeluarkan drama yang berunsur sukan, lebih-lebih lagi apabila ia membawa naratif yang menunjukkan bibit-bibit realiti kesusahan di sebalik pencapaian mereka. Dari mulanya penceritaan drama ini, kami ingin mengubah landskap dan trend drama tempatan yang biasa dan terapkan unsur-unsur yang mampu membanggakan para penonton.

Signifikan drama ini adalah Shalin itu sendiri. Dia adalah ikon atau orang yang lebih dikenali dengan dunia sukan boling. Sejak kecil, saya ikuti cerita dia. Dari usia muda, dia telah mewakili negara dengan pelbagai kemenangan. Pada musim pertama, kita lebih kepada intro, namun untuk musim kedua pula memang kami buat cerita mengenai Shalin untuk mengelak jalan cerita yang sama. 

Penceritaan kali ini lebih banyak kepada pengorbanan dan kepayahan Shalin dalam mencipta nama sebagai Ratu Ten Pin negara. Cerita kepayahan dan kesusahan ditambah dengan subplot yang lain untuk dijadikan bahan-bahan atau fakta yang menyokong ceritanya. Kalau kita buat cerita Shalin sahaja, 2 episod sudah habis. Kita tokok tambah untuk menjadikan ceritanya lebih menarik.

Selain itu, dalam musim kali ini ada watak-watak yang kami gugurkan dan ada juga watak- watak baharu yang kami tambah. Watak yang kami bawa dalam musim kedua ini ialah pemain boling negara kita sendiri. Kesemua 9 bekas pemain boling negara kita dibawa dan diajar cara untuk berlakon dan watak-watak ini dibawa lebih kepada untuk meredakan ceritanya. Untuk mengetahui mereka, nantikan tayangan drama ini.

Untuk watak utama dalam musim ini pula, kami bawakan Jasmine Suraya kerana dia merupakan seorang pemain boling juga, cumanya level dia tidak sama seperti Shalin. Jadi, kami dapatkan Shalin untuk melatih Jasmine. Jasmine Suraya sangat komited dan bekerja keras untuk wataknya sebagai Shalin. Malah, dia sanggup memotong rambutnya dan menaikkan badannya untuk menjadi seperti Shalin yang sebenar. Berapa ramai pelakon yang sanggup melakukan seperti itu? Jadi saya memang sangat gembira dengan lakonannya.

Saya berharap para penonton akan suka dengan Ratu Ten Pin 2 ini dan boleh menerima jalan ceritanya dengan baik. Semoga penceritaan tentang Ratu Boling Ten Pin negara kita ini boleh dijadikan sebuah karya yang boleh saya sumbangkan kepada penonton-penonton di Astro”.

TRIVIA MENARIK DRAMA ’RATU TEN PIN 2: SHALIN’

1. Drama bersiri ini merupakan sambungan daripada musim pertamanya, ‘Ratu Ten Pin’.

2. Diinspirasikan daripada kehidupan Shalin Zulkifli, pemain boling 10 pin profesional Malaysia dan bekas pemain nombor 1 Asia.

3. 9 orang bekas pemain boling negara juga berlakon dalam drama ini.

4. Penggambaran dilakukan ketika keadaan Covid-19 masih getir, semua kru dan pelakon bergilir-gilir dijangkiti wabak tersebut.

5. Jasmine Suraya yang memegang watak Shalin menggunting rambutnya untuk menggambarkan watak Shalin Zulkifli yang sebenar.

PECAHAN WATAK DRAMA ’RATU TEN PIN 2: SHALIN’

Jasmine Suraya sebagai Shalin

Yusuf Bahrin sebagai Azidi

Elisya Sandha sebagai Norma

Nazim Othman sebagai Arief

Wani Kayrie sebagai Suzana

Nasz Sally sebagai Nurin

Sheila Rusly sebagai Maria

Syaidatul Afifah sebagai Sandra

LOGLINE DRAMA ’RATU TEN PIN 2: SHALIN’

Diinspirasikan daripada kisah kehidupan ratu boling negara, Shalin Zulkifli, ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ mengisahkan perjuangan, cabaran dan keperitan yang perlu dilalui oleh Shalin, ahli baharu pasukan boling negara dalam perjalanannya untuk menjadi juara dunia.

SINOPSIS DRAMA ’RATU TEN PIN 2: SHALIN’

Norma, Reez, Sandra dan Suzana kini telah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun, Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut. Walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi, Reez tetap memilih untuk mengutamakan masanya bersama dengan keluarga setelah persengketaan dengan bapanya menjadi baik untuk menguruskan legasi bisnes keluarganya.

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Maria, jurulatih pasukan tersebut mengambil Shalin sebagai pemain baharu untuk mencukupkan bilangan pemainnya. Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. 

Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan boling tetapi tidak pernah berjumpa dengannya. Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara dan menganggap dirinya sebagai Ratu Ten Pin berasa terancam dengan kehadiran Shalin. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukannya.


Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (21:02 minutes for episode 10)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video : 


Episod terakhir The Ramyeonators Idol bersambung dari Episod 9 di mana Hyunsuk dengan Jihoon berkhemah di kawasan Gunung Baekdu di Inje. Hyunsuk dan Jihoon diarahkan untuk set up khemah supaya mereka berdua dan staff lain dapat tidur di situ dengan selesa. Betul lah Jihoon cakap dalam Episod 8 yang diorang memang tak pandai set up khemah. 3 jam habiskan masa untuk bina Casa de Bitteul Bitteul. 

Comel sangat Jihoon dengan Hyunsuk deco khemah diorang dengan Teulights di kiri dan kanan khemah. Bukan Teume je bawa Teulight pergi mana-mana tapi Treasure pun sama. Our heart is one gitewww. Untuk makan malam Hyunsuk dengan Jihoon kena masak sendiri supaya vibe berkhemah lebih terasa.  


Jadi Hyunsuk pilih untuk masak  gambas yang mak dia selalu masak dekat rumah. Jihoon pula masak dumpling dan juga jagung keju. Writer bagitahu cameramen akan balik pada jam 10 malam kemudian Hyunsuk dengan Jihoon kena rakam guna smartphone masing-masing. Hyunsuk dengan Jihoon ada masa selama sejam lebih sebelum cameraman balik kalau nak footage cantik.

Jihoon: Hyunsuk hyung now already know how to slice garlic.
Hyunsuk: There are so many things I try for the first time after The Idol Ramyeonators.


Masa dalam Treasure Map Season 1 Episode 15 dulu Jihoon yang ajar Hyunsuk macam mana nak potong bawang dengan sayur. Lepas masuk Rakkidol ni, Hyunsuk dah pandai buat sendiri dah walaupun ambil masa yang lama untuk prep. 

Dalam Episod 2 pun Junkyu bagitahu Hyunsuk ambil masa untuk berlatih memasak lepas habis dance practice ataupun lepas shooting. Orang lain dah tidur pun Hyunsuk masih berjaga. Hopefully YG Entertainment benarkan Treasure shoot Treasure Map 3 ataupun join lebih banyak variety show supaya diorang boleh belajar banyak benda sepanjang jadi idol. Dapat pengalaman dan dapat penonton lebih ramai juga dalam masa yang sama. 


‘I like it. Your cooking skills clearly improved.’ – Rakkidol staff

Sebelum tidur Hyunsuk dan Jihoon menyembang dengan staff yang tak balik rumah tentang pengalaman mereka sepanjang shoot Rakkidol. Ramyeon mana yang paling sedap antara semua ramyeon yang diorang makan atau masak sepanjang rancangan ni. 


Esok paginya Jihoon dengan Hyunsuk bangun untuk masak breakfast menggunakan ramyeon mengikut menu pilihan. Writer puji muka Jihoon tak kembang bila bangun pagi tapi maintain sama macam biasa. Bangun pagi dah boleh terus shoot dah tanpa perlu tunggu muka dia normal pun. Dekat dalam Treasure Map pun dah banyak kali nampak muka bangun tidur ahli Treasure. Asahi yang serabai pun tetap comel bila bangun pagi. Yoshi pun maintain comel. 

Jihoon masak Tomato Hangover Ramyeon sementara Hyunsuk guna dua bahan asas kalau buat hangover ramyeon iaitu tofu lembut dengan taugeh. Resipi Jihoon tak susah pun sebab dia masukkan sebiji tomato je. I pernah masak maggi ikut resipi Jihoon and yuppp, sedap! 


Untuk ramyeon Hyunsuk, belum pernah cuba lagi masukkan taugeh. So far, I pernah masak guna tofu lembut dengan telur je. Mungkin next time boleh guna taugeh pulak sebab taugeh rangup jadi bila makan tu rasa nikmat bila menguyah. 

Sedih betul bila tengok episod terakhir sebab dah tak ada peneman bila makan lepas ni. Semua episod best layan dan setiap episod juga lah kitorang tengok sambil makan ramyeon untuk elakkan terliur tahap gaban. Sebab rancangan ni juga dapat banyak resipi untuk ramyeon. Keluar dari kepompong Maggi juga sebab dah tahu nak guna Nongshim yang mana. 


Terima kasih kepada team The Idol Ramyeonators yang beri peluang kepada Hyunsuk dan Jihoon untuk belajar memasak dan cuba resipi baru setiap minggu. Thanks to Jihoon and Hyunsuk to for cheer us up on every weekend with their funny characters. 

‘Every making ramyeon was new to me, but now I feel more confident than ever before. It’s become my thing. It left us good memories.’ – Hyunsuk and Jihoon


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (25:20 minutes for episode 9)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video : 


Berdasarkan permintaan terakhir Hyunsuk dengan Jihoon untuk rancangan The Idol Ramyeonators dalam Episod 8, Rakkidol team bawa mereka berdua masuk ke dalam hutan. Bukan untuk mencari bahan masakan di dalam hutan tapi untuk berkhemah dan makan ramyeon di dalam hutan. 

‘You look flashy. Why did you guys dress up? Your shoes look flashy too. Film it when they still look nice. This can be the last time.’ – Rakkidol team


Untuk aktiviti glamping dalam episod ni, Hyunsuk dengan Jihoon dibawa ke Inje pint di Gunung Baekdu. Dalam Episod 3, Hyunsuk dengan Jihoon berjalan sejauh 20km untuk makan ramyeon tapi kali ni mereka berdua cuma perlu berjalan sejauh 10km sahaja. 

Comel sangat bila Hyunsuk dengan Jihoon tukar pakai baju trekking. Sebelum ni dalam vlive, Jihoon pernah cakap dia dengan Hyunsuk ibarat Naruto dan Sasuke di perkampungan Kanoha. Dalam episod 9 ni dapat lah tengok diorang menyerupai avatar tersebut. 


‘All I see is brown, green and blue sky. The sky is so clear. The smell of grass. It is so nice.’ – Hyunsuk

Hyunsuk dengan Jihoon minta semua penonton beri sokongan dengan tepuk tangan 3 kali dan upload di Instagram masa tengok The Idol Ramyeonators Episod 9. Baru tahu cameraman bekerja macam mana setiap kali rakam aktiviti mereka semua. Bukan kerja yang mudah untuk dapatkan shot yang cantik. Sama juga dalam Episod 5 bila cameraman steady je rakam walaupun Jihoon dengan Hyunsuk dah mabuk laut bila bot dipukul ombak besar. 


Banyak betul bunyi keluar dari mulut diorang bila berjalan dekat sungai sebab air sungai sejuk walaupun cuaca panas. Batu dekat sungai tu pun banyak juga. Licin pulak tu. Kalau tak hati-hati boleh terpele’ot dekat situ. 

Comel tengok chemistry Jihoon dengan Hyunsuk. Nampak lah keakraban diorang tu sebab Jihoon tahu Hyunsuk malu lepas jatuh dekat batu besar sebab tu dia tak nak pandang. Dia biar Hyunsuk ambil masa untuk turun. Bila Hyunsuk bagitahu dia takut nak turun, Jihoon bagi semangat supaya dia berani lompat tanpa cedera. Teringat masa YG Treasure Box (2018) dulu Jihoon yang peluk Hyunsuk lepas dia kalah dalam dance battle dengan baby cow. Precious ship ever in Treasure. 


Rakkidol team bagi peluang untuk Jihoon dengan Hyunsuk buat portfolio shoot supaya Treasure boleh dapat penaja sukan aktiviti luar. Shot dengan editing memang cantik tapi Hyunsuk gagal bertahan dalam tempoh masa yang producer bagi. Baik betul team Na PD ni sebab selalu bagi ruang dan peluang untuk talents. Ada yang kata Na PD tengah train Jihoon dan Hyunsuk sebelum diambil masuk ke rancangan Journey To The West memandangkan Mino WINNER dah nak enlist. Well, let’s pray that to happen. I will be the proudest fan to witness this. Jinjjayeo!

Lepas berjalan jauh dan sampai ke tapak perkhemahan, Hyunsuk dengan Jihoon dapat peluang untuk berehat sementara tunggu staff masak ramyeon sup tulang lembu. Hyunsuk guna masa rehat sebaiknya sebab dia breakfast dengan secawan kopi je. 


Resipi ramyeon sup tulang ni staff guna ramyeon Nongshim dengan 1000ml sup tulang lembu. Masukkan lada hitam, bawang putih hancur dengan daun bawang. Hyunsuk sediakan kimchi juga untuk semua staff yang ada dekat situ. Tengok diorang makan pun dah tahu sedap sebab sup tulang lembu kot dia guna. Mesti wangi sup tulang tu. Lagi wangi kalau dia reneh lama. Fuhhhh terliur! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10