TV Show Review | YG Treasure Box (2018) : Episode 5

Sunday 3 April 2022


Director : Yang Hyunsuk
Writer : N/A
Contestants : Lee Mi Dam (이미담), Lee Byoung Gon (이병곤), Kim Seung Hoon (김승훈), Choi Hyun Suk (최현석), Kim Jun Kyu (김준규), Bang Ye Dam (방예담), Kim Do Young (김도영), Park Ji Hoon (박지훈), Wang Jyun Hao (왕군호), Kang Seok Hwa (강석화), Ha Yoon Bin (하윤빈), Jang Yun Seo (장윤서), Yoon Jae Hyuk (윤재혁), Kim Sung Yeon (김성연), Gil Do Hwan (길도환), Kim Yeon Kyu (김연규), Park Jeong Woo (박정우), Lee In Hong (이인홍), Yoon Shi Yoon (윤시윤), Jung Joon Hyuk (정준혁), So Jung Hwan (소정환), Kim Jong Sub (김종섭), Kotaro, Yoshinori, Takata Mashiho, Hidaka Mahiro, Keita, Hamada Asahi, Watanabe Haruto
Production Company : YG Entertainment
Distributor : JTBC2, Vlive, Youtube account YG Treasure Box
Genre : Survival Show
Running Episodes : 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 16 November 2018 – 18 January 2019
Video :


Battle 1:1 diteruskan dengan challenger kedua bila nama Choi Hyun Suk dipilih oleh Blackpink dalam sesi penilaian talent khas dalam Episod 4. Hyunsuk antara trainee terlama di YG dan bagus dalam rap juga dance. Rapper dalam Treasure 7 dah cuak sebab kena lawan Hyunsuk yang lebih senior dan berpengalaman tapi Hyunsuk pilih untuk challenge Junghwan dari segi dance. 

Ramai trainee yang pilih Hyunsuk bila staff tanya siapa yang akan menang battle tu sebab Hyunsuk memang bagus menari, sebab tu dia ada dalam Treasure A. Hyunsuk menang undian dari 100 orang Treasure Maker dalam dance battle ni malangnya YG pilih Junghwan sebagai pemenang sebab dia memang nak baby cow dekat position tu. YG dah train Hyunsuk sebagai main rapper so dia nak tengok Hyunsuk ace sebagai rapper.


‘I was torn right up to the end. You can say it’s 51 to 49. Their strength and weakness are different. I focused on who has more potential as a dancer. – Yang Hyunsuk 

Ramai yang terkejut dengan keputusan YG masa ni baik trainee mahupun staff sebab Hyunsuk memang ketara jelas dia lebih bagus. YG pun cakap Hyunsuk lebih bagus dengan teknik tarian yang diasah tapi Junghwan lebih menyerlah. Sedih tengok Hyunsuk menangis dalam episod ni. No wonder lah dia tak nak jadi leader yang keras dengan ahli Treasure yang lain sebab dia dah merasa teruk masa trainee. 3 tahun practice siang malam tak henti tapi tak pasti dapat debut ataupun tak. By the way masa YG Treasure Box pun baby cow lagi tinggi dari Hyunsuk padahal baru umur 14 tahun. 


Junkyu dah berdoa tak nak ada Treasure A cabar masa 1:1 Battle sebab tak nak rasa bersalah atau kecewa macam Jeongwoo dengan Kim Yeon Gyu. Tapi Junkyu boleh berdoa je lah sebab Seunghoon yang buat keputusan akan pilih lagu yang mana. Nasib baik Seunghoon pilih Mashiho sebab dia nak nyanyi lagu D – Dean. Walaupun battle performance tapi rasa macam tengok konsert sebab props cantik, lighting on point even suara Mashiho dengan Seunghoon blend perfectly. 


I feel bad for Seunghoon sebab dia dah jumpa confidence untuk battle dengan Treasure 7 lepas dia terpilih dalam Episod 3 bila YG nampak potential dia. Tapi nak tak nak terpaksa lah terima yang Mashiho did better than him. Suara Mashiho pun unik sebab bila dia nyanyi dah boleh cam tu suara dia. Visual dia pun A+, kira cukup pakej untuk debut dalam Treasure. 

Battle Yoshi dengan Yoonbin pula kena cut dalam YG Treasure Box sebab performance diorang ada penari latar perempuan. Macam inappropriate lah ada penari latar yang seksi untuk remaja bawah umur tapi yang pastinya Yoshi tak dapat masuk Treasure 7. Even masa reaction clip dekat vlive pun boleh nampak Yoshi sedih part dia kena potong lepastu tak dapat menang. 


Challenger terakhir ialah Wan Jyun Hao yang bagus dari segi vokal nak berentap dengan Bang Yedam untuk lagu Justin Bieber – Love Yourself. Kelakar betul tengok Junkyu sepanjang Battle 1:1 ni sebab dia lega betul tak ada challenger yang pilih dia. Kalau masa tu ada, confirm menggigil teruk masa menyanyi macam dalam Episod 2.  

‘If you sing like that, no one can ever take you down. I’m sure those watching fully agree with whom I choose.’ – Yang Hyunsuk


Dekat hujung episod, MC buat kejutan kepada 16 orang trainees yang tak terpilih oleh Blackpink. Nak tahu kejutan apa kena tengok sendiri lah episod ni. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.