GANDINGAN ROMANTIK MK K-CLIQUE & AZIRA SHAFINAZ DALAM ‘BUNGA DAN KAYU’ SYAWAL INI

Saturday 23 April 2022


GANDINGAN ROMANTIK MK K-CLIQUE & AZIRA SHAFINAZ DALAM ‘BUNGA DAN KAYU’ SYAWAL INI
| Filem Raya Di Pawagam Rumah Anda, Astro First

Penyanyi rap terkenal tanah air, MK K-Clique yang sebelum ini sentiasa tampil dengan imej ‘swag’, kini terus mencipta nama dalam industri seni dengan tampil berbeza menerusi watak romantis buat pertama kali menerusi filem romantik komedi kekeluargaan, Bunga Dan Kayu. Tambah menarik, MK telah bergandingan dengan pelakon filem Penunggang Agama dan juga merangkap penyanyi kumpulan De Fam, pengacara serta model, iaitu Azira Shafinaz. Keserasian mereka dalam menggerakkan watak Noah dan Bunga menjadi tarikan utama filem ini. 

Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480. Ia merupakan hasil terbitan oleh penerbit dan produksi filem ‘Hantu Kak Limah’, ‘Sangkar’, ‘J Revolusi’, Infinitus Gold. Filem di bawah arahan Wann Hafiz ini turut memperlihatkan sinematografi menarik dan sesi penggambaran telah dijalankan di Berjaya Hills Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang. Kehebatan Pengarah Wann Hafiz dalam mengarahkan filem romantik komedi kekeluargaan tidak perlu disangkal lagi kerana pengalaman beliau yang banyak terlibat sebagai pengarah (filem Surf This Love: Gelora Juara, Mat Tudung), penyunting (Magika, Dunia Baru : The Movie) dan pembantu pengarah (29 Februari).

Bunga Dan Kayu dipadatkan lagi dengan elemen cinta. Kisah bermula apabila Noah seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1001 bencana, bukan hanya pada Bunya tetapi Noah juga. 


“Pertama sekali, saya mewakili Infinitus Gold Sdn Bhd, ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro First kerana memberi peluang kepada kami untuk menayangkan “Bunga Dan Kayu” di platform Astro First. Saya amat  teruja kerana ini merupakan filem kedua kami hasilkan selepas “Saya Jual Ya Bang!”. Dalam pada itu, kami juga gembira apabila saudara Waan Hafiz bersetuju untuk mengarahkan filem ini. Pengalaman beliau menghasilkan karya-karya genre komedi dan penuh variasi ternyata berhasil dengan “Bunga dan Kayu. Selain dari itu, pemilihan kedua-dua tonggak utama, MK K-Clique dan Azira Shafinaz ternyata sangat serasi, seterusnya memudahkan lagi perjalanan penggambaran filem ini. Zalif Sidek, Yazmin Aziz, Elly Ariffin, Azad Jazmin, Kazar dan setiap mereka yang terlibat baik di hadapan mahupun di belakang kamera telah memberikan persembahan terbaik! Syabas diucapkan kepada mereka semua. “Bunga dan Kayu” merupakan sebuah naskhah romantik komedi yang sesuai untuk tontonan semua. Justeru, jangan lepaskan peluang menontonnya  di saluran Astro First pada 3 Mei 2022 ini.” - Penerbit Eksekutif Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai 


“Astro Shaw pernah menjalinkan kerjasama baik bersama Penerbit Infinitus Gold sebelum ini menerusi filem  box office Hantu Kak Limah, Sangkar dan akan datang Tablis Iblis. Kami rasa amat berbesar hati apabila Infinitus Gold sekali lagi meletakkan kepercayaan kepada pihak Astro untuk mempersembahkan filem terbarunya di platform Astro First. Filem Bunga Dan Kayu mengetengahkan elemen romantik, komedi dan kekeluargaan, jadi melalui jalan ceritanya yang santai dan menghiburkan, kami yakin ia sesuai ditonton seisi keluarga, lebih-lebih lagi pada Hari Raya Aidilfitri yang di mana semua ahli keluarga berkumpul. Kami berharap agar filem ini mampu mengisi Hari Lebaran penonton dengan senyuman.”- Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad


Selain MK K-Clique dan Azira Shafinaz, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage, Yazmin Aziz.  

Langgan dan saksikan Bunga Dan Kayu Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula Syawal ini, 3 May 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Tajuk :  Bunga & Kayu
Genre :  Romantik Komedi
Pengarah  :  Waan Hafiz
Produksi :  Infinitus Gold Sdn. Bhd
Bahasa :  Bahasa Melayu
Durasi Filem : 100 minit 
Jumlah Hari Penggambaran: 12 days
Tarikh Penggambaran :  13 – 24 October 2021
Lokasi Penggambaran:  Berjaya Hills Bukit Tinggi & Janda Baik
Tarikh Tayangan di Astro First : 3 Mei 2022


BARISAN PELAKON
MK K-Clique sbg Noah
Azira Shafinaz        sbg Bunga
Zalif Sidek sbg Farhan
Yazmin Aziz sbg Pretty
Elly Arifin sbg Zara Iman
Kazar sbg Hameed
Azad Jasmin sbg Encik Badri


TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh : Infinitus Gold Sdn. Bhd
Penerbit Eksekutif : Gayatri Su-lin Pillai
Penerbit  : Gayatri Su-lin Pillai
Penerbit Penyelaras: Norhasmimie Mohd Salim
Pengarah  : Waan Hafiz
Skrip : Fairul Nizam & Modee
Cerita Asal : Infinitus Gold Sdn. Bhd
Pengurus Produksi : Norfitrine binti Abas
Pengarah Fotografi : Mohd Razali Bin Ismail
Penyunting : Nik Johan 
Muzik Skor: Zaidi Abd Rahman
Pereka Busana : Ameen Mustajab
Penata Tatarias: Ameen Mustajab
Jurugambar: Mahyu


SINOPSIS

Noah seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1001 bencana, bukan hanya pada Bunya tetapi Noah juga.

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.